Author: Helmi Aziz

  • iQOO Z7 Series and AIOT Products at Unbeatable Prices on the 7.7 Sale: Grab Yours Starting from RM9.9!

    All Malaysian gamers and technology buffs, heed the call! The eagerly awaited iQOO Z7 series, recognised for its amazing gaming performance, is now offered at an unbelievable price beginning from as little as RM795, on both the Lazada and Shopee platforms! Furthermore, the premium iQOO AIOT goods may be purchased for the astoundingly low price of only RM 9.9.

    Immerse yourself in the ultimate gaming experience with the iQOO Z7 series. Regardless you are a casual or a professional gamer, these powerful smartphones are designed to exceed your expectations and deliver unrivalled performance. Thus check out  the following amazing deals:

    • iQOO Z7 12+256: RM1239
    • iQOO Z7x 8+256: RM869
    • iQOO Z7 8+128: RM1057
    • iQOO Z7x 8+128: RM795
    • iQOO 11: RM3041

    However, that’s not the end! iQOO AIOT products are also available at an irresistible price, making it the perfect opportunity to complete your smart tech collection. Explore the range of AIOT products and experience true convenience at an incredible price:

    • BackClip Pro: RM82
    • Wireless Earphones: RM72
    • Finger Sleeves: RM9.9

    Don’t miss out this golden opportunity and head over to iQOO online platforms to make your purchase now!

    For more information about iQOO, please follow iQOO Malaysia Facebook Page for more first-hand updates.

  • Saksikan!!! 20 Penerima Pa&Ma Gala Award 2023, Kenali Sisi Mereka Sebagai Ibu Bapa Inspirasi

    Tahun ini merupakan tahun ketiga program digital ini diadakan di mana para penonton dapat menonton 18 episod istimewa bersama barisan penerima pengiktirafan ini di pautan Facebook dan Youtube Pa&Ma bermula 4 Julai sehingga 27 Julai 2023.

    Tahun ini, Pa&Ma Gala Award 2023 menampilkan 20 orang penerima anugerah yang terdiri daripada 10 orang bapa dan 10 orang ibu milenial. Antara selebriti dan pempengaruh yang menerima pengiktirafan ini adalah Awal Ashaari, Datuk Seri Aliff Syukri, Al-Jufferi Jamari, Mira Filzah, Puteri Sarah Liyana, Adira Suhaimi dan ramai lagi.

    Bagi menghangatkan program anugerah digital ini, portal Pa&Ma turut mengadakan sebuah majlis pelancaran secara digital pada 3 Julai 2023 dengan menjemput dua orang selebriti yang turut menjadi penerima pengiktirafan Best Papa Millennial dan Best Mama Millenial iaitu Harris Annuar dan Ezzaty Abdullah.

    Program digital ini diadakan bukan saja untuk berkongsi tentang tip keibubapaan dari setiap penerima Pa&Ma Gala Award 2023, bahkan untuk mengenali sisi lain diri mereka sebagai seorang bapa dan juga ibu. Dengan perkongsian ini, sedikit-sebanyak dapat membantu ibu bapa milenial untuk membesarkan anak-anak dengan lebih baik.

    Hal ini kerana, ibu bapa milenial masa kini menyukai cara selebriti dan pempengaruh yang menunjukkan dan berkongsi gaya kehidupan seharian yang dianggap sempurna oleh peminat atau pengikut mereka. Peminat biasanya cenderung mengikuti cara selebriti yang meraka sukai. Selain itu, para selebriti dan pempengaruh ini jujur berkongsi kisah dan pengalaman kehidupan seharian mereka.

    Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata” Saya berharap agar program ini dapat menjadi panduan kepada ibu bapa masa kini dalam membimbing dan membesarkan anak-anak mereka. Saya percaya contoh dan tauladan yang baik akan menjadi ikutan. Tambah Syamil, “Saya melihat betapa pentingnya menyediakan sumber inspirasi dan informasi yang relevan bagi ibu bapa milenial agar mereka dapat menghadapi cabaran dan peranan sebagai ibu bapa dengan lebih baik. Melalui program ini, kami komited untuk terus memberikan nilai tambah kepada masyarakat dengan membuat konten yang bermanfaat dan memberi inspirasi.”

    Wan Erni Liza, Editor Pengurusan Grup Parenting berkata “Anugerah Gala Pa&Ma yang dianjurkan buat kali ketiga ini mendapat perhatian dalam kalangan pengikut media sosial kami dan mereka tertunggu-tunggu untuk menyaksikan barisan penerima anugerah pada tahun ini”. Tambah Wan Erni lagi, “kelainannya tahun ini kerana kami mengadakan sesi bual bicara Pa&Ma Gala Award secara terus bersama selebriti dan bukannya lagi di atas talian seperti sebelum ini.”

