Blog

  • ROCKETFUEL ENTERTAINMENT MERAIKAN SYAWAL 2026 DENGAN 7 LAGU RAYA ISTIMEWA

    Bersempena Ramadan dan Syawal 2026, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran tujuh lagu raya yang merangkumi pelbagai genre, penceritaan dan emosi. Projek berskala besar ini bukan sekadar meraikan musim perayaan, malah menyatukan pelbagai warna muzik dalam satu naratif yang selari dengan tagline Astro Salam Ramadan 2026, “Bila Bersama, Lagi Jadi”.

    Daripada rentak moden yang rancak sehinggalah balada yang meruntun jiwa, setiap karya membawa identiti tersendiri namun tetap berpaksikan semangat kebersamaan. Lebih menarik, ketujuh-tujuh lagu ini akan dihimpunkan dalam sebuah EP khas, sekali gus membentuk “universe” raya tersendiri di bawah payung Rocketfuel Entertainment — satu konsep yang jarang diterokai dalam penerbitan lagu raya tempatan.

    Antara karya terawal yang dilancarkan ialah “Rindu Raya” nyanyian ALPHA pada 21 Februari 2026. Lagu bernuansa pop sederhana ini mengangkat tema kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman, satu perasaan yang semakin kuat apabila tibanya Ramadan dan Syawal. Sehingga kini, lagu tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan di saluran YouTube Rocketfuel Network. Menurut ALPHA, lagu ini memperlihatkan sisi mereka yang lebih tenang dan penuh perasaan, sekali gus membuktikan kemampuan mereka meneroka dimensi muzik yang berbeza.

    Turut memeriahkan senarai ialah “Kampung Kita” nyanyian Wani Kayrie, sebuah lagu yang mengekalkan elemen keceriaan seperti karya viralnya sebelum ini. Lagu ini berkisar tentang keterujaan pulang ke kampung, bukan sahaja untuk bertemu keluarga, malah untuk bertemu insan yang disukai. Dengan melodi mudah melekat dan susunan muzik yang ceria, “Kampung Kita” dijangka menjadi antara lagu pilihan untuk memeriahkan perjalanan pulang ke kampung.

    Kolaborasi dinanti-nantikan antara Hael Husaini dan ALPHA menerusi “Raya Macam Raya” pula tampil sebagai lagu upbeat berwarna M-Pop. Dicipta oleh Hael bersama Iqie Hugh, lagu ini mengetengahkan keterujaan membuat persiapan raya — daripada busana baharu hingga juadah istimewa. Selain kolaborasi tersebut, Hael turut menghadiahkan single solo berjudul “Lagu Raya Untukmu” sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.

    Tidak ketinggalan, “Duit Raya” nyanyian Sharul Kamal bersama Mierul Aiman membawa mesej yang dekat dengan realiti masyarakat hari ini. Dengan lirik pembuka yang mencuit hati, lagu ini mengingatkan bahawa Aidilfitri diraikan dengan keikhlasan dan kebersamaan, bukan semata-mata soal harta. Elemen rap moden yang diselitkan memberikan sentuhan segar, sekali gus menjadikan lagu ini relevan dengan cita rasa generasi masa kini.

    Keseluruhannya, inisiatif ini membuktikan komitmen Rocketfuel Entertainment dalam memperkaya landskap muzik raya tempatan. Tujuh lagu, pelbagai emosi, satu semangat — apabila bersama, segalanya terasa lebih bermakna.

  • Majlis Iftar Rumah Lauk Anjuran Marvelous Mama

    Majlis Iftar Rumah Lauk Anjuran Marvelous Mama

    Putrajaya, 28 Februari 2026 – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Marvelous Mama Sdn Bhd mempersembahkan Iftar di Rumah Lauk, sebuah pengalaman bufet Ramadan berkonsepkan masakan kampung dan warisan yang bakal berlangsung di Nafoura Hall. Mengangkat tema “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, inisiatif ini bertujuan membawakan hidangan autentik bercitarasa rumah kepada masyarakat, khususnya keluarga serta organisasi korporat di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang. Pada majlis pembukaan, 200 pelanggan terawal berpeluang menikmati hidangan secara percuma, menjadikan acara ini antara tarikan utama Ramadan tahun ini.

