Author: Helmi Aziz

  • Samsung Kicks Off Global Rollout of One UI 8 for Galaxy Users

    Samsung Electronics Co., Ltd. today announced the official rollout of One UI 8, the latest version of its user experience platform. This update brings advanced multimodal AI capabilities, a refined interface optimized for different device form factors, and personalized suggestions designed to make everyday life smarter and more convenient. The rollout begins this week with the Galaxy S25 series and will extend to the Galaxy S24 series, Galaxy Z Fold6, Galaxy Z Flip6, Galaxy S24 FE, and additional eligible Galaxy models later this year.

    One UI 8 introduces a smarter and more personal Galaxy experience, recognizing the user’s context and offering proactive recommendations tailored to individual daily routines. Enhanced by Galaxy AI, the system delivers meaningful personalization while maintaining a strong commitment to privacy. At its core is a combination of advanced personalization features and upgraded security tools that work together to anticipate user needs without compromising sensitive information.

    Among the new additions are improvements to the FlexWindow on the Galaxy Z Flip, which now displays real-time app activity and media player progress with integration across a broader selection of third-party apps. Daily updates are also enhanced through Now Brief, which provides personalized traffic alerts, important reminders, and Samsung Moments that help users reflect on daily activities. Recommendations for music, video, and health insights from the Galaxy Watch are now easily accessible, creating a more connected ecosystem.

    Security is also at the forefront of One UI 8. The new Knox Enhanced Encrypted Protection, or KEEP, introduces a security architecture that creates app-specific encrypted storage environments, ensuring each app has access only to its own sensitive information. Knox Matrix extends protection further by automatically signing devices out of the Samsung Account when high-risk activity is detected, sending alerts across connected Galaxy devices, and offering guidance to protect user data. In addition, Secure Wi-Fi has been upgraded with post-quantum cryptography, designed to defend against emerging threats and ensure stronger privacy even when connected to public networks.

    With its multimodal AI, One UI 8 transforms how users interact with Galaxy devices by combining visual, auditory, and contextual intelligence. Gemini Live allows seamless communication with AI that can interpret what the user is seeing or watching in real-time, while Circle to Search with Google expands gaming support by providing instant strategies, character details, and real-time translations directly on screen without switching apps. These tools make tasks more intuitive and efficient, blending AI assistance naturally into everyday use.

    The interface has also been optimized to suit multiple form factors across smartphones and tablets. AI Results View enables multitasking by displaying AI outputs in separate floating or split views while keeping original content visible. With Galaxy AI tailored for larger screens, users can easily drag and drop AI-generated text and images into their workflow, streamlining productivity. Creative tools such as Drawing Assist and Writing Assist further support smoother idea development. On the Galaxy Z Flip, Gemini Live now operates directly on the FlexWindow, allowing hands-free voice assistance. Other additions include Audio Eraser, which removes background noise with a single tap, and a new adaptive clock design that adjusts dynamically around photos without obscuring key details. FlexWindow customization has also been expanded with curated wallpapers, emoji themes, and personalized background colors.

    One UI 8 enhances communication and creativity through AI-powered tools such as Portrait Studio, which generates artistic pet portraits, Call Captions that convert voices into text during calls, and Interpreter with keyboard input for quick translations. Together, these features deliver a versatile experience that is both intelligent and personalized.

    In Malaysia, the rollout of One UI 8 will begin on September 18, 2025, with the Galaxy S25 series, followed by the Galaxy S24 series, Galaxy Z Fold6, and Galaxy Z Flip6 on September 25. The Galaxy S23 series and Galaxy Z Fold5 and Z Flip5 will receive the update on October 2, while the Galaxy S22 series and Galaxy Z Fold4 and Z Flip4 will be updated on October 6. The Galaxy S21 FE will receive the update on October 16.

    To mark the arrival of One UI 8, Samsung is offering a promotion for the latest Galaxy Z Series. Until September 30, customers in Malaysia can experience One UI 8 on the Galaxy Z Fold7 and Z Flip7 with a special double storage upgrade. The Galaxy Z Fold7 is available in Silver Shadow, Blue Shadow, Jetblack, and Mint at prices starting from RM7,799, while the Galaxy Z Flip7 is offered in Blue Shadow, Coral Red, Jetblack, and Mint at prices starting from RM4,999. An exclusive online-only Galaxy Z Flip7 FE is also available in Black or White with prices starting at RM3,999.

