Industri muzik tanah air bakal menyaksikan satu detik bersejarah apabila dua legasi besar, Cromok dan Barbarik, disatukan di atas satu pentas menerusi Konsert Black On White yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun 2026 bertempat di Idea Live Arena. Konsert yang dibawakan oleh penganjur Imaginex ini menjadi tumpuan utama kerana ia bukan sekadar persembahan muzik keras biasa, malah bakal mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama di Malaysia yang memperkenalkan konsep “No Noise Digital Stage”.
Menerusi pendekatan inovatif ini, Cromok akan menggunakan pentas digital sepenuhnya tanpa penggunaan amplifier tradisional atau pembesar suara besar di atas pentas. Sebaliknya, mereka bergantung kepada sistem In-Ear Monitor (IEM) dan teknologi digital bagi memastikan kualiti audio yang lebih bersih, konsisten, dan bertenaga buat para penonton.
Selain kehebatan teknikal, konsert ini turut mengintegrasikan elemen kecerdasan buatan (AI) dalam aspek visual dan produksi bagi memberikan pengalaman audio-visual yang luar biasa selari dengan evolusi muzik moden.
Pemilihan tajuk “Black On White” pula melambangkan simbolik pertembungan dua identiti muzik yang berbeza namun saling melengkapi antara Cromok dan Barbarik.
Peminat juga bakal menyaksikan penggunaan dram digital berteknologi tinggi daripada jenama tempatan, Sudoku, yang menjadi sebahagian daripada transformasi digital kumpulan tersebut dalam konsert ini. Jualan tiket telah pun bermula pada 22 April 2026 menerusi laman web Ticket2u.com.my bagi membolehkan peminat setia menyaksikan penggabungan dua gergasi metal ini.
Kembali mewarnai industri muzik, Fadhilah Intan tampil dengan single terbaharu berjudul Simpul yang membawa pendekatan berbeza daripada karya sebelumnya. Kali ini, beliau bergandingan dengan penyanyi Malaysia, Daniesh Suffian, dalam sebuah duet yang menyatukan dua gaya vokal yang unik. Kolaborasi ini membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni Fadhilah yang semakin berkembang dan berani bereksperimen. Tidak lagi terikat sepenuhnya dengan nuansa melankolis, Simpul menawarkan warna yang lebih cerah dan penuh emosi positif. Lagu ini berkisar tentang cinta, komitmen serta kekuatan hubungan jarak jauh, digarap melalui lirik indah yang menyentuh jiwa tentang dua insan yang tetap setia dalam satu ikatan.
Dengan mesej cinta yang universal, Simpul turut membawa aura romantik yang sesuai dijadikan lagu tema perkahwinan. Setiap susunan muziknya mampu memperindah momen bersejarah seperti akad nikah atau first dance. Keserasian vokal Fadhilah dan Daniesh menjadi nadi utama kekuatan lagu ini, menjadikan penyampaiannya lebih hidup dan berkesan. Fadhilah mengakui kolaborasi ini hadir secara semula jadi kerana kesesuaian karakter suara mereka. Lagu ini diterbitkan oleh Ruang Baru Music dengan sentuhan orkestra dari FAME’s Studio di Macedonia, menghasilkan gabungan bunyi moden dan klasik yang seimbang. Simpul kini tersedia di semua platform digital bermula 1 Mei 2026 untuk dinikmati oleh peminat muzik.
In 2026, Emirates’ flagship Airbus A380, long regarded as one of the most iconic aircraft in aviation, is set to reach new heights with the completion of its first installation of next-generation Starlink Wi-Fi. The aircraft was among the earliest in the commercial aviation industry to introduce onboard internet, although its first-generation systems provided less than 1 Mbps of bandwidth. With the installation of three Starlink antennas on each A380, onboard connectivity is expected to improve significantly, delivering a “better than at home” internet experience for passengers even while cruising at 40,000 feet.
