Tag: Drama TV3

  • KISAH PENGANTIN LARI KETIKA AKAD NIKAH !

     

    Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru dalam slot Lestary, kini menjadi viral dengan tragedi “pengantin lari”. Drama ini menggandingkan pelakon baharu berbakat besar, Ali Reza dan Asha Merican, sebagai watak utama. Tayangannya bermula 11 Julai 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, pada pukul 9.00 malam di TV3. Penonton yang ingin menyaksikan lebih awal boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton.

    Drama ini berkisahkan tentang kehidupan Raid Amzan (Ali Reza) dan Nureen (Asha Merican) yang ditinggalkan pasangan masing-masing pada hari pernikahan mereka. Perkahwinan mereka diatur oleh ibu mereka, Seri Hanim (Lana Nordin), ibu kepada Nureen, dan Datin Hasnah (Khaty Azian), ibu Raid.

    Tragedi “Pengantin Tak Jadi” yang menimpa mereka menjadi sensasi di media sosial. Akibatnya, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa perancangan. Mereka berlibur di destinasi yang sama dan bertemu buat kali pertama di sana. Pertemuan pertama mereka seringkali diwarnai dengan pertengkaran dan situasi tidak menyenangkan, namun tanpa disedari, perasaan mesra mula tumbuh dan mereka berusaha untuk lebih mengenali satu sama lain.

    Selepas kembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen untuk menjadi guru peribadi kepada anak saudaranya, Tia yang berumur 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin rapat, dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mulai bersemi. Namun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang menimbulkan konflik untuk memisahkan mereka. Ayah Nureen, Norman (Shyrim Husni), terlibat dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. Tetapi kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan tersebut, hingga Norman campur tangan dan mendapatkan persetujuan Datin Hasnah dan Seri Hanim untuk merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tetapi konflik terus berlaku.

    Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution, diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan ditulis oleh Nieza Nahar. Pengantin Pasti Jadi menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ali Reza, Asha Merican, Daniesh Suffian, Riesha Aslan, Ungku Hariz, Faye Kusairi, Lana Nordin, Khaty Azian, Shyrim Husni dan ramai lagi.

    Menurut Ali Reza, “Saya amat berterima kasih ke atas peluang yang diberikan untuk memegang watak utama dalam drama Pengantin Pasti Jadi. Penggambaran drama ini bermula pada Julai 2022, pada waktu itu saya masih lagi baharu dalam dunia lakonan ini jadi semestinya banyak yang saya pelajari ketika di set penggambaran. Cabaran paling besar bagi saya adalah untuk menghidupkan watak ini dan mengekalkan keserasian bersama Asha Merican dan pelakon-pelakon lain. InsyaAllah, setiap cabaran dalam menjayakan watak itu saya akan jadikan sebagai penambahbaikan untuk lakonan akan datang.”

     

  • Bermula 21 Oktober Ini Drama Terbaharu Wanita Milik Tuan Putra Di Isi Slot Akasia TV3

    Ia mungkin sangat mencabar untuk membezakan antara pertemuan atau suratan takdir. Mampukah Tuan Putra Anaqi mengubah nasibnya dengan kedatangan Bunga Zinnirah setelah isterinya pergi sekian lama? Drama bersiri terbaharu Wanita Milik Tuan Putra akan memberikan segala jawapannya mulai 21 Oktober 2022. Ia akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. di Akasia TV3 dan strim secara langsung dalam talian di www.tonton.com.my

    Wanita Milik Tuan Putra ini diinspirasikan daripada novel Wanita Milik Tuan Putra, karya Aunie Ayunie diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Drama bersiri 28 episod, arahan Shuhaimi Zulkefli ini menampilkan barisan pelakon tanah air seperti Hisyam Hamid, Intan Najuwa, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Natasya Mahyan dan ramai lagi.

    Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

    Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra

    Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Wanita Milik Tuan Putra menerusi slot Akasia mulai 21 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

     

  • Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Nadia Brian, dan Melanie Tan membintangi drama baharu Samarinda TV3 ‘Suri Hati.’

    Rakan-rakan Sarah, Laila, Suraya, dan Atikah sedang mencari kebahagiaan dalam kehidupan mereka yang sukar. Namun, keinginan untuk membalas dendam semakin kuat sehingga ia mengatasi dirinya sendiri. Bolehkah mereka melepasi keengganan mereka dan mencapai kebahagiaan yang mereka inginkan? Saksikan drama terbaru Suri Hati, yang akan mengambil alih slot masa Samarinda bermula 12 Oktober ini jam 10 malam. pada hari Isnin hingga Khamis, secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

    Drama bersiri 20 episod iaitu Suri Hati adalah terbitan Million Pictures Sdn Bhd, arahan oleh Azhar Khalid yang juga dikenali sebagai Apache dan nukilan skrip oleh Amaz Mizilan. Drama yang penuh konflik ini menggandingkan pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

    Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Setelah bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka.

    Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.

    Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad)  mula curang dengan kekasih lamanya.

    Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu dimana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah.

    Mampukah mereka menggapai kebahagiaan yang dicari? Mungkinkah persahabatan mereka selamat daripada diracuni oleh sifat cemburu? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Suri Hati yang penuh emosi dan menyayat hati ini melalui slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung melalui www.tonton.com.my.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Drama ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU Bermula 29 September 2022, gandingan Adam Lee dan Wanna Ali bakal menghiasi TV3.

     

    Selepas berpacaran selama lapan tahun, hubungan Ariana berakhir apabila pasangannya terpaksa dinikahkan mengikut keutamaan keluarga. Bagaimanapun, Ariana bertemu dengan Ikmal secara kebetulan; Kehadiran Ikmal mengubah hidup Ariana. Ikmal juga dalam kesukaran. Adakah dia mempunyai hak untuk memilihnya? Saksikan drama Adakah Engkau Menungguku menerusi slot masa Lestary di TV3 setiap Rabu hingga Sabtu jam 9:00 malam mulai 29 September 2022.

    Adakah Kau Menungguku terbitan OrangeTree Production Sdn.Bhd dan diarahkan oleh Azmi Hatta hasil nukilan skrip oleh Anina Sahal, Amin Shakib dan Eja Lorena. Drama bersiri 15 episod ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Adam Lee, Wanna Ali, Farhan Asri, Nabil Aqil, Wani Kayrie, Syafie Tee, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.

    Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

    Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

    Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

    Jangan lupa saksikan Adakah Engkau Menungguku mulai 29 September, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

    Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang drama kesukaan anda, layari Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat