Tag: #Umrah

  • Khadim Ummah Holidays Tawar Pakej Umrah Eksklusif Sempena PAPUH MUSLIM TRAVEL FAIR

    Khadim Ummah Holidays Tawar Pakej Umrah Eksklusif Sempena PAPUH MUSLIM TRAVEL FAIR

    Khadim Ummah Holidays Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran dua pakej umrah yang istimewa: Pakej Umrah Kasih Ramadan dan Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin. Majlis pelancaran yang meriah ini telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, dan diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang sempena PAPUH MUSLIM TRAVEL FAIR.

    Pakej Umrah Kasih Ramadan direka khusus untuk memberikan peluang kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah umrah pada bulan suci Ramadan. Dengan fokus pada suasana yang tenang dan penuh keberkatan, pakej ini memastikan para jemaah dapat merasai keistimewaan bulan Ramadan di tanah suci dengan bimbingan yang teliti dan menyeluruh, menjadikan perjalanan ibadah mereka lebih bermakna dan berkesan.

    Sementara itu, Pakej Umrah Bersama Zul Ariffin menawarkan pengalaman yang unik dengan kehadiran ikon Khadim Ummah Holidays, Zul Ariffin. Jemaah berpeluang untuk menunaikan umrah bersama Zul Ariffin sambil mengikuti aktiviti motivasi dan pengisian rohani yang disediakan sepanjang perjalanan. Pakej ini menggabungkan ibadah dengan peluang untuk mendapatkan inspirasi dan bimbingan daripada seorang tokoh terkenal.

    Khadim Ummah Holidays Sdn. Bhd. berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan umrah yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. “Kami berharap pakej-pakej ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan jemaah, serta memberikan pengalaman umrah yang benar-benar bermakna,” kata wakil syarikat.

    Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web rasmi Khadim Ummah Holidays di http://www.khadimummahholidays.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di +6019 453 4425. Nikmati pengalaman umrah yang istimewa dan penuh berkat dengan Khadim Ummah Holidays!

  • Andalusia Travel & Tours and Hong Leong Islamic Bank Work Together to Improve Muslims’ Umrah Experiences

    Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” or “Bank”) has signed a Memorandum of Understanding with Andalusia Travel & Tours (“Andalusia”) to foster collaboration in the business of providing convenience, digital services, and Syariah patuh to Muslims who are beginning their umrah. This will allow the bank to increase its Umrah packages, which are consistent with the bank’s commitment to promoting Islamic values and maintaining a positive lifestyle for Muslims.

    This collaboration means that Muslims planning their Umrah pilgrimage can finance their travels following Shariah principles by utilizing HLISB’s Islamic finance offerings, specifically the Personal Financing-i and Pay & Save Account-i. HLISB’s holistic Shariah-compliant products and services cater to various lifestyle needs, equipping Muslims with specific, digital, and personalized financial solutions.Dafinah Ahmed Hilmi, CEO of HLISB, emphasized the Bank’s commitment to designing financial solutions that cater to the specific lifestyle needs of its Muslim customers.

    “As a financial intermediary, we are committed to designing financial solutions that cater to our customers’ specific lifestyle needs, following our promise to be “Built Around You”. In growing our Shariah capabilities, we want to provide a wide range of innovative products and services that ensure our Muslim customers have peace of mind in fulfilling their religious obligations.”

    “This commitment extends to providing comprehensive digital accessibility through our mobile banking platforms, facilitating online Zakat payments, and presenting wealth management opportunities through our Term Investment Accounts-i and ASNB Unit Trust funds. Driven by a resolute customer-centric philosophy, our collaboration with Andalusia marks a significant stride toward delivering enhanced value to our customers. This strategic alliance actively addresses their diverse needs, empowering Muslims to fulfill their religious obligations with ease.”

    As part of HLISB’s collaboration with Andalusia, which has been operating in the Islamic tourism sector for over 20 years, the Bank will offer its innovative HLISB Pay & Save Account-i and HLISB Personal Financing-i to Andalusia’s customers and members of the public who are looking to perform Umrah.

    The Personal Financing-i solution offers Shariah-compliant financing to customers to fulfill their religious obligations, which comes with up to 60% pay-on-time rebates on profit and a RM50 Touch n Go e-wallet reload pin with every successful application*Meanwhile, the Bank’s Pay & Save Account-i provides up to 4.15% profit per annum on the account balance*. It also has a Multi-Currency feature, allowing for foreign currency spending with the HLB Debit Card, withdrawing foreign currencies from overseas ATMs, and direct conversion of MYR to foreign currencies at a competitive rate via HLB Connect.

    Over the past 25 years, the number of Umrah pilgrims from Malaysia has increased by an estimated 900%1, indicating a substantial growth in Umrah travel since the country recorded a total of 30,000 pilgrims in 1998.  The Saudi government’s special privileges for Malaysian tourists, such as replacing the Umrah visa with a tourist visa, have made Umrah package prices significantly cheaper, and Umrah travel bookings have become easier and more flexible.Hajah Ida Riswana binti Idris, Director of Andalusia Travel & Tours, shared how this partnership presents a win-win situation for all parties, leveraging on a larger customer base who will reap the benefits.