    For more details on One UI 8 and the latest Galaxy devices, customers can visit the official Samsung Malaysia newsroom at news.samsung.com/my or explore the product lineup at samsung.com/my/smartphones/galaxy-z.

  • Konsert 4U2C Hidupkan Semula Nostalgia Hip Hop 90-an

    Selepas tiga dekad tidak tampil di pentas besar, kumpulan rap legenda 4U2C akhirnya kembali mengubat rindu peminat menerusi konsert We 4U2C yang berlangsung penuh meriah di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada malam Isnin. Dengan tema “Bringin’ Back Da 90’s Flava”, lebih 3,000 penonton hadir untuk menyaksikan persembahan penuh bertenaga daripada kumpulan yang pernah mencetuskan fenomena hip hop Malaysia era 90-an.

    Selama lebih dua jam, 4U2C menghadiahkan rangkaian lagu popular mereka yang digubah semula dengan sentuhan muzik segar, diperkukuhkan dengan visual moden dan penceritaan perjalanan seni yang begitu menyentuh hati. Ketua kumpulan, Datuk AC Mizal, meluahkan rasa terharu apabila ribuan peminat masih setia memberi sokongan. Katanya, sambutan luar biasa ini membuktikan karya dan muzik 4U2C terus segar dalam ingatan serta tetap dekat di hati pendengar biarpun zaman sudah banyak berubah.

    Konsert ini turut mempertemukan semula enam ahli asal iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, yang bersama-sama mengembalikan aura kehebatan 4U2C di pentas. Sentuhan magis komposer terkenal Aubrey Suwito selaku Pengarah Muzik turut memperkayakan persembahan dengan gabungan elemen nostalgia dan kontemporari, menjadikannya sebuah persembahan mantap dan berkelas tinggi.

    Malam bersejarah itu menjadi lebih istimewa dengan kemunculan artis jemputan seperti kumpulan Res2, M’Steen dan A to Z yang turut menghangatkan pentas dengan lagu popular masing-masing, sekali gus menambah warna kepada malam penuh kenangan tersebut.

    Konsert We 4U2C dianjurkan oleh Juss Events Sdn. Bhd. dengan sokongan penuh Millennium Group sebagai penaja utama. Era, Sinar, Gegar dan Mix tampil sebagai rakan radio rasmi manakala Astro Gempak menjadi rakan media digital. Sorakan serta laungan peminat sepanjang malam membuktikan legasi 4U2C masih utuh dan konsert ini menandakan satu detik bersejarah buat kumpulan tersebut selepas sekian lama tidak beraksi bersama di pentas besar.

  • Yeo’s Brings Unity to Life at Keretapi Sarong 2025

    Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) celebrated the spirit of Malaysian unity by joining Keretapi Sarong 2025 as the Official Beverage Partner. The iconic cultural event brought Malaysians together in vibrant colours of tradition and joy, with Kuala Lumpur as the centre stage of the celebration.

    Keretapi Sarong has always been more than just a train ride. It is a cultural movement that symbolizes how Malaysians from all walks of life can come together, embrace diversity, and strengthen national pride. This year marked the first collaboration between Keretapi Sarong and Yeo’s, making the occasion even more meaningful.

    More than 15,000 participants were expected to join the celebration, dressed in traditional sarongs and riding the train into the city before converging at TRX for the grand finale. As the Official Beverage Partner, Yeo’s not only provided free refreshments throughout the event but also added excitement with a Sarong Style Contest and traditional games at its booth.

    Yeo’s has been part of Malaysian life since 1942 with a wide range of beloved food and beverage products. From the iconic Yeo’s Chrysanthemum Tea and Yeo’s Soy Milk to its tea range and innovative offerings, every Yeo’s drink is produced with care. With less sugar, the Healthier Choice Logo, no preservatives, and Halal certification, the brand remains committed to providing Malaysians with healthier and trusted beverage choices.

