Category: News

  • MISI Rakyat dan Karnival Belia Sumbang Kemeriahan Tahun Baru

    Program Mini Karnival yang diadakan sebagai gabungan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn bersama Misi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ) pada tahun 2024 merupakan inisiatif bersama untuk memberikan kontribusi positif kepada komuniti di Petaling Jaya. Dengan fokus pada kesedaran kesihatan dan penyediaan hiburan berkualiti, program ini menjanjikan pengalaman yang bermakna dan menggembirakan kepada semua peserta.

    Ariff Fadli bin Abd Wahab, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn, menunjukkan semangatnya terhadap penjajaran acara yang tidak hanya mempromosikan gaya hidup sihat tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk mempereratkan hubungan dalam komuniti. “Karnival ini direka untuk menjadi perayaan komuniti kita, menyatukan orang-orang dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan dan kebersamaan,” katanya dengan penuh semangat.

    Turut menyertai acara ini ialah Pengurus Pentadbiran Kawasan MRPJ yang memberikan sokongan penuh kepada kejayaan program ini. “Kerjasama antara pihak kami dengan Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn adalah contoh positif bagaimana kerjasama antara badan-badan tempatan dapat menggerakkan inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat,” kata beliau.

    Malahan, aktiviti yang dianjurkan ini menjadi semakin meriah dengan kehadiran beberapa artis terkenal, Fredo Flybaits, yang menyampaikan persembahan untuk menambahkan lagi keghairahan acara. Kehadiran beliau dijangka menjadi tarikan utama kepada para tetamu yang akan menyertai Program Mini Karnival ini.

    Sebagai kejutan istimewa, YB Dr Afif bin Bahardin dari Pusat Khidmat Dun Taman Medan juga turut serta sebagai tetamu kehormat. Kehadiran beliau diharapkan dapat memberi inspirasi dan semangat kepada belia dan komuniti yang hadir.

    Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi, Tuan Pengasas MISI (TPM) Misi Rakyat, juga menyertai program ini untuk berkongsi pandangan dan visi MISI Rakyat dalam membantu dan memperkasa komuniti setempat.

     

     

    Bertempat di TAPAK Evo PJ City, Urban Street Dining, yang merupakan lokasi strategik dan mudah diakses oleh masyarakat Petaling Jaya ini adalah lokasi yang dipilih untuk menjalankan Program mini karnival tersebut. Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk pertandingan sukan, persembahan seni, dan pelbagai gerai makanan tempatan.

    Mini karnival yang diadakan ini adalah anjuran bersama antara Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn dan Misi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ). Ini merupakan langkah pertama MRPJ dalam menyusun program berkonsep karnival, yang diharapkan dapat menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nanti oleh penduduk setempat.

  • myTukar rebrands annual AutoFair to Tukar-Je CARnival, gives away more than RM1 million worth of prizes, gifts and rewards

    Come 12-14 January, visitors to myTukar’s Retail Experience Centre in Puchong South are guaranteed a certified good time and amazing discounts off selected cars.

    myTukar’s annual AutoFair has now grown to incorporate more than just its retail arm, and visitors to the Tukar-Je CARnival will be able to get financing, aftersales and insurance options on the spot, complete with exclusive offers.

    Look forward to live performances, food trucks, test-drive opportunities as well as a kids driving course where young ones will walk away with their very own ‘myTukar driving license’ after completing a road safety course!

    myTukar CEO, Derrick Eng says, “We’re proud to showcase our myTukar Certified cars and we’re even more excited to showcase our strong ecosystem at the Tukar-Je CARnival. With even more offerings such as financing, aftersales and insurance, customers can now settle all their automotive needs without having to visit or file paperwork across vendors. Finding the perfect family car is a deeply personal journey that takes time, and we wanted our customers to have a comfortable time and space to think about their purchase, while also being able to spend quality time with their family at a carnival.”

    Look forward to exclusive mega offers and giveaways!

    Buy a Car       –        Up to RM8,888 off selected cars

    –        Lucky draw prizes worth RM30,000

    –        Book a car and enjoy:

    –        30% off Body & Paint Package

    –        10% off Maintenance Package

    –        10% off insurance renewal

    –        RM50 TNG card

    Sell your car       –        Lucky draw prizes worth RM10,000

    –        Send your car for an inspection and enjoy:

    –        30% off Body & Paint Package

    –        10% off Maintenance Package

    –        10% off insurance renewal

     

    (Note: Inspections are not available at the Puchong South Retail Experience Centre during the CARnival. Please visit our website for a full list of inspection centres).

