Tag: #CreativeFreedom

  • Membuka Potensi Kreativiti dan Menyalakan Semangat Fotografi dengan EOS R6 Mark III dan RF45mm F1.2 STM

    Membuka Potensi Kreativiti dan Menyalakan Semangat Fotografi dengan EOS R6 Mark III dan RF45mm F1.2 STM

    Canon Marketing Malaysia telah memperkenalkan dua tambahan baharu dalam sistem kamera tanpa cermin EOS R — kamera bingkai penuh EOS R6 Mark III dan lensa perdana RF45mm F1.2 STM, menandakan satu langkah besar dalam usaha jenama ini memperkasa kreativiti dan inovasi dalam dunia pengimejan.

    Meneruskan legasi kejayaan model terdahulu, EOS R6 Mark III menawarkan peningkatan ketara dari segi prestasi, kelajuan, dan kebolehpercayaan. Direka khas untuk pencipta konten, jurugambar, dan pencerita visual yang menuntut ketepatan serta kualiti imej luar biasa, kamera ini menjadi alat serba boleh yang membolehkan pengguna merakam detik dengan lebih dinamik dan tepat. Apabila digandingkan dengan lensa RF45mm F1.2 STM — lensa Canon dengan apertur terbesar dalam kategori bukan profesional — pengguna dapat menikmati kesan bokeh lembut, prestasi optimum dalam keadaan cahaya rendah, dan kualiti visual yang menawan dalam rekaan yang ringan serta padat.

    Dengan fungsi pra-rakam berterusan yang bermula sebelum menekan pengatup dan penjejakan subjek yang rapat, EOS R6 Mark III memberikan prestasi sebagai kamera serba boleh yang sebenar

    Menurut Edward Chang, Penolong Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia, “EOS R6 Mark III melambangkan evolusi siri ‘6’ Canon yang menggabungkan prestasi, inovasi, dan kepelbagaian. Ia direka untuk pencerita visual yang ingin menzahirkan kisah mereka dengan lebih bebas dan kreatif.”

    Bersempena dengan pelancaran ini, Canon turut melancarkan kempen “Drive Your Dream” yang berlangsung dari 1 November 2025 hingga 31 Januari 2026, memberi peluang kepada pembeli kamera atau lensa Canon terpilih untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM300,000, termasuk Tesla Model 3 sebagai hadiah utama. Penyertaan mudah dilakukan dengan membeli produk Canon yang layak, mendaftar dan memuat naik resit di ylwc.canon.com.my, serta menjawab satu soalan mudah. Setiap pendaftaran juga menerima lanjutan jaminan tambahan selama satu tahun, menjadikan pengalaman pemilikan Canon lebih berbaloi.

    Dengan pelancaran EOS R6 Mark III dan RF45mm F1.2 STM, Canon terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam dunia pengimejan — menyediakan alat terbaik untuk jurugambar profesional, pencipta kandungan dan peminat fotografi untuk menjelajah potensi kreatif tanpa batas. Kamera ini kini dibuka untuk pra-tempahan di seluruh negara sehingga 16 November 2025, dengan harga bermula RM10,999 untuk badan sahaja, RM12,499 bersama lensa RF24-105mm F4-7.1 IS STM, dan RM15,599 dengan lensa RF24-105mm F4L IS USM.