Tag: #FanBeautyLaunch

  • Fan Beauty Diary Kini di Watsons: Fan Bingbing Turun Padang Jumpa Peminat 23 Ogos

    Fan Beauty Diary Kini di Watsons: Fan Bingbing Turun Padang Jumpa Peminat 23 Ogos

    Jenama kecantikan dan penjagaan kulit premium dari China, Fan Beauty Diary, kini rasmi memasuki pasaran Malaysia melalui rangkaian kedai fizikal Watsons Malaysia, sekali gus menandakan pencapaian terbaharu dalam usaha pengembangannya di peringkat global.

    Pengasas jenama yang juga pelakon antarabangsa tersohor, Fan Bingbing, bakal hadir ke Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2025 bagi meraikan pelancaran ini bersama para peminat. Kehadiran beliau bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu secara lebih dekat, malah turut disertai perkongsian tip penjagaan kulit yang menjadi rahsia di sebalik kecantikannya.

    Produk fasa pertama Fan Beauty Diary kini boleh didapati di cawangan utama Watsons termasuk The Exchange TRX dan Sunway Pyramid, dengan fokus pada siri Spa Mask serta rangkaian penjagaan kulit untuk kulit sensitif. Antara produk yang mencuri perhatian ialah Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask, Acids Double Cleansing Clay Mask dan Dragon’s Blood Lentinus Fermentation Facial Treatment Mask yang telah menerima sambutan hangat di pasaran luar negara sebelum ini.

    Bagi meraikan kedatangan Fan Beauty Diary, pelanggan berpeluang menikmati tawaran eksklusif sepanjang tempoh kempen. Setiap pembelian bernilai RM488 akan menerima beg mekap edisi terhad Fan Bingbing selagi stok masih ada, manakala pembelian bernilai RM1,288 pula melayakkan pelanggan menikmati akses VIP ke “Star’s Private Salon”, iaitu sebuah sesi eksklusif untuk berinteraksi dengan bintang terkenal itu secara lebih peribadi.

    Kempen ini turut diperkaya dengan kejutan membeli-belah istimewa yang menanti peminat. Mereka yang mengikuti akaun rasmi Fan Beauty Diary dan Watsons di Instagram atau Xiaohongshu serta berkongsi hantaran dengan tanda pagar khas akan berpeluang menebus masker selebriti percuma dan kad foto eksklusif Fan Bingbing.

    Acara jelajah Fan Bingbing di Malaysia akan berlangsung pada 23 Ogos 2025, bermula jam 1.00 tengah hari di Watsons Pink, Sunway Pyramid dan diteruskan pada jam 4.00 petang di Watsons, The Exchange TRX. Kehadiran figura global ini sekaligus menjadikan pelancaran Fan Beauty Diary di Malaysia sebagai sebuah peristiwa kecantikan yang penuh eksklusiviti dan pasti dinantikan peminat setianya.