    Service your car with CarroCare       –        30% off Body & Paint Package, plus a RM100 service voucher

    –        10% off Maintenance Package, plus free engine oil, OEM oil filter & labour

    Insure your car       –        10% off all car insurance renewals

     

    With myTukar, every car is a quality car that is As Good As New. myTukar Certified means the car goes through a rigorous 160-point inspection check that is bolstered by patented technology and skilled technicians. They’re guaranteed to have no major accident, fire and flood damage and no mileage tampering. Every myTukar Certified car also comes with a 12-month warranty on the engine and gearbox, plus a 5-day money back guarantee.

    The Tukar-Je CARnival is held from 12-14 January, 10am-7pm, at myTukar Retail Experience Centre –  Puchong South. For more details and performance lineup, please visit myTukar.com.

     

  • VOICE OF THE HEART’ Menyatukan Jiwa untuk Rakyat Palestin

    Penderitaan rakyat Palestin semakin teruk dengan setiap hari berlalu, menyebabkan kehidupan harian mereka terjejas secara serius. Keperluan asas seperti makanan, perubatan, dan tempat tinggal menjadi semakin sukar diperoleh, mencipta kehidupan yang penuh cabaran bagi mereka yang terjejas langsung oleh konflik ini.

    Tidak hanya itu, ramai umat islam yang telah terkorban. Krisis kemanusiaan yang dicetuskan oleh peperangan yang kejam dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah, dan menjadikan wanita serta kanak-kanak sebagai tebusan. 

    Bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara kita di Palestin, syarikat pengurusan acara CS Excellent tampil menganjurkan persembahan ‘Voice Of The Heart Concert’ yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, jam 8.30 malam, pada 7 Mac 2024 depan.

    Menariknya, ‘Voice Of The Heart Concert’ menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Rahmad Mega, Jay Jay, Nadeera dan Ernie Zakri.

    Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar berkata, tujuan dan matlamat utama ‘Voice Of The Heart Concert’ ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di Palestin yang amat memerlukan bantuan. Antara bantuan seperti Makanan, Tempat Tinggal, Perubatan dan Infrastruktur. Tidak lupa juga kepada Persatuan Artis Veteren Malaysia dan Pertubuhan Limpahan Kasih (Anak-Anak Yatim dan Asnaf). ‘Kita tahu, mereka ini juga antara yang turut melalui fasa kesukaran sama. Jadi, kita tidak mahu melupakan mereka dan dengan adanya persembahan amal ini sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki Bersama. Pendek kata, sumbangan yang bakal disalurkan adalah menyeluruh.’

     

    “Voice Of The Heart Concert’ ini adalah persembahan kedua terbesar yang kami anjurkan. Sebelum ini kami turut menjalankan acara sama iaitu Rhythm Of Legends Live In Concert di Plenary Hall KLCC membabitkan barisan penyanyi tersohor negara antaranya Dato’ Hattan, Zamani, Mawi, One Nation Emees dan ramai lagi. Sepanjang hampir enam tahun bergiat aktif dalam bidang ini, ada banyak juga program lain yang sudah kami buat,” katanya.

    Berkongsi mengenai pemilihan artis, Marinatasha mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesudian mereka menerima tawaran bagi menjayakan persembahan amal itu,

    “Sebelum ini ada ramai artis lain juga yang kami jemput untuk terbabit sama, tapi hanya yang tersenarai ini saja yang berkelapangan untuk persembahan ini. Mereka juga berminat untuk sama-sama terbabit bagi membantu dan beramal.

    “Dari segi persembahan, pihak penganjur telah menetapkan konsep persembahan perjuangan dan kedamaian selaras dengan tujuan persembahan ini. Jadi, selain lagu popular, mereka juga turut menyampaikan beberapa buah lagu ditujukan khas buat Palestin dalam persembahan Istimewa nanti,” katanya.

     

    Menurut Marinatasha yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang.

