Tag: #WatchQuest

  • ‘TONime’ PERSEMBAHKAN PENGALAMAN ANIME YANG LEBIH IMERSIF!

    ‘TONime’ PERSEMBAHKAN PENGALAMAN ANIME YANG LEBIH IMERSIF!

    Tonton memulakan bulan Disember dengan pelancaran TONime, sebuah kempen anime menyeluruh yang dirangka bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama kandungan anime di Malaysia. Inisiatif ini merangkumi promosi digital, penglibatan komuniti serta aktiviti secara langsung, bertujuan memperkenalkan lebih banyak judul anime kepada penonton tempatan selain meningkatkan keterujaan menjelang acara terbesar peminat budaya pop Jepun, Comic Fiesta 2025.

    Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tonton memperkenalkan TONime WatchQuest, sebuah peraduan tontonan yang berlangsung dari 1 hingga 15 Disember 2025. Melalui WatchQuest, pengguna hanya perlu menonton judul anime terpilih di platform Tonton untuk mengumpul markah secara automatik dan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti lima pas hujung minggu Comic Fiesta 2025 serta Blind Box Anime bernilai RM300. Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan tontonan, malah memberikan ganjaran eksklusif kepada peminat setia anime.

    WatchQuest menampilkan pelbagai judul anime popular yang mendapat sambutan hangat, antaranya My Dress-Up Darling, SPYxFAMILY Season 3, Frieren: Beyond Journey’s End, Black Butler dan banyak lagi. Kepelbagaian genre yang ditawarkan memastikan pengalaman tontonan yang seimbang, merangkumi aksi, komedi, fantasi dan kisah kehidupan seharian, sesuai untuk penonton baharu mahupun peminat tegar.

    Dalam usaha mengeratkan hubungan dengan komuniti anime, Tonton turut bekerjasama dengan MUSE COMMUNICATION untuk membuka reruai TONime di Comic Fiesta 2025 yang berlangsung pada 20 dan 21 Disember di Kuala Lumpur Convention Centre. Reruai ini menawarkan pelbagai aktiviti interaktif seperti Tonton Trivia, Luck Draw, Guess the Anime Poster, Emoji Anime Guess, serta cabaran Pose Like the Poster, dengan hadiah eksklusif termasuk cenderamata anime, permainan papan dan baucar.

    Reruai TONime direka sebagai ruang pertemuan peminat anime untuk berkongsi minat dan menikmati pengalaman interaktif yang menyeronokkan. Pengunjung juga berpeluang menikmati tawaran menarik melalui Tonton Rewards serta kolaborasi bersama rakan strategik seperti Baskin-Robbins, yang menyediakan barangan eksklusif sepanjang acara. Dengan TONime, Tonton bukan sahaja menawarkan kandungan anime berkualiti, malah membina ekosistem hiburan yang lebih dekat dengan komuniti peminat tempatan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai judul anime dan aktiviti terkini, pengguna boleh mengikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram menerusi akaun @tontonmy.