Author: Helmi Aziz

  • Aiman Coco Mempertaruhkan Lagu Berentak Balada Dalam Single Pertamanya Yang Berjudul “SILAM”

    Mula dengan penampilan realiti di platform media sosial “SUPERLAKI”, AIMAN COCO, seorang pendatang baru, telah mengambil langkah pertama ke arah yang lebih maju dalam bidang nyanyian, minatnya sejak kecil. Terpesona dengan penyanyi dari seberang, CHARLIE ST12, Aiman Coco mencuba nasib dengan lagu berentak balada untuk single pertamanya yang berjudul “SILAM”.

    Nama sebenarnya MUHAMMAD NASRUL BIN ALI berasal dari Hulu Langat Selangor telah mula berjinak-jinak dalam industri suara semenjak di bangku sekolah lagi .Bukan hanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian malah Aiman sangat berkebolehan dalam bidang QASIDAH dan seringkali mendapat gelaran JUARA dalam mana-mana pertandingan yang di masukinya .

    Beliau seorang yang agak pendiam,pemalu dan sangat ringan tulang, tapi seorang yang sangat mesra jika seseoarng telah mula mengenali beliau. Aiman Coco yang pernah mempunyai SINGLE  RAYA bertajuk “RAYA 4 SUARA” pada tahun ini (2023) bersama tiga orang lagi rakan artis di bawah label muzik yang sama iaitu RR ENTERTAINMENT . Dengan pembabitannya dalam lagu  telah menyebabkan pihak RR ENTERTAINMENT menawarkan beliau untuk menghasilkan lagu “SILAM”.

    Bila bertanyakan apa perasaannya setelah  di beri peluang uttuk mengeluarkan SINGLE lagu SILAM?.“Apa yang saya impikan ,Alhamdulillah Allah makbulkan,terima kasih RR ENTERTAINMENT dan SONY MUSIC MALAYSIA  kerana memberi peluang dan ruang untuk mengetengahkan bakat saya dalam bidang nyanyian .Saya amat menghargainya dan akan cuba yang terbaik selagi boleh”.Kata Aiman yang sudah lama mengimpikan untuk mempunyai lagu sendiri dan saya sangat tidak sangka benda ini berlaku selepas sahaja menghasilkan lagu raya ‘RAYA 4 SUARA”.

    Bercerita pula tentang pengalaman menghasilkan single barunya,lagu ini bukanlah pengalaman atau cerita peribadinya.”Mula-mula saya dengar lagu tu memang saya jatuh cinta sangat jadi saya terus setuju untuk menyanyikan lagu SILAM dan ini lah juga peluang yang saya nanti-nantikan selama ini dan berharap akan dapat menyampaikan yang terbaik untuk pendengar-pendengar di luar sana supaya cerita di sebali lagu ini dapat di rasai oleh pendengar.Harap-harap pendengar dapat la rasa.”, kata Aiman Coco sambil tersenyum. “Proses menyiapkaan lagu ini agak mencabar tapi saya rasa tak perlu lah saya menceritaknnya biar abang Herda dan Kak Reen dari RR ENTERTAINMENT sahaja yang tahu apa yang berlaku” ujar Aiman sambil ketawa kecil. “Saya harap sangat pendengar dapatlah terima  lagu SILAM dengan baik dan dan teruskan lah menyokong indsutri seni sampai bila-bila. ”ucapan Aiman di akhir perbualan.

    Lagu“SILAM”, di hasilkan oleh RR Entertainment, gubahan daripada HerdaSyira dan  penulisnya pula adalah juga dari HerdaSyira akan menemui pendengar pada awal bulan Disembar 2023.