    Dalam masa sama, Marinatasha mengajak orang ramai untuk membeli tiket sekaligus boleh berhibur dan memberi sumbangan. Dengan bantuan ini, kita sedaya upaya membantu golongan Keluarga Syuhada dan Keluarga Miskin di sana. Ayuh berdoa dan menyumbang sebagai tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin.

     

    “Sebelum ini, saya juga bersama Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM) terbabit dalam beberapa program amal. Malah, saya bersama seorang lagi Pengarah Urusan CS Excellent iaitu Qhal Mustaffa memang aktif menjalankan kerja sukarelawan. Jadi, apabila berlaku krisis kemanusiaan ini dapat dilihat bahawa masyarakat di Gaza telah hilang segala-galanya.

    “Apabila mendapat peluang, itu yang kami merancang untuk mengadakan persembahan amal berkonsepkan konsert. Macam dikatakan tadi, ia bertujuan untuk berkongsi rezeki. Tak banyak sikit, apa yang penting hasilnya nanti dapat memberi manfaat kepada pihak yang memerlukan.

    Kami daripada CS Excellent dan seluruh warga kerja ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik. Kami juga berterima kasih kepada Mr Ahmad Jeoffrey Aladib dari Malaysia International Franchise Sdn. Bhd selaku penaja rasmi makanan dan minuman (1901 HotDog) di majlis Sidang Media Voice Of The Heart Concert (VOTH) pada 4 Januari 2024 bertempat di Urbanhive dan pada hari konsert yg akan berlangsung pada 7 Mac 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

    “Kepada pembeli tiket, mereka bukan saja boleh berhibur tapi juga beramal. Justeru, kami turut mengalu-alukan dan membuka kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan jika mahu menaja dan menyumbang,” katanya.

     

    Berikut harga tiket menyaksikan ‘Voice Of The Heart Concert’:

    VIP Box : RM5,000.00

    Black Team (Seated) : RM399.00

    Red Team (Seated) : RM299.00

    Green Team (Seated) : RM199.00

    White Team (Standing) : RM 99.00

    Meet & Greet – Add on : RM150.00

  • Pesta Muzik Kuantan: Konsert UNGU dalam Pesta Muzik Kuantan, Tiket Bermula RM58!

    Pesta Muzik Kuantan adalah satu acara yang dirancang dengan penuh kesungguhan untuk menyambut kepulangan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Raja Permaisuri Agong, menjelang penamatantugas mereka di Istana Negara. Dengan adanya konsert ini, masyarakat Pahang dan Pantai Timur berpeluang untuk menyaksikan persembahan unik daripada artis-artis tempatan dan juga bintang utama malam itu, UNGU.

    Pesta ini bakal mempersembahkan gabungan seni muzik dan budaya penduduk tempatan yang ingin terus dipelihara dan dikomersialkan adalah di antara daya tarikan pelancongan yang terbaik untuk pengunjung datang ke Kuantan dan negeri lain di sekitar Pantai Timur.

    Selaku penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd dengan berbesar hati mempersembahkan Pesta Muzik Kuantan yang akan dibarisi oleh kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.

    Penampilan Ungu yang cukup terkenal dengan hits seperti Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.

    Pesta Muzik Kuantan Bersama Dengan Ungu & Artis Tanah Air dijadualkan pada 24 Februari 2024 akan berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang dari jam lima (5) Petang.

    Menurut pengarah-pengarah Showpro Entertainment, penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah satu penghormatan buat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat. Selain daripada itu, beliau juga telah menyediakan system bunyi dan cahaya yang terhangat untuk menarik perhatian pengunjung-pengunjung Pesta Muzikal Kuantan.

     

    “Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang.” 

    “Dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang memang sangat popular di Malaysia.”

    “Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus,maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyat jelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini.”

    “Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Ara Johari, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi.”

    “Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuklah makanan dan produk tempatan kepada pengunjung dari pukul 11pagi di kawasan luar stadium,” ujar Puan Haniah Hassan.

    Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.

    “Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur.”

    “Tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang. Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur,” ujar Pasha.

     

    Lebih mengujakan Pesta Muzik Kuantan menawarkan ‘harga rahmah’ serendah RM58.00 untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.

