Platform penstriman Tonton memperkenalkan kempen ganjaran terbesar pernah dianjurkan, Tonton Non Stop, On Top!, yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000 kepada pengguna hanya dengan menonton drama kegemaran mereka. Kempen yang berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026 ini memberi peluang kepada pelanggan mengumpul mata melalui aktiviti penstriman untuk bersaing dalam carta peserta dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan.
Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, GAC Emkoo 1.5L Turbo serta dua unit TQ Wuling Bingo EV, selain 70 telefon pintar Oppo dan 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu. Kesemua ganjaran ini menjadikan kempen tersebut antara inisiatif hiburan digital paling menarik tahun ini, khususnya bagi pengguna yang aktif menonton kandungan di platform berkenaan.
Menurut penganjur, seramai 298 pemenang akan dipilih setiap dua minggu sepanjang tempoh kempen, merangkumi kategori Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas. Sistem ini juga membolehkan lebih ramai peserta berpeluang menang kerana kedudukan dan mata akan ditetapkan semula pada setiap kitaran, sekali gus memastikan persaingan yang lebih adil dan dinamik.

Cara penyertaan adalah mudah, di mana pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 atau 12 bulan sebelum mula mengumpul mata melalui tontonan drama terpilih. Selain itu, pengguna turut boleh menambah mata melalui pembelian Tonton Subscription Gifts untuk rakan dan keluarga, yang menawarkan bonus tambahan sehingga 400 mata bergantung kepada tempoh langganan.
Kempen ini turut diperkuatkan dengan pengenalan Turboost, iaitu sistem gandaan mata pada setiap hujung minggu yang memberi kelebihan tambahan kepada pengguna aktif. Dengan adanya sistem ini, peserta berpeluang meningkatkan kedudukan mereka dengan lebih pantas melalui aktiviti penstriman pada hari Sabtu dan Ahad.
Tonton Non Stop, On Top! bukan sahaja memberi peluang untuk memenangi hadiah bernilai tinggi, malah menggalakkan pengguna menikmati lebih banyak kandungan eksklusif di platform tersebut. Orang ramai kini boleh mula menyertai kempen ini dengan memuat turun aplikasi Tonton atau melayari laman rasmi bermula 15 Jun, dan bersaing untuk menjadi antara pemenang bertuah dalam edisi ganjaran terbesar ini.
UTM Landing Page:
