Tag: Honor

  • Kerjasama HONOR dan Google Cloud Perkenal Teknologi AI Pintar dalam HONOR Magic V3

    Kerjasama HONOR dan Google Cloud Perkenal Teknologi AI Pintar dalam HONOR Magic V3

    HONOR dengan penuh keterujaan mengumumkan kerjasamanya bersama Google Cloud untuk memperkenalkan teknologi AI termaju melalui telefon pintar baharu mereka, HONOR Magic V3, yang akan dilancarkan di Malaysia dan IFA 2024 di Berlin pada Khamis ini.

    Kolaborasi ini membawa pelbagai ciri inovatif seperti AI Eraser, Face to Face Translation, dan HONOR Notes, yang pastinya akan memudahkan kehidupan seharian pengguna.

    Tambahan lagi, HONOR Magic V3 memperkenalkan ciri terbaharu, iaitu Magic Portal, yang memberikan pengalaman penggunaan yang pintar dan lancar. Ciri-ciri AI ini direka untuk mempertingkatkan produktiviti, mempermudahkan perjalanan, dan memperkayakan interaksi sosial pengguna dengan cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

    HONOR AI Eraser 

    Ciri AI Eraser pada HONOR Magic V3 menggunakan teknologi generatif AI yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Google Cloud. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk membuang objek yang tidak diingini dari gambar dengan mudah, sama ada ia orang di latar belakang atau objek yang mengganggu. AI Eraser secara pintar akan mengisi latar belakang dengan hasil yang lancar, memberikan gambar yang lebih kemas dan profesional tanpa perlu suntingan manual yang rumit.

    Face to Face Translation

    Ciri Face to Face Translation  yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Google Cloud pada HONOR Magic V3 bertujuan mengatasi halangan bahasa, membolehkan terjemahan masa nyata dalam perbualan secara langsung. Ini sangat berguna untuk pelancong yang memerlukan bantuan arah, atau semasa berbual dalam bahasa asing. Face to Face Translation kini menyokong 10 bahasa utama, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Arab, dan Bahasa Malaysia. Dengan teknologi ini, komunikasi antara pelbagai bahasa menjadi lebih mudah dan pantas, memupuk hubungan yang lebih baik tanpa batasan bahasa.

    HONOR Notes

    HONOR Notes memperkenalkan ciri Voice to Text yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Google Cloud  dikuasakan oleh teknologi pengenalan suara AI, membolehkan pengguna menukar sebutan suara kepada teks dengan ketepatan yang tinggi. Fungsi ini sangat berguna bagi pengguna yang kerap bergerak dan memerlukan cara mudah untuk mencatat idea atau maklumat penting tanpa perlu menaip. Selepas rakaman dibuat, pengguna boleh mengakses transkrip di dalam aplikasi HONOR Notes pada bila-bila masa. Selain itu, ciri ini juga mampu menapis bunyi latar belakang dan fokus pada suara pengguna, mengurangkan risiko kesalahan dalam transkrip.

    Di samping itu, HONOR Notes turut disokong oleh fungsi penterjemahan yang dikuasakan oleh Google Cloud. Pengguna boleh menterjemah teks atau input suara ke dalam pelbagai bahasa secara terus dalam aplikasi, menjadikannya alat yang sangat berguna untuk bekerja dan belajar dalam suasana antarabangsa.

    Ciri Magic Portal – Circle to Do More

    Ciri Magic Portal  yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Google Cloud mempertingkatkan kebolehan penugasan berbilang dengan membenarkan pengguna untuk berkongsi dan mencari maklumat serentak. Pengguna boleh mengelilingi teks, alamat, atau gambar menggunakan sendi jari, dan menyeretnya ke aplikasi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok. Di HONOR Magic V3, pengguna boleh membuka dua Magic Portal serentak, memudahkan tugasan seperti membandingkan harga atau melayari internet dengan lebih cekap.

    HONOR Magic V3, telefon boleh lipat paling nipis dan ringan

    HONOR Magic V3 memberikan nafas baharu kepada pasaran telefon boleh lipat dengan reka bentuk yang lebih moden dan praktikal. Ia bukan sahaja tampil dengan prestasi luar biasa, tetapi juga menawarkan ketahanan perkakasan yang tinggi serta jangka hayat bateri yang lebih lama, menjadikannya pilihan terbaik berbanding telefon flagship berbentuk bar.

    Dengan ketebalan hanya 9.2mm apabila dilipat dan 4.35mm apabila dibuka, serta berat hanya 226g, HONOR Magic V3 mengatasi kebanyakan peranti boleh lipat yang lain di pasaran. Reka bentuk yang nipis dan ringan ini memberikan pengguna pengalaman penggunaan yang selesa dan premium, tanpa mengorbankan fungsi dan ketahanan.

