Tag: #Malaysianupdates

  • POLONG CATAT PENCAPAIAN RM10 JUTA, BUKTI FILEM SERAM TEMPATAN MASIH MENDOMINASI

    POLONG CATAT PENCAPAIAN RM10 JUTA, BUKTI FILEM SERAM TEMPATAN MASIH MENDOMINASI

    Filem seram tempatan Polong terus mencuri perhatian apabila berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM10 juta setakat ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara karya tempatan paling hangat diperkatakan di pawagam seluruh negara. Pencapaian ini hadir selepas filem arahan Zulkarnain Azhar itu terlebih dahulu mencipta momentum luar biasa dengan kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan, menunjukkan sambutan luar biasa daripada penonton sejak hari pertama ia ditayangkan.

    Sejak ditayangkan, Polong bukan sahaja menarik minat peminat filem seram, malah turut menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ramai penonton berkongsi pengalaman mereka terhadap suasana seram, jalan cerita penuh misteri serta elemen kejutan yang meninggalkan kesan mendalam. Filem ini berjaya mengangkat kisah berkaitan ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan merentas generasi dengan pendekatan naratif yang menggabungkan elemen seram tradisional dan psikologi moden.

    Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan kerjasama 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta sokongan pemasaran daripada Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis. Gabungan lakonan mantap, visual sinematik yang kuat serta reka bentuk bunyi yang mengerikan berjaya meningkatkan pengalaman menonton dan menerima pujian daripada penonton.

    Kejayaan filem ini turut membuktikan bahawa genre seram tempatan masih mempunyai tempat yang kuat dalam industri perfileman Malaysia apabila dipersembahkan dengan kualiti produksi yang tinggi serta penceritaan yang berkesan. Sambutan berterusan di pawagam seluruh negara menunjukkan bahawa penonton masih menghargai karya tempatan yang membawa identiti budaya dan elemen seram yang dekat dengan masyarakat.

    Dengan momentum kutipan yang masih kukuh, Polong dijangka terus mencatat kejayaan lebih besar dalam minggu-minggu akan datang, sekali gus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah satu filem seram tempatan paling berjaya tahun ini.

  • “OFFSIDE HUSBAND” PAPARKAN PERJUANGAN CINTA, KERJAYA DAN PENGORBANAN SEORANG SUAMI

    “OFFSIDE HUSBAND” PAPARKAN PERJUANGAN CINTA, KERJAYA DAN PENGORBANAN SEORANG SUAMI

    Kuala Lumpur, 5 Jun 2026 – Drama komedi romantik Offside Husband mengetengahkan persoalan sejauh mana seseorang mampu mengejar impian dan minat peribadi tanpa mengabaikan insan yang paling disayangi. Kisah ini menjadi inti utama kepada sebuah naratif kehidupan rumah tangga moden yang penuh cabaran, emosi dan konflik antara kerjaya serta tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri.

    Dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Imran Aqil, Elfira Loy, Adzim Hariz dan Ariana Yusof, drama ini menggabungkan elemen humor, romantik serta latar dunia bola sepak yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Ia mengisahkan Hafiz, seorang editor sukan yang terlalu obses dengan bola sepak sehingga sering mengabaikan keperluan emosional dalam perkahwinannya bersama Alya, isterinya yang mengimpikan kehadiran cahaya mata selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

    Dalam masa yang sama, Alya berdepan tekanan keluarga yang tidak sabar menantikan cucu, manakala Hafiz pula semakin tenggelam dalam tuntutan kerjayanya menjelang kemeriahan Piala Dunia 2026. Konflik menjadi lebih kompleks apabila Hafiz bersaing dengan editor baharu, Elin, yang secara tidak langsung mencetuskan salah faham dalam hubungan rumah tangga mereka.

