Menjelang tayangan Pewaris Susuk pada 30 April 2026, perhatian penonton semakin terarah kepada tiga figura utama yang menggerakkan nadi penceritaan filem ini iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman dan Datuk Rosyam Nor. Setiap daripada mereka hadir dengan pendekatan lakonan yang berbeza, namun berkongsi satu benang merah yang sama iaitu karakter penuh misteri yang membentuk dunia gelap dalam filem ini. Gabungan mereka bukan sahaja mencipta dinamika yang menarik, malah membina lapisan emosi yang mendalam untuk diterokai penonton.

Che Puan Sarimah Ibrahim menandakan kepulangannya ke layar perak dengan gaya yang lebih matang dan terkawal. Membawakan watak wanita misteri yang sarat dengan rahsia, kehadirannya kali ini bukan sekadar comeback biasa, tetapi tampil dengan aura yang lebih tenang dan berlapis. Ekspresi yang subtle serta pendekatan lakonan yang tidak berlebihan menjadikan karakternya terasa lebih mendalam, sekali gus menguatkan elemen teka-teki dalam naratif filem ini.
Dalam masa yang sama, Alya Iman muncul sebagai wajah baharu yang berani mengambil risiko. Penampilan sulungnya di layar perak bukan sekadar percubaan, sebaliknya satu langkah berani dengan memilih watak yang penuh emosi dan konflik. Gandingannya bersama Datuk Rosyam Nor turut mencuri perhatian apabila memperlihatkan dinamika yang kuat dan mencetuskan rasa ingin tahu penonton. Kehadiran Alya memberikan nafas segar, membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar pelengkap, tetapi antara kekuatan utama filem ini.

Sementara itu, Datuk Rosyam Nor tampil dengan sisi yang jarang disaksikan sebelum ini. Dikenali dengan watak-watak tegas dan berkarisma, kali ini beliau membawa pendekatan yang lebih tenang, misteri dan bersahaja. Tanpa perlu emosi yang meluap-luap, lakonannya tetap berkesan dan menunjukkan bahawa kekuatan sebenar terletak pada pengawalan emosi serta kehalusan persembahan. Kelainan ini memberikan dimensi baharu kepada karakternya dan secara tidak langsung memperkayakan keseluruhan penceritaan.
Gabungan tiga pelakon ini menjadikan Pewaris Susuk bukan sekadar filem seram thriller biasa, tetapi sebuah naskhah yang digerakkan oleh kekuatan karakter dan emosi. Dalam dunia yang dipenuhi rahsia, dosa warisan dan pengorbanan, persoalan yang timbul pastinya membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang mengawal permainan ini.

Jawapannya bakal terungkai di pawagam bermula 30 April 2026. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti perkembangan filem ini di media sosial melalui Facebook, X, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios.