    Kunjungi HONOR Magic V3 Roadshow di Pavilion Kuala Lumpur mulai 3 hingga 8 September 2024

    Sebelum pelancaran rasmi pada 5 September, HONOR mempelawa orang ramai ke jelajah HONOR Magic V3 Roadshow di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur mulai 3 hingga 8 September 2024. Pengunjung berpeluang untuk mencuba HONOR Magic V3, serta tablet flagship terbaharu HONOR MagicPad 2, dan komputer riba MagicBook Art 14.

    Di sana, terdapat zon pengalaman yang membolehkan pengunjung menerokai ciri-ciri pada tiga peranti tersebut. Tambahan pula, mereka yang melengkapkan aktiviti di empat zon pengalaman – AI Eraser, Magic PortalCircle to do More, Evolution of Foldable Thickness dan Face to Face Translation, boleh menebus minuman percuma. Mereka juga boleh mencuba sendiri ciri AI Eraser yang dibangunkan hasil kerjasama dengan Google Cloud dengan menangkap gambar menggunakan HONOR Magic V3 dan membuang objek latar belakang yang tidak dikehendaki.

    Selepas Pavilion Kuala Lumpur, jelajah HONOR Magic V3 Roadshow yang seterusnya akan ke Queensbay Mall, Pulau Pinang. Sertai kami pada 18 hingga 22 September 2024 nanti untuk alami sendiri telefon boleh lipat HONOR yang paling nipis dan ringan!

    Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

  • HONOR Malaysia Bakal lancar Honor Magic V3 Serentak Dengan Pelancaran Global Pada 5 September

    HONOR Malaysia Bakal lancar Honor Magic V3 Serentak Dengan Pelancaran Global Pada 5 September

    HONOR Malaysia antara negara pertama yang akan melancarkan HONOR Magic V3, telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan serentak dengan pelancaran global di IFA 2024, Berlin Jerman pada 5 September. Rakyat Malaysia boleh memiliki telefon boleh lipat ini tidak lama lagi!

    Selain HONOR Magic V3, jenama ini juga akan memperkenalkan dua peranti flagship terbaharu HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14. Orang ramai boleh menyaksikan pelancaran ini melalui penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 8 malam.

    HONOR Magic V3 – Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan

    Dengan struktur rekaan ultra-nipis, HONOR Magic V3 membawakan telefon boleh lipat dengan rekaan paling nipis dalam industri dengan ketebalan hanya 9.2mm[1]. Melalui pemilihan bahan dan proses pengilangan yang terperinci, ketebalan HONOR Magic V3 semasa lipatan dibuka adalah 4.35mm dan hanya seberat 226g[2], sekaligus mengatasi beberapa telefon pintar flagship bar di dalam industri. Dengan badan yang sangat nipis dan ringan, HONOR Magic V3 menawarkan pegangan yang lebih selesa kepada pengguna, menjadikannya lebih seronok untuk dimiliki.

    AI Defocus Technology – Keprihatinan HONOR Terhadap Kesihatan Mata

    Selain menjadi telefon boleh lipat yang paling nipis, paling ringan dan amat tahan lasak, HONOR Magic V3 juga menetapkan standard baharu dalam perlindungan mata dengan teknologi AI Defocus Technology yang inovatif. Ciri ini menunjukkan komitmen HONOR terhadap kesihatan mata pengguna dengan mengurangkan ketegangan mata dan masalah rabun sementara yang disebabkan oleh menonton skrin. AI Defocus Technology memanfaatkan algoritma AI termaju untuk menyerupai kaedah optik tradisional dengan menyelaras kemasukan cahaya ke dalam mata dan mengurangkan ketegangan mata secara mendadak.

    Hasil ujian HONOR menunjukkan bahawa AI Defocus Technology boleh mengurangkan rabun sementara secara efektif ke purata 13 darjah dalam tempoh masa 25 minit semasa menggunakan peranti tersebut. Buat masa sekarang, ciri revolusioner ini menyokong aplikasi seperti YouTube dan Amazon Kindle. HONOR juga merancang untuk meluaskan sokongan kepada beberapa aplikasi lain di masa hadapan.

    HONOR MagicPad 2 – Lebih Nipis, Lebih Kukuh

    Tablet HONOR MagicPad 2 menampilkan reka bentuk ultra-nipis dan amat kukuh. Peranti ini boleh menahan tekanan sehingga ke 85N/mm tanpa mengakibatkan bengkokan, menjadikannya pilihan yang amat dipercayai oleh pengguna yang inginkan peranti yang mudah dibawa ke mana-mana serta tahan lasak. Bahagian belakang tablet ini diperbuat daripada bahan gentian kaca gred aeroangkasa yang menjadikannya amat tahan dan mengurangkan berat sehingga 45% selain meningkatkan kekuatannya kepada 24%. Kombinasi ketahanan ini memastikan HONOR MagicPad 2 ialah tablet yang ringan dan amat tahan lasak dalam memenuhi permintaan pengguna moden.