    “Today, as the Official Beverage Partner, Yeo’s is proud to refresh more than 15,000 participants who are part of this cultural movement. What makes it even more special is that participants starting from LRT Ampang get the very first refreshing sip of Yeo’s, as we march together in the Malaysian spirit towards the main event,” said Irene Wang, Head of Brand Marketing – Asian Drinks Category, Yeo’s Malaysia.

    This collaboration underscored Yeo’s dedication to nurturing Malaysia’s cultural pride, strengthening unity, and refreshing communities across the nation.

  • Farid Kamil Buka Kedai Motor Elektrik, Dorong Gaya Hidup Hijau di Selangor

    Pelakon, pengarah dan usahawan terkenal, Farid Kamil melakar sejarah baharu dalam perjalanan kerjayanya apabila melancarkan kedai motor elektrik pertamanya sebagai ‘Selangor Dealer’ melalui penubuhan NEO FK Sdn Bhd. Usaha ini dijayakan bersama dua rakan kongsinya, Abdullah Sani Abu dan Mohammad Nor Hakim, dengan sokongan kolaborasi strategik bersama GGR Motor. Langkah ini menandakan komitmen serius beliau untuk membawa revolusi mobiliti hijau kepada rakyat Malaysia.

    Majlis pelancaran berlangsung di premis NEO FK Sdn Bhd yang terletak di 69GF Seria 88 Business Center, Setia Alam dan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Acara itu turut disaksikan oleh tetamu kehormat, wakil media serta peminat industri automotif yang hadir memberikan sokongan.

    Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif NEO FK, Farid Kamil menjelaskan bahawa visi utama penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan motor elektrik berkualiti tinggi pada harga mampu milik yang mesra alam serta sesuai dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Beliau turut mengumumkan bahawa orang ramai kini boleh mendapatkan motosikal elektrik bermula pada harga serendah RM1,599 sahaja. Farid menegaskan bahawa kenderaan elektrik adalah masa depan mobiliti dan dengan kerjasama GGR Motor, transformasi ke arah penggunaan teknologi hijau dapat dipercepatkan bukan hanya di Selangor tetapi juga di seluruh Malaysia.

    Kedai motor elektrik ini menawarkan pelbagai model motosikal EV yang dilengkapi dengan teknologi bateri moden, keupayaan pengecasan pantas serta ciri keselamatan tinggi. Inisiatif ini bukan sahaja memanfaatkan pengguna, malah dijangka membuka peluang pekerjaan baharu dalam bidang penyelenggaraan EV selain memberi ruang kepada vendor tempatan untuk terlibat dalam ekosistem industri hijau negara.

    Farid Kamil turut menyeru lebih ramai rakan strategik dalam industri automotif untuk bersama-sama menjayakan usaha ini melalui kerjasama bersama NEO FK. Dengan adanya sokongan kukuh daripada pelbagai pihak, syarikat ini dijangka mampu mengembangkan kapasiti serta pengaruhnya ke peringkat serantau.

    Majlis pelancaran turut diserikan dengan bacaan doa, ucapan penghargaan daripada pihak pengurusan, gimik pelancaran motosikal elektrik serta sesi temu bual media bersama Menteri Besar Selangor dan Farid Kamil sendiri. Langkah berani ini menegaskan peranan selebriti itu bukan sekadar dalam dunia hiburan, tetapi juga dalam menyumbang kepada pembangunan industri hijau yang mampan di Malaysia.

  • JJCM Musim Terbaru: Misi Menangi Kari Bakal Gegarkan Peminat!

    Program makanan ikonik kegemaran rakyat Malaysia, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kembali dengan musim terbaharu yang lebih segar dan penuh kelainan melalui tema “Misi Mencari Kari”. Bermula 14 September 2025, setiap Ahad jam 11.30 pagi di TV3, hos Nadia Hasnan akan membawa penonton mengembara ke destinasi kulinari seluruh negara sambil terus mengekalkan statusnya sebagai rancangan makanan nombor satu tanah air.