    Ketegangan emosi semakin memuncak apabila Alya akhirnya disahkan hamil pada saat hubungan mereka berada dalam keadaan yang rapuh. Situasi ini memaksa Hafiz untuk membuat pilihan besar dalam hidupnya sama ada untuk terus mengejar cita-cita kerjaya atau kembali menumpukan perhatian kepada keluarga yang semakin memerlukan kehadirannya.

    Offside Husband bukan sekadar sebuah drama romantik, tetapi juga refleksi realiti kehidupan pasangan moden yang sering terperangkap antara impian peribadi dan tanggungjawab keluarga. Dengan gabungan elemen komedi, emosi dan konflik yang dekat dengan penonton, drama ini menyampaikan mesej bahawa keseimbangan antara cinta, kerjaya dan keluarga adalah kunci utama kebahagiaan.

    Drama ini kini boleh disaksikan menerusi platform digital setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton, menjadikannya antara naskhah mikro yang menarik perhatian penonton muda masa kini.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

  • World Miniature Hobby Show (WMHS) & Malaysia Competition (MALCOM) Make a Grand Return to Penang on 13–14 June 2026

    World Miniature Hobby Show (WMHS) & Malaysia Competition (MALCOM) Make a Grand Return to Penang on 13–14 June 2026

    Penang is set to welcome miniature hobby enthusiasts from around the world as the 11th World Miniature Hobby Show (WMHS) and Malaysia Competition (MALCOM) 2026 returns on 13 and 14 June 2026 at the Setia SPICE Convention Centre. Widely regarded as one of Southeast Asia’s premier miniature hobby events, this year’s edition is expected to be the largest in its history, bringing together artists, collectors, model builders, exhibitors, and hobby communities from across the globe.

    The two-day event is projected to feature around 100 exhibitors and attract approximately 30,000 visitors, reflecting the growing popularity of miniature art, scale modelling, and creative craftsmanship both in Malaysia and internationally. Making its debut at the upgraded Setia SPICE Convention Centre, visitors can expect a larger exhibition space, enhanced facilities, and a more immersive experience designed to accommodate the event’s expanding global audience.

    One of the defining features of WMHS & MALCOM 2026 is its strong international participation. This year’s event will welcome hobbyists, judges, artists, and exhibitors from 26 countries and regions, including Japan, South Korea, China, Singapore, Australia, the United States, the United Kingdom, Germany, Spain, France, Russia, Ukraine, and several Southeast Asian nations. The diversity of participants highlights the event’s growing reputation as an international platform for creativity, cultural exchange, and artistic excellence.

    Adding further excitement to this year’s edition are two new competition categories: Mecha/Maschinen Krieger and Anime & Garage Kit. These additions are expected to attract a broader range of hobbyists and collectors, particularly younger enthusiasts who are passionate about science fiction, anime culture, and contemporary model-building trends. The expanded competition categories demonstrate the organisers’ commitment to keeping pace with evolving interests within the global hobby community.

    Beyond the competitions, visitors will have the opportunity to enjoy free live demonstrations conducted by internationally renowned miniature artists. These sessions will provide valuable insights into painting techniques, model assembly, weathering effects, and other specialised skills. Families can also explore the Junior’s Corner, an interactive area where children can build model kits and discover the joy of miniature hobbies through hands-on activities in a fun and educational environment.

    Penang State Executive Councillor for Tourism and Creative Economy, YB Wong Hon Wai, described WMHS & MALCOM as an event that has evolved into a globally recognised gathering capable of attracting participants and visitors from multiple continents. He noted that the continued growth of the event reflects Penang’s ability to host specialised international events while strengthening its position as a destination for creative industries and niche tourism.

    With admission priced at just RM10 for both days, WMHS & MALCOM 2026 offers an accessible and family-friendly experience for hobby enthusiasts, collectors, aspiring artists, and curious visitors alike. As the event continues to grow in scale and international stature, it is expected to further elevate Penang’s profile as a leading destination for creative culture, artistic innovation, and global hobby tourism.