    HONOR MagicBook Art 14 – Ultra-ringan dan Rekaan Yang Amat Nipis

    HONOR MagicBook Art 14 hanya seberat 1 kg dan berukuran hanya setebal 1 cm[3], adalah komputer riba HONOR yang paling ringan dan paling nipis setakat ini. Reka bentuk yang ringan dihasilkan dengan Struktur Ringan Topologi inovatif, menampilkan Rekaan Bateri Heterogen dan diperbuat daripada bahan-bahan termaju. Komputer riba ini diperbuat daripada bahan-bahan ringan bergred aeroangkasa seperti aloi magnesium untuk badan, aloi titanium untuk papan kekunci dan kipas biomimetik ultra-nipis yang menyumbang kepada keringanan 30% binaan keseluruhan peranti secara signifikan.

    Di samping itu, struktur inovatif Penyejukan Vapor dan Rekaan Antena Bersepadu pada HONOR MagicBook Art 14 juga memainkan peranan dalam mengurangkan ketebalan keseluruhan komputer riba ini kepada 19%. Kombinasi rekaan inovatif dan bahan-bahan termaju ini bukan sahaja menghasilkan komputer riba ultra-nipis tetapi juga amat tahan lasak dan berprestasi tinggi.

    Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14, sila kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

  • IFA 2024: HONOR Akan Memperkenalkan Dua Lagi Peranti Flagship Baharu

    IFA 2024: HONOR Akan Memperkenalkan Dua Lagi Peranti Flagship Baharu

    HONOR hari ini mengumumkan dua peranti tambahan flagship yang akan dilancarkan pada IFA 2024 di Berlin, Jerman, 5 September ini. Dua peranti baharu tersebut adalah tablet HONOR MagicPad2 dan komputer riba HONOR MagicBook Art 14, bersama telefon boleh lipat paling nipis dan ringan, HONOR Magic V3.

    Tiga peranti inovatif ini yang memperluaskan sempadan rekaan canggih dan prestasi mengagumkan, memiliki persamaan iatu lebih nipis, lebih ringan, dan lebih kukuh berbanding peranti terdahulu.

    HONOR MagicPad2

    HONOR MagicPad 2 merupakan bukti kepada komitmen HONOR dalam mereka pengalaman penggunaan tablet yang istimewa. Dengan profil ultra-nipis 5.8mm dan berat hanya 555g, tablet ini sangat ringan dan mudah dibawa berbanding jenama lain yang seumpamanya. Selain itu, bingkai bezel ultra-sempit 4.9mm meningkatkan lagi pengalaman tontonan yang imersif, membolehkan pengguna menikmati konten kegemaran mereka tanpa gangguan.

    HONOR MagicBook Art 14

    HONOR MagicBook Art 14 menetapkan standard yang baharu bagi rekaan komputer riba dengan menampilkan badan senipis 1cm dan seberat hanya 1kg. Kombinasi hebat reka bentuk yang canggih dan kemudahalihan membolehkan HONOR MagicBook Art 14 memecahkan rekod sebagai komputer riba HONOR yang paling nipis dan ringan.

    Saksikan penstriman secara langsung pelancaran global HONOR di IFA 2024 pada 5 September 2024

    Jangan lupa tandakan tarikh 5 September, jam 8 malam untuk menyaksikan pelancaran global HONOR Magic V3, HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14 di IFA 2024. Pelancaran ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14, ikuti laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

     

  • HONOR 200 Lite Kini Tersedia di Seluruh Negara – Nikmati Penjimatan Maksima Sehingga RM1,299 dengan Telco Terpilih!

    Telefon pintar HONOR 200 Lite 5G kini boleh didapati untuk pembelian di seluruh negara pada harga RM1,299. Anda boleh mendapatkan HONOR 200 Lite melalui beberapa saluran termasuk laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store di seluruh negara, serta stor rasmi HONOR di Shopee dan Lazada. Selain itu, telefon ini juga boleh dibeli melalui TikTok Shop dan pengedar sah seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman, dan Urban Republic.

    HONOR 200 Lite merupakan pilihan premier 5G yang mampu milik untuk mereka yang mencari telefon pada harga berpatutan. Untuk nilai yang lebih hebat, HONOR 200 Lite boleh diperolehi dengan penjimatan sehingga RM1,299 atau secara percuma dengan melanggani pakej pascabayar terpilih daripada penyedia perkhidmatan telco utama seperti CelcomDigi, Maxis, dan U Mobile.

    Berikut adalah pelan telco yang tersedia untuk membolehkan pelanggan memiliki HONOR 200 Lite:

    Hanya RM199 untuk HONOR 200 Lite dengan CelcomDigi

    Dapatkan HONOR 200 Lite melalui Pakej MegaJimat pada hanya RM199 bersama pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dengan kontrak 24 bulan, menjimatkan sebanyak RM1,100. Pengguna juga boleh membayar RM499 untuk peranti ini dengan pelan sama untuk kontrak selama 12 bulan dan menjimatkan RM800. Selain itu, dapatkan HONOR 200 Lite melalui Easy360 daripada hanya RM1 sebulan dengan pelan CelcomDigi ONE. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik ini, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

    Dapatkan HONOR 200 secara PERCUMA!

