Tag: NLKO

  • HOS NLKO BERTANDANG BERAYA KE RUMAH PEMINAT

    Ziarah-menziarahi adalah salah satu sunnah di Hari Raya yang masih lagi diamalkan oleh umat Islam hingga masa kini. Bersempena dengan Hari Raya tahun ini, TV9 menerusi program bual bicara, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) telah mengadakan Peraduan Beraya bersama Hos NLKO dimana peminat diberi peluang untuk menerima kunjungan hos-hos NLKO di Hari Raya!

    Penonton TV9 hanya perlu menjawab satu soalan melalui imbasan kod QR yang muncul semasa siaran NLKO pada hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 10.30 pagi dan siaran ulangan yang ditayangkan pada hari Jumaat hingga Ahad, pukul 7.50 malam dari 27 Mac hingga 31 Mac 2024 yang lalu.

    Peraduan ini telah menerima sambutan hangat dimana TV9 telah menerima sebanyak 134 penyertaan dari seluruh negara. Oleh itu, 4 pemenang yang terpilih adalah Nurul Asyiqin Binti Rosdi dan Noor Arham Binti Awang Ali dari Kelantan, Intan Rafina binti Ramlan dari Setapak, Selangor dan Nurul Natasya Binti Nor Asmari dari Ulu Kinta, Perak.

    Antara hos yang telah menghadiri dan memeriahkan perayaan di rumah para pemenang di Kelantan adalah Fakhrul Radhi, Qila Shahirah dan Syamira Nazir. Seterusnya, Erra Fazira, Irfan Ali dan Affiza Azmi telah berkunjung ke rumah pemenang di Setapak, Selangor manakala Irfan Ali, Muaz dan Saree Abdullah pula mengunjungi rumah pemenang di Ulu Kinta, Perak.

    Sambutan hari raya tahun ini menjadi sangat bermakna bagi barisan hos NLKO dan peminatnya apabila mereka berpeluang untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi silaturahim, sama-sama mencipta memori indah serta menjadikan program NLKO lebih dekat di hati peminat.

    Kehadiran Hos NLKO dan pasukan produksi TV9 telah disambut dengan meriah oleh ahli keluarga pemenang dan juga jiran tetangga. Pelbagai juadah yang lazat telah dihidangkan oleh para pemenang. Sudah semestinya para pemenang berasa teruja apabila hos-hos kegemaran mereka datang beraya ke rumah mereka. Bukan itu sahaja, para pemenang juga telah menerima duit raya sebanyak RM1,000 daripada TV9. Peraduan Beraya bersama hos NLKO ini telah memberikan impak positif dan TV9 merancang untuk meneruskannya pada tahun akan datang.

    Untuk dapatkan info terkini tentang program-program TV9, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

  • NLKO PLATFORM MENGANGKAT IKON TEMPATAN TERBAIK

    Selepas enam tahun berehat, program bual bicara popular waktu pagi, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) kembali menemui penonton bermula 17 Januari 2024, setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi selama satu jam di TV9.

    Sejak mula bersiaran pada tahun 2008, NLKO membawakan pengisian bermanfaat dalam format santai dan menghiburkan dengan barisan pengacara dari pelbagai genre. Di awal siaran NLKO, ia telah mengetengahkan pelbagai jenis topik dan aktiviti kemasyarakatan.

    Wajah baharu NLKO menampilkan 10 hos yang ceria dan bertenaga iaitu Erra Fazira, Fizo Omar, Fakhrul Radhi, Heliza Helmi, Barr Zaizan, Affizza Azmi, Saree Abdullah, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah untuk membincangkan pelbagai topik menarik yang merangkumi gaya hidup, kesihatan, kecantikan, fesyen, makanan, dan lain – lain. Lebih istimewa, NLKO musim baharu akan menampilkan usahawan-usahawan tempatan yang dapat berkongsi tips kejayaan dan memberi inspirasi kepada penonton.

    NLKO juga bakal memaparkan kapsul Motivasi Secangkir Kopi yang dikendalikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, seorang mentor, jurulatih perniagaan dan pakar pemasaran di Malaysia untuk berkongsi pengalaman hidup dan motivasi dalam dunia perniagaan.

    Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, “Nasi Lemak Kopi O (NLKO) musim terbaharu tampil dengan barisan hos yang mempunyai dinamik tersendiri dan juga segmen-segmen baharu yang bersesuaian dengan peredaran masa kini. Di setiap episod, NLKO akan menampilkan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia dan juga mereka yang berjaya di peringkat global untuk berkongsi kisah perjalanan dalam mengusahakan perniagaan dimana ia boleh dijadikan inspirasi penonton. Konsep yang diketengahkan ini sesuai dengan fokus untuk melahirkan masyarakat yang berjaya dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu hidup dan keluarga.”

    “Harapan kami di NLKO & TV9 agar program in akan memberi manfaat dan menceriakan pagi hari penonton-penonton di samping belajar dari kisah kejayaan usahawan-usahawan berjaya di Malaysia untuk dijadikan titik tolak dalam memulakan perniagaan sendiri untuk menjadi lebih sukses,” tambah Khairunnisa lagi.

    Tetapkan janji temu anda bersama-sama dengan hos NLKO pada setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Siaran ulangan NLKO akan disiarkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7.50 hingga 8.30 malam.

    Produksi NLKO diketuai oleh Wan Sabariah Shikh Ali, Pengurus Besar, Majalah, Gaya Hidup dan Bual Bicara, Rangkaian Televisyen Media Prima, Norhakimi Mohd Naim sebagai penerbit penyelaras dan Jamira Mohd Ramli sebagai penerbit.

    Untuk dapatkan info terkini tentang program-program TV9, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.