Tag: #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #CampusEdition #LetsPlay #AniMY #SapotLokal #WAUAnimation #FiTAUiTM #BehindTheScenes #InspirasiKreatif #SaluteAnimatorTempatan

  • UiTM Puncak Perdana Diterjah Ejen Ali: Sesi Kampus Eksklusif Penuh Aksi & Inspirasi

    UiTM Puncak Perdana Diterjah Ejen Ali: Sesi Kampus Eksklusif Penuh Aksi & Inspirasi

    Kampus UiTM Puncak Perdana bergema dengan sorakan dan semangat apabila ikon animasi kegemaran negara, Ejen Ali dan Ejen Alicia, membuat penampilan istimewa dalam program Ejen Ali: Campus Edition bersama lebih 400 pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA). Program eksklusif ini menjadi platform istimewa untuk para pelajar menyelami dunia di sebalik tabir pembikinan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

    Sesi tersebut turut menampilkan Nazmi Yatim, Pengarah Bersama EATM2 dan Ketua Pegawai Kreatif WAU Animation, yang berkongsi perjalanan panjang dan cabaran sebenar menghasilkan filem animasi berkualiti tinggi tempatan. Dari rahsia pembangunan karakter hingga kepada proses animasi bertahun-tahun, pelajar-pelajar FiTA menerima pendedahan yang sangat bernilai dan mendalam tentang industri animasi profesional.

    Lebih mengujakan, kehadiran maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia menambahkan keterujaan suasana, mencetuskan fenomena high-five dan sesi bergambar penuh keceriaan di sekitar kampus. Malah, sesi tandatangan spontan bersama Nazmi dan pertunjukan lukisan fan art daripada pelajar-pelajar turut mempamerkan bakat luar biasa generasi muda kreatif Malaysia.

    Ejen Ali: Campus Edition ini merupakan sebahagian daripada usaha WAU Animation dalam menyemarakkan semangat dan minat terhadap animasi tempatan. Siri jelajah ini akan diteruskan ke institusi pengajian tinggi lain seperti Sunway University, Universiti Poly-Tech Malaysia, dan University of Wollongong Malaysia dari 8 hingga 14 Julai 2025. Untuk edisi akan datang, Shafiq Isa, pengarah suara dan pelakon suara Ejen Bakar dan Ejen Ganz, akan pula turun padang berkongsi kisah dan teknik vokal animasi.

    Siri jelajah ini bukan hanya memupuk kesedaran terhadap kualiti produksi animasi Malaysia, malah membuka jalan kepada lebih banyak peluang pembelajaran dan kolaborasi antara industri dan akademia. Para pelajar diajak untuk terus menyokong Ejen Ali The Movie 2 di pawagam sebagai tanda sokongan terhadap karya tempatan berkualiti tinggi.

    Misi masih berjalan unlock fasa kejayaan seterusnya bersama Ejen Ali di layar perak sekarang!