Malaysia Jadi Tuan Rumah Pelancaran Global Siri HONOR 400: Era Baharu AI Imaging Kini Bermula

Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila dipilih sebagai negara pertama di dunia untuk pelancaran rasmi Siri HONOR 400, yang hadir bersama teknologi pengimejan generasi baharu berasaskan AI. Pelancaran sulung ini menandakan kedudukan penting Malaysia dalam landskap teknologi serantau, khususnya di rantau Pasifik Selatan, dan membuktikan keyakinan HONOR terhadap sokongan pengguna tempatan yang semakin matang dan celik teknologi.

Siri HONOR 400 direka khusus untuk membawa inovasi AI ke tahap yang lebih tinggi, dengan memperkenalkan Next-Gen AI Imaging – satu sistem pengimejan pintar yang mampu merakam setiap momen dengan kejelasan, warna dan perincian luar biasa. Ini menjadikan HONOR antara jenama terawal memacu revolusi teknologi AI dalam kategori telefon pintar kelas pertengahan.

AI Semakin Bijak, Gambar Semakin Luar Biasa

Dengan sistem pengimejan termaju, Siri HONOR 400 memberi pengalaman fotografi mudah alih yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Segala proses merakam, menyunting dan berkongsi kini lebih mudah, pantas dan tepat – semuanya dilakukan dengan bantuan AI yang intuitif. Sama ada pengguna ingin menangkap potret menawan atau suasana malam yang mencabar, telefon ini menjanjikan hasil gambar setanding kualiti profesional.

Reka Bentuk Menawan, Daya Tarikan Tersendiri

Sebagai teaser kepada para peminat, HONOR turut mendedahkan poster pertama Siri HONOR 400 di media sosial rasmi mereka, mempamerkan susunan tiga kamera belakang dalam gaya simetri elegan. Dipadankan dengan warna Grey yang lembut dan sofistikated, rekaan ini menyerlahkan gabungan antara estetik moden dan ketelitian teknologi.

Lebih Daripada Sekadar Kamera

Selain daripada teknologi pengimejan AI, Siri HONOR 400 juga menampilkan pelbagai peningkatan dari segi prestasi dan ketahanan. Ini termasuk kapasiti bateri yang ditambah baik, paparan berkualiti tinggi, ciri AI yang dipertingkat dan binaan yang lebih kukuh – menjadikan ia pilihan ideal bagi pengguna yang mahukan peranti serba lengkap pada harga berpatutan.

Pelancaran Rasmi 8 Mei Ini – Jangan Ketinggalan!

HONOR Malaysia bakal mengumumkan butiran penuh mengenai Siri HONOR 400 pada 8 Mei 2025, dalam sebuah acara yang dijangka mencuri tumpuan komuniti teknologi dan peminat gajet. Orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti perkembangan terkini menerusi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia serta mengunjungi laman web mereka di www.honor.com/my.

Tentang HONOR
HONOR ialah jenama global yang mengemudi revolusi ekosistem peranti AI. Melalui portfolio produk yang merangkumi telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai, HONOR komited untuk menghubungkan pengguna dengan dunia pintar era baharu. Dengan semangat keterbukaan dan kerjasama, HONOR terus melangkaui sempadan inovasi demi mencipta masa depan teknologi yang lebih inklusif dan berdaya saing.