    Lagu ‘SILAM’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

    AKAUN MEDIA SOSIAL “SILAM” 

    Aiman Coco: 

    INSTAGRAM :  : https://instagram.com/aimancoco._?igshid=NGVhN2U2NjQ0Yg==

    TIKTOK :  https://www.tiktok.com/@aimancoco._?_t=8hcghi9DAh7&_r=1

    Kredit : 

    Artis : Aiman Coco

    Tajuk : SILAM

    Produser : RR Entertainment

    Komposer : HerdaSyira

    Lirik : HerdaSyira

     

     

  • Achik Asrain & Nadia Rosli, Pertaruhan dalam Sabarlah Hati

    Kewujudan pertandingan program realiti kaca televisyen merancakkan lagi industri muzik tempatan. Dunia hiburan tanah air sentiasa meraikan kehadiran penyanyi baharu dalam menonjolkan bakat dimiliki.

    Kehadiran bintang baharu ini melengkapkan lagi selera dan cita rasa peminat yang inginkan sesuatu yang segar untuk hiburan halwa telinga. Biarpun ada antaranya muncul dengan lagu bunyi 90-an, kelainan dari segi muzik itu masih menjadi keutamaan.

    Terbaharu, syarikat rakaman Universal Music mempertaruhkan dua bakat baharu yang memiliki paduan vokal mantap, Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu duet berjudul Sabarlah Hati hasil ciptaan komposer terkenal, Eddie Hamid.

    Menurut Achik Asrain yang juga bekas peserta program Lagu Cinta Kita musim ketiga, ini adalah lagu duet pertama mereka selain menyifatkan ia kerjasama yang baik.

    Lagu ini menceritakan pasangan kekasih yang setia kepada pasangan sehingga membawa keretakan perhubungan yang tidak ikhlas sehingga membawa perpisahan diantara mereka. Hubungan baru yang didasari oleh kejujuran, pengertian, dan saling menghargai sebenarnya ada di depan mata mereka, hanya saja tersembunyi oleh kerumitan dan kebingungannya sendiri. Achik juga menghuraikan bahawa, lagu ini mengisahkan mengenai percintaan yang musnah akibat daripada pasangan yang tak menghargai, hanya bermanis- manis pada awal perhubungan dan ia sekadar hubungan yang penuh sandirawa dari kata-kata dusta.

    Achik meluahkan perasaan lega semasa proses rakaman lagu sangat berjalan lancar kerana dibantu oleh Eddie Hamid, seorang komposer yang cukup berpengalaman serta jurutera bunyi yang berpengalaman, Encik Amir. Proses menyiapkan lagu sangat baik dan tidak mengambil masa yang lama. Achik dan Nadia dibantu oleh individu yang memang berpengalaman dalam bidang mereka.

    Kru dan semua yang terbabit dalam penggambaran MV Sabarlah Hati ini bantu kami untuk lebih menjiwai karakter bagi menjayakan MV ini. Nadia berkata cabaran dilalui ketika proses menyiapkan lagu dan MV Sabarlah Hati adalah pengalaman berharga buat mereka. Nadia berkata, banyak perkara yang menghiburkan sewaktu bersama kru produksi sepanjang pembikinan MV ini. Dia berterima kasih pada semua yang terbabit kerana banyak membantunya. Ini merupakan satu memori yang dia takkan lupakan.

    Nadia berharap semoga lagu Sabarlah Hati dapat diterima ramai dan sekaligus melonjakkan nama mereka berdua dalam industri muzik. Semoga lagu ini dimainkan di corong radio serta di mana-mana platform digital.

    Lagu Sabarlah Hati sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 13 Oktober lalu. Muzik video juga boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

  • RAZZUAN RAZALI MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARUNYA BERTAJUK ‘CINTA KAYANGAN’.

    Razzuan Rosli telah menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang lakonan dan nyanyian. Pengalaman merakamkan single pertamanya, “Akur,” dan kini single terbarunya, “Cinta Kayangan,” menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam mengembangkan bakatnya di industri hiburan Malaysia.

    Dalam lagu “Cinta Kayangan,” Razzuan menggambarkan cinta sebagai sesuatu yang subjektif, tetapi pada masa yang sama, menyatakan bahawa cinta juga buta. Ia merangkumi realiti bahawa dalam hubungan, seringkali kita mungkin terpedaya oleh perasaan kita sendiri, walaupun hakikatnya situasinya tidak selalu sesuai dengan yang kita harapkan. Pesanan dalam lagu ini memberikan refleksi mendalam tentang kompleksiti cinta dan hubungan manusia.