    Pa&Ma percaya dengan informasi di hujung jari pada masa kini dimana media sosial adalah medium paling cepat dalam mempengaruhi dan menyampaikan mesej kepada ibu bapa di luar sana. Oleh itu portal majalah Pa&Ma melihat program ini perlu diteruskan agar dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mencari panduan, tips, dan motivasi dalam memainkan peranan mereka sebagai ibu bapa milenial.

    Selain itu, Portal Majalah Bintang Kecil di bawah Nu Ideaktiv bakal menganjurkan salah sebuah program terkemukanya iaitu Bintang Kecil Mini Fest yang akan diadakan pada 19 dan 20 Ogos 2023 di Plaza Masalam, Shah Alam. Program yang bakal berlansung selama dua hari ini menghimpunkan kanak-kanak sekolah rendah yang berumur dari 7 – 12 tahun mempunyai pelbagai bakat, hobi, dan minat. Pelbagai aktiviti telah diaturkan antaranya, pertandingan Dewi Cilik, pertandingan bercerita dan mewarna, pertunjukan fesyen, seni mempertahankan diri dan pelbagai acara menarik lagi. Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan artis jemputan iaitu Mark Adam, Danial Chuer dan ramai lagi. Bintang Kecil Mini Fest ini dijayakan oleh PTPTN dan juga KARIHOME selaku penaja.

    Ogos adalah bulan kemerdekaan Malaysia, oleh itu, Portal Majalah Remaja bakal melancarkankan Kempen Saya #RemajaMalaysia yang dicetuskan bagi memberi kesedaran terhadap penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu kepada remaja berusia 15 tahun hingga 22 tahun. Hal ini bertujuan untuk memupuk nilai cinta akan negara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba.

    Bagi mencapai objektif kempen, Portal Majalah Remaja bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) menganjurkan pertandingan penulisan esei bagi sekolah menengah dan pengucapan awam bagi pelajar universiti. Pada tahun lepas, sebanyak 1000 penyertaan telah diterima dan pada tahun ini diramalkan penyertaan akan bertambah dua (2) kali ganda. Bagi pertandingan pengucapan awam, enam (6) orang bagi finalis akan berentap di peringkat akhir seterusnya membawa pulang wang tunai.

  • PASAR NUSA DAN WARONG NUSA DI NUSA FEST

    Fes.val NUSA FEST .nggal beberapa hari sahaja lagi, 8 dan 9 Julai ini bakal  menyaksikan 24 kumpulan dari Indonesia, Singapura dan semes.nya Malaysia beraksi di  Bandar Malaysia bermula pukul 12 tengah hari hinggalah ke 12 malam.

    Selepas pengumuman bahawa Search, Wings dan BuPerfingers bakal menjadi headliner di  NUSA FEST, ramai yang semakin merasai kehangatan fes.val muzik yang dibawakan oleh  Shiraz Projects.

    Malah kumpulan-kumpulan dengan pengikut se.a seper. Fourtwnty, Barasuara, The  Pinholes, Masdo, Gerhana Skacinta dan Iqbal M (antaranya) turut memeriahkan suasana  NUSA FEST.

    Lebih menarik lagi, NUSA FEST turut membawakan kepada peminat muzik dan kulinari  (khususnya) PASAR NUSA yang akan memberikan kepelbagaian produk buat para  pengunjung.

    PASAR NUSA yang akan diadakan di hanger Bandar Malaysia akan menghadirkan 80 penjual  kraf dan seni yang pas.nya kena dengan selera pengunjung kelak. PASAR NUSA merupakan  sebuah kolaborasi bersama RIUH, sebuah pla\orm kurasi krea.f yang mengetengahkan  barangan dan bakat krea.f tempatan sejak tahun 2017. Pihak Shiraz Projects amat berterima  kasih atas sokongan RIUH dan teruja dengan kerjasama ini bagi meningkatkan pengalaman  NUSA FEST untuk pengunjung fes.val.

    RIUH adalah inisia.f di bawah Kumpulan MyCrea.ve Ventures yang menghubungkan  komuni. krea.f dengan orang ramai melalui himpunan para usahawan krea.f dan penggiat penggiat seni tempatan daripada pelbagai cabang industri krea.f termasuk muzik, seni  persembahan, kandungan krea.f, sastera, seni reka, seni kebudayaan dan tradisional, seni  kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan krea.f.

    RIUH adalah satu inisia.f dalam usaha untuk melonjakkan industri krea.f Malaysia dengan  merancakkan lagi pembangunan sosio-ekonomi industri krea.f negara melalui ak.vi.- ak.vi. yang dianjurkan seper. kedai ‘pop up’, bengkel krea.f, pameran dan persembahan  langsung.

