GENKRU Bakal Lakar Sejarah di Singapura – Jangan Lepaskan Detik Ikonik Ini!

Setelah lebih sedekad menguasai hati peminat muzik tanah air, KRU kembali dengan satu lagi sejarah besar! Dari lahirnya gelombang fenomena muzik tanah air pada 1992 hingga detik pembubaran mereka pada 2018, KRU tetap menjadi legenda yang tiada tandingan. Kini, setelah sekian lama, KRU bersatu semula, mengembalikan magis muzik mereka, dan sekali lagi menggegar pentas dengan GenKRU Live In Singapore yang dijadualkan berlangsung pada 28 Jun 2025 di The Star Theatre, Singapura.

Tiket untuk Konsert GenKRU yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur baru-baru ini habis terjual dalam sekelip mata, dan berikutan permintaan yang luar biasa, penganjur ICON Entertainment telah mengumumkan bahawa konsert ini akan dilanjutkan ke Singapura – satu langkah besar untuk membawa kembali nostalgia muzik KRU kepada peminat-peminat mereka di negara jiran.

GenKRU Live In Singapore akan berlangsung pada hari Sabtu, 28 Jun 2025 dengan pertunjukan yang pastinya bakal mencipta sejarah baru. KRU – Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim – bakal menghangatkan Singapura dengan persembahan yang penuh dengan kekuatan muzik, kenangan, dan tentunya, hits-hits besar mereka yang telah menjadi sebahagian daripada soundtrack hidup peminat selama ini.

Iman Tang, pengasas dan pemilik ICON Entertainment, berkongsi rasa bangga dan teruja:
“Tentunya, kami sangat teruja kerana impian membawa GenKRU ke Singapura akhirnya menjadi kenyataan. Kami percaya sudah tiba masanya peminat di Singapura menikmati kehangatan konsert KRU dan momen-momen istimewa dalam suasana eksklusif. Ini adalah tanda penghargaan kepada peminat-peminat kami yang setia sejak dulu.”

Untuk KRU sendiri, ini adalah detik yang penuh makna. Menyatakan kembali cinta mereka kepada peminat di Singapura, Edry berkata:
“Kami amat gembira dan terharu dengan sambutan yang diterima. Konsert ini adalah tanda terima kasih kami kepada peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan. Jangan lupa ikuti dress code yang bakal diumumkan dan pastikan anda hafal semua lagu KRU – kerana ini bakal menjadi malam yang penuh dengan kenangan!”

Bersiaplah untuk ‘perang tiket’ kerana jualan tiket GenKRU Live In Singapore akan bermula secara berperingkat! Dapatkan tiket anda di Sistic secepat mungkin kerana tempat adalah terhad dan setiap kategori tiket pastinya menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan!

Maklumat Acara
Artis: KRU
Acara: GenKRU Live In Singapore
Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)
Lokasi: The Star Theatre, Singapura
Masa: 8 malam
Penganjur: ICON Entertainment
Tiket: Sistic
Laman Web: www.sistic.com.sg

Harga Tiket:
SGD $208 (The Way We Jam)
SGD $218 (Mengerti)
SGD $228 (Awas)
SGD $288 (Ohh! La!la!)
SGD $328 (Fanatik)

Jadi, buat para fanatik muzik dan semua peminat KRU di Singapura, bersiap-siap untuk satu pengalaman luar biasa yang akan membuatkan 28 Jun 2025 menjadi malam yang tak terlupakan. Saksikan sendiri bagaimana KRU mencipta sejarah, membawa muzik legendaris mereka kembali ke pentas dan memberi ‘sejarah’ yang baru untuk generasi akan datang!

Bergabunglah bersama kami, kerana ini bukan sekadar konsert – ini adalah fenomena!