    Dengan pencapaian ini, Razzuan Rosli semakin menempa nama dalam industri hiburan Malaysia dan membuktikan dirinya sebagai seorang artis yang serba boleh dengan bakat yang serbaguna.

    “Terkadang apa yang kita rasakan tidak selaras dengan kenyataan dan hubungan itu mungkin hanya angin lalu. Perkara ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa tidak semua pertemuan adalah takdir dan bukan semuanya harus dilanjutkan atau dipertahankan,” katanya.

    Dengan suara emasnya dan lirik lagu yang memukau hati, Razzuan membawa pendengarnyadalam perjalanan mendalam mengenal erti cinta sebenar dalam lagu Cinta Kayangan. “Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan sebab cinta itu sesuatu yang mahal. Untuk Kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah kita nak faham ABC. ” Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta”.

    “Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini pun disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan. Jadi, itu antara sebab kenapa saya memilih lagu Cinta Kayangan ini,” katanya. Berkongi mengenai video muzik lagu Cinta Kayangan ini, Razzuan berkata ia berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagian.

    “Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki. Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai impian mereka.

    Apa yang pasti, Razzuan berharap lagu Cinta Kayangan dapat diterima baik oleh peminat sekali gus menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. “Saya berharap dengan tulus agar pendengar dapat menyambut lagu Cinta Kayangan ini dengan penuh kehangatan dan kesukaan. Lagu ini tidak hanya memberikan hiburan semata, tetapi juga mengandungi mesej yang mendalam dan cerita yang ingin disampaikan.

    Cinta Kayangan kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th Januari 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • INFINIX COLLABORATES WITH FREE FIRE TO UNVEIL LIMITED EDITION HOT 40 PRO

    Infinix, a leading and trendy international smartphone brand, is gearing up for the launch of HOT 40 Pro in Malaysia on the 19th of February 2024. Today, Infinix revealed an exhilarating collaboration with Free Fire, a globally popular mobile game, to customise its HOT 40 Pro for smoother and immersive gaming experience for users to explore in the world of Free Fire.

    “We are excited to continue our collaboration with Free Fire for the launch of the HOT 40 Pro featuring exclusive Free Fire’s character and pet combinations for Xfans as well as Free Fire players. The HOT 40 Pro is dedicated to deliver top-notch performance for gamers in Malaysia at a competitive price. Our collaboration with Free Fire is a result of our understanding of the younger generation on their smartphone needs as well as gaming lifestyle,” said Abia Wang, Infinix Regional Marketing Director.

    The HOT 40 Pro is equipped with up to 16GB of extended RAM and 256GB ROM, powered by the Helio G99 ultra-speed processor with XBOOST gaming engine. It comes with the first-in-class metamaterial gaming network and lag-free 120Hz FHD+ screen to ensure a seamless and fast gaming experience. With a 33W fast charge and 5000mAh long-lasting battery, users need not worry about the battery life while gaming.

    In conjunction with the Free Fire collaboration, the HOT 40 Pro Free Fire Limited Edition will include exclusive customization options showcasing Free Fire’s beloved character and pet pairings that will be available in wallpapers, icon widgets, a distinctive AR self-portrait mode, and special sound effects for a one-of-a-kind user experience.

    Another variant set to launch is the HOT 40i that boasts an Octa-Core chipset with the XBOOST new-gen gaming engine, together with the same storage capacity as its counterpart. This device offers a smooth scrolling experience with its 90Hz super fluid punch-hole screen as well as a 50MP Dual AI camera and a 32MP crystal-clear selfie camera. The device comes with an enhanced 18W fast charge and 5000mAh long-lasting battery, offering users a strong battery life at an affordable price.

    Keep an eye out for the imminent release of the HOT 40 Pro and HOT 40i on Infinix Malaysia’s official website, Facebook, Instagram, and TikTok channels.