    Bawa pulang HONOR 200 Lite secara PERCUMA apabila pengguna mendaftar untuk pelan Maxis Postpaid 139, dengan penjimatan besar sebanyak RM1,299! Juga dapatkan peranti ini pada harga serendah RM99 dengan pelan Maxis Postpaid 109. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan HONOR 200 Lite, sila kunjungi laman sesawang Maxis.

    Bawa pulang HONOR 200 Lite secara PERCUMA dengan U Mobile

    U Mobile menawarkan HONOR 200 Lite secara PERCUMA melalui U Save More, eksklusif dengan U Postpaid daripada RM68 sebulan! Nikmati Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga 1,000GB dan Percuma Perayauan Global di 63 destinasi. Kunjungi laman sesawang rasmi U Mobile untuk maklumat lanjut.

    Lebih storan dan paparan lebih lasak

    Dibina dengan spesifikasi padat nilai hebat pada harga yang amat berpatutan, HONOR 200 Lite didatangkan dengan storan berganda dan paparan lebih tahan lama berbanding peranti sebelum ini iaitu HONOR 90 Lite. Telefon ini mempunyai 16GB RAM (termasuk RAM Turbo 8GB) dan storan besar 512GB untuk menyimpan lebih banyak gambar dan fail.

    Selain daripada itu, paparan HONOR 200 Lite dilindungi oleh Kaca Ultra Teguh Diperkuat yang boleh menahan jatuhan tidak sengaja dari ketinggian sehingga 1.65 meter, serta memiliki pensijilan lima bintang SGS Overall Drop Resistance. Pengguna tidak perlu risau kerana paparan tersebut mempunyai pelan Penggantian Skrin Depan & Belakang 365 Hari percuma.

    Ciri-ciri mengagumkan untuk pengalaman pengguna lebih baik

    HONOR 200 Lite menampilkan paparan jagaan mata AMOLED 6.7 inci dengan Pemalapan Bebas Risiko PWM 3,240Hz bagi mengurangkan keletihan mata. HONOR 200 Lite juga dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 6080 yang mengoperasikan Android 14 terkini. Telefon ini turut disertakan dengan ciri Magic AI Experience seperti Magic Portal, Magic Capsule, Parallel Space, HONOR Global Favourites dan Shortcut, dan fungsi AI Blur Private Info baharu. Untuk merakamkan imej seakan hidup dan cantik, HONOR 200 Lite dilengkapi kamera utama 108MP dan kamera swafoto 50MP.

    HONOR 200 Lite boleh didapati dalam pilihan warna Starry Blue dan Midnight Black. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 200 Lite, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my   

  • HONOR 200 Lite Dengan Storan 512GB Kini Di Malaysia: 5G Mampu Milik Pada Harga RM1,299, Skrin Percuma!

    HONOR 200 Lite Dengan Storan 512GB Kini Di Malaysia: 5G Mampu Milik Pada Harga RM1,299, Skrin Percuma!

    HONOR 200 Lite 5G yang baru akan memasuki pasaran Malaysia pada 26 Julai ini dengan harga RM1,299, menjadikannya salah satu telefon pintar 5G yang paling mampu milik dalam julat harganya di negara ini.

    Peranti ini menawarkan kapasiti storan yang besar, iaitu 512GB, berbanding dengan 256GB yang terdapat pada HONOR 90 Lite. Selain itu, HONOR 200 Lite dilengkapi dengan paparan yang lebih tahan lasak—Skrin Super Ultra Kukuh Diperkuatkan—serta pelan Penggantian Skrin Depan & Belakang percuma selama 365 hari. Ini menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari telefon pintar 5G dengan kombinasi storan besar dan ketahanan skrin yang dipertingkatkan.

    HONOR 200 Lite dilengkapi dengan pelbagai ciri hebat, termasuk kamera utama 108MP dan kamera swafoto 50MP untuk menangkap gambar berkualiti tinggi. Bateri berkeupayaan tinggi 4,500mAh memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa masalah. Untuk pengalaman tontonan yang menakjubkan, peranti ini hadir dengan paparan AMOLED 6.7 inci yang dilengkapi dengan Pemalapan PWM Bebas Risiko 3,240Hz, yang menjamin tontonan bebas kerlipan.

    Dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 6080, HONOR 200 Lite menawarkan prestasi yang efisien dengan sistem operasi Android 14 serta Magic OS dan Magic AI Experience yang meningkatkan fungsi dan keupayaan pengimejan peranti.

    Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 200 Lite, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my atau ikuti akaun Facebook rasmi HONOR Malaysia.

  • Program Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite Hampir Tamat, HONOR 200 Lite Bakal Tiba di Malaysia

    Program Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite Hampir Tamat, HONOR 200 Lite Bakal Tiba di Malaysia

    HONOR 200 Lite, telefon pintar 5G terbaru yang paling bergaya dan berpatutan, akan tiba di Malaysia tidak lama lagi! Kedatangan HONOR 200 Lite ini juga menandakan penamatan pelan pascabayar Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang amat popular.

