Tag: #GardeniaSquiggles

  • Gardenia Kembalikan Senyuman Murid pada Hari Pertama Persekolahan 2026 dengan Squiggles yang Enak

    Gardenia Kembalikan Senyuman Murid pada Hari Pertama Persekolahan 2026 dengan Squiggles yang Enak

    Bagi mencipta kenangan manis serta memeriahkan hari pertama persekolahan sesi 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menerusi jenamanya Gardenia Squiggles telah mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor. Program yang berlangsung dari jam 6.30 hingga 10.00 pagi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026, yang bertujuan menceriakan suasana hari pertama sekolah, khususnya bagi murid Tahun 1 yang berdepan rasa gementar memulakan alam persekolahan baharu.

    Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Ena Suhaila Abas, hari pertama persekolahan sering menjadi detik penuh debaran bukan sahaja kepada murid, malah ibu bapa. Sehubungan itu, Gardenia tampil membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles yang bukan sekadar snek biasa, tetapi roti roll yang membangkitkan nostalgia dalam setiap gigitan. Dengan dua perisa kegemaran ramai iaitu Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles terus menjadi pilihan yang menceriakan kanak-kanak tanpa mengira usia.

    Kehadiran pasukan Gardenia di pintu masuk sekolah turut menceriakan suasana apabila murid-murid disambut dengan senyuman dan edaran Gardenia Squiggles seawal ketibaan mereka. Lebih istimewa, 10 orang murid terawal yang hadir ke sekolah turut menerima hadiah khas sebagai tanda penghargaan serta galakan untuk memupuk disiplin dan semangat memulakan hari persekolahan dengan lebih positif. Program ini turut diserikan dengan sesi interaksi ringkas dan aktiviti kuiz semasa perhimpunan, yang berjaya mencetuskan keterujaan dan keyakinan murid untuk tampil ke hadapan menjawab soalan serta memenangi hadiah.

    Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Gardenia dalam menghargai komuniti sekolah, termasuk guru, ibu bapa dan murid, di samping menyokong pembelajaran positif serta pembentukan generasi yang ceria, aktif dan bertenaga. Gardenia juga berhasrat untuk meneruskan dan memperluaskan program seumpama ini ke lebih banyak sekolah pada masa hadapan sebagai usaha menyemai motivasi, semangat dan kecemerlangan dalam kalangan murid sekolah di seluruh negara.