    “Ini merupakan kali pertama RIUH bekerjasama dengan NUSA FEST untuk mengurus  peruncit yang unik. PASAR NUSA akan mempunyai produk dan vendor yang dipilih secara  eksklusif oleh RIUH. RIUH dan NUSA FEST sejajar dalam misi kami untuk membantu  menyediakan pla\orm untuk ekonomi krea.f. PASAR NUSA dipilih susun oleh RIUH  manakala Waknat pula menjadi penyusun atur untuk WARONG NUSA,” ujar Shirazdeen  Karim yang merupakan Ketua Pegawai Eskeku.f Shiraz Projects.

    Substage juga turut disediakan di PASAR NUSA dengan persembahan akus.k dari A.limin,  Kolar Hijau, Motherwit, Satwo dan Teman Lelaki . Manakala ruangan DJ set pula  memberikan halwa telinga dari Awyn, Emai, Killah Z, MMK, S.Shahrin, Velvet, Wakmy dan  Wayne.

    Selain itu, Warong Nusa turut menyediakan sekitar 60 warung makanan dan minuman. Ini  termasuk vendor-vendor terkenal tempatan seper. Kopi Dua Darjat, Minuum KL, Laiyan KL,  Miker Pizza, Sloopyan Hotdog, Nachoslah Global dan pencuci mulut seper. Kelava dan The  Gorpis. Buat peminat makanan dan minuman Nusantara, NUSA FEST turut membawakan  hidangan dari Indonesia khusus buat pengunjung. Terdapat 20 trak makanan untuk dinikma.  bersama.

    Oleh itu, dalam berhibur bersama penyanyi- penyanyi serta kumpulan kesayangan ramai,  mari bersama-sama membantu menjana ekonomi peruncit tempatan dan nusantara serta  menghargai produk bersama.

    NUSA FEST 2023 

    Tarikh : 8 dan 9 Julai 2023

    Masa : Mulai jam 12pm hingga 12am

    Venue : Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

    Harga .ket : RM200 (2-day entry/per person)

    RM700/ 4 person (Bundle package- Pembelian RM700 untuk 4 orang)  Tiket : www.my.cket.asia

    Tiket Hotline : 03 8605 0196

    Info Hotline : 012 2560082

    Instagram : @nusafest, @shirazprojects

    Tiktok : @shirazprojects

    Facebook : @nusafest @shirazprojects

    Laman Web : www.nusafest.com

    www.shirazprojects.com

    Untuk maklumat lanjut tentang RIUH sila layari www.riuh.com.my atau iku. @riuhinthecity  di Instagram dan Facebook.

     

     

  • WACANA PERPADUAN: MENDEPANI DEFISIT SOSIAL

    Pada acara Wacana Perpaduan: Menghadapi Defisit Sosial yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre hari ini, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, telah berkhidmat sebagai pengacara majlis. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato’ Indera Noridah bt Abdul Rahim, turut hadir.

    Wacana ini mengupas tentang isu dan cabaran yang menyentuh soal perpaduan masyarakat (defisit sosial) dan keupayaan mendepaninya dalam era membangun Malaysia MADANI dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan dasar dan tindakan yang lebih tepat dan inklusif dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

    Objektif penganjuran wacana ini adalah bagi memberikan pemahaman tentang isu dan cabaran yang boleh menjejaskan perpaduan serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara dan mengukuhkan perpaduan sebagai asas pembangunan Malaysia MADANI.

    Wacana ini berjaya mengumpul seramai 800 peserta yang terdiri daripada Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Ahli MExUnity, pemimpin agama, ahli akademik, pelajar universiti awam dan swasta, belia, pemimpin masyarakat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), guru- guru dan penjawat awam daripada pelbagai kementerian dan agensi.

    Program Wacana Perpaduan: Mendepani Defisit Sosial ini telah menampilkan barisan panel profesional tanah air dengan membincangkan topik-topik yang menyentuh soal perpaduan iaitu:-

    1. Pemantapan Identiti Nasional melalui etnisiti, agama, bahasa dan gender.
    2. Pengukuhan Integrasi Nasional merangkumi politik federalisme, ruang bandar-desa dan jurang generasi.
    3. Pengukuhan Ekosistem Perpaduan dalam konteks pendidikan, kelas sosial dan media.

    “Kerencaman kaum yang ada dalam negara kita harus dijadikan kekuatan serta simbol perpaduan kepada dunia. Maka, usaha membentuk masyarakat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan wajar ditingkatkan. Diharapkan kejayaan wacana ini dapat membantu Kementerian Perpaduan Negara mengurus kepelbagaian masyarakat dan budaya dengan lebih bersepadu, berhemah, berintegriti, dan disantuni dengan keputusan yang bijaksana,” ujar Datuk Aaron.

  • SINGLE TERBARU ‘SIRNA’ BUAH TANGAN TERBAHARU DARI ERNIE ZAKRI

    Penyanyi-penggubah lagu serta pemenang anugerah bersuara emas negara, Ernie Zakri, saban kali tampil menghiburkan penggemar muzik tempatan. Terbaharu, beliau hadir meminjamkan suaranya dalam sebuah runut bunyi (OST) filem kisah seram adaptasi daripada ritual sebenar masyarakat kaum Melanau zaman dahulu kala ‘Sumpahan Jerunei’.