The first Emirates A380 fitted with Starlink has recently returned to Dubai following successful installation and certification in Newquay, United Kingdom. With more A380 aircraft scheduled for accelerated upgrades throughout 2026, passengers can expect a major improvement in onboard connectivity, allowing them to stream, browse, game, and work seamlessly on personal devices throughout their journey. The service will be offered free of charge across all cabin classes, with a simple and convenient sign-up process. Future enhancements are also planned, including live TV streaming via Starlink, initially available on personal devices before being integrated into seatback screens.
From its well-known Onboard Lounge to its signature First Class Shower Spa, the Emirates A380 has consistently redefined the long-haul travel experience and remains highly regarded by travellers worldwide. With the addition of Starlink’s seamless connectivity across all cabins, the A380 experience continues to evolve, offering passengers a fully connected journey in the sky.
As the world’s largest passenger aircraft, the A380 presents unique engineering challenges and opportunities. This industry-first Starlink configuration has been specifically designed to meet the demands of the aircraft’s double-decker layout and high passenger capacity, with the capability to deliver more than 2 Gbps of total bandwidth across the cabin. Compared to the Emirates Boeing 777, the A380 is equipped with additional wireless access points and a third antenna to better support its higher number of passengers. Enhanced integration between decks ensures a smooth and reliable Wi-Fi experience, allowing passengers to enjoy high-speed connectivity depending on usage and device capability.
To accelerate deployment across its fleet, Starlink installations will soon commence at Emirates Engineering facilities in Dubai. The airline remains committed to delivering best-in-class connectivity across its fleet as quickly as possible, with 25 Boeing 777-300ER aircraft already equipped with Starlink and the first A380 now entering service. To date, more than 650,000 Emirates passengers have already flown on Starlink-equipped aircraft, experiencing the benefits of next-generation onboard connectivity firsthand.
The introduction of Starlink on the A380 forms part of Emirates’ broader efforts to enhance the overall customer journey, including one of the most ambitious aircraft retrofit programmes in aviation history. So far, 93 Emirates aircraft have undergone full refurbishment, featuring the addition of highly regarded Premium Economy cabins, upgraded Business Class, refreshed First Class suites, improved interiors and finishes in Economy Class, and enhanced inflight systems offering more than 6,500 channels of entertainment.
In addition to these hardware upgrades, Emirates continues to invest in training programmes and facilities that are essential to delivering an exceptional customer experience. In mid-2025, the airline opened an US$8 million Centre of Hospitality Excellence to train its 25,000 cabin crew in delivering world-class onboard service, combining both tangible and intangible elements to further elevate the overall travel experience.
Kuala Lumpur, 28 April 2026 – Karnival Jom Heboh (KJH) x Mega JPJ MADANI 2026 mencipta fenomena luar biasa apabila lebih 300,000 pengunjung membanjiri Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang sepanjang tiga hari penganjurannya dari 24 hingga 26 April 2026. Suasana penuh meriah yang menggabungkan hiburan, aktiviti komuniti serta perkhidmatan rakyat menjadikan edisi kali ini antara yang paling signifikan dalam sejarah penganjuran karnival ikonik tersebut.
Kolaborasi julung kali antara Karnival Jom Heboh dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena ulang tahun ke-80 agensi itu berjaya membawa dimensi baharu kepada pengalaman pengunjung. Pendekatan yang menggabungkan elemen hiburan dan perkhidmatan kerajaan dalam suasana santai membuka ruang interaksi lebih dekat antara rakyat dan agensi, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.
Kemeriahan acara turut diperkukuh dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan sambutan ulang tahun ke-80 JPJ. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook serta barisan kepimpinan tertinggi negara dan negeri, sekali gus menambah prestij kepada penganjuran ini.