    Dengan harga bufet di bawah RM100, Iftar di Rumah Lauk menawarkan lebih 150 variasi hidangan kampung setiap hari, merangkumi menu tradisi dan warisan Malaysia yang kaya dengan rasa. Pengalaman berbuka puasa ini turut dimeriahkan dengan persembahan buskers secara langsung setiap hari, kehadiran selebriti jemputan pada hujung minggu, serta kemudahan surau bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih, menjadikannya destinasi iftar yang selesa dan lengkap untuk seisi keluarga serta kumpulan besar.

    Keunikan utama bufet ini terletak pada hidangan istimewa Rusa Golek yang disajikan setiap hari, berbeza daripada kebanyakan bufet Ramadan yang lazimnya menawarkan kambing golek. Diperap dengan rempah ratus tradisional dan dipanggang sehingga sempurna, Rusa Golek menjadi simbol kelainan dan keberanian jenama dalam memperkenalkan variasi premium yang jarang ditemui, sekali gus menambah nilai eksklusif kepada pengalaman iftar pengunjung.

    Sebagai penghargaan kepada pelanggan, pihak penganjur turut menganjurkan cabutan bertuah pada 17 Mac 2026 dengan tawaran hadiah wang tunai, emas serta pelbagai hadiah menarik lain. Inisiatif ini dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung sepanjang Ramadan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Rumah Lauk sebagai salah satu destinasi iftar pilihan di Lembah Klang.

    Di sebalik penganjuran bufet Ramadan ini, Marvelous Mama Sdn Bhd juga merupakan pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Antara produk eksport utama termasuk rendang, lemang durian, ketupat palas, daging dendeng, sata ikan dan ayam, serta acar ikan talang, yang kini dieksport ke Dubai dan London dengan perancangan peluasan ke pasaran global lain. Kejayaan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk membawa cita rasa kampung Malaysia ke pentas antarabangsa tanpa mengorbankan keaslian rasa, sejajar dengan perancangan pembukaan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur, diikuti London dan Jakarta dalam masa terdekat.

  • Universiti Malaya and SATEERA® Formalise Research Partnership in Ceremony Witnessed by MOSTI Minister

    Universiti Malaya and SATEERA® Formalise Research Partnership in Ceremony Witnessed by MOSTI Minister

    Universiti Malaya has formalised a Memorandum of Agreement (MOA) with Malaysian biotechnology company SATEERA® Sdn Bhd, marking a significant milestone in strengthening university–industry collaboration within Malaysia’s biotechnology ecosystem. The agreement was witnessed by Chang Lih Kang, Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI), and reflects the nation’s continued progress in translating academic research into commercially viable, science-based solutions.

    The technology underpinning SATEERA® was originally developed within Universiti Malaya’s research environment more than a decade ago, evolving through years of laboratory research, patent development and industrial translation. Today, SATEERA® operates as a BioNexus-status biotechnology company, focusing on microbiome-safe innovation. This collaboration represents the next phase of the university–industry partnership, with both parties committed to advancing scientific validation and expanding research into selective anti-infective mechanisms.

    At the core of the collaboration is SATEERA®’s Natural Smart Anti-Infective Technology, a targeted approach designed to suppress harmful bacteria while preserving beneficial microbes. Unlike conventional broad-spectrum antimicrobial solutions that act indiscriminately, this selective strategy aligns with growing global scientific concern over antimicrobial resistance and the importance of maintaining healthy microbial ecosystems. As hygiene and biotechnology research increasingly shift towards microbiome preservation, selective anti-infective solutions are gaining relevance across multiple health applications.

    Co-Founder of SATEERA, Datuk Wira Calvin Khiu

    The innovation has progressed beyond the laboratory into real-world application through REDFORES®, SATEERA®’s intimate care brand and the first commercial product line utilising its patented technology for women’s intimate health. Under the agreement, REDFORES® will undergo further scientific evaluation in collaboration with Universiti Malaya’s academic researchers, reinforcing a shared commitment to evidence-based product development and responsible hygiene innovation.

    Speaking at the ceremony, Datuk Chang Lih Kang highlighted the importance of academia–industry partnerships in creating meaningful societal impact, noting that innovation must extend beyond research environments into practical application. He added that science-driven, targeted biotechnology solutions support national priorities under Malaysia MADANI and the National Biotechnology Policy by strengthening technological capability while improving public health and quality of life.