    SIRNA’ adalah sebuah karya masterpiece oleh komposer terkenal tanah air, Sharon Paul, manakala liriknya oleh Slenfadzil dengan sentuhan magis oleh Ernie sendiri.

    “Setelah membuat sedikit penyelidikan, cerita Sumpahan Jerunei ini mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana berdasarkan daripada sebuah tradisi yang benar-benar berlaku.

    Filem Sumpahan Jerunei yang telah siap pada tahun 2019 terpaksa ditunda tayangannya kerana bencana pandemik COVID-19 yang menyerang dunia.

    “Lagu SIRNA ini sebenarnya telah disiapkan beberapa tahun yang lalu dan tidak dapat dilancarkan kerana apa yang berlaku pada kita semua.

    “Cerita disebalik lagu ini ada kena-mengenai dengan filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat tema tradisi pengebumian bangsawan Melanau yang penuh misteri.

    SIRNA adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang penderitaan seorang wanita yang merayu-rayu meminta untuk dilepaskan, perasaan marah dan memberontak bercampur-baur, dan akhirnya menjadi SIRNA, yang bermaksud hilang atau lenyap.

    Lagu dalam genre balada yang berdurasi selama 3:56 minit ini sememangnya ‘berhantu’ atau lebih tepat lagi, hauntingly beautiful, ditambah pula dengan kemerduan suara Ernie berjaya merealisasikan mood seram filem tersebut. Jiwa wanita yang menderita dan sedih dapat dirasai dalam lagu SIRNA yang penuh dramatik ini.

    “Kami mengambil masa sekitar 2 sehingga 3 jam sahaja bagi merakamkan lagu ini kerana sudah terbiasa bekerjasama dengan Sharon Paul. Saya juga turut menulis bait-bait liriknya dan menambah elemen lenggok Melayu asli dalam nyanyian saya.

    Sebagai seorang anak seni, Ernie antara artis Malaysia yang sentiasa komited dalam apa jua karya yang dipersembahkannya, jelas beliau, “Sebagai seorang public figure, kadang-kadang kita tidak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati sepenuhnya, tetapi melalui muzik dan persembahan di pentas, saya boleh menjadi diri saya yang sebenarnya, maka lahirlah sebuah ekspresi Ernie Zakri di situ.

    Famy Ghazali, selaku Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment megulas, “Sumpahan Jerunei adalah sebuah filem seram yang dijangkakan hit apabila ditayangkan kelak, dengan OST nyanyian Ernie saya yakin dapat menaikkan lagi filem ini kerana pemilihan beliau adalah bertepatan dan kena dengan kedudukannya sebagai seorang penyanyi disegani negara.

    “Semoga lagu SIRNA menjadi OST terbaik yang pernah dihasilkan selama ini dan moga pendengar sukakanya.

    “Saya berharap agar OST filem Sumpahaan Jerunei, SIRNA dapat diterima ramai, walaupun sedikit ‘berat’ konsepnya, agar semua terhibur dan sukakannya.

    Lagu ‘SIRNA’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

  • AFP ( AEON Fashion Preview) Jun 2023 mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records

    Bertempat di IOI Mall Putrajaya, AEON Fashion Preview (AFP) baru-baru ini telah mencapai rekod baharu untuk The Malaysia Book of Records. Acara fesyen ini, yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 24 Jun 2023, akan berada dalam tahun ketiga dan edisi kedua bagi tahun 2023.

    Seramai 500 orang peragawan yang terdiri daripada personaliti yang berbeza latar belakang dan usia terbabit dalam satu runway.

    Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata pihaknya sentiasa berpegang pada keazaman dan komitmen AEON terhadap pergerakan fesyen yang inklusif.

    Dalam AFP ini, kapsul-kapsul fesyen yang pelbagai tema dipersembahkan adalah koleksi utama atau signature ekslusif dibawah AEON seperti SCAR, Puteri, Arcadia, M, ti:zed, innercasual iC, Agenda, Suave, Guys’Vision, +Collection, Scarlet inners, JKids dan Crème.

    Terdapat fesyen untuk ibu hamil dalam meraikan keperluan tubuh yang berbeza, baju tidur kanak-kanak dengan cetakan ceria untuk mereka tidur dengan selesa, serta fesyen anime dengan karektor kegemaran.

    Pakaian yang merupakan fabrik linen yang lain dari kebiasaan sesuai untuk cuaca panas; fabrik denim atas denim yang sentiasa malar dan versatile; pakaian sukan yang menggabungkan gaya dan fungsi; pakaian kerjaya yang berevolusi; dan pakaian kembara dengan kaitan lebih ringan.