    #InfinixMalaysia #Infinix #HOT40Pro #GrafikTinggi #GambarBerkualiti #SentuhanLancar #HOT40i #StoranBesar #SpeakerPadu #GambarLebihCantik

  • QURAN@ 114: MENYELAMI KEINDAHAN AL-QURAN MELALUI KONSEP TADABBUR, TAFAQQUH, TAZAKKUR DAN I’TIBAR

    Memenangi hati penonton dengan catatan prestasi sebanyak 7.3 juta screenview pada musim pertama, rancangan Quran@114 diteruskan untuk musim kedua secara eksklusif di TV AlHijrah.

    Quran@114 musim kedua menemui penonton pada setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari sebanyak 366 episod sepanjang tahun.

    Istimewanya, rancangan ini bukan sekadar mengajak penonton untuk sama-sama membaca ayat-ayat suci al-Quran, tetapi penonton juga akan didedahkan dengan konsep tadabbur, tafaqquh, tazakkur, dan i’tibar.

    Tadabbur merupakan proses pemikiran mendalam, penelitian dan penghayatan ayat al-Quran. Tafaqquh pula adalah proses memahami ajaran al-Quran. Manakala tazakkur adalah peringatan, nasihat serta teguran. I’tibar pula adalah pertimbangan atau kebijaksanaan dalam berfikir.

    Rancangan Quran@114 ini disiarkan dengan format lima hari tadabbur, satu hari pengajian tafsir dan bahasa Arab serta satu hari pengajian tajwid & taranum dengan menggunakan kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan Tafsir Jalalain sebagai rujukan.

    Menampilkan para asatizah yang berperanan sebagai pentadabbur seperti Dr. Shamsul Mohd Nor, Imam Muda Hassan, Prof. Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Isfadiah Dusuki, Ustazah Nazirah Abu Bakar, Ustaz Hariri  dan Ustaz Zarifi, penonton pastinya dibimbing agar mempunyai kefahaman menyeluruh tentang Islam.

    Selain itu, para qari dan qariah seperti Tlmiz Fahmi, Ustaz Jalal Zaiki, Ustaz Fahmi Asraf, Ustaz Ammar Mukhliz, Ustaz Husaini Mahmur dan Ustazah Sofizah Mousin akan melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan lunak serta dilagukan dengan tarannum berbeza.

    Quran@114 beriltizam  untuk membuka jalan dan ruang pembelajaran buat penonton untuk mendalami, memahami dan mengaplikasi  ajaran al-Quran di dalam kehidupan seharian.

    Dr. Shamsul Mohd Nor sebagai contoh, memberikan dimensi ilmiah yang mendalam terhadap cara terbaik memahami al-Quran dalam konteks agama, sejarah dan budaya. Sementara itu, pentadabbur terkemuka seperti Imam Muda Hassan dan Ustazah Isfadiah memberikan perspektif praktis, menghubungkan pemahaman kitab suci dengan kehidupan seharian.

    Program ini membuka ruang untuk  penonton merenung dan menyelami mukjizat al- Quran. Dengan memuliakan kekayaan ajaranNYA, Quran@114 menjadi panggung bagi penonton untuk memahami dan merasakan kedalaman rohani yang terkandung dalam setiap bait ayat suci Ilahi.

    TV AlHijrah berkeyakinan rancangan ini mampu menjadi program yang membawa pengalaman unik dan bermakna buat segenap lapisan masyarakat. Program ini mempelopori cara penyampaian yang inovatif dan interaktif untuk membantu penonton meresapi dan menghayati ajaran Islam secara keseluruhan.

  • “Culinary Delights: Warisan Ibunda’s Ramadan Food Review and Bubur Lambuk Distribution”

     

    In preparation for Ramadan, Concorde Hotel Shah Alam rekindles the tradition of distributing their renowned Bubur Lambuk, a long-standing custom spanning twenty years.

    The preparation of Bubur Lambuk was prepared by the expertise of the hotel’s chefs with the assistance from management and hosts. The preparation started as early as 7 am with 200 kg of rice, and many other ingredients cooked in big pots. Total of 6,000 packets are distributed within hours.


