Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, dua restoran terkenal, Gajah Tiga dan Farmer Village, buat julung kalinya berganding bahu mempersembahkan Sajian Imbauan Desa, sebuah konsep buffet berbuka puasa yang mengangkat keistimewaan hidangan warisan Melayu. Kerjasama istimewa ini hadir dengan misi untuk menghidupkan kembali kenangan suasana desa melalui sajian tradisional yang dekat di hati, sesuai dinikmati bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.
Menampilkan lebih 70 menu istimewa, Sajian Imbauan Desa menyajikan pelbagai masakan tradisional Melayu ala kampung yang sinonim dengan citarasa Ramadan. Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk Cucur Udang signature Gajah Tiga, Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sate Ayam dan Daging, Tempoyak Pucuk Ubi serta Kambing Golek. Kepelbagaian menu ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang memuaskan dan menyeluruh.

Selain hidangan utama, buffet ini turut menawarkan menu pembuka selera seperti Gado-Gado serta aneka kerabu termasuk Kerabu Pegaga dan Kerabu Ikan Bilis. Pengalaman berbuka puasa dilengkapkan dengan hampir 20 jenis kuih tradisional dan pencuci mulut seperti Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Roti Jala, Cucur Jawa, Bingka Ubi, Talam Cendol, aneka rojak buah dan aiskrim yang pastinya membangkitkan nostalgia Ramadan.
Menurut Pengasas Farmer Village, Dato’ Peter Ng, kerjasama ini bertujuan menawarkan variasi pilihan yang lebih unik kepada pengunjung. Beliau turut menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama Farmer Village menganjurkan buffet Ramadan dengan konsep suasana bazar Ramadan, sekali gus menjadikan lokasi tersebut sesuai sebagai destinasi rekreasi dan berbuka puasa untuk tiga generasi dalam satu masa.


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor 012-725 9113 / 012-747 9113 atau tekan link Message Farmer Village di WhatsApp.
https://wa.me/message/RUP34T3L32FPB1