     

    Harga tiket adalah seperti (SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, (DEMI WAKTU) RM88.00, (CINTA DALAM HATI) RM98.00, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00,  (GEGAR) RM128.00, (VIP B, FREE SEATING) RM388.00, (VIP A, FREE SEATING), RM448.00, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00 boleh dibeli mulai 29 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 2.45 petang. (harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan tiket)

    Jangan ketinggalan untuk berpesta dan meraikan Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2024 bermula dari jam 11.00 pagi dengan karnival jualan makanan tempatan negeri Pahang, cenderahati serta aktiviti-aktiviti menarik di perkarangan stadium dan persembahan konsert akan bermula dari jam 5.00 petang.

    Radio Gegar FM merupakan radio rasmi Pesta Muzikal Kuantan. Segala maklumat terkini boleh didapati dengan mendengar radio Gegar FM atau laman sosial radio tersebut. 

     

    Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh menghubungi juru cakap +60 12-268 2700  (Puan Haniah Hassan) dan hotline bernombor +6012-488 6225.

     

    INFORMASI: 

    ACARA: PESTA MUZIK KUANTA (BERSAMA UNGU & ARTIS TEMPATAN)

     

    ARTIS: UNGU, NAIM DANIEL, KHAI BAHAR, NABILA RAZALI, ARA JOHARI, EDA EZRIN,DEN MANJO

     

    LOKASI: STADIUM DARUL MAKMUR KUANTAN, PAHANG

     

    TARIKH: 24 FEBRUARI 2024

     

    HARGA TIKET: (SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, (DEMI WAKTU) RM88.00, (CINTA DALAM HATI) RM98.00, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00,  (GEGAR) RM128.00, (VIP B, NUMBERED SEATING) RM388.00, (VIP A, NUMBERED SEATING), RM448.00, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00. (harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan tiket)

     

    PENGANJUR: SHOWPRO ENTERTAINMENT

  • DENDANG!: Sebuah Tarian Pembebasan oleh Ramayan

    Dengan bangganya, pejuang muzik psychedelic Malaysia. Ramayan, mengumumkan pelancaran lagu terbaru mereka bertajuk DENDANG! di bawah label rakaman Luncai Emas.

    DENDANG! adalah sebuah persembahan muzik yang menggabungkan unsur-unsur elektronik, post-disco, funk, 80s new wave, dan synth pop, dengan sentuhan khas muzik tarian Asia Tenggara. Lagu ini tidak hanya memikat pendengar melalui irama dan rentak yang asyik, malah membawa pesanan mendalam tentang bagaimana seseorang boleh terlalu terikat dengan hal-ehwal dunia sehingga terlupa untuk mengambil masa dan menikmati hidup.

    Lagu ini juga menunjukkan perubahan dalam proses penulisan lagu dan gubahan muzik Ramayan. Selain mencipta lagu-lagu yang mudah ditangkap, Ramayan, yang kini terdiri daripada hanya empat ahli termasuk rekrutan terbaru mereka, Izzat, kini banyak menulis lagu menggunakan komputer.

    Que berkongsi, “Setelah pemergian bekas pemain keyboard, Nadz, dan bekas pemain gitar, Amin, banyak bahagian keyboard, gitar, dan dram untuk album baru kami telah ditulis dan dirakam sendiri. Ini hanya dapat terjadi atas berkat kemahiran baru kami dalam menggunakan teknologi yang sedia ada dalam rumah masing-masing pada waktu itu. Oleh itu, dalam beberapa segi, kuarantin akibat COVID-19 menjadi satu kekuatan positif bagi kami.”

    Mengimbau kembali kenangan beliau waktu mencipta lagu DENDANG!, Pi’e berkongsi, “Waktu saya mula-mula sekali mencipta demo untuk lagu ini, saya dan isteri saya yang sedang hamil pada waktu itu, tinggal di dalam sebuah rumah pangsapuri kecil di Taman Melawati. Di sana, saya tidak mempunyai studio rakaman sendiri yang kalis bunyi. Oleh itu, apabila saya ingin merakam suara saya di waktu malam, supaya isteri saya tidak terjaga, saya akan keluar daripada rumah dan rakam suara saya di ruang tetangga bangunan kami. Waktu itu saya tidak mempunyai apa-apa peralatan rakaman selain daripada iPad isteri saya dan sepasang fon telinga kecil. Saya menggunakan aplikasi Garageband, dan saya pun merakam suara saya melalui mikrofon di fon telinga kecil tersebut. Namun, disebabkan kawasan itu terbuka kepada jiran-jiran yang lain, saya hanya dapat nyanyi dengan suara yang rendah sekali, hampir-hampir tahap berbisik. Proses ini berlaku setiap hari sehinggalah selesainya PKP.”

