Tag: #FebyPutriLiveKL #HitamPutihVol3 #KonsertFebyPutri #ZeppKL2025 #FebyPutriMalaysia #RiuhToHitamPutih #MIEBIRDProjects #BlackcatAsia #OPRNetwork

  • FEBY PUTRI KEMBALI DENGAN KONSERT VOL. 3: “HITAM PUTIH” LIVE IN KUALA LUMPUR

    FEBY PUTRI KEMBALI DENGAN KONSERT VOL. 3: “HITAM PUTIH” LIVE IN KUALA LUMPUR

    Sosok solois muda berbakat kelahiran tahun 2000, Feby Putri, bakal kembali menggamatkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 19 Julai 2025 menerusi konsert terbarunya bertajuk “Feby Putri Vol. 3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur”. Ini menandakan kemunculan kali ketiga berturut-turut penyanyi yang penuh pesona ini di Malaysia satu pencapaian luar biasa dalam tempoh tiga tahun.

    Feby Putri mula mencipta magis di pentas Malaysia pada 2023 dan kembali setahun kemudian pada Julai 2024 dengan persembahan yang luar biasa sehingga peminat sanggup beratur seawal jam 2:00 petang untuk mendapatkan tempat terbaik. Tahun ini, beliau kembali lebih matang dengan seleksi lagu yang mendalam dan produksi yang lebih megah.

    Konsert kali ini membawa naratif daripada album terbaharunya, “Hitam Putih”, sebuah karya penuh emosi yang menyelami perjalanan hidupnya sewaktu merantau. Lagu-lagu dalam album ini mencerminkan suka duka, harapan dan kekuatan dalam menempuh pelbagai warna kehidupan disampaikan dengan lirik yang jujur dan aransemen khas yang sudah sinonim dengan identiti Feby Putri.

    Selain membawakan lagu-lagu daripada album “Hitam Putih”, peminat juga bakal dihiburkan dengan karya-karya popular daripada album sulung “Riuh”, menjadikan persembahan ini satu pengalaman audio visual yang menyentuh jiwa.

    Maklumat Konsert:
    📍 Venue: Zepp Kuala Lumpur
    📅 Tarikh: Sabtu, 19 Julai 2025
    🕣 Masa: 8:30 malam

    Kategori Tiket:

    • HALU – RM159 (Berdiri – Zon Belakang)
    • HITAM PUTIH – RM189 (Berdiri – Zon Hadapan)
    • USIK – RM209 (Tempat Duduk Biasa)
    • DIRI – RM259 (Tempat Duduk Premium)
    • VIP BOX – RM359/pax (10 pax) + Barangan Eksklusif
    • MEET & GREET – RM179 (Termasuk Barangan Eksklusif)

    Tempah tiket anda di: 🌐 www.ilassotickets.com/febyvol3

    Penganjur: MIEBIRD PROJECTS
    Produksi: BLACKCAT ASIA
    Publisiti: OPR NETWORK
    Lokasi: ZEPP KUALA LUMPUR

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah malam yang sarat emosi dan keindahan muzik bersama Feby Putri, hanya di “Hitam Putih Live in Kuala Lumpur”. Satu malam, satu suara, seribu rasa tempah tempat anda hari ini!