Tag: #BleachTYBW

  • TONTON HIMPUNKAN PEMINAT ANIME MENERUSI TAYANGAN PERDANA EKSKLUSIF BLEACH: THOUSAND-YEAR BLOOD WAR – THE CALAMITY

    KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2026 – Suasana di GSC LaLaport pada Ahad (19 Julai) lalu berlangsung meriah apabila ratusan peminat anime dari seluruh negara berkumpul untuk menyaksikan tayangan perdana eksklusif BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Calamity anjuran Tonton. Acara istimewa itu memberi peluang kepada peminat untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan tiga episod pertama siri popular berkenaan sebelum tayangan rasmi secara simulcast di Tonton bermula pada 25 Julai 2026.

    Seawal petang, para peminat mula memenuhi lokasi dengan mengenakan pakaian bertemakan watak kegemaran masing-masing, selain mengambil kesempatan bergambar di ruang fotografi khas yang disediakan. Keterujaan turut dikongsi menerusi media sosial menggunakan tanda pagar #TontonxBleach dan #BleachOnTonton, manakala sorakan serta tepukan bergema di dalam pawagam sebaik sahaja tayangan bermula, mencerminkan sambutan peminat terhadap francais ikonik BLEACH di Malaysia.

    Tayangan perdana eksklusif itu turut menjadi ganjaran khas buat pelanggan TontonUp yang berjaya menebus pas tayangan menerusi Tonton Rewards. Inisiatif tersebut membolehkan peminat menikmati pengalaman menonton secara eksklusif dan menjadi antara penonton terawal mengikuti permulaan pertempuran terakhir Ichigo Kurosaki menentang Yhwach di layar perak.

    Kemuncak acara turut diserikan dengan pertandingan cosplay yang menyaksikan peminat menampilkan kreativiti menerusi pelbagai kostum watak daripada siri BLEACH. Azlin Darwinny Binti Mohd Amir berjaya mencuri perhatian juri dan dinobatkan sebagai Best Female Cosplayer, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500.

    Bagi peminat yang tidak berkesempatan menghadiri tayangan perdana tersebut, BLEACH: Thousand-Year Blood War – The Calamity bakal distrim secara simulcast di Tonton serentak dengan siaran di Jepun mulai 25 Julai 2026. Episod baharu akan ditayangkan setiap Sabtu pada jam 11.00 malam, membolehkan peminat di Malaysia mengikuti perkembangan pertempuran epik ini pada waktu yang sama dengan penonton di seluruh dunia.

    Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai siri tersebut, peminat boleh mengikuti platform media sosial Tonton serta menyertai perbualan menggunakan tanda pagar #TontonxBleach dan #BleachOnTonton.