Tag: #Turboost

  • 223 PEMENANG SAH DIUMUMKAN, SIAPAKAH PEMILIK TQ WULING BINGO EV? NANTIKAN PENGUMUMANNYA!

    Debaran masih dirasai meskipun 223 pemenang bagi Pusingan 1 kempen Tonton Non Stop, On Top! telah diumumkan. Ini kerana hadiah paling dinantikan, TQ Wuling Bingo EV, masih belum mempunyai pemilik yang diumumkan kepada umum. Pengumuman rasmi bakal dibuat pada majlis penyampaian hadiah yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

    Sementara menantikan detik bersejarah itu, kempen kini diteruskan dengan pembukaan Pusingan 2 yang berlangsung dari 29 Jun hingga 12 Julai 2026. Mengikut mekanisme pertandingan, semua mata yang dikumpulkan pada pusingan pertama telah ditetapkan semula, sekali gus memberikan permulaan baharu kepada semua peserta tanpa mengira kedudukan terdahulu.

    Pusingan 2 (29 Jun – 12 Julai 2026)
    ExhumaHijack 1971 
    Dark Nuns The Moon 
    The Priests Amazon Bullseye
    The Ghost GameMidnight Runners 
    Dr. Cheon And The Lost TalismanHopeless 
    Peninsula Beautiful Audrey 
    The Witch: Part 2. The Other OneRevolver 
    SinkholeConfidential Assignment 2: International 
    Concrete Utopia The Childe
    Emergency DeclarationDecibel

    Sepanjang tempoh kempen, pelanggan TontonUp hanya perlu menstrim filem-filem Korea terpilih untuk mengumpul mata. Peluang untuk meningkatkan kedudukan menjadi lebih cerah dengan pulangan Turboost, yang menawarkan mata berganda pada 4 & 5 Julai serta 11 & 12 Julai 2026 bagi kandungan yang ditetapkan.

    Turboost Minggu 3 (4 & 5 Julai 2026)Turboost Minggu 4 (11 & 12 Julai 2026)
    Neraka Yang Terhijab Azure Spring 
    Luka Di Hujung Setia I’m Calling Off the Engagement with the Male Lead 
    Holy Night: Demon Hunters Shall We Date for Just One Day? 
    The Roundup: No Way Out In This Life, I’m Trying to Save the Boss 
    The Bad Guys: Reign Of Chaos Can Ghosts Be Laundered? 

    Gabungan penstriman, ganjaran dan persaingan menjadikan kempen ini lebih daripada sekadar pengalaman menonton. Ia membuka peluang kepada pelanggan menikmati kandungan hiburan sambil memburu hadiah lumayan. Dengan semua peserta kembali bermula dari sifar, setiap tontonan yang dilakukan sepanjang Pusingan 2 boleh menjadi penentu kepada kemenangan yang diimpikan.