    Dilancarkan pada tahun lepas, HONOR 90 Lite telah terbukti menjadi salah satu telefon pintar paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia tidak hanya menarik perhatian dengan harga yang mampu milik tetapi juga prestasi luar biasa, menawarkan salah satu nisbah harga-ke-prestasi terbaik di pasaran.

    HONOR 90 Lite bukan sahaja pilihan paling popular rakyat Malaysia dalam program Pakej 5G Rahmah, tetapi juga menjadi antara telefon pintar terkemuka di Malaysia. Peranti ini mencatat jualan tertinggi di negara ini sepanjang September 2023 hingga Mei 2024.

    HONOR 200 Lite menawarkan ciri-ciri yang dipertingkatkan

    Bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mahukan telefon pintar yang bukan sekadar penuh nilai, HONOR 200 Lite meluaskan legasi kukuh HONOR 90 Lite dan didatangkan dengan peningkatan hebat yang dijangka mampu menjadi penanda aras bagi segmen telefon pintar mampu milik.

    HONOR 200 Lite yang bakal tiba ini dilengkapi dengan storan besar 512GB, dua kali lebih besar berbanding HONOR 90 Lite, di samping menawarkan paparan yang lebih kukuh. Jika paparan HONOR 90 Lite hanya menggunakan kaca biasa, HONOR 200 Lite pula diperkasakan dengan Kaca Ultra Kukuh Diperkuatkan yang disertakan dengan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari percuma. Dengan peningkatan yang hebat ini, HONOR 200 Lite juga akan memiliki kesambungan 5G, menjadikannya antara telefon pintar yang amat berpatutan dalam lingkungan julat harganya. 

    Teruja untuk menerokai lebih lanjut mengenai HONOR 200 Lite? Nantikan berita terkini yang menarik menerusi akaun rasmi Facebook dan laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my

  • Anugerah HONOR Talents Global Design 2024: Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 dan Peluang Pameran Antarabangsa untuk Pemenang

    Anugerah HONOR Talents Global Design 2024: Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 dan Peluang Pameran Antarabangsa untuk Pemenang

    Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 kini dibuka dengan tujuan menggalakkan bakat-bakat muda yang kreatif menerokai potensi gabungan teknologi dan seni yang tiada tandingan. Dengan tema ‘Inspire the Future’, HONOR Malaysia mengajak pelajar universiti dan kolej tempatan untuk menyertai pertandingan berprestij ini. Selain hadiah wang tunai yang lumayan, pemenang juga berpeluang memaparkan karya seni mereka pada produk dan pameran antarabangsa HONOR.

    HONOR Malaysia bekerjasama dengan institusi tempatan seperti ATEC College, Era Technology Communication Art & Design, Multimedia University (MMU), Taylor’s University, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk memperkasakan pelajar dalam mempersembahkan gaya seni artistik yang paling inovatif di peringkat dunia.

    Menangi jumlah hadiah bernilai lebih RM621,000, produk terbaharu HONOR serta faedah

    Peserta boleh menghantar kerja seni mereka mereka ke laman sesawang rasmi HONOR Talents Global Design Awards selewat-lewatnya pada 30 September 2024 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM547,000. Pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada jurugambar terkemuka dan profesional industri. Sebagai tambahan, HONOR Malaysia juga akan menyediakan hadiah bernilai RM74,000 terdiri daripada telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai terbaharu HONOR kepada pemenang.  

    Beberapa faedah menanti pemenang termasuk peluang pekerjaan, penggunaan kerja seni dalam produk dan pameran HONOR, pensijilan pantas melalui program Developer Fast Track, serta jemputan ekslusif ke Lawatan Seni dan Teknologi di China. 

    Lawatan Seni dan Teknologi di China yang baru diperkenalkan ini menawarkan peluang kepada pemenang untuk mengunjungi ibu pejabat HONOR, universiti dan institusi sekutu. Pengalaman ini membolehkan mereka mendapatkan pandangan bernilai daripada rakan pereka dan pakar industri yang boleh memperkayakan kemahiran rekaan dan pemahaman terhadap industri.

    Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 terdiri daripada dua kategori iaitu Rekaan Komunikasi Visual, serta Seni dan Teknologi. Kedua-dua kategori ini dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Themes, Magic Lock Screen, Standby, Jam, Aksesori, serta Seni dan Teknologi. Kumpulan Magic Lock Screen dan Standby menumpukan kepada ciri-ciri terbaharu dalam sistem pengoperasian terkini HONOR, MagicOS 8.0. Ini membolehkan pelajar menyerlahkan kreativiti mereka sepenuhnya, seterusnya menyampaikan pengalaman pintar dengan visual yang lebih canggih kepada pengguna.