    Untuk meningkatkan lagi persepakatan ini ke tahap yang lebih tinggi, AEON menjalinkan Kerjasama dengan Comic Fiesta, sebuah pertubuhan peneraju dengan komuniti terbesar dalam bidang anime dan comic-con dalam negara, bagi Festival Anime AEON untuk kali pertama.

    Festival ini menampilkan pelancaran bulanan kemeja-T watak anime bermula daripada Attack on Titan, Demon Slayer, disusuli Naruto and Jojo’s Bizarre Adventure.

    Bagi memastikan koleksi fesyen ini selaras dengan usaha AEON dalam memperkasakan Sasaran ke-8 dan ke-15 Pembangunan Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pertunjukan ini juga menumpukan terhadap menggalakkan measyarakat yang aman dan inklusif bagi pembangunan mampan, dan membina institusi bertanggungjawab dan inklusif yang efektif di semua peringkat; serta melindungi, memulihara dan menggalakkan penggunaan ekosistem daratan.

     

     

  • KISAH PERJALANAN PERIBADI DALAM DUNIA SENI SUNTIK SEMANGAT KMY KMO HASILKAN 21A

    Perjalanan setiap individu tidak sentiasa manis dan pasti akan melalui pelbagai onak dan duri sebelum mencapai kejayaan yang gemilang. Begitulah mesej yang cuba disampaikan dalam single terbaharu penyanyi hip hop terkenal, Kmy Kmo berjudul 21A yang baru dilancarkan di platform YouTube Kmy Kmo pada 30 Mei lalu.

    Lebih mengujakan, single hasil tulisannya itu turut berjaya memasuki tiga playlist di platform digital Spotify iaitu Border Beats, Made in Malaysia dan Pop Terkini! dalam tempoh sehari selepas dilancarkan.

    Pencapaian ini tentunya memberi sedikit kelegaan kepada pemilik nama sebenar Lukmanul Hakim apabila single solo yang mengisahkan perjalanan peribadinya mendapat tempat di hati pendengar tanah air.

    Bercerita mengenai lagu 21A, Kmy memberitahu lagu yang dihasilkan itu adalah luahan ikhlas dirinya dalam menceritakan kepayahan yang terpaksa dilalui untuk menempa nama dalam pasaran muzik hip hop sebelum ini.

    “Sebagai anak jati Kuantan yang begitu meminati muzik hip hop saya akui perjalanan yang saya tempoh sebelum ini adalah satu proses yang panjang dan tidak mudah untuk saya lalui.

    “Jika dulu saya perlu yakinkan bakat kecil yang saya miliki ini untuk menambat hati pendengar di Malaysia selain cabaran untuk menembusi pasaran mainstream.

    “Walau bagaimanapun segala pengalaman yang saya lalui sebelum ini akan menjadi satu cerita indah yang tidak mampu saya lupakan selain menjadi pengajaran terbaik untuk saya terus bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini,”katanya.

    Tambah Kmy, sepanjang penulisan lagu ini dia tidak berdepan sebarang kesukaran kerana lagu dan liriknya bersifat santai serta luahan hati peribadinya.

    “Tiada tekanan untuk hasilkan lagu ini berbanding lagu-lagu yang pernah saya hasilkan sebelum ini.

    “Menerusi lagu ini saya hanya santai-santai saja. Tambah pula, lagu ini menceritakan mengenai luahan hati serta semangat yang ingin saya bawa buat kawan-kawan atau kenalan yang berasa diri mereka kerdil dalam memasuki pasaran muzik hip hop.

    “Saya sedar masih ramai bakat-bakat muda yang kurang keyakinan diri untuk memperkenalkan bakat mereka kerana takut dengan anasir negatif yang mereka dengar dalam dunia hiburan.

    “Ada yang bimbang jika kehadiran mereka dalam pasaran mainstream akan ditindas, diketawakan, atau dipergunakan sedangkan mereka perlu berani dan yakin dengan sesuatu produk yang ingin ditampilkan,” katanya.

    Bagi yang meminati setiap lagu hasil ciptaan Kmy pasti pernah mendengar lagu 21A sekitar tahun 2016 apabila demo yang dihasilkan dimuat naik di YouTube.

    Baru-baru ini, lagu Ayuh hasil paduan Kmy Kmo bersama Malique, Aman RA dan Ernie Zakri menjadi bualan peminat muzik hip hop apabila menduduki tangga teratas ‘trending’ di YouTube.
    Tampil merakam dengan nafas baharu, Kmy berharap 21A yang diperkenalkan ini dapat memberi lebih kepuasan kepada pendengar.

    “Sebenarnya pada 2016, saya pernah rakamkan lagu ini bersama seorang sahabat dikenali Fareed. Kemudian rakaman kedua dibuat dengan versi baharu bersama Luca Sickta sekitar 2022.