    Lagu ini, dan juga album baru mereka secara keseluruhan, telah dihasil bersama dengan Faliq Mohd, bekas ahli kumpulan indie synth pop tempatan yang dikenali sebagai Pastel Lite. Kata Omar, “Kami telah lama mengagumi karya Faliq dalam Pastel Lite dan selama ini, kami teringin sungguh untuk berkerjasama dengannya, cuma belum pernah jumpa projek yang sesuai.” “Bekerja dengan Faliq merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Dalam proses rakaman album ini, Faliq telah menjadi seperti salah seorang ahli band. Citarasa, cara pemikiran dan visi kami sejajar. Dalam beberapa aspek, Faliq telah menjadi seperti mana Sir George Martin dengan kumpulan The Beatles, iaitu ‘ahli kelima’ mereka.” Faliq, juga dikenali dengan nama pentas beliau yang baru, FLQ, berkongsi, “Pada pendapat saya Ramayan adalah salah satu kumpulan yang paling unik di Malaysia. Saya rasa amat terharu apabila mereka menghubungi saya untuk bekerjasama dalam pembikinan album mereka.” “DENDANG! pula adalah antara lagu kegemaran saya dalam album ini kerana ia membawa satu bunyi yang agak lain. Sebuah lagu ala-ala Disko 80an yang dikahwinkan dengan bunyi-bunyi Nusantara.”

    Pelancaran DENDANG! akan disertai sekali dengan sebuah video muzik yang diarahkan oleh Hashra Shamsuddin dan menampilkan pelakon tempatan terkenal, Sharifah Amani, yang kebetulan merupakan peminat setia band ini. Dalam video ini, penonton akan menyaksikan watak utama, seorang kerani pejabat korporat yang bertungkus -lumus bekerja tanpa henti, apabila beberapa watak misteri muncul untuk memujuknya supaya dia berhenti seketika dan menari.

    Ramayan juga ingin menyampaikan, “Mengeluarkan lagu ini adalah perkara yang sangat menggembirakan bagi kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi dengan semua orang, kerana kami telah menunggu sekian lama. Walau bagaimanapun, kami cuba mengingatkan diri supaya tidak mengufuri nikmat, dan sentiasa bersyukur atas betapa mudahnya kehidupan kami, dengan kemampuan untuk melakukan semua ini, sedangkan saudara-saudara dan saudari-saudari kita lagi menderita dalam perang yang sedang berlaku di Gaza. Kami tahu bahawa mengeluarkan lagu ini tidak menyumbang apa-apa sama sekali. Kami hanya boleh berharap bahawa muzik kami sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengatasi perasaan tragedi dan putus asa orang ramai. Sekurang-kurangnya, lagu ini hanyalah sebuah peringatan bahawa kita sepatutnya sentiasa bersyukur atas peluang hidup yang telah diberi.”

    DENDANG! boleh didengar dan dinikmati sekarang di pelbagai platform streaming. Hayatilah lagu ini dan semoga ia dapat mencetus semangat anda untuk menikmati kehidupan seadanya.

    Maklumat produksi/rakaman DENDANG!:

    Composer: Pi’e, Que, Omar, Izzat

    Lyricist: Pi’e, Que, Omar, Izzat

    Producer: Faliq Mohd

    Recording Engineer: Faliq Mohd

    Mixing Engineer: Faliq Mohd

    Mastering Engineer: Felix Voon

    Executive Producer: Mohamed Ilham, Rahman Saharddin

     

  • FESTIVAL SEASON 2023 AT IBIS KUALA LUMPUR CITY CENTRE.

    All foodies are invited! At Kampung Kitchen Buffet Restaurant, the favored daily buffet of ibis KLCC, enjoy a broad assortment of scrumptious culinary delicacies throughout lunch and supper.