    Musim kali ini bukan sekadar mengetengahkan lokasi restoran dan hidangan popular, malah JJCM hadir dengan pendekatan baharu yang lebih dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Penonton akan dibawa menelusuri resipi turun-temurun, rahsia dapur para tukang masak, serta kepelbagaian rasa kari dari pelbagai negeri yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia. Daripada kari pekat berempah yang membangkitkan selera, kari Melayu tradisional yang sarat autentik, sehinggalah kari moden dengan sentuhan kontemporari generasi baharu, semuanya bakal diperkenalkan dalam musim ini.

    Lebih istimewa, JJCM musim baharu turut mengadakan peraduan mingguan bertajuk “Misi Menangi Kari” yang dianjurkan oleh TV3 dengan kerjasama penaja rasmi BABA’S. Penonton berpeluang memenangi hadiah menarik setiap minggu dengan hanya menonton JJCM, mengira kemunculan produk BABA’S di skrin, menamakan produk tersebut serta melengkapkan slogan kreatif tidak melebihi 20 patah perkataan. Jawapan boleh dihantar di ruangan komen pada hantaran peraduan mingguan di Facebook TV3 Malaysia. Penyertaan dibuka dari Ahad jam 11.30 pagi hingga Selasa jam 12 tengah hari, manakala pemenang bertuah akan diumumkan setiap Rabu jam 8.00 malam melalui semua platform media sosial TV3 Malaysia.

    Peraduan ini bukan sahaja menambah elemen interaktif kepada rancangan JJCM, malah memberi ruang kepada penonton untuk menonjolkan kreativiti mereka. Gabungan kandungan kulinari bersama cabaran mingguan menjadikan pengalaman menonton lebih menarik, menyeronokkan dan berbaloi untuk diikuti.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan musim baharu Jalan-Jalan Cari Makan bersama Nadia Hasnan dan sertai “Misi Menangi Kari” yang menjanjikan kejutan serta hadiah lumayan. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti laman sosial rasmi TV3 Malaysia di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia serta akaun rasmi Drama Sangat di Instagram @dramasangat.

  • Nasib Tidak Menyebelahi, JDT Kecundang 1-2 di Laman Buriram

    Harapan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membuka tirai ACLE 2025/2026 dengan kemenangan musnah selepas tunduk 1-2 kepada Buriram United dalam perlawanan sengit di Thailand.

    JDT hampir mencipta permulaan sempurna apabila menjaringkan gol dalam masa kurang setengah minit, namun jaringan Joao Figueiredo itu tidak dikira selepas semakan VAR. Buriram juga menghadapi situasi sama apabila jaringan Guilherme Bessoli dibatalkan kerana ofsaid.

    Gol yang dinantikan akhirnya hadir buat JDT pada minit ke-28 melalui rembatan kencang Antonio Glauder selepas sepakan penjuru Jon Irrazabal gagal ditangani pertahanan lawan.

    Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama selepas rehat. Buriram tampil lebih bertenaga dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 melalui Suphanat Mueanta sebelum Robert Zulj menjaringkan gol kedua hanya empat minit kemudian.

    JDT berusaha keras mencari gol penyamaan, termasuk percubaan Figueiredo pada minit ke-81, tetapi aksi tangkas Neil Etheridge menafikan peluang itu. Kekalahan ini menyaksikan JDT bermula tanpa mata dalam saingan kumpulan.

  • Naqiu, Iaman dan Saputra Rangkul Kejuaraan The Chosen One XTRA

    Program kanak-kanak popular Astro, The Chosen One XTRA melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang apabila kumpulan Naqiu, Iaman dan Saputra diumumkan sebagai juara di konsert akhir yang berlangsung pada Jumaat lalu. Persembahan mantap mereka yang menampilkan kepelbagaian bakat serta keunikan tersendiri berjaya memikat hati barisan juri dan penonton sehingga meraih markah tertinggi. Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM40,000 beserta trofi daripada Astro.

    Sebagai satu-satunya peserta yang tampil dengan sebuah kumpulan lelaki iaitu Saputra, persembahan mereka mendapat tepukan dan sorakan luar biasa daripada penonton. Mereka memukau dengan persembahan lagu Ayuh nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan Ernie Zakri serta lagu Evo oleh Joe Flizzow dan Sona One bersama Coach Naqiu. Untuk persembahan solo, mereka memilih lagu Joget Angan Tak Sudah yang dipopularkan oleh Jay Jay dan Ya La Dan nyanyian asal Sharifah Aini.

