Filem Duyung Legenda Aurora terus mencuri perhatian peminat filem tempatan selepas menerima pujian daripada usahawan dan personaliti terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV), yang hadir memeriahkan Malam Gala filem tersebut pada 17 Disember 2025. DSV memuji gabungan aksi dan komedi yang dibawakan dalam filem ini, menyifatkannya sebagai pengalaman tontonan yang segar dan sesuai untuk seisi keluarga. Menurut beliau, babak aksi dalam filem ini sangat menarik perhatian kerana memberikan kelainan dan keasyikan berbanding filem-filem sebelumnya.
Selain itu, DSV turut memuji kehadiran kumpulan lawak Zero yang terdiri daripada Sharif, Atu dan Syaiful, kerana berjaya menyuntik humor segar yang menghiburkan, serta watak ikonik Jimmy lakonan Saiful Apek yang kembali mencuri perhatian, membuktikan kehebatan komedi pelawak legenda masih relevan. Malah, DSV turut mempromosikan single terbarunya, “Happy”, yang menjadi salah satu lagu runut bunyi rasmi filem ini, menambahkan lagi elemen ceria dan menghiburkan sepanjang tayangan.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 25 Disember 2025, menawarkan gabungan komedi, aksi, fantasi dan nilai kekeluargaan yang menyeronokkan. Para penonton digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Duyung Legenda Aurora melalui Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.