    The Shah Alam community have queued since early morning at 11 am to get their hands on our Bubur Lambuk.
    The distribution began at the hotel’s driveway at 12 noon on 6th February 2024 until all the Bubur Lambuk packages were distributed to the community. “As usual, the driveway is tum into a “drive-thru” to efficiently donate our favourite Ramadan delicacy. At 2 pm, all 6,000 packets of Bubur Lambuk were successfully distributed to the public.” said Ms Amilia Alias, the Director of Sales and Marketing.

    Concorde Hotel Shah Alam’s chosen theme is ‘Warisan Ibunda’ for Ramadan Buffet 2024. ‘Warisan Ibunda’ is a traditional home-cooked mother’s legacy that holds a dear place in the hearts of our community in Shah Alam. The Ramadan Buffet menu consists of 100 appetizing dishes. A few hotel’s speciality dishes include Kari Kepala Ikan Jenahak, Telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Sambal, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh, Kambing Pangganag and many more.


    Early Bird Ramadan Buffet Voucher is available for purchase from NOW until 11″ March 2024 at
    RM 125 nett per voucher.

    Special promo on the first 3 days (12 – 14 March 2024) and last 3 days (07 – 09 April 2024) of Warisan Ibunda Ramadan Buffet prices at RM 125 nett per adult and RM 65 nett per child (5-12 years old). Not applicable for senior citizen.

    Normal days from 14th March until 6* April 2024, Warisan Ibunda Ramadan buffet prices:
    • RM 149 nett per adult
    • RM 75 nett per child (5-12 years old)
    • RM 115 nett per senior citizen
    Concorde Hotel Shah Alam also offer Sahur buffet from 12 March – 09 April 2024 at Melting Pot Café from 3.30 am until Imsak. The prices are:
    • RM 66 nett per adult
    • RM 33 nett per child (5-12 years old)


    Additionally, at the end of Ramadan, dine in to celebrate the Ist and 2nd day of Hari Raya with a Buffet Hi-Tea at RM 95 nett per adult and RM 45 nett per child (5 – 12 years old).

    For further inquiries or table reservations, contact us at 603-5520 8000 or email vasanthi@concorde.net.


    For those who wants to rest at the hotel during Ramadan, a Ramadan room promotions from RM 188 nett per room per night (Room Only), or from RM 228 nett per room per night inclusive buffet breakfasts for 2 persons for non-muslim or sahur for muslim guests.

    Booking period: NOW – 14th April 2024
    Stay Period
    1st March – 14th April 2024
    For further inquiries, contact us at 603-5520 8000 or email shah@concorde.net.

  • Sweet Charity Mengimbau Kembali Kenangan, Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad

    Sebuah konsert yang gemilang telah berjaya memukau dan mengimbau hati para peminat kembali ke zaman nostalgia yang sudah lama tidak dapat mereka nikmati. Peminat Sweet Charity yang telah menghadiri konsert hebat di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari lalu itu terpegun dan teruja.

    Band terkenal Sweet Charity kembali ke ibu kota untuk mengimbau kenangan selepas konsert terakhir mereka 13 tahun lalu, setelah lima dekad berkhidmat dalam industri muzik rantau ini.

    Dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association, Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity yang berdurasi hampir tiga jam itu yang telah berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari yang lalu.

    Iaitu, di tahun ke-55 penubuhan Sweet Charity yang diterajui Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis yang juga pengasasnya bersama Rahman Sarbani (dram), dan turut dianggotai Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).

    Ramli berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

    “Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena. Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa.

    “Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting. Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.
    “Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ”. – katanya

    Justeru, para peminat tegar mereka juga dihiburkan serta disajikan dengan nyanyian yang penuh penghayatan oleh Ramli Sarip yang berjaya mempersembahkan sebanyak 22 buah lagu yang senantiasa berlegar di telinga setiap daripada peminat mereka, antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah, Hilang Gelap Terbitlah Terang, Tahun 2000, Pelarian, Sejuta Wajah, Dekatlah Padaku, Datang & Pergi, Kawan Menangis Kawan Ketawa, Dunia Perlumbaan, Hidup, Musibah, Bagaikan Mimpi, Terharu, Zakiah, Jangan Tunggu Lama-Lama, Jalan Malam, Semalam Di Malaya, Apa Khabar Sayang, Batu, Lahirmu Bukan Untuk Dunia, Ribut 10:59 pagi, Kamelia dan Teratai.

