Tag: #DramaTonton2025 #NelydiaSenrose #KonflikRumahTangga #WatakZarita #TontonOriginals

  • “Seindah Hujan Cinta”: Drama Sarat Emosi Tentang Cinta, Pengorbanan dan Luka Seorang Isteri

    “Seindah Hujan Cinta”: Drama Sarat Emosi Tentang Cinta, Pengorbanan dan Luka Seorang Isteri

    Apakah harga sebenar sebuah pengorbanan demi cinta? Saksikan drama bersiri Seindah Hujan Cinta, sebuah karya menyentuh hati yang bakal menemui penonton bermula 21 Julai 2025, menampilkan lakonan memukau Nelydia Senrose sebagai wanita yang terperangkap antara cinta dan prinsip hidup.

    Di bawah arahan pengarah prolifik, Nizam Zakaria, drama ini menyingkap dilema emosional dalam perkahwinan apabila impian membina keluarga tidak seindah yang dirancang. Dibintangi barisan pelakon hebat termasuk Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri, Seindah Hujan Cinta menjanjikan 28 episod sarat konflik, kasih sayang dan air mata.

    Zarita (Nelydia Senrose), seorang pempengaruh media sosial yang sedang memuncak dalam kerjaya, berdepan tekanan apabila masih belum dikurniakan cahaya mata selepas lima tahun berkahwin dengan Wassim (Yusuf Bahrin). Kegagalan untuk menjadi seorang ibu, ditambah dengan naluri keinginan Wassim untuk memiliki zuriat, mendorong Zarita membuat keputusan mengejut – merelakan suaminya berkahwin lagi.

    Lebih menyayat hati, Zarita mencadangkan sendiri Aneesa (Ezzanie Jasny), adik angkatnya, sebagai calon madu. Walaupun pada awalnya cadangan itu ditolak, keikhlasan Zarita memaksa Aneesa akur demi menghargai pengorbanan yang pernah diberikan.

    Namun, episod duka sebenar bermula apabila realiti hidup bermadu mula menjentik hati Zarita. Cemburu mula memakan diri apabila kemesraan Wassim dan Aneesa terserlah di depan mata. Ketakutan bahawa Aneesa mungkin mengandung dahulu mula menghantui, lalu Zarita mula berperang dengan perasaannya sendiri – antara cinta yang ingin dikongsi dan kasih yang mahu dimiliki sepenuhnya.

    Seindah Hujan Cinta bukan sekadar drama cinta biasa. Ia adalah gambaran realiti hubungan moden yang diuji oleh impian, tekanan sosial dan keikhlasan yang terguris. Penonton akan dibawa menyelami isi hati seorang wanita yang kuat di luar, namun rapuh dalam diam.

    Jangan lepaskan tayangan perdana Seindah Hujan Cinta mulai 21 Julai 2025, eksklusif hanya di Tonton. Gunakan hashtag #Tonton untuk berinteraksi di media sosial, dan ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy untuk perkembangan terkini.