    Naib juara disandang oleh kumpulan Achey bersama Rayyan dan Dahlya, manakala tempat ketiga menjadi milik Usop, Alif dan Yusuf. Tempat keempat pula dimenangi oleh Nikki Palikat yang bergandingan dengan Iman dan Adawiya. Semua pemenang menerima hadiah wang tunai serta trofi sebagai pengiktirafan bakat dan usaha mereka sepanjang musim ini.

    Malam tersebut turut menyaksikan kejayaan berganda buat Naqiu apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Coach Terbaik selepas membimbing kumpulan juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Sementara itu, Iaman dan Saputra juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih Anugerah Persembahan Terbaik dengan hadiah wang tunai RM10,000 hasil undian juri dan penonton.

    Konsert akhir ini memperlihatkan empat kumpulan finalis berentap dengan dua persembahan masing-masing iaitu kolaborasi bersama Coach serta persembahan solo. Suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran dua tokoh muzik ternama, Dato Ramli MS dan Dato M. Nasir sebagai juri jemputan, selain barisan juri tetap Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah yang memberikan kritikan serta pandangan membina.

    Musim kali ini tampil dengan pembaharuan apabila memperkenalkan konsep bakat versatil, sekali gus membuka ruang yang lebih luas dalam pencarian bakat kanak-kanak di Malaysia. Penonton yang terlepas siaran langsung boleh menonton semula episod-episod The Chosen One XTRA melalui On Demand di Astro GO dan sooka, sekaligus mengimbau kembali detik penuh emosi, semangat dan kejayaan di pentas akhir yang pastinya akan dikenang.

  • Midnight Fusic Hidupkan Malam Epik di Zepp KL dengan ‘Forevermore 2025’

    Sekitar dua ribu peminat membanjiri Zepp Kuala Lumpur semalam bagi menyaksikan konsert penuh istimewa Midnight Fusic – Forevermore 2025. Malam itu menjadi saksi perjalanan penuh warna band indie-rock kesayangan ramai, yang terus membuktikan relevansi mereka dalam arena muzik tanah air.

    Acara anjuran Oyollo Asia dengan sokongan penaja utama est Cola dan Kenangan Coffee, serta rakan produksi KSD Media dan You Can Entertainment, berlangsung penuh emosi, keakraban, dan tenaga. Ia bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perayaan di mana muzik, emosi, dan persaudaraan antara artis serta peminat berpadu erat dalam satu ruang.

    Persembahan dimulakan dengan lagu “Intro” (G maj, BPM 118) yang membina mood penuh ekspektasi, sebelum penonton dihidangkan dengan medley panjang 11 minit “Time Machine + Sandiwara + WLWA”. Sorakan lantang bergema apabila lagu ikonik “Off My Mind” dimainkan, mengingatkan semua bagaimana ia pernah menjadi pemangkin karier mereka. Ucapan ringkas daripada band membuka ruang untuk bahagian setlist yang lebih menyentuh jiwa dengan “I Don’t Wanna Dream Tonight”. Suasana terus syahdu dengan kolaborasi eksklusif bersama Lunadira untuk lagu “Vertigo” dan “Lovesick” yang menyuntik melankolia ke seluruh dewan.

    Energi kemudian kembali memuncak dengan “Summer Love” yang menampilkan Lil Asian Thiccie, disambung dengan gabungan “I Just Wanna Go Outside + UTW” yang berdurasi lebih sembilan minit. Lagu “Cahayaku” pula menghadirkan detik syahdu yang menyentuh hati penonton, seakan mengikat momen peribadi antara band dan peminat. Sorakan semakin menggema ketika “Ingatlah Selamanya” dimainkan, membuka babak pertengahan sebelum band kembali menghentam pentas dengan rangkaian lagu bertenaga seperti “One More Time”, “Upside Down”, “Modus Operandi”, dan “Strangers”.

