Tag: #KerjaDanHiburan

  • “FYP Macam VIP”, Siri TikTok McDonald’s yang Mengangkat Pelajaran Hidup Empat Anak Muda

    “FYP Macam VIP”, Siri TikTok McDonald’s yang Mengangkat Pelajaran Hidup Empat Anak Muda

    Siri TikTok terbaru, FYP Macam VIP, membawa penonton menyelami realiti kehidupan anak muda yang sedang menempuh fasa peralihan ke alam dewasa melalui persahabatan, pengalaman harian, dan pencarian makna dalam dunia pekerjaan. Dihasilkan hasil kerjasama strategik antara McDonald’s Malaysia dan Media Prima, siri terbitan Layar Lucida ini diarahkan oleh Junaidah Mohd Nor dan Syahnur Asyikin Kee Charles, serta dibintangi oleh Rykarl Iskandar, Zaki Yamani, Mia Sara Nasuha, dan Serra Kamal.

    Menggabungkan elemen podcast dan sitkom dalam format segar, siri ini menampilkan enam episod berdurasi dua hingga tiga minit setiap satu, ditayangkan secara eksklusif di TikTok rasmi Drama Sangat, @dramasangat, bermula 14 Januari 2026, setiap Rabu dan Khamis jam 9:00 malam. Setiap episod mengupas isu-isu kehidupan seharian, daripada perkara remeh hingga dilema peribadi, sebelum berkembang menjadi refleksi mendalam tentang nilai, empati, dan pengalaman bersama.

    Watak-watak utama, Alif (Rykarl Iskandar), Faris (Zaki Yamani), Alia (Mia Sara Nasuha), dan Farah (Serra Kamal) berkongsi pengalaman hidup mereka menerusi podcast yang dirakam di rumah Faris. Alif, seorang pekerja McDonald’s yang mesra dan berdedikasi, menunjukkan bahawa cabaran hidup dan komitmen kerja boleh berjalan seiring. Kehadirannya di McDonald’s juga menonjolkan peluang perkembangan, fleksibiliti, dan sokongan yang disediakan oleh tempat kerja, menjadikannya sebahagian penting dalam perjalanan mereka membina masa depan.

    Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3 & TV9, siri ini merupakan refleksi jujur tentang kehidupan anak muda yang hidup di persimpangan dunia nyata dan digital, serta memberi penceritaan yang dekat dan relevan tentang alam pekerjaan dan proses peralihan ke alam dewasa. Azman Mohammad, Pengarah Kanan Jenama McDonald’s Malaysia pula menegaskan bahawa siri ini menunjukkan realiti bekerja di McDonald’s sebagai platform untuk mengasah kemahiran, membina keyakinan, dan mengembangkan kerjaya bagi generasi muda yang hidup dalam era digital.

    Pelancaran siri ini disempurnakan menerusi sesi Media Appreciation Day di Pandu-Lalu McDonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur, yang mengumpulkan wakil media, rakan strategik, pasukan produksi, serta barisan pelakon dalam suasana santai sambil menayangkan episod pertama dan kedua secara eksklusif. Penonton dijemput untuk mengikuti siri ini di platform TikTok Drama Sangat, dan mendapatkan maklumat terkini mengenai rancangan kegemaran mereka melalui media sosial TV3 dan Drama Sangat.