    Sejumlah 93 anugerah disediakan termasuk Tempat Pertama Global, pemenang dan naib pemenang dalam setiap kumpulan, Anugerah Bakat Baharu Terbaik, Anugerah Pilihan Hakim, Anugerah Inovasi AIGC, dan Anugerah Penyertaan Interaktif Terbaik. 

    Kerja seni pelajar Malaysia dipamerkan di ibu pejabat PBB di New York

    Pertandingan pada 2023 telah menyaksikan enam kerja seni dari Malaysia menerima enam anugerah antarabangsa. Dua daripada pemenang tersebut adalah dari UiTM, dan UTAR turut menyertai kerja seni bertemakan naga yang telah dipamerkan di ibu pejabat Pertubuhan Banga-bangsa Bersatu (PBB) di New York, awal tahun ini.

    Sejak dilancarkan pada 2020, Anugerah HONOR Talents Global Design telah mendapat pengiktirafan meluas sebagai salah satu inisiatif yang dihormati. Dalam tempoh lebih empat tahun, HONOR telah menerima lebih 25,000 penyertaan daripada lebih 40 pasaran dan 240 universiti di seluruh dunia, dengan separuh daripada peserta terdiri daripada pelajar universiti, menjadikannya sebagai pentas dunia untuk bakat muda mempersembahkan keupayaan mereka. 

    Memasuki tahun kelima, anugerah ini terus meraih pengiktirafan sebagai platform global terkemuka bagi penumpuan terhadap seni dan teknologi. Dengan kolaborasi bersama barisan pereka berbakat ini, HONOR berhasrat untuk menyuntik konsep artistik termaju dalam produk teknologinya, memperkukuhkan lagi reputasi sebagai pelopor dalam industri.

    Pemenang Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 akan diumumkan pada November 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman sesawang rasmi pertandingan

  • Siri HONOR 200 Yang Dikuasakan AI Milik Anda Secara Percuma Melalui Pelan Telco Terpilih

    Siri HONOR 200 Yang Dikuasakan AI Milik Anda Secara Percuma Melalui Pelan Telco Terpilih

    Siri HONOR 200 yang dilancarkan baru-baru ini tersedia dalam dua versi iaitu HONOR 200 Pro dan HONOR 200. Dua peranti ini juga boleh dimiliki menerusi pelan pascabayar menarik daripada rakan telco CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes. Orang ramai juga boleh mendapatkan telefon pintar Flagship Estetik AI secara percuma dengan pelan terpilih.

    Dijual pada harga bermula daripada RM1,899, Siri HONOR 200 merupakan peranti dengan nilai yang amat berbaloi, menawarkan keupayaan fotografi bertaraf studio, pengalaman Magic AI intuitif yang dipertingkatkan dan berkuasa dengan spesifikasi yang mesra bajet. Berikut pakej pascabayar daripada rakan telco.

     

    Dapatkan HONOR 200 pada hanya RM1!

    CelcomDigi menawarkan HONOR 200 pada harga serendah RM1 sebulan, manakala HONOR 200 Pro tersedia mulai RM10 sebulan dengan pembayaran mudah Easy360. Untuk maklumat lanjut, kunjungi  laman sesawang rasmi CelcomDigi.

    Dapatkan Siri HONOR 200 Dengan Pelan Maxis Postpaid 109 

    Dengan pelan Maxis Postpaid 109, HONOR 200 Pro boleh dimiliki dengan harga daripada RM90 sebulan. Bagi HONOR 200 pula, peranti ini tersedia pada harga lebih berpatutan iaitu RM70 sebulan melalui pelan sama. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Siri HONOR 200, sila layari laman sesawang rasmi Maxis.

     

    Miliki Siri HONOR 200 daripada RM49 sebulan dengan U Mobile hari ini!

    Bawa pulang HONOR 200 Pro pada harga serendah RM66 sebulan, dan hanya RM49 sebulan untuk HONOR 200 secara eksklusif dengan U PayLater. Nikmati ansuran 0% dengan Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga ke 1,000GB dan Perayauan Global Percuma di 63 destinasi di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman sesawang rasmi U Mobile.

    Bawa pulang HONOR 200 secara PERCUMA dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Premium Postpaid!

    Sementara itu, Yes 5G menawarkan HONOR 200 Pro pada harga yang amat menarik iaitu hanya RM20 sebulan dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Premium 118 Postpaid. Bukan itu sahaja, peranti HONOR 200 juga boleh menjadi milik anda secara PERCUMA dengan pelan sama! Harga-harga hebat ini hanya sah untuk kontrak selama 36 bulan. Kunjungi laman sesawang rasmi Yes sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini.

    Siri HONOR 200 – Pengalaman yang dikuasakan AI dengan keupayaan fotografi potret bertaraf studio

    Menampilkan keupayaan fotografi potret mengagumkan yang memanfaatkan HONOR AI Portrait Engine baharu, Siri HONOR 200 membolehkan pengguna untuk menangkap gambar bertaraf studio dengan hanya menekan butang.

