Tag: #SinggahsanaTrilogyTour #PotAmirLive #KonsertIntim #CintaDanMuzik #RBDatenite #RatuHiTea #SemogaPC #LiberalLatteKL #MuzikLiveMalaysia #MyCreativeVentures #SokongArtisTempatan

  • Pot Amir Menghidupkan Kasih Sayang Melalui Singgahsana Trilogy Tour: Tiga Malam Muzik dan Keakraban

    Pot Amir Menghidupkan Kasih Sayang Melalui Singgahsana Trilogy Tour: Tiga Malam Muzik dan Keakraban

    Suruhanjaya Senyum dengan bangganya mempersembahkan Singgahsana Trilogy Tour oleh Pot Amir, siri tiga malam persembahan intim dan minum petang yang membawa mesej cinta, kasih sayang dan keharmonian melalui muzik dan suasana yang penuh keakraban. Acara istimewa ini yang diilhamkan oleh Pot Amir, ahli kumpulan Innuendo dan Alkaline Radiostar, serta diarahkan oleh Taj Innuendo, akan berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di Liberal Latte.

    Singgahsana Trilogy Tour menampilkan tiga malam bertemakan khas yang meraikan pelbagai bentuk kasih sayang dan perpaduan dengan cara yang berbeza dan bermakna:

    1 Ogos – Semoga PC: Kenduri Kasih Bersama Anak Yatim
    Malam pembukaan Semoga PC menampilkan majlis kenduri minum petang dengan hidangan dalam talam yang meriah dan santai. Acara ini akan meraikan anak-anak yatim dengan persembahan muzik dan suasana penuh kegembiraan serta kehangatan kekeluargaan.

    2 Ogos – R&B Date Nite: Malam Romantis Buat Pasangan
    Malam kedua dikhususkan untuk pasangan suami isteri dengan R&B Date Nite, sebuah acara makan malam intim lengkap dengan persembahan lagu-lagu cinta R&B yang memukau, mencipta suasana romantis dan istimewa untuk meraikan kasih sayang dalam perkahwinan.

    3 Ogos – Ratu Hi-Tea: Penghargaan Untuk Ibu dan Wanita
    Malam terakhir, Ratu Hi-Tea diraikan khas untuk ibu dan wanita. Keluarga boleh membuat tempahan meja bagi meraikan insan tersayang ini sambil menikmati lagu-lagu yang menyentuh hati serta minum petang yang menyelerakan.

    Pot Amir akan berganding dengan rakan artis seperti Azan, Zain, Sein dari kumpulan Ruffedge serta Lah Ahmad bersama Alkaline Radiostar sebagai pemuzik pengiring, menjanjikan persembahan muzik yang penuh jiwa dan bertenaga.

    Disokong oleh Dana Kandungan Kreatif MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi dan Digital, acara ini bukan sahaja mempamerkan bakat seni tempatan malah menyemarakkan nilai kasih sayang, kekeluargaan dan perpaduan dalam masyarakat.

    Tempat terhad kepada 90 orang setiap malam bagi memastikan suasana yang selesa dan eksklusif. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di LiberalLatte.my.

    Pot Amir berkongsi, “Singgahsana Trilogy Tour adalah usaha saya untuk menghidupkan semula semangat kekeluargaan dan kasih sayang melalui muzik. Ini peluang untuk kita bersama-sama meraikan cinta dan menyebar aura positif dalam suasana yang intim.”

    Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara muzik dan kasih sayang yang penuh bermakna ini – tempah tempat anda sekarang!