    Biar pun tidak kembali ke stadium, menurut Ramli, Zepp Kuala Lumpur dengan kapasiti 2,500 orang itu berupaya memenuhi jangkaan persembahan kerana lokasi itu ada formula untuk mendukung sesebuah konsert, daripada suasana ke akustiknya, malah chemistry.

    “Penganjur ini, saya lihat, mahu buat sesuatu yang mereka lalui, ketika mereka membesar, namun memberi kebebasan untuk kami mengekspresikan seni. Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini sememangnya tidak harus dilepaskan peminat.

    “Kerana Sweet Charity, persembahannya ada roh dan semangat yang tersendiri, seperti mana-mana band apabila sampai pada kedewasaannya. Mudah-mudahan persembahan kami lebih dewasa dengan perasaaan,” tambahnya.

    Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity merupakan sebuah produksi Rasa Karya, bersama Mewah Event Management sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan tiket.

    Kuala Lumpur, kata Ramli, beliau berjaya menyajikan kelainan rasa dalam persembahan Sweet Charity yang sebelum ini, tampil dengan dua konsert berskala besar, masing-masing di Johor Bahru dan Singapura, tahun ini.

    “Sama tapi tak sama,” kata Ramli, merujuk perbandingan dengan konsert di Singapura, baru ini. “Persembahan di Kuala Lumpur akan lebih padat, malah ada peminat yang sudah menonton di Singapura, mahu ke Kuala Lumpur juga.

    “Gaya persembahan, tentunya akan memberikan kelainan kerana Sweet Charity ada aura tersendiri, kekuatan tersendiri. Orang sukakan Sweet Charity kerana persembahan livenya dan itulah yang menjadi kekuatan kami selama lebih 50 tahun ini.

    “Sweet Charity tidak begitu dipengaruhi oleh apa-apa kerana pada masa itu, pada era akhir 60an, tiada video, VHS pun tiada. Jadi kami mencipta identiti sendiri, membawa muzik rock, memberikan apa yang kami rasa, perasaan waktu membuat persembahan itu.” – katanya

  • ADRENALINE UNLEASHED: ‘RUN FOR MONEY’ PREMIERES ON TONTON!

    Brace yourselves for an unparalleled thrill ride of the exclusive arrival of the Japanese reality competition sensation, “Run for Money,” premiering on GEM channel via Tonton starting 10 February 2024.

    “Run for Money” is not just a TV show; it’s an adrenaline-fueled experience where celebrities outmaneuver black-clad Hunters for a substantial cash prize. Contestants strategically evade pursuit, and the longer they elude capture, the greater the chance of winning a life-changing sum. The decision to turn themselves in or persist until the end adds suspense – a battle for wealth and pride.

    Originating in 2004 on Fuji TV, this real-life tag game show draws inspiration from the traditional Japanese game of “onigokko.” With 18 years of popularity, it won Best Game or Quiz Programme at the 2009 Asian Television Awards and received an International Emmy Awards nomination in 2010. The series, known for its thrilling sequences, became an Asian sensation after its initial broadcast in Japan.

    “Run for Money” is set to premiere on GEM channel via Tonton on 10 February 2024, marking a momentous occasion for fans eager to experience the thrills and challenges that have made it an international phenomenon.

    Subscribe to Tonton today for as low as RM 9.90 and witness the “Run For Money” for yourself. Download the Tonton app via Google Play or App Store, or visit www.tonton.com.my to get the best Asian entertainment experience.

    Keep up to date with Tonton on social media using hashtags #Tonton, and #RunForMoney. To get the latest info about your favorite show, visit Tonton’s Facebook, Twitter, Tiktok, and Instagram @tontonmy.