    Untuk menggunakan kuasa HONOR AI Portrait Engine, Siri HONOR 200 disepadukan dengan Kamera Utama 50MP, Kamera Telefoto 50MP dengan Sensor Sony IMX586 berserta Ultra Lebar 12MP dan Kamera Makro. HONOR 200 Pro menampilkan Sensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci, manakala model Standard dilengkapi Sensor Sony IMX906.

    Siri HONOR 200 menggabungkan perkakasan pengimejan yang berkuasa dengan pengalaman pengguna secara intuitif menerusi pengalaman Magic AI yang meningkatkan kualiti imej serta menawarkan ciri-ciri seperti AI Natural Tone 2.0 untuk paparan optimum, dan AI Motion Sensing Capture bagi menangkap gambar subjek bergerak pantas dengan lebih jelas. Bagi melengkapkan pemerkasaan AI ini, ciri-ciri seperti Portal, Magic Capsule, Blur Privacy Info, Smart Folder dan AI Air Gestures juga tersedia.

    HONOR 200 Pro ini dikuasakan dengan prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 yang dipertingkatkan dengan cip termaju unik HONOR C1+RF serta disesuaikan dengan paparan Floating AMOLED Quad-curved 6.78 inci yang besar. Bagi model HONOR 200 pula, ia dilengkapi dengan prosesor Snapdragon 7 Gen 3 dan paparan Floating AMOLED Quad-curved 6.7 inci. Kedua-dua paparan ini memiliki pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

    Untuk jangka hayat bateri yang bertahan sepanjang hari, Siri HONOR 200 ini memuatkan bateri Karbon Silikon 5,200mAh dengan teknologi pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge. Bagi model Pro, ia didatangkan dengan keupayaan tambahan iaitu pengecasan wayarles 66W Wireless HONOR SuperCharge Wireless.

    HONOR 200 Pro berharga RM2,699 dan menampilkan konfigurasi penstoran 12GB RAM + 512GB. Peranti ini didatangi dalam dua warna menarik Ocean Cyan dan Moonlight White. HONOR 200 pula ditawarkan dalam pilihan warna Coral Pink, Moonlight White dan Black dengan varian penstoran 12GB RAM + 512GB pada harga RM2,199, manakala varian penstoran 12GB RAM + 256GB pada harga RM1,899.

    Dapatkan maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200 dengan melayari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my   

  • Esports World Cup and HONOR Sign Technology Partnership for Mobile Competitions

    Esports World Cup and HONOR Sign Technology Partnership for Mobile Competitions

    The Esports World Cup Foundation (EWCF) and global technology leader HONOR have recently formed a significant partnership for the Esports World Cup (EWC), a highly anticipated gaming festival scheduled to be held this summer in Riyadh, Saudi Arabia. The newly released HONOR 200 Pro has been chosen as the official smartphone of the EWC. With its advanced technology, the device will drive esports competitions in popular mobile games such as Free Fire, Honor of Kings, and Women’s ML:BB tournament.

    The HONOR 200 Pro is a smartphone designed specifically for mobile gaming enthusiasts. It comes packed with a range of impressive new features that cater to the needs of both professional esports athletes and casual players. Notable features include:

    • The Snapdragon 8s Gen 3 Mobile Processor is truly impressive, with a CPU clock speed of up to 3GHz. This allows for seamless graphics rendering and real-time responsiveness, ensuring a smooth user experience.
    • Introducing the 5200mAh Silicon-Carbon Battery, a powerhouse that offers an impressive 61 hours of usage on just one charge.
    • Experience the benefits of 3840Hz risk-free dimming. Our display has been certified by TÜV Rheinland for being flicker-free and providing full care. It also features Natural Tone 2.0 for an optimized display color temperature.
    • Experience enhanced cooling with an impressive vapor chamber that spans over 36,881mm², surpassing the HONOR 90 by 10%. This larger size ensures exceptional heat dissipation, keeping your device cool even during intense usage.

    The partnership will prioritize the involvement of gamers from around the world, enhancing brand recognition, and cultivating a community centered around the thrill of competing.

    “We are extremely excited to collaborate with HONOR as a partner in the Esports World Cup,” Chief Executive Officer Ralf Reichert expressed with enthusiasm at the Esports World Cup Foundation. “EWC athletes expect top-notch gaming technology to ensure fair competition and provide an unmatched gaming experience. The HONOR 200 Pro is an outstanding smartphone, packed with state-of-the-art technology that exceeds the impressive benchmarks achieved by EWC athletes. We are excited to see its impressive performance this summer in Riyadh.”

    “We are thrilled to partner with the Esports World Cup and offer our official smartphone for its mobile competitions,” expressed Dr. Ray, Chief Marketing Officer of HONOR. At HONOR, our focus is on delivering products that go above and beyond to meet the needs of our valued consumers. We are committed to providing an exceptional experience and top-notch performance, especially for gamers. Our cutting-edge technology empowers players to surpass their boundaries and reach unprecedented levels in their gaming adventure. We are excited to witness the HONOR 200 Pro empowering top esports athletes from around the globe as they compete for international glory at the Esports World Cup.