Sepanjang tiga hari berlangsung, pelbagai aktiviti menarik berjaya mencuri perhatian pengunjung. Antaranya termasuk JPJ Fun Run yang menghimpunkan ribuan peserta dalam suasana penuh semangat, selain inisiatif kebajikan seperti pertukaran helmet dan servis minyak hitam motosikal secara percuma yang menerima sambutan luar biasa. Jualan nombor pendaftaran kenderaan turut menjadi antara tarikan utama, menarik minat pengunjung dari pelbagai lapisan.
Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS) terus menjadi tumpuan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti pertandingan karaoke, cabaran nyanyian serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Kehadiran zon hiburan keluarga seperti Explorace Ejen Ali dan sambutan ulang tahun ke-10 Ejen Ali turut menambah kemeriahan, khususnya dalam kalangan pengunjung muda dan keluarga.
Pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama selebriti dan personaliti popular seperti Zazzleen, Zairi Aziz, Alya Iman, Muaz Zabir, Gabriella, Siti Hariesa dan Nabil Aqil menerusi sesi eksklusif sepanjang karnival, sekali gus menjadikan pengalaman lebih dekat dan bermakna.
Tidak ketinggalan, Rumah Hantu Jom Heboh x Pewaris Susuk tampil sebagai tarikan unik dengan pengalaman seram yang mendebarkan, selain memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu barisan pelakon filem tersebut secara eksklusif. Tarikan ini berjaya mencuri perhatian ramai dan menjadi antara aktiviti paling dibualkan sepanjang acara.
Selain itu, lebih 150 reruai daripada pelbagai jenama dan agensi turut memeriahkan karnival dengan aktiviti interaktif, promosi eksklusif serta tawaran menarik. Dunia Kreatif NSTP dan pelbagai zon gaya hidup termasuk Love Food Fest yang menampilkan hidangan viral dan tempatan turut menjadi destinasi wajib pengunjung sepanjang karnival berlangsung.
Acara kemuncak, Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut menjadi tarikan utama apabila ribuan peminat membanjiri kawasan konsert. Malam Sabtu diserikan dengan persembahan hebat daripada Dato’ Awie, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir, Kristal X dan Wani Kayrie, manakala malam Ahad pula menyaksikan persembahan bertenaga daripada Nadeera, Ara Johari, Hael Husaini, Mariam OIAM, K.O.I dan Floor 88 yang berjaya menggegarkan suasana dengan sorakan gemuruh peminat.
Secara keseluruhannya, Karnival Jom Heboh x Mega JPJ MADANI 2026 bukan sahaja menawarkan hiburan menyeluruh, malah berjaya memperkukuh hubungan antara rakyat dan agensi melalui pendekatan yang lebih santai, inklusif dan dekat dengan komuniti. Kejayaan ini sekali lagi membuktikan Karnival Jom Heboh sebagai platform hiburan keluarga terbesar negara yang terus relevan dan dinanti-nantikan setiap tahun.
Menjelang tayangan Pewaris Susuk pada 30 April 2026, perhatian penonton mula tertumpu kepada kekuatan utama filem ini iaitu keberanian mengangkat elemen budaya dan kepercayaan tradisional sebagai tunjang penceritaan. Dalam landskap filem seram moden yang semakin cenderung kepada pendekatan generik, naskhah ini tampil berbeza dengan membawa sesuatu yang lebih dekat dengan realiti masyarakat tempatan.
Berteraskan konsep susuk yang sinonim dengan kepercayaan lama—sering dikaitkan dengan kecantikan, perlindungan dan keinginan tersembunyi—filem ini tidak sekadar menjadikannya sebagai latar, tetapi sebagai nadi utama konflik. Pendekatan ini membuka ruang kepada naratif yang lebih mendalam, sarat dengan misteri, dilema emosi dan persoalan tentang batas keinginan manusia. Sejauh mana seseorang sanggup melangkah demi memenuhi kehendak diri, dan apakah harga yang perlu dibayar?
