Tag: Jalan Jalan Cari Makan

  • YUNA ASIA TOUR: TEMU JANJI LUAR BIASA DENGAN PEMINAT BORNEO 27 OKTOBER.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Yuna%20Y4%20-%202%20-%20Photo%20-%20Zaaim%20Hariz.jpg

    Yunalis Zarai, atau lebih dikenal sebagai Yuna, adalah seorang pemuzik wanita yang dengan penuh semangat membawa karyanya ke benua-benua lain di dunia, meskipun berasal dari sebuah negara yang dianggap ‘kecil’.

    Setelah beberapa tahun ternyata hasil yang dituai manis sekali. Yunalis atau dikenali dengan nama pentas Yuna bukan sahaja menembusi pasaran lewat kolaborasi bersama figura-figura tersohor seperti Usher dan Jay Park, namun yang penting bagaimana karya miliknya diterima baik oleh pendengar di seluruh dunia.

    Kejayaan demi kejayaan yang diraih dan album demi album digarap Yuna menjadikan karier seni pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27, Terukir Di Bintang semakin bernilai.

    Kini pada saat yang tepat, seiring album kelimanya Y5 dirilis, Yuna siap bertemu penggemar yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace sehingga dipinang meastro muzik David Foster untuk ikut bernaung di bawah Verve Music Group.

    Dan pertemuan lewat Yuna Asia Tour ini menjadikan Hikmah Exchange, Kuching, Sarawak sebagai lokasi pertama seumpamanya yang pernah dibawakan oleh penganjur.

    Yuna Asia Tour akan mencipta momen tersendiri di antara penyanyi kesayangan ramai ini dengan penggemar yang sudah lama menantikan beliau kembali ke tanah air lalu mempamerkan kredibiliti seninya.

    Tidak mengikut ‘arus’ memulakan sebuah konsert besar di ibu kota Kuala Lumpur, RK LiveAsia dan Icon Entertainment sebaliknya yakin Yuna Asia Tour yang bakal dilangsungkan di Borneo, terutama Kuching, Sarawak akan berjaya.

    This image has an empty alt attribute; its file name is YUNA%202022%2004_Photo%20Ajarina%20Hitomi.jpg

    “Yuna Asia Tour akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 27 Oktober 2023 ini.

    “Dengan imej dan ‘kuasa’ Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.

    “Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karya-karyanya mengembara ke pelbagai pelusuk dunia, kami di RK LiveAsia dan Icon Entertainment percaya Kuching akan menyaksikan sebuah persembahan yang luar biasa daripada beliau.

    “Save the date guys, 27 Oktober 2023. See you guys soon,” ujar Iman Tang dan Rahul selaku penganjur.

    Penganjur juga mengatakan bintang berusia 36 tahun ini tidak akan mengecewakan penggemar apabila bakal mendendangkan tembang hitnya sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

    Tentulah single terkini, Masih Sunyi yang dirilis tahun ini akan diperdengarkan bersama rendisi lainnya seperti Hello, Lullabies serta Dan Sebenarnya.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yuna Asia Tour ini, nantikan pengumuman pada Khamis, 28 September pukul 10 pagi sementara jualan tiket akan mula dijual 2 Oktober (Isnin), pukul 12 tengahari di https://www.ticket2u.com.my/event/32887.

    Jangan sampai terlepas!

    This image has an empty alt attribute; its file name is poster.jpeg

  • TEMPAT MAKAN MENARIK DAN RESIPI YANG MENYELERAKAN DALAM JALAN JALAN CARI MAKAN & DAPUR PANAS

    Jalan Jalan Cari Makan 2022

     

    Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dan Dapur Panas akan menaikkan selera anda kini kembali dengan musim baharunya. Kemunculan kedua-dua program ini sememangnya memberi kelegaan kepada penonton setia TV3. Apa tidaknya! Setiap minggu JJCM akan membawa penonton mengembara dan memberi ide kepada penonton lokasi menarik untuk menikmati keenakan makanan di seluruh Malaysia. Sementara itu, bagi mereka yang suka masak pula atau ingin belajar masak, Dapur Panas adalah jawapannya!

     

    Program kembara makanan popular Jalan Jalan Cari Makan telah pun bermula sejak 7 Ogos lalu dan terus membawa anda menerokai hidangan tempatan setiap Ahad, jam 11.30 pagi bersama pengacara musim baharu, Nadia Hasnan. Menarik musim ini, Nadia Hasnan akan meneroka tempat-tempat yang tular di media sosial dan menjadi bualan ramai serta mendapat ulasan yang baik daripada penggemar makanan.

     

    Artis Jemputan JJCM

     

    Sementara itu, Dapur Panas yang diketuai oleh chef selebriti terkenal Naem Ramli akan menemui anda semua mulai 17 Ogos 2022, setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi. Dapur Panas adalah kesinambungan musim-musim sebelumnya yang berjaya menawan hati ramai penonton. Kini Dapur Panas kembali dengan pelbagai pilihan menu yang ringkas dan mudah. Ia pasti menjadi pilihan penonton yang tercari-cari resepi lazat yang boleh disediakan semasa beriadah dan aktiviti luar.

    Artis Jemputan JJCM 2022

     

    Sambil menikmati persekitaran yang menarik dan selesa, hos Dapur Panas Chef Naem akan menyajikan menu seperti hidangan utama dan pencuci mulut bersama tetamu jemputan. Antara tetamu jemputan yang dijangka di Dapur Panas termasuklah Dato Rosyam Nor, Azhan Rani, Zara Zya, Nabila Razali, Sean Lee, Ain Edruce dan ramai lagi. Nantikan juga episod menarik bersama Chef Naem dan tetamu jemputan sambil berbual santai tentang isu semasa dan terkini.

     

    Jangan lupa saksikan musim terbaru Jalan Jalan Cari Makan setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi dan Dapur Panas bermula 17 Ogos, setiap hari Rabu jam 11.30 pagi. Perut kenyang, hati gembira!