Tag: #KL

  • Ulike membawakan “Masa Hadapan Kecantikan” ke Malaysia menerusi pembukaan kedai fizikal pertama di KL

    Komited dalam memacu penyelesaian kecantikan yang inovatif untuk pengguna, Ulike hari ini mengumumkan pelancaran cawangan sulungnya di SOGO KL. Cawangan fizikal pertama Ulike di Malaysia ini adalah sebahagian daripada rancangan strategik jenama tersebut dalam menyediakan lebih pilihan buat rakyat Malaysia mencuba rangkaian teknologi kecantikannya.

    Leong KM, Pengurus Besar Asia Tenggara untuk Kumpulan Ulike Korea Selatan, berkata, “Bagi mengukuhkan misi kami untuk mencetus inovasi dalam kecantikan dan komitmen merevolusikan rutin kecantikan di rumah, kami membawakan kepada rakyat Malaysia lebih pilihan dalam memiliki alatan teknologi kecantikan profesional melalui pembukaan kedai fizikal baharu ini. Pelancaran cawangan pertama di Malaysia ini merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan global kami dan langkah ini disokong oleh prestasi kukuh Ulike dalam pasaran sedia ada. Sebagai jenama isi rumah yang dipercayai dalam sektor kecantikan rumah dan penjagaan badan, kami berharap untuk memperluaskan kehadiran di pasaran tempatan dengan matlamat untuk memastikan teknologi kecantikan yang canggih ini boleh diakses oleh semua.”

    Baru-baru ini, Ulike melancarkan cawangan pertamanya di Bangkok, Thailand, sejajar dengan rancangan jenama tersebut untuk merevolusikan masa hadapan dunia kecantikan di rantau ini. Acara tersebut menyaksikan Ulike memperkenalkan selebriti dan model antarabangsa, Davika Hoorne, sebagai duta jenama serantaunya. Dengan pembukaan kedai fizikal jenama ini di Kuala Lumpur, pengguna berpeluang mencuba pelbagai rangkaian produknya termasuk Ulike Air3 yang paling laris dan Ulike ReGlow LED Face Mask yang baru dilancarkan.

    Peranti penyingkir bulu rambut dengan teknologi takat beku sapphire untuk kegunaan rumah yang pertama di dunia

    Bermatlamat memberi akses kepada pengguna terhadap rawatan canggih di rumah untuk menyingkirkan bulu rambut secara lancar, peminat Ulike pasti teruja dengan peranti Ulike Air-3, yang boleh didapati di cawangan SOGO KL mulai hari ini.

    Peranti tersebut adalah peranti penyingkir bulu rambut IPL yang memudahkan penyingkiran bulu rambut yang menjengkelkan dan mampu memberikan hasil yang kekal dengan hanya tiga minggu penggunaan[1]. Peranti ini juga menawarkan antara rawatan tercanggih di rumah yang boleh dinikmati pengguna, dilengkapi dengan Sapphire Ice-cooling Technology yang telah dipatenkan dan diluluskan oleh FDA supaya selamat digunakan.

    Disyorkan oleh pakar dermatologi di seluruh dunia, peranti ini berfungsi dengan lembut pada kawasan yang lebih sensitif seperti kawasan bikini dan boleh digunakan di mana-mana sahaja kawasan berbulu, dengan mengguna pakai tahap kuasa boleh laras untuk rawatan dari kepala hingga kaki. Ulike Air-3 adalah peranti penyingkir bulu rambut kegunaan rumah yang menggunakan teknologi takat beku sapphire dan yang pertama di dunia, memberikan kebebasan masa serta ruang kepada pengguna dengan membolehkan mereka menikmati alat kecantikan bertaraf dunia ini di kemudahan, keselesaan dan keselamatan rumah mereka.

    Nikmati “kulit licin bak kaca” yang sempurna dengan Ulike ReGlow LED Face Mask Kulit berseri boleh dicapai dengan menggunakan Ulike ReGlow LED Face Mask yang menangani masalah kulit termasuk anti-penuaan, pengurangan jerawat, pencerahan dan pembaikan kulit.