Lebih daripada sekadar elemen seram, Pewaris Susuk turut menyentuh lapisan makna yang lebih luas. Ia mengajak penonton merenung tentang pilihan hidup, warisan dosa serta akibat yang tidak dapat dielakkan. Elemen ini menjadikan pengalaman menonton bukan sahaja mendebarkan, tetapi juga memberi kesan emosi yang berpanjangan.
Dari sudut industri, penggunaan elemen budaya tempatan memberi identiti yang lebih kukuh kepada filem ini. Ketika banyak naskhah seram memilih jalan selamat dengan formula biasa, Pewaris Susuk berani kembali kepada akar tradisi, menjadikannya lebih autentik dan sukar ditiru. Keaslian ini menjadi tarikan utama, khususnya bagi penonton yang mencari sesuatu yang segar tetapi tetap dekat dengan pengalaman dan kepercayaan mereka.
Apabila sesebuah cerita berakar daripada sesuatu yang sudah dikenali dan dipercayai, impaknya menjadi lebih kuat. Penonton bukan sekadar menyaksikan, tetapi turut merasai seolah-olah kisah tersebut boleh berlaku dalam dunia nyata. Di sinilah terletaknya kekuatan sebenar Pewaris Susuk—membina rasa takut yang lahir bukan hanya dari visual, tetapi daripada kepercayaan yang telah lama berakar dalam masyarakat.
Dengan gabungan elemen budaya, emosi dan seram yang menyeluruh, Pewaris Susuk menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Saksikan Pewaris Susuk di pawagam bermula 30 April 2026.
Industri muzik global kini sedang mengalami transisi yang amat ketara apabila semakin ramai artis antarabangsa beralih kepada penggunaan teknologi digital dalam aspek persembahan mahupun produksi. Trend ini merangkumi penggunaan sistem monitor telinga (IEM) serta peralatan tanpa amplifier yang kini mula menjadi norma baharu dalam industri. Bagi kumpulan legenda metal tempatan, Cromok, perubahan ini dilihat sebagai satu evolusi penting yang perlu diadaptasi bagi meningkatkan kualiti persembahan serta memudahkan keseluruhan operasi produksi. Menurut gitarisnya, Karl, arah industri kini jelas menuju ke arah digital memandangkan banyak artis antarabangsa tidak lagi bergantung kepada monitor besar di atas pentas, sebaliknya menggunakan sistem IEM sepenuhnya. Selain faktor kualiti, aspek kos turut menjadi pemangkin utama kerana penggunaan peralatan analog konvensional memerlukan pelaburan tinggi yang boleh mencecah sehingga RM45,000 untuk satu persediaan stereo, berbanding sistem digital seperti Kemper Stage Profiler yang jauh lebih ekonomi dan efisien.
Peralihan Cromok ke arah digital ini sebenarnya bermula daripada cabaran teknikal berkaitan sistem pemantauan bunyi di atas pentas yang pernah dihadapi mereka sebelum ini. Pada masa lalu, mereka terpaksa menggunakan sehingga lapan kabinet gitar di atas pentas hanya untuk memastikan setiap ahli kumpulan dapat mendengar bunyi instrumen masing-masing dengan jelas. Meskipun percubaan awal menggunakan IEM pada tahun 2023 tidak memberikan hasil yang memuaskan, penemuan sistem IEM beracuan khas telah memberikan penyelesaian kepada isu kejelasan bunyi tersebut. Sejak itu, Cromok telah memperluaskan penggunaan teknologi ini dengan menggabungkan sistem IEM profesional, Kemper Stage Profiler untuk gitar, serta penggunaan dram digital berteknologi tinggi daripada jenama tempatan, Sudoku. Langkah ini bukan sahaja memastikan konsistensi bunyi tetapi juga mencerminkan sokongan kumpulan tersebut terhadap inovasi tempatan.
