Tag: #EstherYu

  • iQIYI STARSHIP 2026 Kembali, Esther Yu Sedia Gegarkan Malaysia Buat Julung Kalinya

    iQIYI STARSHIP 2026 Kembali, Esther Yu Sedia Gegarkan Malaysia Buat Julung Kalinya

    KUALA LUMPUR, 8 Mac 2026 – Drama “Speed and Love” terbitan iQIYI terus menjadi bualan hangat di Asia Tenggara sejak pelancarannya. Mengangkat tema dunia perlumbaan kompetitif, drama ini menggabungkan elemen pertumbuhan diri, emosi dan konflik yang mendalam. Populariti drama ini turut menjadi antara faktor utama pemilihan Malaysia sebagai lokasi pembukaan iQIYI Starship 2026. Dalam acara tersebut, Esther Yu yang membintangi siri ini akan berkongsi pandangan tentang wataknya serta pengalaman sepanjang penggambaran. Kehadiran beliau dijangka menghangatkan lagi sambutan peminat tempatan yang selama ini mengikuti karya-karyanya di platform iQIYI.

    Jangan lepaskan peluang! iQIYI Starship 2026 bakal tiba di Malaysia pada 7 April 2026 (Selasa), jam 7:30 malam di Zepp Kuala Lumpur. Acara ini akan dimeriahkan dengan kehadiran khas Esther Yu, Duta Global Antarabangsa iQIYI yang bakal bertemu peminat secara langsung!

    Pendaftaran media: 7:00 – 7:30 malam

    Ikuti perkembangan terkini di:

    Instagram: @iqiyimalaysia
    TikTok: @iqiyi_malaysia
    Facebook: iQIYI Malaysia

  • Bintang China Esther Yu Bakal Temui Peminat di Malaysia Buat Kali Pertama

    Bintang China Esther Yu Bakal Temui Peminat di Malaysia Buat Kali Pertama

    Platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI International, secara rasmi mengumumkan bahawa jelajah peminat iQIYI Starship 2026 akan memulakan persinggahan pertamanya di Malaysia pada 7 April 2026. Acara istimewa ini bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur dan menampilkan kemunculan khas Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu (虞书欣) yang akan bertemu peminat tempatan buat kali pertama. Penampilan sulung pelakon dan penyanyi popular dari China itu dijangka menjadi detik istimewa buat peminat drama-C di Malaysia yang selama ini mengikuti karya-karyanya melalui platform iQIYI.

    Pemilihan Malaysia sebagai destinasi pertama bagi jelajah iQIYI Starship 2026 bukanlah sesuatu yang kebetulan. Ia hadir selepas kejayaan besar pelbagai aktiviti dan pengaktifan iQIYI Starship di seluruh Asia Tenggara tahun lalu. Sambutan hangat daripada peminat di rantau ini telah mendorong iQIYI untuk terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia, sekali gus menjadikan negara ini sebagai antara pasaran penting bagi kandungan hiburan Asia, khususnya drama dan program dari China.

    Esther Yu sendiri telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI pada November tahun lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang bintang yang semakin berpengaruh dalam industri hiburan Asia. Antara karya popular lakonannya yang boleh ditonton di iQIYI International termasuk drama fantasi romantik Love Between Fairy and Devil (2022), drama aksi misteri My Journey to You (2023) serta siri fantasi epik Sword and Fairy (2024). Ketiga-tiga karya ini telah berjaya menarik perhatian penonton antarabangsa dan memperluas pengaruh Esther Yu di luar China.

    Dalam acara iQIYI Starship 2026 di Kuala Lumpur nanti, Esther Yu turut dijangka berkongsi pengalaman serta kisah di sebalik tabir pembikinan drama terbaharunya Speed and Love (双轨). Drama-C original iQIYI ini memaparkan kisah yang berlatarkan dunia perlumbaan kompetitif, sambil mengangkat tema pertumbuhan diri, penemuan identiti dan konflik emosi antara watak-watak utamanya. Sejak dilancarkan, drama ini telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat di Asia Tenggara dan muncul sebagai salah satu judul drama-C yang paling banyak diperkatakan di rantau ini.

    Acara iQIYI Starship 2026 Malaysia juga bakal menawarkan peluang eksklusif kepada peminat untuk berinteraksi dengan bintang kesayangan mereka secara lebih dekat. Penyertaan bagi acara ini akan diberikan keutamaan kepada ahli VIP Tahunan Antarabangsa iQIYI Malaysia, sebagai sebahagian daripada manfaat eksklusif yang ditawarkan oleh platform tersebut kepada pelanggannya. Maklumat lanjut mengenai mekanik penyertaan serta perkembangan terkini berkaitan acara ini akan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi iQIYI Malaysia dalam masa terdekat.

    Dengan penampilan sulung Esther Yu di Malaysia, acara ini bukan sahaja menjadi peluang istimewa bagi peminat tempatan untuk bertemu secara langsung dengan idola mereka, malah turut memperkukuhkan lagi hubungan antara industri hiburan China dan penonton di Asia Tenggara. Kehadiran iQIYI Starship 2026 di Kuala Lumpur sekali gus mencerminkan perkembangan pesat populariti drama-C di rantau ini serta komitmen iQIYI dalam membawa pengalaman hiburan yang lebih dekat kepada peminat.