    Rawatan muka tidak invasif ini menjanjikan hasil tanpa penggunaan jarum atau kos rawatan berulang di luar. Setiap rawatan memaksimumkan kemudahan dan keselesaan untuk memberikan pengalaman penjagaan kulit yang menakjubkan, dalam sesi bebas tangan selama 10 minit yang mudah. Rawatan ini boleh dianggap sebagai gim untuk mendapatkan kulit muka yang berseri, dengan setiap rawatan meningkatkan keanjalan, mengurangkan garisan halus, mencegah jerawat, dan mengembalikan keremajaan kulit – semuanya dalam keselesaan rumah anda.

    Pengguna boleh mendapatkan hasil yang menakjubkan dalam tempoh masa 14 hari selepas menggabungkan penggunaan Ulike ReGlow LED Face Mask dalam rutin penjagaan kulit mereka. Malah, ujian telah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 12.9 peratus dalam kecerahan kulit, pengurangan mengagumkan sebanyak 39.44 peratus bagi kedutan bawah mata, penurunan 7.89 peratus untuk masalah kemerahan kulit, dan pengurangan ketara 17.58 peratus dalam masalah jerawat. Hasil kajian ini mengukuhkan keberkesanan dan komitmen produk untuk memberikan kesan positif dengan pantas.

    Untuk informasi terkini, berita dan maklumat lain, sila ikuti halaman Instagram rasmi Ulike Malaysia.

     

  • Malam Rock! Pertunjukan ‘Tujuh Vibrato Gitar’ di Zepp Kuala Lumpur 3 November ini.

    Datang dan sertai kami untuk merasai gelombang gitar yang mengagumkan ini di konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’ yang bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023. Pesta muzik ini akan memukau anda dengan penampilan hebat tujuh gitaris tempatan, seperti Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza, dan Anis Kalisa. Mereka akan dipadankan oleh krew muzik profesional yang berbakat, termasuk Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboard), dan Ainoll (drum), sementara vokal yang memukau akan dipersembahkan oleh penyanyi latar terampil, Izzat dan Baby. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan persembahan yang menggetarkan jiwa ini!

    TUJUH VIBRATO GITAR akan menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama iaitu penyanyi bersuara lantang, Dato’ Hattan, vokalis rock legenda Muss dan vokalis kumpulan rock Kristal, Lan Solo. Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat muzik rock tempatan.

    Apa yang akan menjadi cabaran dan tumpuan di konsert ini nanti adalah bagaimana tujuh orang gitaris dan tiga orang vokalis berkolaborasi dalam sebuah konsert rock. Susunan muzik untuk setiap lagu yang dipersembahkan digubah semula untuk menepati konsep tujuh gitaris. Persefahaman, kemahiran dan keserasian ketujuh[1]tujuh gitaris di pentas akan teruji, tambahan pula kebanyakan lagu yang dipersembahkan bukanlah lagu yang biasa dimainkan sebelum ini. Setiap lagu adalah satu eksperimentasi. Secara teknikal, koordinasi untuk menempatkan tujuh gitaris, tiga pemuzik, tiga vokalis, dua penyanyi latar dan peralatan lain di atas satu pentas adalah satu cabaran kepada pihak penerbitan.

    TUJUH VIBRATO GITAR akan menjanjikan kepuasan deria para penonton dengan alunan bunyi petikan gitar solo mahupun harmoni dari para gitaris selain dari lontaran vokal dari barisan penyanyi rock terbaik. Ketika ini, mereka sedang menjalankan latihan secara intensif untuk memberikan persembahan yang ‘all out’. Para penonton juga akan berpeluang mendengar beberapa ‘masterpiece’ dari gitaris yang akan memainkan petikan gitar solo mereka yang ikonik.

    TUJUH VIBRATO GITAR pasti akan menghidangkan kelainan kepada para pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat tujuh orang gitaris tersebut, juga tiga orang vokalis utama yang ditampilkan. Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.

    TUJUH VIBRATO GITAR dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com

    Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00

    Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00

    Cat 3 Premium Seats (bernombor) RM 338.00

    Cat 4 VIP Box (8 pax/box) RM 5,000.00