  • ‘Rindu Kasih 2’ Gandingan Ummi Nazeera & Izzue Islam Bakal Menemui Penonton Mulai 13 Februari 2024

    Ketika drama bersiri Rindu Kasih lakonan Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Amyza Aznan disiarkan di TV3 pada tahun 2022, ramai yang terkesan dengan lakonan mantap Ummi Nazeera yang melakonkan watak Salina, seorang anak perempuan yang dahagakan kasih sayang ibunya, sehingga sanggup melakukan jenayah, demi bertemu dengan ibu kandungnya yang merupakan seorang banduan.

    Kembali dengan musim kedua, Rindu Kasih 2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir (Izzue Islam) dan ibu mertuanya Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad (Dzul Hadziq).

    Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

    Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam (Nafiz Muaz) apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.

    Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?

    Ummi Nazeera teruja untuk kembali beraksi dalam kesinambungan hidup Salina menerusi Rindu Kasih 2. “Bagi saya, Salina ialah satu watak yang sarat dengan emosi dan juga seorang wanita yang kental berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya. Salina ialah salah satu watak paling berat yang digalas sepanjang penglibatan saya sebagai anak seni. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh TV3 dan P&D Pictures Sdn. Bhd serta rakan -rakan artis dan semua krew produksi yang menjayakan Rindu Kasih 2. Kami berharap agar drama ini juga menerima sambutan yang positif daripada penonton.”

    Rindu Kasih 2 terbitan P&D Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya serta nukilan skrip oleh  K. Adlie dan Shaza Talib. Drama bersiri 20 episod ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Dzul Hadziq, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

    Pastikan anda mengikuti Rindu Kasih 2 menerusi slot Samarinda bermula 13 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, satu jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • ARUS DERAS ZAMAERA X DAALIAH DALAM ‘BIG FISH’

    Baharu sahaja selesai menganjurkan acara Queendom Fest, sebuah festival muzik ‘all-female’ yang pertama seumpanya di Malaysia berlangsung di Lalaport.

    “Pertemuan tidak tersangka bersama Daaliah telah menghasilkan sebuah single yang sungguh bermakna buat saya sebagai permulaan 2024, kerana saya rasa seperti ‘seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil’” jelas pemilik nama sebenar, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28 tahun.

    Sejurus kepulangan Daaliah dari siri jelajah muziknya di Eropah, Zamaera bertemu dengannya lalu berkongsi perasaannya sebagai anak seni di Malaysia yang sudah pun mencapai peringkat siling, luah Zamaera, “Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini yang agak konservatif.

    “Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berkembang dalam kerjaya jika keluar dari zon selesa iaitu negara tersendiri dan lagu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis ‘independent’ yang berusaha keluar dari ruangan selesa tersebut.

    Kongsi Daaliah, “Keseluruhan proses pembikinan single ini kaya dengan pengalaman berharga, Zamaera dan saya mempunyai persamaan di mana kami berdua adalah pengkarya ‘independent’, segala aspek dari penghasilan lagu ke rakaman muzik video dan pemsaran musik kesemuanya dilakukan penuh teliti, dan walaupun berdepan dengan cabaran, kami berjaya mengharunginya bersama-sama dan juga bekerja mengikut jadual.

    “Karya ini diilhamkan daripada sub-genre muzik elektronik house, yang terkenal pada awal 90-an dari UK dikenali sebagai ‘Garage’ atau singkatannya UKG. Beberapa artis terkenal yang membuat muzik Garage ialah Craig David, Jorja Smith dan Wiley untuk menamakan beberapa.

    Pelantun lagu ‘Kill My Vibe’ dan ‘Dulu’ ini sebenarnya lebih sibuk berbanding dahulu, katanya, “Pada tahun lepas saya lebih fokus dalam menjayakan festival muzik wanita ‘Queendom Fest’, bekerjasama dengan Tong Tong Asia dan Jln Hackman banyak membuka mata dan juga peluang, saya bersyukur menjadi penerima Dana Kandungan Digital melalui My Creative Ventures di bawah Kementerian Komunikasi & Digital.

