Tag: #ExperienceHONOR

  • HONOR Buka Hab Antarabangsa Terbesar di Johor Bahru

    HONOR Buka Hab Antarabangsa Terbesar di Johor Bahru

    HONOR terus mencatat sejarah apabila memilih Johor Bahru sebagai lokasi bagi kedai HONOR Experience dan pusat servis terbesar mereka di luar negara. Terletak di The Mall, Mid Valley Southkey, lokasi strategik ini bakal menjadi tumpuan utama peminat teknologi apabila dibuka secara rasmi pada 26 Julai ini. Dengan keluasan 2,000 kaki persegi, kedai flagship ini menampilkan gabungan lengkap antara ruang jualan, khidmat selepas jualan dan juga pengalaman teknologi interaktif untuk para pelanggan.

    Menariknya, sempena pembukaan rasmi ini, HONOR menawarkan ganjaran menarik kepada 200 pelanggan pertama yang menyukai dan berkongsi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia serta meninggalkan ulasan Google untuk kedai baharu tersebut pada 26 Julai. Mereka berpeluang memenangi sebuah pembersih robot. Dalam masa yang sama, pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM1,000 dalam satu resit hingga 27 Julai turut layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM40,000.

    Kedai ini bukan sekadar ruang pameran biasa. Ia direka sebagai sebuah pusat pengalaman untuk pelanggan meneroka sepenuhnya inovasi dan keupayaan produk HONOR. Terdapat ruang eksklusif untuk mencuba peranti terkini dan menyaksikan sendiri integrasi teknologi pintar dalam ekosistem HONOR. Tumpuan utama kali ini adalah HONOR Magic V5, telefon boleh lipat baharu yang menarik perhatian ramai. Di ruang interaktif, peranti ini dipamerkan secara ‘terapung’ di udara, menonjolkan rekaan ultra nipis dan ringan yang menjadi ciri utamanya. Demonstrasi turut merangkumi bendalir bukan Newton yang berfungsi sebagai pelindung skrin dalaman – pelanggan boleh menumbuk bendalir tersebut dan menyaksikan ia mengeras serta-merta. Malah, telefon ini juga dipamerkan menggantungkan dumbbell seberat 35kg, menunjukkan kekuatan dan ketahanan engsel peranti tersebut.

    Untuk mendekatkan lagi pelanggan dengan kejuruteraan dalaman telefon, terdapat ruang paparan buka-pasang yang mendedahkan komponen penting seperti bateri karbon silikon dan rangka nipis yang menyokong slogan produk ini “Nipis Tanpa Kompromi.”

    Sejak pratempahan dibuka pada 15 Julai lalu, HONOR Magic V5 telah mencatat peningkatan jualan sebanyak 60% berbanding model sebelumnya, HONOR Magic V3. Ini sekaligus mencipta rekod baharu untuk siri telefon boleh lipat HONOR, membuktikan sambutan luar biasa dalam kalangan pengguna yang menghargai gabungan rekaan moden, prestasi mantap, kamera bertaraf flagship dan ciri-ciri AI untuk multitugas.

    HONOR Magic V5 akan mula dijual secara rasmi di seluruh negara bermula 25 Julai 2025 pada harga RM6,999. Ia dilengkapi RAM 16GB dan storan 512GB, dan ditawarkan dalam empat warna eksklusif: Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM2,697, termasuk fon putik HONOR CHOICE Earbuds Clip, perlindungan keretakan skrin selama setahun dan jaminan kualiti selama dua tahun. Tambahan pula, program tukar beli juga ditawarkan sehingga 31 Ogos 2025, dengan rebat tambahan RM400 bagi pelanggan yang menukar peranti lama mereka. Program ini boleh didapati di rangkaian rakan kerjasama seperti Maxis, Senheng, Grand Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman yang terpilih.

    Sebagai sebuah jenama global dalam ekosistem peranti AI, HONOR terus komited untuk merapatkan jurang teknologi antara manusia dan peranti melalui inovasi terbuka dan kerjasama industri. Dengan portfolio yang merangkumi telefon pintar, tablet, komputer, dan peranti boleh pakai, HONOR mahu memperkasakan pengguna untuk meneroka dunia pintar baharu.

    Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, layari laman rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my.