    “Tujuan saya merakamkan semula lagu ini kerana saya mempunyai perancangan dan stratergi yang berbeza. Saya seorang yang suka mendengar maklum balas jujur dan ikhlas daripada pendengar.

    “Ketika saya rakam lagu itu untuk album solo pada tahun 2016, namun masih belum dikeluarkan, saya muat naik kesemua lagu di YouTube.

    “Ini kerana, saya ingin melihat maklum balas yang jujur daripada pendengar yang sentiasa menyokong kerjaya saya. Mereka ini semua akan menilai lagu yang paling mereka gemari dan daripada situlah saya tahu kekuatan setiap lagu saya.

    “Melihat respons positif daripada peminat untuk lagu 21A ini, saya pun nekad merakam semula lagu ini dengan versi baharu dan lebih tersusun,” katanya yang berharap lagu 21A dapat diterima dengan baik oleh pendengar tanah air.

    21A boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan YouTube Music sejak 30 Mei yang lalu.

  • NAH Sophia Liana!

    Membina jenamanya sendiri, Sophia Liana menjadi satu-satunya rapper wanita yang telah ditandatangani di bawah Def Jam Malaysia yang kini memaparkan bakatnya melalui lagu terbaharunya yang berjudul NAH.

    Tidak dinafikan lagi, nama Sophia bukan lagi asing di persada seni hiburan tanah air. Sophia mula bertapak di dalam muzik industri tempatan sejak 2015 menerusi penampilannya bersama kumpulan De Fam, dan terus mengorak langkah sebaris dengan penyanyi dan rapper sedia ada.

    Ternyata percaturannya dengan cubaan bergerak solo pada 2018 selain ingin mencabar diri membuahkan hasil. Semenjak itu, Sophia sudah berkolaborasi dengan beberapa artis tempatan. Antaranya, Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, Budak Ngam, Harith Zazman dan ramai lagi.

    Lebih membanggakan juga apabila Sophia mula menggilap bakatnya dalam penciptaan lagu. Malah, sejak lagu pertama Supergirls bersama De Fam, Sophia sudah mula menulis lirik sendiri.

    Terbaharu, Sophia, 33, atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri muncul dengan single berjudul NAH yang juga hasil ciptaan oleh Sophia Liana bersama dengan Navigator, Mambang dan Zizi Kirana.

    Menurutnya, lagu NAH itu berkisar mengenai isu yang berlaku dalam di kalangan masyarakat umum.

    “Kalau kita tengok sekarang ini ada orang yang lebih gemar menuding jari atau menyalahkan orang lain. Saling menyalahkan antara satu sama adalah sikap yang sering berlaku dan kadangkala seseorang itu tidak melihat kepada kesilapan diri sendiri. Malah, ada juga yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan. Ini adalah isu yang saya cuba mengadaptasikan menerusi lagu ini.

    “Proses penulisan lagu ini berjalan dengan sangat lancar, mungkin disebabkan kami sudah perincikan mengenai kandungan apa yang dikehendaki. Jadi, proses rakamannya juga tidak begitu lama dan senang bagi kami untuk memilih rentak yang bersesuaian dan bagaimana cara untuk membuatkan lagu ini kedengaran lebih menarik. Selain itu, orang disekeliling saya memberikan aura positif yang membuatkan saya berasa sangat selesa di studio. Proses rakaman lagu ini mengambil masa tiga hingga empat sesi.

    Mendapat bantuan daripada Zizi Kirana dan Mambang dari segi melodi terutama pada bahagian korus. Saya mengambil masa satu hingga dua minggu sebelum pergi ke studio untuk rakamkan demo dahulu. Saya akan rakamkan demo itu di rumah sebelum pergi ke studio untuk menyelesaikan sesi rakaman sebenar. Dari situ, kami lihat bahagian mana yang lemah untuk ditambah baik terutama dari segi melodi dan lirik,” katanya.

    Sophia yang juga pernah muncul menerusi lagu Pedas nyanyian Wany Hasrita berkata, proses rakaman lagu NAH juga sangat menyeronokkan termasuk ketika menjayakan penggambaran video muzik.

    “Proses rakaman muzik video pula hanya mengambil masa satu hari disebabkan pengarahnya sudah tahu apa yang ingin dilakukan dan memudahkan segala gerak kerja kami sebagai satu pasukan dan ianya mampu di selesaikan dalam tempoh yang singkat.

    Berkongsi lebih lanjut, Sophia mengakui turut berdepan cabaran ketika menghasilkan lagu NAH.

    “Untuk siapkan lagu dan muzik video tidak ada cabaran yang begitu berat. Mungkin cabarannya dari segi masa untuk mengumpulkan semua yang terbabit dalam satu masa. Selain itu, mencari ‘cameo’ untuk melakonkan watak yang dimahukan dalam muzik video ini juga ada sedikit cabaran, namun semuanya berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan baik.