    “Ini merupakan projek pertama saya sebagai penganjur acara dan secara keseluruhannya, ia adalah kemenangan besar dan kami telah berjaya dalam menaikkan dan menyokong kalangan wanita kreatif. Walaupun ia jauh dari sempurna dan banyak pengajaran telah dipelajari sepanjang perjalanan, sejujurnya saya merasakan ia pastinya salah satu pengalaman terbaik yang saya alami dalam hidup setakat ini.

    “Menganjurkan sebuah acara dengan 10 orang artis wanita bukanlah sesuatu yang mudah tetapi perjalanan tersebut mengajar saya keluar dari ‘zon selesa’ yang saling berkaitan dengan keluaran BIG FISH.

    “Single BIG FISH turut dipersembahkan ketika acara tersebut walaupun terlebih dahulu diperdengarkan di Axean Festival di Singapura dan sambutannya amatlah memberangsangkan, ramai yang sukakanya dan saya tidak sabar untuk lagu ini dilancarkan secara rasmi!

    Sebagai artis bebas yang tidak terikat di bawah mana-mana label pasti ada cabarannya tersendiri, katanya, “Cabaran terbesar sebagai artis ‘independent’ setakat ini adalah membentuk sebuah pasukan yang jitu, kerana dengan pelbagai projek yang mendatang saya tidak menang tangan.

    “Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dengan para profesional berdasarkan sesebuah projek, tapi tidak berpanjangan. Saya seorang yang sangat mudah menyesuaikan diri tetapi apabila ia berkaitan dengan team saya, saya perlu sangat yakin dengan siapa saya mengamanahkan kerja saya. Walaupun prosesnya mungkin lebih lama, ia benar-benar berbaloi.”

    Zamaera turut berkongsi cerita pengalaman bekerja dengan pengarah kreatif video muziknya, katanya, “MV BIG FISH diarahkan oleh sutradara Hafreez Amminuddin dari House of Karyawan, kami bertiga (termasuk Daaliah) berhempas pulas memerah idea sehingga tidak tidur malam, kerana segalanya kami lakukan sendiri dan mahukan yang terbaik untuk peminat. Hafreez atau lebih dikenali sebagai @freezforshort di Instagram, mempunyai pendekatan hebat menggayakan dua artis itu bersama semua pereka fesyen Malaysia yang terdiri daripada Kittie Yiyi, Amanda Brown, Behati, Uzair, S7WNZ. “Terima kasih juga kepada rakan-rakan kami di Kloe Hotel dan Shuang Xi kerana menjadi penaja tempat rasmi untuk penggambaran video muzik kami dan kerana mempercayakan visi kami untuk menjadi nyata”.

    Apa yang lebih menarik ialah kerjasama jenama dengan Vuse Street Covers, platform antarabangsa yang menonjolkan artis tempatan seperti saya dalam usaha memecah sempadan. “ Pelancaran muzik video premiere party ‘Big Fish’ rasmi yang disampaikan oleh VSC akan berlangsung pada 24 Februari di lokasi rahsia dan menampilkan 6 artis tempatan. Acara ini adalah melalui jemputan sahaja namun peminat boleh berpeluang memenangi tiket melalui pengumuman khas di media sosial Zamaera dan Daaliah.

    Di tanya apa yang kita boleh jangkakan dari Zamaera dalam tahun 2024, jawabya dengan teruja: “Saya bakal bekerjasama dengan sebuah label bertaraf antarabangsa, menghasilkan sebuah album penuh, siri jelajah dunia dan juga Queendom Fest 2.0! Bersedia untuk muzik baharu dan era baharu Zamaera”. Bagi Daaliah, “Sudah tentu lebih banyak muzik baharu (akhirnya) dan rancangan baharu di bandar baharu yang belum pernah saya kunjungi sebelum ini”.

    Lagu ‘BIG FISH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music, manakala MV boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Zamaera.

    ‘BIG FISH’ kini tersedia untuk penstriman di semua platform penstriman digital seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain dan tersedia untuk dimuat turun di iTunes.