Episod kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menjanjikan malam yang penuh keajaiban dan emosi. Pertunjukan yang mencuri perhatian seluruh peminat muzik tanah air ini terus mencipta fenomena apabila peserta dan juri tampil dengan persembahan luar biasa yang bakal dikenang. CSOIAM membuktikan ia bukan sekadar rancangan realiti, tetapi sebuah perayaan muzik yang menyatukan generasi dan mengetengahkan bakat baharu.
Minggu ini, pentas CSOIAM akan diserikan dengan persembahan pembukaan memukau daripada Dayang Nurfaizah yang mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Hakikat Cinta dan Lemah. Suara merdunya pasti akan menggamit emosi dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton di seluruh negara. Tidak ketinggalan, pemenang Terpaling Fizz episod pertama, Kai Deva, bakal menggandingkan suaranya dengan legenda rock tanah air, Datuk Nash, melalui lagu ikonik Pada Syurga Di Wajahmu. Gabungan ini dijangka mencipta momen epik yang penuh emosi dan kehebatan.
Lebih menarik, episod kedua ini akan menampilkan juri jemputan istimewa, Yuna, ikon muzik bertaraf antarabangsa yang sangat dinantikan kehadirannya. Yuna akan bergabung dengan panel juri tetap yang terdiri daripada Datuk Yusry, Ziana Zain, dan Chakra Khan. Gabungan juri bertaraf bintang ini bakal menyemarakkan lagi pentas CSOIAM dengan komen membina, pandangan tajam, dan aura memukau.
Lagu Pilihan Peserta Top 14
Tema minggu ini, Melodi Indah, Segar Membara, menampilkan lagu-lagu malar segar yang diberi sentuhan baharu oleh 14 peserta terbaik. Berikut adalah senarai persembahan mereka:
- Trio XL – Khayalan
- Erfarina – Teringin
- Rezza Shah – Tiara
- Mariam – Di Persimpangan Dilema
- Aniq – Seribu Impian
- Alya Mardien – Janji Manismu
- Dhania – Sekadar Di Pinggiran
- Kai Deva & Datuk Nash – Pada Syurga Di Wajahmu
- Zazzleen – Aku Cinta Padamu
- Marygrace – Sepi Sekuntum Mawar Merah
- Jimi – Di Penjara Janji
- Dayang Ku Iffah – Elegi Sepi
- Hafiz Zainal – Relaku Pujuk
- Eylia Guntabid – Hanya Di Mata

Undian Kini Dibuka!
Undian rasmi untuk peserta kegemaran anda bermula minggu ini! Keputusan akan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton sehingga episod kelapan. Tiga cara mudah untuk anda memberikan sokongan kepada peserta:
- Pengguna baharu di Tonton akan menerima 10 undian percuma selepas pendaftaran.
- Pengguna sedia ada Tonton turut menikmati 10 undian percuma setiap minggu.
- Tebus tambahan 50 undian dengan membeli produk Calpis di Shopee.
Ikuti perjalanan peserta CSOIAM melalui Fizz Journal yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9:00 malam, bermula 26 Disember 2024. Program ini membawa anda lebih dekat dengan peserta, menyelami cabaran dan usaha mereka sepanjang pertandingan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod kedua CSOIAM secara langsung di TV3 atau strim secara HD di Tonton, jam 9:00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.