    Co-Founder of REDFORES, Datuk Wira Jment Lim

    SATEERA® Co-Founder Datuk Wira Calvin Khiu emphasised the need to rethink traditional hygiene paradigms, stating that indiscriminate antimicrobial approaches can disrupt microbial balance and contribute to resistance. Meanwhile, REDFORES® Co-Founder Datuk Wira Jment Lim stressed that women’s intimate health requires scientific responsibility rather than aggressive marketing claims, advocating for solutions that respect the body’s natural ecosystem.

    The ceremony also featured recognition by ASEAN and ASIA Records, followed by a panel discussion titled “Leading the Good Bacteria Era: Redefining Global Hygiene Standards.” The session brought together academics and medical specialists to discuss microbiome preservation, selective anti-infective science and its implications for women’s health. The collaboration is expected to support expanded validation studies and deeper research engagement, further positioning Malaysia as a producer of advanced biotechnology solutions.

  • Suasana Aidilfitri di Hong Kong Diserikan oleh Ernie Zakri & Syamel dengan Sentuhan Nostalgia Moden

    Suasana Aidilfitri di Hong Kong Diserikan oleh Ernie Zakri & Syamel dengan Sentuhan Nostalgia Moden

    Sempena sambutan Aidilfitri 2026, dua ikon muzik tanah air, Ernie Zakri dan Syamel, kembali bergabung menerusi single raya terbaru berjudul “Suasana Raya”. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi istimewa bersama Hong Kong Tourism Board, yang menampilkan penggambaran video muzik di beberapa lokasi menarik dan destinasi mesra Muslim di sekitar Hong Kong. Gabungan melodi klasik raya, lirik menyentuh jiwa dan keserasian vokal kedua-dua artis ini merakamkan keindahan pagi Syawal yang penuh ketenangan, kesyukuran dan kebersamaan keluarga.

    Kolaborasi bersama Hong Kong Tourism Board membawa dimensi visual yang segar kepada lagu ini, menonjolkan suasana bandar yang vibrant, moden dan mesra Muslim. Ernie Zakri berkongsi bahawa Hong Kong sangat sesuai untuk konsep MV tersebut kerana kemudahan makanan halal dan lokasi ibadah seperti Kowloon Mosque, sambil menikmati tarikan pelancongan mesra keluarga seperti Ocean Park. Bagi Syamel, suasana meriah dan penuh warna di Hong Kong turut memberikan inspirasi kepada elemen visual MV, selari dengan gabungan elemen raya tradisional dan moden dalam lagu.

    Sebagai penghargaan kepada peminat, sesi tontonan awal video muzik diadakan pada 17 Februari 2026 di Aurum Theatre, Kuala Lumpur, membolehkan peminat terpilih menyaksikan MV sebelum pelancaran rasmi. Peminat juga berpeluang mempelajari koreografi bersama Ernie dan Syamel, menjadikan sesi tersebut lebih interaktif dan bermakna. Ernie Zakri menyifatkan pengalaman ini sangat istimewa kerana dapat berkongsi momen berharga bersama peminat, manakala Syamel menekankan bahawa lagu ini direka agar pendengar merasai kegembiraan dan keseronokan suasana perayaan secara jujur.

    Pengalaman rakaman MV turut menjadi memori keluarga yang tidak ternilai bagi kedua-dua artis. Syamel dan Ernie berharap “Suasana Raya” akan menjadi salah satu lagu raya yang dimainkan saban tahun dan terus kekal di hati peminat. Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

  • HONOR Celebrates Five Years of Success, Attributing Market Leadership to Its Loyal Consumers

    HONOR Celebrates Five Years of Success, Attributing Market Leadership to Its Loyal Consumers

    KUALA LUMPUR, 4 February 2026 – Global leading AI device ecosystem company HONOR marked a significant milestone with the celebration of its fifth anniversary in Malaysia, honouring the consumers who have been instrumental in driving the brand to the top of the local smartphone and tablet market. The occasion was commemorated at the HONOR of Malaysia 5th Anniversary Gala in Kuala Lumpur, which gathered loyal consumers, fans, partners, photographers, students and members of the HONOR ecosystem. The event reflected HONOR’s belief that its market leadership was achieved hand in hand with Malaysian consumers in a highly competitive technology landscape.

    The gala recognised outstanding individuals whose long-standing support and active engagement have shaped HONOR’s journey since its early days in Malaysia. Consumers were celebrated across eight award categories, highlighting their contributions to product development, ecosystem enhancement and positive community impact. This consumer-centric approach has culminated in HONOR achieving the No.1 smartphone and tablet sell-out market share in Q4 2025, marking the peak of a five-year growth journey built on resilience, innovation and trust.

