Tag: #NostalgiaRaya

  • “Raya Yay Yay” Tampilkan Energi Penuh dan Satukan Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga

    “Raya Yay Yay” Tampilkan Energi Penuh dan Satukan Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga

    Menjelang Aidilfitri 2026, suasana perayaan kini semakin meriah dengan kemunculan lagu baharu berjudul “Raya Yay Yay”, yang mempertemukan tiga penyanyi muda berbakat iaitu Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga. Naskhah ini membawa energi tinggi, lirik ceria dan melodi yang mudah diingati, menghidupkan nostalgia kemeriahan Hari Raya sewaktu zaman kanak-kanak. Lagu yang diterbitkan oleh FYP Media ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Omar K dan John Jeeves, dan telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari 2026.

    Menurut Dafi, pengalaman berganding dengan Ryan dan Farel merupakan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. “Vibe lagu ini penuh dengan energi dan menuntut saya untuk memberi warna tersendiri kepada setiap bait lagu,” ujar Dafi. Bagi Ryan, lagu ini sejajar dengan jiwanya yang ceria, menyebarkan semangat positif dan kegembiraan Hari Raya kepada pendengar. Manakala Farel, yang berasal dari Indonesia, melihat projek ini sebagai peluang pertama menghasilkan lagu raya sepanjang bergelar anak seni, meskipun menghadapi cabaran dalam memahami beberapa kosa kata yang unik dalam lagu ini. Video muzik rasmi “Raya Yay Yay” boleh ditonton di saluran YouTube Indigital Music mulai 6 Mac 2026.