Tag: #UniversalMusicMalaysia

  • RAZZUAN RAZALI MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARUNYA BERTAJUK ‘CINTA KAYANGAN’.

    Razzuan Rosli telah menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang lakonan dan nyanyian. Pengalaman merakamkan single pertamanya, “Akur,” dan kini single terbarunya, “Cinta Kayangan,” menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam mengembangkan bakatnya di industri hiburan Malaysia.

    Dalam lagu “Cinta Kayangan,” Razzuan menggambarkan cinta sebagai sesuatu yang subjektif, tetapi pada masa yang sama, menyatakan bahawa cinta juga buta. Ia merangkumi realiti bahawa dalam hubungan, seringkali kita mungkin terpedaya oleh perasaan kita sendiri, walaupun hakikatnya situasinya tidak selalu sesuai dengan yang kita harapkan. Pesanan dalam lagu ini memberikan refleksi mendalam tentang kompleksiti cinta dan hubungan manusia.

    Dengan pencapaian ini, Razzuan Rosli semakin menempa nama dalam industri hiburan Malaysia dan membuktikan dirinya sebagai seorang artis yang serba boleh dengan bakat yang serbaguna.

    “Terkadang apa yang kita rasakan tidak selaras dengan kenyataan dan hubungan itu mungkin hanya angin lalu. Perkara ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa tidak semua pertemuan adalah takdir dan bukan semuanya harus dilanjutkan atau dipertahankan,” katanya.

    Dengan suara emasnya dan lirik lagu yang memukau hati, Razzuan membawa pendengarnyadalam perjalanan mendalam mengenal erti cinta sebenar dalam lagu Cinta Kayangan. “Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan sebab cinta itu sesuatu yang mahal. Untuk Kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah kita nak faham ABC. ” Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta”.

    “Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini pun disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan. Jadi, itu antara sebab kenapa saya memilih lagu Cinta Kayangan ini,” katanya. Berkongi mengenai video muzik lagu Cinta Kayangan ini, Razzuan berkata ia berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagian.

    “Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki. Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai impian mereka.

    Apa yang pasti, Razzuan berharap lagu Cinta Kayangan dapat diterima baik oleh peminat sekali gus menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. “Saya berharap dengan tulus agar pendengar dapat menyambut lagu Cinta Kayangan ini dengan penuh kehangatan dan kesukaan. Lagu ini tidak hanya memberikan hiburan semata, tetapi juga mengandungi mesej yang mendalam dan cerita yang ingin disampaikan.

    Cinta Kayangan kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th Januari 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • HARSONBEE MEMPERTARUHKAN PEMILIK HATIKU.

    Dalam industri muzik tempatan, penyanyi HarsonBee mungkin masih asing. Walau bagaimanapun, bakat yang dimilikinya tidak boleh diabaikan. HarsonBee, nama sebenar Harrison Bryan, bukan sahaja berbakat dalam menyanyi tetapi juga mencipta lagu.

    HarsonBee yang berasal dari Sandakan, Sabah juga menjadi antara bakat yang dicungkil menerusi projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia. Menerusi pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube itu, HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya citaan sepenuhnya
    berjudul Cerita Cinta Kita. Tuah buat HarsonBee apabila dia dilamar komposer ternama LY Baiduri untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, Kelarai Sakti Sdn Bhd.

    Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan LY sebagai penerbit. HarsonBee berkata
    lagu ini dicita dan digubah sepenuhnya oleh saya. Manakal penerbit lagu ini ialah Abang L.Y. Ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam dunia seni”.

    “Lagu ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi dalam hubungan mereka. “Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu-
    satunya yang berada di dalam hati,” katanya.

    HarsonBee berkata proses menghasilkan lagu Pemilik Hatiku bermula dengan mencari melodi.
    “Mencari melodi ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep ‘bubblegum pop’. la adalah satu cabang daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen ‘catchy’, ‘cute’ dan juga ‘upbeat’.