Dengan persediaan digital sepenuhnya ini, semua instrumen kini disalurkan terus ke sistem audio tanpa memerlukan penggunaan mikrofon yang berlebihan, sekali gus menjadikan suasana di atas pentas lebih senyap dan bersih daripada gangguan bunyi seperti maklum balas atau kebisingan luaran. Karl menjelaskan bahawa hanya satu mikrofon sahaja digunakan untuk vokal, manakala selebihnya disambungkan terus ke mixer bagi memastikan kualiti bunyi yang seragam di setiap lokasi persembahan menerusi penggunaan sistem rack dan mixer milik mereka sendiri. Walaupun menggunakan teknologi moden yang sangat praktikal untuk persembahan berskala besar, Karl menegaskan bahawa identiti dan jiwa muzik Cromok tetap kekal sama kerana teknologi hanyalah alat, manakala “soul” muzik itu sendiri datangnya daripada artis itu sendiri.
Selain daripada aspek persembahan langsung, Cromok turut memanfaatkan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam proses kreatif dan produksi mereka. Penggunaan teknologi ini membolehkan proses suntingan dan penyusunan muzik dilakukan dengan lebih pantas berbanding era analog, selain membantu dalam menjana idea visual secara kreatif. Malah, video muzik untuk single terbaharu mereka telah dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknologi AI tanpa melalui proses penggambaran tradisional yang rumit. Integrasi sistem seperti MIDI dan “click track” juga membolehkan setiap persembahan diselaraskan dengan tepat dari segi tempo dan teknikal, sekali gus meningkatkan kecekapan produksi serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja tambahan.
Pendekatan digital yang inovatif ini dijangka bakal memberikan pengalaman konsert yang berbeza kepada penonton menerusi kualiti bunyi yang lebih tepat, seimbang, dan terkawal. Walaupun susunan di atas pentas kelihatan lebih ringkas, impak bunyi yang disampaikan kepada peminat tetap bertenaga dan penuh impak. Segala kehebatan teknologi ini bakal diterjemahkan secara langsung dalam konsert akan datang yang menghimpunkan Cromok dan Barbarik di atas satu pentas. Gabungan dua kumpulan ikonik ini bukan sahaja menjanjikan persembahan yang mantap, malah bakal diperkaya dengan elemen visual dan produksi digital serta AI yang akan menjadikannya antara persembahan paling unik dalam sejarah industri muzik metal tanah air.
Rissa Skin terus mengorak langkah dalam industri kecantikan tempatan apabila menganjurkan majlis rumah terbuka eksklusif bersempena pelancaran produk terbaharunya, Rissa Night Silk Cream, bersama duta jenama, Amira Othman. Bertempat di Concorde Hotel Shah Alam, acara ini berjaya menghimpunkan pelbagai pihak termasuk media, pempengaruh, rakan kolaborasi dan pelanggan setia dalam suasana yang penuh elegan dan profesional, mencerminkan nilai jenama yang menitikberatkan kecantikan holistik dan keyakinan diri.
Pelancaran Rissa Night Silk Cream menjadi fokus utama acara, dengan penekanan terhadap kelebihan produk sebagai solusi penjagaan kulit menyeluruh. Diformulasikan untuk mencerahkan kulit, memberikan kelembapan intensif, memperbaiki tekstur serta meningkatkan keanjalan, produk ini turut membantu mengurangkan kesan regangan dan sesuai digunakan pada seluruh badan. Fleksibiliti penggunaannya menjadikannya relevan untuk keperluan gaya hidup masa kini, tanpa mengira jantina.
Sejak menjalinkan kerjasama pada awal 2025, Rissa Skin dan Amira Othman telah berjaya membina sinergi yang kukuh melalui pelbagai kempen digital dan program komuniti yang memberi impak positif kepada pengguna. Amira menyifatkan penjagaan kulit sebagai elemen penting dalam membina keyakinan diri, dan beliau berbesar hati dapat mewakili jenama yang selari dengan nilai tersebut.