    “Sementara itu, konsep muzik video diketengahkan adalah mengenai isu semasa. Kami ada cerita yang ingin disampaikan kepada orang ramai. Terdapat empat penari kanak-kanak yang akan mewakili generasi muda. Ada juga ‘cameo’ yang akan terbabit dalam babak isu semasa.

    “Isu pertama adalah pergaduhan antara pasangan yang sering menyalahkan antara satu sama lain. Senario kedua pula, memaparkan seorang penunggang agama sedang menggunakan telefon bimbit untuk menonton perkara lucah dan seorang lagi cuba untuk mengambil kesempatan ke atas seorang wanita,” katanya.

    Berbekalkan mesej yang cuba disampaikan dalam lagu NAH, Sophia berharap orang ramai dapat menghargai lagu ini dan menyebarkan perkara positif yang terkandung kepada orang ramai atau di mana-mana sahaja platform media sosial.

    “Semoga dengan sokongan terhadap lagu ini dapat memberikan impak positif terhadap industri muzik tanah air” katanya.

    Single NAH boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 23 Jun 2023, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Def Jam Malaysia.

  • Siqma , Hazwani Helmi Kolaborasi Lagu ‘Wahana’

    Rentetan itu, nama Siqma, 30, atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak sudah meniti di bibir peminat lantaran rap yang disampaikan memiliki rentak dan gaya tulisan berkonsepkan ritma atas puisi. Ia sekali gus menjadikan Siqma berbeza daripada kebanyakan rapper seangkatan dengannya.

    Malah, mungkin ramai tidak tahu Siqma juga jurutera bunyi untuk lagu tema filem Polis Evo 3 berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri.

    Selepas berkolaborasi dengan beberapa penyanyi, Siqma kini muncul bersama penyanyi Hazwani Helmi menerusi lagu Wahana yang dilancarkan secara rasmi pada 9 Jun 2023.

    Umum mengetahui, Hazwani yang juga adik kepada penyanyi Heliza Helmi ialah aktivis yang banyak menjalankan misi kemanusiaan di luar negara selain memperjuangkan agama Islam. Disebabkan itu, Hazwani cukup dikenali sebagai Srikandi kerana keberanian dan semangat yang ditunjukkan.

    Lagu terbitan bersama Masyhur dan Beegood Music Productions itu adalah hasil ciptaan komposer Amir Hufaz dan Shukri Sahari serta lirik oleh Cheb Ali dan Isma Sane itu membawa mesej yang cukup besar iaitu berkongsi kebaikan sesama manusia dan tidak putus asa.

    Menurut Siqma, proses rakaman lagu Wahana itu mengambil masa tiga hari untuk disiapkan.

    “Alhamdulillah, proses rakaman lagu Wahana bersama Hazwani ini berjalan dengan lancar hanya mengambil masa tiga hari untuk disempurnakan bersama komposer Wan Salleh, Amir Hufaz, Hazwani Helmi dan pasukan produksi Universal Music Malaysia dan Beegood.

    “Begitu juga dengan proses penggambaran video muzik (MV) yang mana ia berjalan lancar hanya mengambil masa sehari. Terima kasih kepada pihak produksi yang sangat mudah bekerja dan profesional,” katanya.

    Dalam masa sama, Siqma berkata, konsep MV diselarikan dengan maksud yang diketengahkan dalam lagu Wahana.

    “Konsep MV ini adalah ingin membawa maksud kebaikan iaitu landasan atau panduan yang dapat mengubah haluan dan hati manusia juga menerangi dan mewarnai kegelapan pada setiap jiwa.

    “Sepanjang penggambaran tiada sebarang cabaran, alhamdulillah dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan mudah,” katanya.

    Berkongsi mengenai kerjasama dengan Hazwani, Siqma berkata Hazwani seorang yang cukup profesional.

    “Walaupun ini pertama kali bekerjasama dalam lagu, Hazwani seorang yang sangat profesional dan toleransi dalam bekerjasama. Syukur,” katanya.

    Sementara itu, Hazwani, 26, atau nama sebenarnya Nur Hazwani Afiqah Helmi bersyukur dan teruja sebaik sahaja mendapat lagu itu.

    “Lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya. Kalau sebelum ini saya banyak jalankan misi kemanusiaan termasuk mendekati pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    “Jadi, tujuannya tidak lain adalah untuk membuat kebaikan dan masuk ke syurga. Itu juga adalah maksud yang terkandung di dalam lirik lagu ini. Mesej di dalam lagu ini juga membuatkan saya rasa sangat bagus untuk dipromosikan,” katanya.

    Pun begitu, Hazwani mengakui wujud cabaran menyanyikan lagu Wahana disebabkan lirik lagu menggunakan bahasa Arab.

