Arena sukan tempur tanah air bakal kembali meriah dengan penganjuran T-Fight All Star 2026 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 April 2026. Acara berprestij ini menghimpunkan atlet tempur berbakat dari pelbagai kelab dan latar belakang bagi menampilkan kemahiran, disiplin serta semangat kesukanan dalam suasana yang kompetitif dan profesional.
Kejohanan ini dijangka menarik perhatian peminat Muay Thai dari dalam dan luar negara, khususnya dengan kehadiran ikon Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek, yang akan beraksi dalam perlawanan utama bagi kategori 71 kilogram. Penampilan tersebut amat dinantikan kerana ia merupakan kali pertama beliau bertanding di Malaysia, sekali gus mencipta detik bersejarah buat peminat sukan tempur tempatan.


Marketing officer T Fight
Secara keseluruhan, T-Fight All Star 2026 akan menyajikan tujuh perlawanan melibatkan atlet dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa.
Dalam perlawanan utama, Buakaw dijadualkan menentang petarung dari Beijing, Meng Gaofeng, dalam pertembungan antara Thailand dan China yang dijangka berlangsung sengit serta berintensiti tinggi. Atlet berusia 28 tahun itu memiliki rekod profesional sebanyak 45 perlawanan dengan 33 kemenangan, termasuk sembilan kemenangan secara knockout, selain pernah meraih gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, WLF World Champion dan IPCC China Champion.


Pertembungan dua kuasa besar sukan tempur Asia ini dijangka menjadi tumpuan utama kejohanan, di samping memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan aksi legenda dunia secara langsung buat pertama kali di Malaysia. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urusetia media.