Majlis ini turut diperkaya dengan pengisian istimewa termasuk perkongsian mengenai perkembangan jenama serta persembahan hiburan daripada Ameng Spring dan Bella Astillah yang menambah kemeriahan acara. Dalam pada itu, pengasas Rissa Skin, Maam Nurul, menegaskan bahawa kepercayaan pelanggan merupakan tunjang utama dalam perjalanan jenama. Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus membina hubungan jangka panjang bersama komuniti. Dengan pencapaian yang memberangsangkan, Rissa Skin kini berada di landasan kukuh untuk memperluaskan pengaruhnya, termasuk menembusi pasaran serantau dalam masa terdekat.
Penyanyi solois berbakat, Cece Caramel, telah melancarkan EP sulung beliau yang berjudul “Caramelting” sebagai simbolik kepada transisi profesional beliau daripada seorang pencipta kandungan kepada seorang musisi bertauliah. Nama naskhah ini membawa pengertian mendalam, menggabungkan identiti beliau dengan metafora kehangatan dan kelembutan emosi yang dizahirkan menerusi kepelbagaian genre muzik. Proses penerbitan yang dijalankan sepenuhnya di Seoul, Korea Selatan, ini menandakan satu pencapaian signifikan dalam kerjaya seni beliau.
EP tersebut merangkumi tiga buah karya yang memperlihatkan versatiliti vokal Cece, dimulakan dengan lagu berentak rancak ‘Fling Thing’ yang dihasilkan oleh penerbit berprofil tinggi, samUIL. Selain itu, naskhah ini turut menampilkan lagu bergenre K-ballad bertajuk ‘Say Less’ yang menonjolkan ekspresi vokal yang lebih intim, serta lagu pop bertenaga ‘Buzzin’ yang diterbitkan oleh Highkey Music dari United Kingdom. Kepelbagaian ini mencerminkan identiti musikal Cece yang dinamik dan mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai nuansa artistik.
Sepanjang fasa pembikinan di Korea Selatan, Cece telah mendapat bimbingan langsung daripada samUIL, seorang tokoh industri yang mempunyai rekod kerjasama dengan kumpulan global seperti SEVENTEEN dan NCT DREAM. Melalui sesi latihan vokal intensif dan sesi rakaman di studio profesional, kualiti produksi “Caramelting” telah diperhalusi untuk memenuhi piawaian industri muzik antarabangsa. Kini, EP berkenaan telah tersedia untuk akses umum di semua platform penstriman digital utama di seluruh dunia.
Pelancaran Back To You oleh Awakening Music menandakan kembalinya Maher Zain dengan album studio penuh selepas sepuluh tahun. Sepanjang tempoh tersebut, beliau terus aktif menghasilkan lagu popular seperti Rahmatun Lil’Alameen dan Qalbi Fil Madinah. Kedua-dua lagu ini berjaya menarik jutaan pendengar dari seluruh dunia. Album baharu ini menjadi simbol evolusi perjalanan muziknya.
Back To You mengandungi 16 trek yang memperlihatkan perkembangan seni dan spiritual beliau. Album ini menggabungkan pelbagai elemen muzik termasuk pengaruh Afrika. Liriknya pula menekankan tema keimanan dan refleksi diri. Gabungan ini menghasilkan pengalaman mendengar yang lebih mendalam.
Maher Zain menyatakan bahawa album ini lahir daripada perjalanan peribadi yang penuh makna. Beliau mahu setiap lagu memberi ruang kepada pendengar untuk berfikir dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Pendekatan ini menjadikan album tersebut lebih bersifat introspektif. Ia juga sesuai dihayati sepanjang Ramadan.
Penghasilan album ini melibatkan kolaborasi antarabangsa yang luas. Antara yang terlibat ialah Harris J serta Bara Kherigi. Sesi penulisan lagu berlangsung di beberapa negara bagi memperkaya idea muzik. Ini memberi warna baharu kepada karya yang dihasilkan.
