“16,000 Penyertaan Direkodkan! Tonton Non Stop On Top Kini Buka Peluang Terakhir Rebut GAC Emkoo 1.5L Turbo.”

Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 — Kempen Tonton Non Stop, On Top! kini memasuki pusingan terakhir menerusi Lap 4, yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2026. Pelanggan TontonUp masih berpeluang mengumpul mata, meningkatkan kedudukan dalam carta dan bersaing untuk merebut hadiah utama berupa GAC Emkoo 1.5L Turbo, selain pelbagai ganjaran menarik yang ditawarkan sepanjang kempen.

Sejak dilancarkan, kempen ganjaran terbesar pernah dianjurkan oleh Tonton ini telah menarik penyertaan lebih 16,000 peserta, dengan ratusan pemenang berjaya membawa pulang pelbagai hadiah sepanjang tiga lap terdahulu. Kini, persaingan kembali memuncak menerusi Lap 4 apabila semua pelanggan bermula semula di garisan yang sama untuk menentukan pemenang bagi pusingan terakhir.

Sepanjang Lap 4, pelanggan TontonUp boleh menikmati pelbagai kandungan pilihan sambil meneruskan saingan mengumpul mata. Antara judul yang terlibat adalah seperti berikut:

Pusingan 4Tempoh
Lap 427 Julai – 9 Ogos 2026
Kandungan Pusingan 4
BRU: Masin & Manis
The Legend of Heroes
Salju & 7 Buaya
The Legend of Heroes: Duel On Mount Hua
Damn In-Laws
Cinta Si Wedding Planner
The Princess Royal
Titian Cinta
Moonlit Reunion
Nur
Bahagia Bukan Bidaan
Melur Untuk Firdaus
Cari Aku Di Syurga
Nora Elena
Hilang Dalam Rindu
Love You Mr. Arrogant
Pujaan Hati Kanda
Setitis Kasih Darmia
Rindu Awak 200%
Setia Hujung Nyawa

Menambah keterujaan dalam pusingan terakhir, Turboost kembali dengan menawarkan mata berganda kepada pelanggan yang menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu. Inisiatif ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kutipan mata sebelum kempen melabuhkan tirai pada 9 Ogos 2026.

Turboost Minggu 71 & 2 Ogos 2026
The Nap Princess’s Spoiler
Anom Suraya
Victory
BLEACH: Thousand-Year Blood War
Love Unseen Beneath the Clear Night Sky
Turboost Minggu 88 & 9 Ogos 2026
Akad Tak Dipinta
More Likes, More Danger
Ramen Akaneko
Kumamiko-Girl meets Bear
My Puppy

Bagi pelanggan yang masih belum menyertai Tonton Non Stop, On Top!, Lap 4 merupakan peluang terakhir untuk turut serta. Pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan terpilih sepanjang tempoh kempen.

Selain memperoleh mata menerusi tontonan, peserta juga boleh meningkatkan kutipan mata melalui pembelian Tonton Subscription Gift untuk keluarga dan rakan-rakan. Setiap langganan hadiah selama tiga bulan memberikan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan menawarkan 400 mata bonus tanpa had pembelian, sekali gus memberi peluang kepada peserta menambah mata dalam saingan terakhir.

Dengan kempen bakal berakhir pada 9 Ogos 2026, Lap 4 menjadi peluang terakhir buat pelanggan untuk memberikan saingan dan memburu pelbagai ganjaran yang ditawarkan. Hadiah utama GAC Emkoo 1.5L Turbo serta pelbagai hadiah menarik lain menanti peserta menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top!.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan dan kandungan kegemaran anda, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.