    HONOR of Malaysia Awards Project officiated by Deputy Minister of Communications and Digital, Teo Nie Ching, and President of HONOR South Pacific, Justin Li

    President of HONOR South Pacific, Justin Li, shared that the brand’s success was driven by its unwavering focus on consumers, noting that HONOR had achieved what felt like a decade of progress in just five years. He emphasised that HONOR’s stability and durability were co-created with Malaysians through real-world testing and feedback from local beta users, photographers and students, ensuring that its technology continues to meet the unique needs of the local market.

    During the gala, HONOR also launched the HONOR of Malaysia Awards Project, a long-term corporate social responsibility initiative aimed at recognising ordinary Malaysians who dedicate their lives to serving society. The project was officiated by Teo Nie Ching alongside Justin Li, underscoring HONOR’s commitment to contributing meaningfully to the nation beyond technology innovation. In its inaugural phase, three individuals were honoured for their extraordinary contributions to society, with awards presented by Abdul Majid Ahmad Khan.

    Winners of Next Talent Awards-Special Awards

    The recipients included Mohd Adli Yahya, founder of the Autism Cafe Project, who has empowered more than 100 autistic individuals through inclusive employment; Prakash Surriyamurthy, widely known as Cikgu Prakash, whose dedication to education continues to inspire despite his visual impairment; and Siti Normala Adrus, affectionately called Mak Jah, who provides affordable and free meals to students and low-income communities out of compassion and service.

    Looking ahead, HONOR also announced initiatives supporting the Visit Malaysia 2026 campaign, including a National Photography Tour and a Global Exhibition in 2026 to showcase Malaysia’s landscapes, culture and stories through mobile photography. As HONOR enters its next chapter in Malaysia, the brand remains committed to building meaningful technology experiences together with consumers while uplifting the communities it serves.

  • Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Atas Permintaan, Himpunkan 10 Penyanyi Ikonik Era 80an dan 90an

    Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Atas Permintaan, Himpunkan 10 Penyanyi Ikonik Era 80an dan 90an

    Kehadiran Ramadan sentiasa dinanti umat Islam di seluruh dunia kerana bulan inilah diwajibkan ibadah berpuasa di samping memperbanyakkan amalan, muhasabah diri serta memperbaiki hubungan sesama manusia. Ramadan juga dimuliakan sebagai bulan penurunan al-Quran, khususnya dengan keistimewaan malam Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan. Seiring keberkatan ini, pelbagai pihak mengambil inisiatif menganjurkan program berunsur dakwah dan kebajikan, termasuk syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd yang terus konsisten dengan pendekatan hiburan dakwah.

    Meneruskan kejayaan penganjuran terdahulu, HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma bakal menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 pada 14 Mac 2026 di Saloma, Kuala Lumpur. Konsert ini kembali atas permintaan peminat dan menampilkan barisan artis legenda era 80an dan 90an yang cukup sinonim dengan karya-karya malar segar, sekali gus membangkitkan nostalgia dalam suasana Ramadan yang penuh makna.

    Antara artis yang bakal menghiburkan penonton ialah Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan.

    Menurut wakil penganjur, Datin Sri Dr Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsinya Mubarak Akhtar, konsep hiburan dakwah yang diketengahkan terus mendapat sambutan positif kerana ia bukan sekadar persembahan muzik, malah diselitkan dengan pengisian rohani. Program konsert ini dimulakan dengan tadarus al-Quran, tazkirah sebelum berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah serta solat Isyak dan tarawih sebelum persembahan artis bermula, menjadikannya satu pengalaman Ramadan yang lengkap dan bermakna.

  • Celebrate Ramadan with Triple ALL Accor Reward Points on Iftar Dining Across Malaysia

    Celebrate Ramadan with Triple ALL Accor Reward Points on Iftar Dining Across Malaysia

    This Ramadan, ALL Accor invites guests across Malaysia to celebrate the spirit of togetherness with a rewarding dining experience. From the first day of Ramadan until 22 March 2026, members of the ALL Accor loyalty programme can earn triple reward points when dining at participating restaurants in more than 20 Accor hotels nationwide. The campaign encourages families, friends, and colleagues to reconnect over meaningful Iftar moments while enjoying added value through Accor’s globally recognised rewards ecosystem.

