Tag: #RumahLauk

  • Nikmati Iftar Rumah Lauk Eksklusif oleh Marvelous Mama

    Nikmati Iftar Rumah Lauk Eksklusif oleh Marvelous Mama

    Putrajaya, 28 Februari 2026 – Antara tarikan utama yang membezakan “Iftar di Rumah Lauk” daripada bufet Ramadan lain ialah hidangan istimewa Rusa Golek yang disajikan setiap hari. Berbeza dengan kebiasaan kambing golek, Marvelous Mama berani tampil dengan pilihan premium yang jarang ditemui, sekali gus memberikan pengalaman kulinari yang unik kepada pengunjung. Diperap menggunakan rempah ratus tradisional dan dipanggang dengan teknik khas sehingga mencapai tahap kelembutan dan rasa yang sempurna, Rusa Golek ini menjadi simbol inovasi dalam mengekalkan elemen tradisi sambil memperkenalkan kelainan. Selain itu, pelbagai hidangan klasik seperti rendang, ketupat, dan lauk-pauk kampung turut melengkapkan sajian, menjadikan setiap kunjungan satu perjalanan rasa yang penuh nostalgia dan kepuasan.