Putrajaya, 28 Februari 2026 – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Marvelous Mama Sdn Bhd mempersembahkan Iftar di Rumah Lauk, sebuah pengalaman bufet Ramadan berkonsepkan masakan kampung dan warisan yang bakal berlangsung di Nafoura Hall. Mengangkat tema “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, inisiatif ini bertujuan membawakan hidangan autentik bercitarasa rumah kepada masyarakat, khususnya keluarga serta organisasi korporat di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang. Pada majlis pembukaan, 200 pelanggan terawal berpeluang menikmati hidangan secara percuma, menjadikan acara ini antara tarikan utama Ramadan tahun ini.
Dengan harga bufet di bawah RM100, Iftar di Rumah Lauk menawarkan lebih 150 variasi hidangan kampung setiap hari, merangkumi menu tradisi dan warisan Malaysia yang kaya dengan rasa. Pengalaman berbuka puasa ini turut dimeriahkan dengan persembahan buskers secara langsung setiap hari, kehadiran selebriti jemputan pada hujung minggu, serta kemudahan surau bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih, menjadikannya destinasi iftar yang selesa dan lengkap untuk seisi keluarga serta kumpulan besar.
Keunikan utama bufet ini terletak pada hidangan istimewa Rusa Golek yang disajikan setiap hari, berbeza daripada kebanyakan bufet Ramadan yang lazimnya menawarkan kambing golek. Diperap dengan rempah ratus tradisional dan dipanggang sehingga sempurna, Rusa Golek menjadi simbol kelainan dan keberanian jenama dalam memperkenalkan variasi premium yang jarang ditemui, sekali gus menambah nilai eksklusif kepada pengalaman iftar pengunjung.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan, pihak penganjur turut menganjurkan cabutan bertuah pada 17 Mac 2026 dengan tawaran hadiah wang tunai, emas serta pelbagai hadiah menarik lain. Inisiatif ini dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung sepanjang Ramadan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Rumah Lauk sebagai salah satu destinasi iftar pilihan di Lembah Klang.
Di sebalik penganjuran bufet Ramadan ini, Marvelous Mama Sdn Bhd juga merupakan pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Antara produk eksport utama termasuk rendang, lemang durian, ketupat palas, daging dendeng, sata ikan dan ayam, serta acar ikan talang, yang kini dieksport ke Dubai dan London dengan perancangan peluasan ke pasaran global lain. Kejayaan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk membawa cita rasa kampung Malaysia ke pentas antarabangsa tanpa mengorbankan keaslian rasa, sejajar dengan perancangan pembukaan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur, diikuti London dan Jakarta dalam masa terdekat.