    “Our mission at Andalusia is to provide affordable and quality Umrah services to the Muslim community, in hopes that every Muslim gets to perform their religious duties without hassle and worry. This collaboration with HLISB ensures that our customers have access to Shariah-compliant, affordable, and digital ways to finance their Umrah pilgrimages with a holistic suite of financial tools and services. We believe that this will open more doors for the Muslim community to manage their finances effectively in today’s digital age while fulfilling their religious obligations with a Shariah-compliant financial foundation.”

    Apart from the Pay & Save Accounts-i and Personal Financing-i, HLISB offers competitive wealth management opportunities through its Term Investment Account-i and in ASNB Unit Trust funds, both of which can be accessed fully on the HLB Connect mobile banking platform. Besides that, the Bank provides an online payment gateway for Muslim customers to fulfill their Zakat payments. Customers can also complete their Wasiat fully online through the HLB Connect mobile banking platform, benefitting from the Bank’s one-stop legacy planning and competitive e-Wasiat services.

    For more information on HLISB’s Pay & Save Account-i, please visit http://www.hlisb.com.my/pay&save-i

    1https://www.malaysianow.com/news/2023/01/26/malaysias-rm3-billion-pilgrimage-business-set-for-further-growth-despite-spiralling-costs

  • AITEX 2023: Mempromosi Keunikan Pelancongan Islam, Haji, dan Umrah!

    ASIA ISLAMIC TOURISM EXPO 2023 (AITEX 2023) – Tandakan tarikh di kalendar anda untuk AITEX 2023 yang hebat! Persidangan dan Pameran Haji, Umrah & Pelancongan Islam ini akan menerangi Sunway Pyramid Convention Centre dan Sunway Hotel Resort, Bandar Sunway, Selangor, pada 13 hingga 15 September 2023. Acara ini adalah hasil daripada kerjasama strategik antara Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA), Global Islamic Tourism Organization (GITO), dan Santai Travel.

    AITEX 2023 adalah satu-satunya acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang mengumpulkan pemain industri pelancongan dari seluruh Asia untuk mempromosikan keindahan Pelancongan Islam, Haji, dan Umrah. Acara ini menonjolkan tiga bahagian utama yang tak boleh dilepaskan, antaranya ialah

    1. PERSIDANGAN AITEX – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam yang akan berlangsung pada 13 & 14 September 2023 di Dewan Utama, Sunway Resort Hotel. Persidangan AITEX selama 2 hari ini akan mengetengahkan panel-panel professional dari luar dan dalam negara yang terlibat secara langsung di dalam sektor Haji, Umrah dan Pelancongan Islam. 

    Persidangan AITEX merupakan platform yang penting kepada agensi pelancongan, pelajar dan pensyarah universiti bagi menimba ilmu dan pengalaman dari panel-panel professional seperti dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Tabung Haji, Saudi Tourism, Islamic Tourism Center dan lain-lain. Panel-panel professional ini akan membawa topik-topik yang menarik dan bermanfaat di sepanjang 2 hari persidangan berlangsung. Delegasi AITEX 2023 yang dijangka hadiri terdiri daripada agensi pelancongan dari seluruh ASIA seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, India, Bangladesh, Thailand, Cambodia, Sri Lanka, Maldives dan lain-lain.

    2. PAMERAN AITEX 2023 – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam akan berlansung pada 13 hingga 15 September 2023 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Pameran AITEX 2023 menyediakan ruang pameran dengan keluasan 7,157 meter persegi yang akan dipenuhi dengan pempamer-pempamer dari timur tengah dan Asia. Pameran AITEX 2023 menyediakan platform bagi agensi pelancongan dalam dan luar negara menjalinkan jaringan perniagaan di dalam industri Pelancongan Islam, Haji dan Umrah. Pameran AITEX 2023 ini juga dibuka kepada pengunjung bagi melihat perkhidmatan serta jualan pakej-pakej pelancongan serta umrah yang dipamerkan oleh pempamer yang mengambil bahagian.

    AITEX 2023 menyediakan ruang diskusi khas yang dilengkapi dengan kafe khas kepada pempamer dan pembeli industri (trade buyers) untuk menjalankan jaringan perniagaan masing-masing. AITEX 2023 juga menyediakan Ruang Forum bagi pempamer mengadakan persembahan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengunjung. MATA percaya dengan adanya Pameran AITEX dapat membantu agensi pelancongan menjalinkan rantaian perniagaan masing-masing. Ini secara langsung membantu Malaysia mempromosikan produk-produk pelancongan Islam yang ada di Malaysia dan perlu diketengahkan.

    3. Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023) adalah satu acara yang gilang gemilang sempena AITEX 2023 bagi mengingatikan sumbangan pemain industri yang menaikan Industri Pelancongan Islam ke taraf antarbangsa. WITA 2023 akan akan diadakan pada 15 September 2023 bertempat di Dewan Utama Sunway Resort Hotel. WITA 2023 dijangka akan dihadiri lebih dari 1000 orang dengan lebih dari 100 meja makan. WITA 2023 akan membuka pencalonan anugerah pada 1 April 2023 kepada semua pemain industri pelancongan di dalam dan luar negara yang terlibat dalam Industri Pelancongan Islam. Pencalonan Anugerah bagi pemain industri akan ditutup pada 30 Julai 2023.

    Bagi pemain industri pelancongan dan pengujung yang berminat untuk menyertai AITEX 2023, boleh melayari laman sesawang di www.mata.travel bagi mendapat maklumat lengkap mengenai AITEX 2023.