    Starting on July 3rd, Riyadh will be transformed into the ultimate hub for esports enthusiasts and gaming enthusiasts as the Esports World Cup takes place. Situated in Boulevard City, enthusiasts have the opportunity to witness their beloved athletes and clubs battle it out in 22 thrilling game championships, vying for a chance to win a staggering prize pool of over $60 million. This remarkable sum of money is the largest ever seen in the history of esports, capable of transforming the lives of the victorious competitors. During the course of eight weeks, the Esports World Cup will offer a variety of festival activities. These activities will include exciting gaming events, community tournaments, celebrations of pop culture, and opportunities to experience different cultures from around the world.

    To learn more about the Esports World Cup, please visit the official website at www.esportsworldcup.com. Stay updated on upcoming game announcements for the Esports World Cup by following X (formerly Twitter).

    To find out more about the HONOR 200 Series, you can visit the official website of HONOR Malaysia at https://www.honor.com/my/

  • HONOR Memperkenalkan ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di MWC Shanghai 2024

    HONOR Memperkenalkan ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di MWC Shanghai 2024

    Jenama teknologi global HONOR mengumumkan dua inovasi AI pada peranti yang meneraju industri yang dicipta untuk memperkasakan individu dan memperkenalkan tahap baharu keselamatan pengguna di MWC Shahghai 2024, semalam. 

    Pada ucaptama HONOR di MWC Shanghai 2024 bertajuk “The Human-AI Synergy: Intelligent Devices Will Empower People Better,” jenama tersebut mempersembahkan kemajuan terkininya dalam kepintaran buatan (AI) berciri kemanusiaan iaitu AI Defocus Eye Protection dan AI Deepfake Detection. Selain itu, HONOR juga menegaskan tumpuan ke arah AI pada peranti yang berciri kemanusiaan, serta keyakinan dalam potensi bagi perkakasan berkeupayaan AI untuk memperkasakan pengguna dengan menyediakan perkhidmatan pemperibadian sambil melindungi privasi pengguna. 

    “AI merevolusikan kehidupan kita dan memandu industri telefon pintar ke hadapan, tetapi industri lebih bertumpu ke arah AI yang berteraskan awan, yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan keupayaan AI ini. AI pada peranti yang beroperasi pada telefon pintar memahami kami dengan lebih baik berbanding peranti lain dan berupaya memberikan perkhidmatan yang diperibadikan kepada kami dan kemahuan kami secara unik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd., George Zhao.  

    “Di HONOR, kami percaya bahawa AI pada peranti mempunyai potensi untuk memperkasakan pengguna dan menjadi lebih berupaya dalam apa saja yang mereka lakukan. Kami mempelawa para pemain industri untuk menyertai kami bagi menerokai potensi AI pada peranti yang belum diketahui,” tambah Zhao.

    Teknologi perlindungan mata yang sentiasa berevolusi daripada pencegahan ke pemulihan

    Merujuk kepada peningkatan kes rabun jauh global akibat penggunaan skrin pada jangka masa panjang, teknologi AI Defocus Eye Protection memanfaatkan AI bagi meniru cermin mata nyahfokus pada paparan peranti pintar. Cermin mata nyahfokus penting kepada kesihatan mata kerana direka untuk mendorong nyahfokus terkawal dalam bidang visual persisian pengguna bagi membantu mengekalkan penglihatan berpusat yang jelas. 

    Efek ini akan mewujudkan persepsi visual terubah yang memperlahankan proses lekangan retina, yang mengakibatkan rabun jauh. Daripada perlindungan mata kepada pencegahan sehinggalah ke ciptaan teknologi yang boleh membawa kelegaan kepada pengguna, AI Defocus Eye Protection HONOR telah berjaya mengurangkan rabun sementara sebanyak 13 darjah selepas membaca selama 25 minit, dengan segelintir pengguna mengalami pengurangan maksimum sebanyak 75 darjah.

    Mengurangkan Penipuan dengan AI Deepfake Detection 

    Bagi mengelakkan penipuan dan mengesan kandungan yang dimanipulasi secara digital, AI Deepfake Detection memeriksa maklumat dari bingkai ke bingkai seperti pandangan mata, pencahayaan, kejelasan imej, dan video ulang semula untuk mengenal pasti kecacatan yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. 

    Selain itu, ciri AI Deepfake Detection telah diuji latih melalui set data besar video dan imej yang berkaitan dengan penipuan rangkaian, membolehkan AI menjalankan identifikasi, saringan, dan perbandingan dalam masa tiga saat. Sekiranya ciri ini dapat mengesan kandungan yang sintetik atau telah diubah suai, satu amaran risiko akan dikeluarkan kepada pengguna bagi menghalang mereka daripada terlibat dengan sebarang individu atau aktiviti yang berpotensi sebagai tipuan.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/