Tag: #PembelajaranBahasa

  • Belajar Mandarin, Rebut Hadiah Tunai! Tonton Perkenal Kempen “Tonton Ajar Mandarin” dengan Kelas Bahasa Eksklusif

    Belajar Mandarin, Rebut Hadiah Tunai! Tonton Perkenal Kempen “Tonton Ajar Mandarin” dengan Kelas Bahasa Eksklusif

    Platform penstriman tempatan kegemaran ramai, Tonton, tampil dengan pendekatan segar menerusi pelancaran kempen Tonton Ajar Mandarin, sebuah inisiatif inovatif yang menggabungkan hiburan dan pembelajaran bahasa dalam satu pengalaman interaktif. Kempen ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Tonton sebagai destinasi penstriman utama di Malaysia, malah membuka peluang kepada penonton untuk meneroka kandungan bahasa Cina berkualiti tinggi sambil mempelajari bahasa Mandarin secara santai dan menyeronokkan.

    Melalui kempen ini, Tonton menzahirkan komitmennya terhadap hiburan yang lebih inklusif dengan memperluaskan pilihan kandungan melangkaui drama Melayu, sekali gus memenuhi keperluan audiens berbilang kaum dan minat. Penonton kini dapat memanfaatkan kandungan drama Cina terpilih di platform tersebut sebagai medium pembelajaran bahasa yang praktikal dan relevan dengan penggunaan harian.

    Kempen Tonton Ajar Mandarin direalisasikan menerusi kerjasama strategik bersama Inter-Cultural Language School (ICLS), sebuah pusat bahasa terkemuka. Dengan langganan TontonUp serendah RM9.90 sebulan, pelanggan bukan sahaja menikmati akses kepada kandungan premium, malah berpeluang menebus Kelas Percubaan Mandarin Percuma secara maya melalui program Tonton Rewards.

    Kelas percubaan selama satu jam ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional ICLS menerusi aplikasi Zoom. Menariknya, modul pembelajaran dirangka menggunakan frasa harian serta dialog daripada klip drama Cina di Tonton, membolehkan peserta meningkatkan kemahiran bertutur dan kefahaman konteks dalam suasana pembelajaran yang lebih hidup, praktikal dan menyeronokkan.

    Selain itu, pelanggan yang mendaftar kursus bahasa Mandarin bersama ICLS turut menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk pengecualian yuran pendaftaran bernilai RM50 serta peluang menebus baucar Baskin Robbins dan Pizza Hut melalui Tonton Rewards. Inisiatif ini memberi nilai tambah kepada pelanggan yang ingin meneruskan pembelajaran bahasa secara lebih mendalam.

    Sebagai pelengkap kempen, Tonton turut menganjurkan pertandingan khas dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai RM800. Pelanggan hanya perlu melanggan Tonton, menebus kelas percubaan Mandarin melalui Tonton Rewards, dan menghadiri sesi pembelajaran tersebut untuk layak menyertai pertandingan. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM500, diikuti RM200 untuk tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga.

    Dengan gabungan hiburan, pembelajaran dan ganjaran menarik, Tonton Ajar Mandarin menawarkan peluang unik kepada penonton untuk meningkatkan kemahiran bahasa sambil menikmati kandungan kegemaran mereka. Orang ramai dijemput melayari www.tonton.com.my atau memuat turun aplikasi Tonton untuk mula melanggan dan menyertai kempen ini.

    IMBAS KOD QR INI UNTUK HANTAR PENYERTAAN ANDA!