GLENN FREDLY KEMBALI MENYENTUH JIWA: PERSEMBAHAN HOLOGRAFIK PERTAMA DI MALAYSIA

Warisan cinta, muzik dan kemanusiaan Glenn Fredly terus menyala – bukan hanya dalam ingatan peminat, tetapi kini dihidupkan kembali menerusi teknologi terkini yang bakal menyentuh hati seluruh pencinta muzik tanah air. Buat pertama kalinya, “Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia” akan berlangsung pada 18 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur, menjanjikan pengalaman konser yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Menelusuri jejak persembahan holografik luar biasa di Jakarta dua tahun lalu, ribuan peminat di Malaysia bakal berpeluang menyaksikan keajaiban teknologi menghidupkan kembali figura yang pernah mewarnai landskap muzik Nusantara dengan suara yang penuh jiwa. Lagu-lagu seperti “Kasih Putih”, “Januari”, “Akhir Cerita Cinta”, dan “Terserah” akan kembali berkumandang bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai penyembuh rindu dan penghormatan terhadap seni dan perjuangan Glenn.

“Ini bukan sekadar konsert. Ia adalah ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang ditinggalkan Glenn cinta, toleransi dan kemanusiaan,” ujar Ibram Putra, selaku wakil penganjur dari Premier Live Productions. “Teknologi hologram bukan hanya menghidupkan sosok Glenn secara visual, tetapi juga menghadirkan semula semangat dan auranya yang telah merentas generasi.”

Malam penuh emosi ini akan turut dimeriahkan oleh penampilan istimewa Mutia Ayu (isteri Glenn Fredly), Ryan D’Masiv, Noh Salleh, dan Nadira Adnan, yang akan bergabung bersama The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn sendiri. Bersama, mereka akan menyatukan suara, memori dan harapan dalam satu persembahan penghargaan yang intim dan tulus.

Menurut Anuar Osman dari Matahari Sdn Bhd, selaku rakan promotor konsert ini, “Peminat Glenn di Malaysia telah lama menantikan peluang ini. Bukan sahaja untuk menikmati lagu-lagu kegemaran mereka, tetapi untuk menyambung ikatan emosi yang telah lama terjalin melalui karya Glenn.”

Konsert ini dijangka menjadi penanda aras baharu dalam dunia persembahan muzik Asia Tenggara – menyatukan nostalgia dan inovasi dalam satu malam bersejarah. Dengan kehadiran teknologi holografik, ia bukan hanya menyajikan hiburan, tetapi juga membuktikan bahawa teknologi boleh menjadi jambatan kepada cinta dan kenangan yang tidak pernah padam.

Tiket konsert “Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia” kini boleh didapati di www.ticket2u.com bermula dengan harga serendah RM188.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti:
@premierlivepro
@bumientertainment
@musikbagusrecords
@glennfredlymusik

Ayuh, jadikan malam 18 Julai ini sebagai satu kenangan abadi di mana cinta, warisan dan muzik bersatu dalam satu persembahan yang tidak akan dilupakan.