Tag: #RahsiaJoseon

  • Pengembaraan Rasa Merentas Masa Bersama ‘HEO’S DINER’!

    Pengembaraan Rasa Merentas Masa Bersama ‘HEO’S DINER’!

    Bersiap sedia untuk menyelami dunia Heo’s Diner. Sebuah kisah epik yang dipenuhi dengan fantasi, misteri, dan seni kulinari dalam 10 episod penuh debaran. Setiap hidangan bukan sekadar makanan, tetapi terselit rahsia, kisah silam, serta keajaiban yang menghubungkan masa lalu dan masa kini. Saksikan bagaimana setiap episod membawa penonton mengembara merentasi dua dunia berbeza, sarat dengan kejutan yang menggamit emosi dan meninggalkan kenangan sukar dilupakan.

    Heo’s Diner bakal menemui penonton serentak dengan tayangan di Korea, eksklusif di Tonton bermula 24 Mac 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 4.00 petang hanya di Tonton.

    Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat, termasuk Xiumin dari kumpulan EXO sebagai Heo Gyun, Chu So-jung sebagai Eun-sil, Lee Sae-on sebagai Lee Hyuk, dan Lee Soo-min yang membawa dua watak berbeza, Mae-chang dan Mi-sol. Diarahkan oleh dua pengarah berbakat, Oh Hwan-min dan Kim Kyeong-eun, drama ini menggabungkan elemen fantasi, komedi romantik, serta seni gastronomi yang menjanjikan pengalaman tontonan luar biasa.

    Kisah bermula dengan Heo Gyun, seorang pemikir radikal dari era Joseon yang memperjuangkan impian membina masyarakat lebih adil tanpa sistem kasta. Namun, ideanya yang terlalu progresif membuatkan dia diusir dan menjadi buruan pihak berkuasa. Dalam detik-detik terakhir hidupnya, satu kejadian misteri berlaku , Heo Gyun merentas masa 400 tahun ke hadapan, lalu muncul di Seoul pada tahun 2024.

    Diselamatkan oleh seorang ibu dan anak perempuannya, Heo Gyun mula menyesuaikan diri dengan dunia moden sambil membantu di restoran milik mereka. Takdir bagaimanapun membawa kejutan besar apabila dia terpaksa memikul tanggungjawab sebagai cef utama, meskipun tidak pernah terfikir untuk memasak di zaman moden.

    Dalam usahanya meneruskan kehidupan baru, satu persoalan terus menghantuinya: siapakah yang membunuhnya di masa lalu? Sedikit demi sedikit, misteri pembunuhannya mula terbongkar, mendedahkan rahsia lebih besar daripada yang disangka. Dengan konflik yang semakin memuncak, mampukah Heo Gyun membongkar kebenaran sebelum segalanya terlambat?

    Jangan lepaskan peluang menonton Heo’s Diner, tayangan serentak di Korea dan Malaysia, hanya di Tonton bermula 24 Mac 2025! Alami pertembungan epik antara masa lalu dan dunia moden, di mana warisan silam bertemu keunikan zaman kini.

    Ikuti perkembangan terkini Heo’s Diner di Tonton dengan hashtag #Tonton. Untuk lebih banyak maklumat menarik tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.