    Sebagai penutup, Midnight Fusic tampil dengan encore penuh emosi menerusi “Heart of May”, “Caramel Cream”, serta gabungan “Residue + Outro”. Penonton larut dalam suasana yang menyatukan nostalgia, kepuasan, serta tangisan gembira, menjadikan malam itu sukar dilupakan.

    Konsert Forevermore 2025 turut mendapat sokongan daripada Borneo Springs sebagai penaja tambahan, Gleneagles Hospital Kuala Lumpur sebagai rakan perubatan rasmi, HITZ FM sebagai radio rasmi, dan Astro Gempak sebagai rakan media digital. Wake The Baby Records menguruskan PR dan media, manakala Laskar Sonas Productions memastikan sokongan teknikal berjalan lancar.

    Lebih dua jam berlangsung, konsert ini membuktikan bahawa Midnight Fusic bukan sekadar menghibur, tetapi mencipta ruang perasaan yang dikongsi bersama. Setiap lagu disambut dengan sorakan, setiap jeda diisi dengan teriakan nama anggota band, dan setiap detik memperlihatkan muzik mereka sebagai bahasa bersama yang merentas hiburan semata-mata.

    Ditubuhkan pada tahun 2013, Midnight Fusic terdiri daripada Arif Kamarudin pada vokal dan gitar, Adrian Danial pada vokal dan gitar, Firdaus Azmi pada bass, serta Muaz Rabbani pada dram. Malam 14 September lalu bukan hanya sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah babak baru dalam perjalanan mereka, diraikan bersama ribuan peminat setia yang terus mengiringi langkah sejak mula.

  • Unfold Club: Galactic Nights at TRX

    Hey Galaxy Enthusiasts, the wait is almost over. From 18 to 28 September 2025, the Unfold Club is coming to life at Raintree Plaza, The Exchange TRX, bringing with it a galactic journey powered by Galaxy AI. This is not just an event—it’s an immersive universe where intelligence goes beyond smart, becoming marvellously mind-blowing. Step through a dazzling Z-shaped tunnel and enter a world of endless possibilities, designed to show how Galaxy AI is rewriting the rules of everyday life.

    Inside, you’ll discover interactive zones dedicated to work, health, fun and life. These experiences will show you how Galaxy AI makes everything easier, healthier and more exciting. One of the highlights is Gemini Live, your newest AI sidekick that talks, thinks and transforms the way you live. For those who thrive on creativity, the Galaxy Z Series is ready to impress. The Galaxy Z Fold7 brings a stunning 200MP camera for next-level photography, while the Z Flip7’s legendary FlexCam makes content creation effortless and stylish. Bigger, slimmer and lighter than ever, these devices redefine what it means to fold and flip into the future.

    The journey doesn’t stop there. The Galaxy S25 Series takes innovation even further, delivering an unmatched camera experience with powerful zoom and AI-driven features. From Generative Edit to Audio Eraser, it’s built for creators who want to capture life and transform it into art. Meanwhile, the Galaxy Watch brings a burst of energy and colour, designed to fuel your wellness journey and keep you moving, mindful and in control.

    Of course, the Unfold Club isn’t only about tech. It’s also about fun, prizes and creativity. Visitors can try their luck at the Galaxy Claw Machine for exclusive goodies, while weekend workshops give you the chance to create your own custom accessories. The workshops run from 19 to 21 September and 27 to 28 September, between 10 AM and 10 PM, adding a personal touch to your Galaxy experience.

    And here’s even more reason to join the excitement. Until 30 September, when you purchase the latest Galaxy Z Series, you’ll enjoy a double storage upgrade worth up to RM600. From the sleek Galaxy Z Fold7 to the stylish Galaxy Z Flip7, available in colours like Silver Shadow, Blue Shadow, Jetblack and an exclusive Mint option online, there’s a Galaxy device for everyone ready to take your lifestyle to new heights.

    So get ready to be part of the future. Head to the Unfold Club at The Exchange TRX this September and immerse yourself in the most exciting Galaxy experience yet.