    One of the highlights of the season is the return of Ramadan Buffet Sajian Darul Ehsan Vol. 3 at Mercure Kuala Lumpur Glenmarie. Available from 23 February to 19 March 2026 at WARNA All Day Dining, the buffet celebrates Selangor’s culinary heritage through a thoughtfully curated menu spanning nine districts. Guests can look forward to nostalgic bazaar favourites, regional specialties, and traditional desserts, all served in a contemporary, fully Halal-certified setting. With special group promotions and early bird privileges, the experience reflects Accor’s commitment to creating memorable Ramadan gatherings rooted in culture, comfort, and connection.

  • K-SARANG SUPER CONCERT 2026 SET TO IGNITE MALAYSIA WITH K-POP ENERGY Featuring Kyuhyun and AHOF – 11 April 2026 at The Arch Galeries, Kuala Lumpur

    K-SARANG SUPER CONCERT 2026 SET TO IGNITE MALAYSIA WITH K-POP ENERGY Featuring Kyuhyun and AHOF – 11 April 2026 at The Arch Galeries, Kuala Lumpur

    Kuala Lumpur is about to experience the ultimate K-pop extravaganza as K-SARANG SUPER CONCERT 2026 makes its highly anticipated debut on 11 April 2026 at The Arch Galeries. The concert promises to be an unforgettable evening of music, energy, and fan connection, headlined by the internationally acclaimed Kyuhyun of Super Junior, whose soulful ballads and commanding stage presence have earned him millions of fans worldwide, alongside the rising K-pop powerhouse AHOF (Artist Hall of Fame), known for their electrifying performances and growing global fanbase. Fans in Malaysia can look forward to a one-of-a-kind immersive experience that blends breathtaking choreography, powerful vocals, and moments designed to bring artists and audiences closer than ever before.

    Organized by HIFIVE Entertainment in collaboration with K-WAVE, the concert marks a new chapter in Malaysia’s live K-pop scene, combining the appeal of legendary performers with emerging stars under one roof. According to Sean Pereira, Managing Director of HIFIVE Entertainment, “K-SARANG SUPER CONCERT isn’t just a concert; it’s a celebration of love for K-pop and the unity it brings to fans around the world. We’re proud to present a platform where Malaysian fans can experience their favorite artists up close, creating memories that transcend language and borders.” The event promises to showcase not only the artistic talent of the performers but also the passion and devotion of K-pop fans, who have long awaited the arrival of a concert of this scale.

    Tickets for K-SARANG SUPER CONCERT 2026 are available exclusively via Ticket2U, with a range of options to suit different fan experiences. VIP tickets priced at RM888 include full access to sound checks, exclusive send-off sessions, and 50 signed Polaroid photos, while CAT 1 ticket holders (RM748) can enjoy sound check access for 500 fans, along with send-off privileges. CAT 2 (RM588) offers limited sound check participation for 200 fans, while CAT 3 (RM388) ensures send-off participation for all ticket holders. In addition, all attendees will receive digital signed photo cards and posters, creating tangible memories of this once-in-a-lifetime event. These fan experiences reflect a new standard of interaction between artists and their supporters, allowing attendees to feel intimately connected to their idols.

    Beyond the performances, K-SARANG SUPER CONCERT 2026 is also a cultural celebration, highlighting the universal appeal of K-pop and its ability to unite fans across borders. The concert’s production promises state-of-the-art lighting, sound, and stage effects, ensuring that each song, dance, and moment is delivered with maximum impact. For fans, this isn’t just another live show — it’s an opportunity to experience the energy, dedication, and artistry that has propelled K-pop into a global phenomenon. Whether singing along to Kyuhyun’s heartfelt ballads or dancing to AHOF’s high-energy hits, attendees are guaranteed a night filled with emotion, excitement, and unforgettable memories.

    With anticipation building, K-pop fans are urged to secure their tickets early to be part of this historic event. From dedicated fan perks to exclusive behind-the-scenes access, K-SARANG SUPER CONCERT 2026 promises to deliver a full spectrum of fan engagement and entertainment. As Malaysia welcomes one of the most interactive K-pop concerts of the year, it is set to become a defining moment for music lovers and a landmark event in the nation’s entertainment calendar.

    📍 Event Details:
    Event: K-SARANG SUPER CONCERT 2026
    Date: 11 April 2026 (Saturday)
    Time: 6:00 PM
    Venue: The Arch Galeries, Kuala Lumpur
    Tickets: Available at www.ticket2u.com.my

    Whether you’re a long-time fan or new to the world of K-pop, K-SARANG SUPER CONCERT 2026 is an event not to be missed — where music, culture, and fan love converge under one spectacular stage.