    “Proses rakaman lagu ini terbahagi kepada dua sesi di mana yang pertama boleh dikatakan, ia adalah eksperimen. Ini kerana, saat pertama kali berada di studio rakaman, kami baru sahaja mahu membahagikan bahagian masing-masing. Selepas sesi itu berlangsung, ada beberapa perkara yang membuatkan lagu ini kedengaran agak bagus. Disebabkan ada pelbagai perbincangan dan percubaan, sesi rakaman pertama itu terasa sangat menyeronokkan walaupun ada juga rasa tekanan.

    “Tekanan itu disebabkan ada lirik dalam bahasa Arab dan saya banyak kali ditegur kerana menyanyikannya dengan gaya bacaan al-Quran. Disebabkan ia bahasa Arab masyarakat Mesir, jadi ada kesukarannya, namun tetap menyeronokkan.

    “Pada sesi kedua pula kami sudah mula merakamkan lagu ini dengan lebih berstruktur disebabkan sudah berlatih dan lebih bersedia. Lenggok Arab itu juga dikurangkan kerana nampak lagu ini sebenarnya jenis ‘sing along’. Disebabkan mahu menarik ramai pendengar, jadi kami kurangkan lenggok bahasa Arab itu termasuk memperkemaskannya lagi,” katanya.

    Berkongsi pengalaman bekerja dengan Siqma, Hazwani berkata Siqma sangat memudahkan kerja ketika proses rakaman.

    “Walaupun saya nampak dia seperti seorang pendiam pada awalnya, tapi selepas mula bekerja dengannya tenyata berbeza. Dia sangat mesra dan sentiasa mencuba untuk berikan yang terbaik dalam projek ini.

    “Sebelum ini saya tidak pernah berduet dengan lelaki secara berdua sahaja. Disebabkan itu, ada sedikit kerisauan pada awalnya. Namun, saya sangat bersyukur kerana Siqma sangat memahami dan menghormati batas saya. Ia secara tidak langsung memudahkan kerja,” katanya.

    Apa yang pasti, Hazwani berharap lagu Wahana dapat diterima baik.

    “Sebenarnya saya suka menulis lagu dan menyanyi, tapi bukan secara umum. Saya berada dalam industri ini juga disebabkan kakak saya, Heliza Helmi kerana mungkin boleh bersama-sama dengannya menyebarkan mesej kebaikan menerusi lagu. Ini adalah tanggungjawab untuk sekurang-sekurangnya memberi manfaat.

    “Saya juga berharap lagu ini diingati ramai dan dapat menembusi pelbagai platform. Doa saya juga lagu ini berjaya dalam negara dan kalau ada rezeki, saya juga berharap lagu ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

    Lagu Wahana turut mendapat sentuhan ‘arranger’ Shukri Sahari dan penerbit Wan Saleh, Shukri Sahari, Cheb Ali dan Amir Hufaz sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan YouTube Music, sementara MV boleh ditonton di saluran YouTube Masyhur.

  • SITISM, A MINI ALBUM BY DATO’ SRI SITI NURHALIZA, RETURNS

    Dato’ Sri Siti Nurhaliza, the top chanteuse in Malaysia, has selected June 30, 2023, to release her most recent mini album, which she has cleverly titled Sitism. The entire “deluxe” record, which will have 12 tracks in both digital and physical formats, was released digitally before the small album with its 8 tracks.

    The title Sitism was picked from the singer’s name Siti Nurhaliza where the word Siti and the suffix `ism’, are paired. This is used to describe nouns symbolising quality, state, ideology, or the direction of the album. When Siti’s name and the suffix ‘ism’ are combined, Sitism then represents a noun which depicts certain details existing in the star’s 20th solo album.

    One of the producers and composers of the Sitism album, Aubrey Suwito uses the term Sitism to describe Siti Nurhaliza. According to him, when Siti sings, her signature style, quality and vocals prove unique, and listeners can easily recognize that it is Siti Nurhaliza.

    According to Siti, Sitism is the perfect album title after being in the music industry for 27 years. She has given life to the Siti Nurhaliza brand in her own way.

    Siti added that the album, Sitism is her current self, evolving with the present time and development of music shown through the melodies, lyrics, image and performance.

    Siti’s focus is to allow her fans to listen to the 8 tracks first before adding the 4 songs making it more special when the full album is released in physical format.

    After succeeding through the first single Menjaga Cintamu which was released on the 18th of May 2023, Siti is forefronting a rock ballad for this album, called Romansa Kita, composed by Sharon Paul and lyrics written by Rozisangdewi.

    The song speaks of determination in love which begins with a speck of hope and eventually flourishes into reality, after holding on to the faith of eternal happiness.

    Apart from Romansa Kita (Sharon Paul/Rozisangdewi), other songs in the mini album include Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) and Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).

    This mini album produced by Universal Music Malaysia and Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd will be available on all digital platforms starting Jun 30th 2023. While the full ‘deluxe’ album will be out early August this year.