Pendekatan pelancaran album ini juga unik apabila dilakukan secara berperingkat. Lagu-lagu diperkenalkan setiap minggu bagi mencerminkan perjalanan spiritual Ramadan. Strategi ini memberi peluang kepada peminat untuk menikmati setiap lagu dengan lebih fokus. Ia mencipta pengalaman yang lebih bermakna.
Album penuh akan tersedia pada April 2026 di platform digital global. Kandungan tambahan termasuk visual akan diumumkan kemudian. Back To You menjadi bukti komitmen Maher Zain dalam menghasilkan muzik yang bermakna. Ia bukan sekadar album, tetapi satu perjalanan rohani.
Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) melalui Biro Profesional bakal menganjurkan majlis kemuncak Himpunan Gen MARA: Sesi Eksklusif Unplugged bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi pada 5 Mei 2026. Program berimpak tinggi yang dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) ini dianjurkan secara istimewa sempena Sambutan Ulang Tahun MARA yang ke-60. Majlis ini dijangka menghimpunkan ratusan tokoh teknokrat, pakar industri, dan usahawan profesional yang merupakan produk keberhasilan ekosistem MARA, merangkumi alumni MRSM, graduan institusi pendidikan MARA, serta penerima tajaan badan tersebut.
Naib Presiden ANSARA Malaysia merangkap Ketua Biro Profesional, Ts. Abdul Razak Abdul Khalid selaku Pengarah Program menjelaskan bahawa penganjuran ini merupakan langkah proaktif dalam menyatukan modal insan mahir yang telah dibentuk melalui pelaburan strategik MARA. Beliau menekankan bahawa Gen MARA adalah aset strategik negara yang memegang peranan kritikal dalam pelbagai sektor profesional, maka himpunan ini bertujuan mengukuhkan jaringan kepakaran kolektif demi kemajuan negara. Solidariti ini juga menzahirkan sokongan padu komuniti profesional di bawah naungan ANSARA terhadap usaha kerajaan dalam memperkasa ekosistem pendidikan dan keusahawanan Bumiputera.
Memilih format ‘Unplugged’, program ini menyediakan ruang kepada para profesional untuk berinteraksi secara terus dan santai dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan agenda nasional. Majlis ini turut menyaksikan pelancaran Skuad ANSARA, iaitu badan sukarelawan rasmi yang berperanan sebagai tunjang sokongan utama dalam menggerakkan program kemanusiaan, teknikal, dan operasi persatuan. Selain itu, pra-pelancaran Karnival Sukan ANSARA 2027 juga akan diadakan sebagai manifestasi awal ke arah temasya dwi-tahunan yang bertujuan menyatukan ribuan alumni merentas generasi serta memperkukuh ukhuwah melalui gaya hidup sihat.
Sebagai organisasi yang menaungi ratusan ribu alumni, ANSARA Malaysia komited memastikan graduan MARA tidak bergerak secara silo dengan bertindak sebagai saluran strategik bagi golongan pakar memberikan input kepada kepimpinan negara. Ts. Abdul Razak menambah bahawa ANSARA mahu membuktikan pelaburan kerajaan melalui MARA telah membuahkan hasil yang lestari dan mereka sedia berkhidmat sebagai rakan strategik kerajaan. Melalui inisiatif ini, ekosistem MARA diharapkan terus diperkukuh bagi menghadapi cabaran masa hadapan demi membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Orang ramai dan ahli profesional yang berminat dijemput hadir memandangkan tiket masuk bagi program ini adalah PERCUMA. Bagi memastikan penyelarasan tempat duduk, para peserta diminta untuk melakukan RSVP segera melalui pautan bit.ly/rsvpunpluggedtpm. Selain itu, pendaftaran manual secara berkumpulan juga disediakan melalui pautan bit.ly/borangdaftar-unpluggedtpm yang perlu diemelkan semula kepada pihak sekretariat di sekretariat@myansara.org.