  • Second Plan Kembali Meriahkan Aidilfitri Dengan Lagu Raya Baharu “Berhari Raya”

    Second Plan Kembali Meriahkan Aidilfitri Dengan Lagu Raya Baharu “Berhari Raya”

    Selepas melalui proses penjenamaan semula, kumpulan yang kini dikenali sebagai Second Plan kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan pelancaran lagu raya terbaharu berjudul Berhari Raya. Lagu ini menandakan fasa baharu perjalanan seni kumpulan tersebut selepas tidak lagi menggunakan nama Sofazr, sekali gus mencerminkan identiti dan hala tuju muzik yang lebih segar.

    Menurut gitaris kumpulan, Zimi, keputusan untuk melakukan penjenamaan semula dibuat selari dengan perubahan barisan ahli kumpulan yang kini dianggotai empat orang iaitu Zimi (gitar), Amir (vokal), One (dram) dan Fairouz (bass). Perubahan ini dilihat sebagai langkah strategik bagi memperkukuh jenama kumpulan serta memudahkan pergerakan mereka dalam industri muzik semasa.

    Walaupun “Berhari Raya” merupakan lagu raya pertama yang dilancarkan di bawah nama Second Plan, karya ini sebenarnya merupakan lagu tema Syawal ketiga mereka selepas Inilah Harinya dan Ingatan di Hari Raya. Menariknya, lagu ini menampilkan elemen muzik light rock berinspirasikan era 60-an yang sarat dengan nuansa nostalgia, sekali gus membangkitkan kemeriahan sambutan Aidilfitri dengan pendekatan klasik yang segar.

    Zimi turut berkongsi bahawa keseluruhan proses rakaman dan pembikinan lagu ini disiapkan dalam tempoh yang singkat, sekitar dua hingga tiga hari sahaja. Lagu ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni mereka sejak awal penubuhan kumpulan.

    Lagu “Berhari Raya” terbitan Nova Music Malaysia boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik digital bermula 27 Februari 2026. Muzik video rasmi lagu tersebut juga dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.

  • HAFIZ SUIP GUGUP LANCAR SINGLE BAHARU, “YANG ENGKAU MAHUKAN”

    HAFIZ SUIP GUGUP LANCAR SINGLE BAHARU, “YANG ENGKAU MAHUKAN”

    Walaupun sudah hampir dua dekad bergelar penyanyi profesional sejak menjuarai Akademi Fantasia Musim 7 pada tahun 2009, Hafiz Suip mengakui perasaan gugup masih menyelubungi dirinya setiap kali melahirkan karya baharu. Perasaan itu sekali lagi hadir ketika beliau merakamkan vokal untuk single terbaharu berjudul Yang Engkau Mahukan, sebuah lagu yang sarat dengan emosi dan kejujuran.

    Single ini merupakan hasil kolaborasi terbaharu Hafiz bersama komposer tersohor Ajai, diterbitkan oleh Sheikh Qalam Records Sdn Bhd dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia. Lagu ini sepenuhnya dicipta oleh Ajai dan menampilkan melodi yang dinamik serta tidak bersifat statik, sekali gus menjadi faktor utama Hafiz terus mempercayai sentuhan komposer berkenaan.

    Menurut Hafiz, tekanan dan rasa gementar itu berpunca daripada jangkaan peminat serta persaingan sengit dalam industri muzik masa kini yang menyaksikan kebangkitan ramai penyanyi lelaki baharu. Namun, beliau menganggap Yang Engkau Mahukan sebagai hadiah istimewa buat peminat yang setia menanti karya terbaharunya. Menariknya, Hafiz turut mengakui lagu ini mempunyai kaitan rapat dengan kisah hidup dan perjalanan peribadinya, namun memberi kebebasan kepada pendengar untuk mentafsir maknanya sendiri.

    Proses rakaman lagu ini juga menuntut kesempurnaan apabila sesi rakaman terpaksa dilakukan dua kali bagi mendapatkan kesesuaian ‘key’ vokal yang benar-benar menepati karakter suara Hafiz. Ajai akhirnya menaikkan satu ‘key’ suara yang dianggap paling ideal, sekali gus menyerlahkan kematangan dan dinamika vokal penyanyi berusia 36 tahun itu. Yang Engkau Mahukan kini boleh distrim di semua platform digital utama sejak 16 Januari 2026.