    “Selepas proses itu, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan penulisan lirik untuk lagu ini mengambil masa satu hari.

    “Pada mulanya saya hanya bermain-main dalam pembikinan lagu ini, tetapi akhirnya menjadi satu lagu yang saya boleh katakan ‘bulih pigi jauh ni’ (boleh pergi jauh). Dari situ, saya mendapat pendapat daripada pensyarah muzik saya, Chonnel George dan belia menhantar lagu Pemilik Hatiku ini kepada
    LY,” katanya.

    Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman dipantau oleh LY. “Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh LY selaku penerbit.

    Video muzik (MV) lagu ini fokus kepada memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baru dan menterjemahkan liriknya dalam bentuk visual. Konsep yang dipilih adalah ‘story telling’ dan ringkas saja. MV ini dibuat secara ‘straight forward’, ada yang memaparkan HarsonBee sebagai penyanyi dan juga sebahagiannya adalah drama yang berkisarkan lirik atau maksud lagunya.

    HarsonBee berharap lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja di zaman sekarang ini.

    Pemilik Hatiku kini boleh didengari di sema digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26 January 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif
    di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

  • Bersama “Subang” Menjadi Muda

    Memilih platform muzik hip-hop untuk memudahkan proses pendekatan yang diambil khusus untuk golongan muda. Kerjaya sebagai ahli politik memerlukan Datuk Seri Fariz Hazurin yang memahami pelbagai lapisan masyarakat, daripada yang paling tua hingga yang paling muda.

    Selepas tampil dengan single Bangkit bersama Fhan awal tahun lalu, Fariz Hazurin meneruskan kolaborasi bersama Fhan dengan single terbaharu bertajuk Subang pula; deklarasi apresiasinya kepada tempat beliau menyumbang jasa selama ini.

    Bagi Fariz Hazurin, menjadi rapping politician membuatkan dia lebih mudah mendekati dan menjiwai dilema anak muda memandangkan genre muzik itu begitu dekat di hati anak muda.

    “Setiap genre muzik ada karakternya yang tersendiri dan melalui hip hop, setiap tempo, nada dan patah liriknya memberi peringatan dan pesanan kepada orang ramai.

    “Ini cara saya mendekati orang muda. Saya lihat genre ini dekat dengan hati dan jiwa anak muda,” katanya yang gembira dengan kolaborasinya bersama Fhan, rapper yang disifatkan mempunyai cita rasa sepunya.

    Single Subang sudah dilancarkan di platform penstriman digital sejak 22 Disember lalu dan sehingga kini telah dimainkan lebih 2,000 kali.Pada 13 Januari ini, video muzik rasminya pula akan dilancarkan di saluran Universal Music Malaysia.

    Bagi Fariz Hazurin, Subang merupakan sebuah bandar hype yang menjadi pilihan ramai anak muda untuk mengisi masa terluang.

    “Subang ada semua yang anak mudah mahukan,” katanya.

    Nada sama turut disuarakan Fhan yang melihat Subang sebagai bandar dengan identity tersendiri, menjadikan ia unik dan menarik.

    “Kami harap lagu Subang ini boleh menjadi anthem untuk anak muda yang menjadikan Subang sebagai tempat lepak, tempat mencari rezeki atau tempat melalui pengalaman suka dan duka sekalipun,” katanya.

    Selain sebagai rapper, Fhan atau nama sebenarnya Farhan Alias juga merupakan seorang ahli perniagaan, menjadikan kolaborasinya bersama Fariz Hazurin sangat unik.

    Bangkit dan yang terkini, Subang, mempertemukan dua rapper dengan latar belakang berbeza, namun punya kesefahaman yang padu.

    “Kami masing-masing ada pengalaman yang boleh diguna pakai dalam industri muzik,” katanya.

    Dengan pelancaran Subang, orang ramai tahu nak cari Fariz Hazurin dan Fhan dekat mana.

    “DEKAT SUBANG!”