  • “Warisan Menyatu, Generasi Berseri” Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2025

    Festival Budaya Malaysia 2025 (FBM2025), anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), tampil sebagai salah satu acara budaya paling berprestij tahun ini dengan Nu Ideaktiv sebagai rakan kolaborasi rasmi. Kehadiran Nu Ideaktiv di festival ini membawa nafas segar melalui ilham “Budaya Kita, Vibes Kita” yang mendekatkan seni, cita rasa, hiburan dan kreativiti rakyat Malaysia kepada masyarakat luas.

    Menerusi program khas yang disusun rapi, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman budaya yang penuh warna dan dekat di hati. Antara tarikan utama ialah Rasa Layan Curry Fiesta 2025 yang meraikan kepelbagaian kari Malaysia dengan demonstrasi masakan selebriti, persembahan chef terkenal dan sesi merasa interaktif. Kanak-kanak pula diberi ruang untuk menyerlahkan bakat menerusi BK Mini Fest 2025, sebuah pentas hiburan ceria dengan nyanyian, tarian dan persembahan kreatif untuk seisi keluarga. Selain itu, Larian Warna Budaya menampilkan aktiviti santai yang dipenuhi limpahan warna, simbol semangat kebersamaan serta kepelbagaian budaya Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, menegaskan bahawa penyertaan dalam festival ini adalah satu penghormatan besar. Baginya, Festival Budaya Malaysia bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu platform penting untuk menyemai semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian serta menghidupkan kembali nilai tradisi dalam kehidupan moden. Pemilihan jenama Rasa dan Pa&Ma untuk menerajui inisiatif ini juga dibuat dengan teliti. Rasa melambangkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan yang menjadi nadi kehidupan dan warisan kulinari bangsa, manakala Pa&Ma mewakili institusi keluarga yang diyakini sebagai asas penting untuk menyemai nilai budaya sejak kecil.

    Sebagai sebuah organisasi media, Ideaktiv mahu lebih daripada sekadar berkongsi cerita. Melalui semangat “Budaya Kita, Vibes Kita”, Ideaktiv berusaha mencipta pengalaman yang menyentuh masyarakat. Dari aroma kari yang membangkitkan nostalgia, kehangatan keluarga yang meraikan tradisi, hingga keceriaan kanak-kanak yang mewarnai masa depan, inilah wajah sebenar Malaysia yang ingin diangkat. Syamil Fahim percaya bahawa budaya adalah jiwa bangsa, dan dengan meraikannya, kita sebenarnya meraikan harapan, persahabatan dan masa depan negara.

    Festival ini berlangsung selama lima hari dengan pelbagai aktiviti unik yang menampilkan gabungan warisan dan gaya hidup moden. Bermula dengan kelas penyediaan Kewpie Egg Sandwich, festival diteruskan dengan acara Himpunan Anak Budaya, Kenduri Kari Malaysia, sesi mewarna mega, demo masakan interaktif bersama Tumix, pertunjukan seni mempertahankan diri kanak-kanak serta pemberian roti jala percuma. Festival ini juga dimeriahkan dengan Konsert BK Fantastic, pertandingan roti jala dan roti canai, serta acara kemuncak Larian Warna Budaya yang berlangsung pada 16 September bersempena sambutan Hari Malaysia.

    Kerjasama strategik bersama jenama besar seperti OKI, Seri Pelangi, Tumix dan Kewpie turut menjadikan festival ini lebih interaktif dengan demonstrasi dan aktiviti menarik sepanjang penganjuran. Kehadiran jenama-jenama ini membuktikan sinergi kukuh antara pihak industri dengan masyarakat dalam mengangkat seni, budaya dan gaya hidup Malaysia ke tahap lebih tinggi.

    Festival Budaya Malaysia 2025 bukan sahaja meraikan keindahan warisan dan kreativiti, malah menjadi simbol kebersamaan rakyat Malaysia yang bersatu hati dalam kepelbagaian. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti laman sosial rasmi MOTAC dan Nu Ideaktiv serta menyertai perbualan di platform digital menggunakan hashtag rasmi #ingatmakaningatrasa #rasalayancurryfiesta2025 #BKFantastik #BKMiniFest2025 #LarianWarnaBudaya #MyMOTAC #TaatSetia #MySeniBudaya #MalaysiaTrulyAsia #FestivalBudayaMalaysia #FBM2025 #WowMalaysia #MalaysiaMADANI.