    2023 Festive Season at ibis Kuala Lumpur City Centre

    Unwrap the magic of the season with our delectable Festive Season Buffet at Kampung Kitchen! Indulge in a scrumptious spread crafted to perfection, available on Christmas Eve, Christmas Day, New Year’s Eve, and New Year’s Day.

    Dates to Remember:
    Christmas Eve – 24 December 2023
    Christmas Day – 25 December 2023
    New Year’s Eve – 31 December 2023
    New Year’s Day – 1 January 2024

    Make this festive season memorable without breaking the bank! Enjoy our lavish buffet starting from just RM79 per adult.

    10% SPECIAL DISCOUNT
    For those who booked and paid before 18 December 2023

    Bring your loved ones and savour a diverse selection of festive delicacies, from traditional holiday favourites to international delights. Our culinary team has curated a menu that will tantalize your taste buds and create unforgettable memories.

    Our Kampung Kitchen is Halal Certified

    Tag your friends and family to spread the word about the ultimate festive dining experience at ibis KLCC. Let’s make this holiday season unforgettable together!

    For more information, kindly contact:
    Phone: +60 3-2778 3388
    WhatsApp: shorturl.at/bdiw9
    📧 Website: www.kampungkitchen.com

  • BIL MUSA TAMPIL BERSAMA SINGLE TERBARUNYA YANG BERJUDUL ‘PENTAS’.

    Penyanyi dan penggubah lagu yang sangat berbakat dan terkenal dengan lagu-lagunya yang berkonsepkan “healing”, iaitu Bil Musa kini makin dikenali oleh rata-rata peminat muzik indie tempatan. Single terbaharunya, “PENTAS,” yang dicipta oleh komposer terkenal Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat, dan diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).

    “Sebagai insan kreatif, saya perlu mengambil masa untuk menghasilkan sesebuah karya seni, sejurus lagu Pantang dilancarkan, sebuah kolaborasi bersama Noki, ramai yang agak ‘terperanjat’ dengan arah tuju muzik saya, rata-rata mengatakan lagu tersebut ‘catchy’ dan sedikit lari dari genre saya. “

    “Sudah tentu, peminat lebih mengharapkan saya kembali kepada stail yang terdahulu dengan komposisi lagu-lagu ‘healing’ yang lebih sinonim dengan saya sebagai seorang pengkarya muzik,” jelas Bil, atau nama sebenarnya Nabilah Musa, 30.

    Lagu PENTAS yang berunsurkan kerohanian merupakan idea Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat, kata Bil, “Idea asal lagu ini datang dari komposernya sendiri yang mahukan sebuah karya tentang hubungan manusia dengan Sang Pencipta dalam perjalanan hidupnya.

    “Kali pertama mendengar demo lagu PENTAS, hati terus terpaut padanya, rasa sebak pun ada juga. Bagi mereka yang sudah lama mengikut perjalanan seni saya faham bahawa laluan saya bukanlah ‘linear’ kerana walaupun mempunyai peminat tegar, muzik saya seakan tidak ‘sampai’ di Malaysia. Agak susah bagi penyanyi indie seperti saya untuk menyentuh jiwa pendengar secara umumnya. 

    PENTAS bagi saya sangat ‘relatable’ kerana ia menceritakan tentang perjalanan hidup seseorang yang ‘lost’ atau kehilangan arah dan terpaksa menghadapi cabaran, namun dengan kuasa iman, beserta sifat tidak mudah menyerah kalah, dan kepercayaan yang masanya akan tiba suatu hari nanti.

    Lagu bernuansa balada pop ini dinyanyikan Bil dengan stail ‘signature’ yang tersendiri dan kedengaran nyaman walaupun padat dengan maksud yang mendalam mengambil masa selama tiga hari untuk dirakamkan kerana memerlukan konsentrasi serta penghayatan yang tinggi, kata Bil lagi, “Saya mempunyai lingkungan vokal yang tidak terlalu besar, jadi kadangkala susah untuk mencipta kepelbagaian, kini saya mula konsisten dalam mengambil kelas vokal untuk memperbaiki diri. Tambahan lagi, untuk menjadi seorang artis yang dikenali di Malaysia, kita perlu mendedahkan banyak aspek dari kehidupan peribadi supaya bisa mendapatkan cerita ‘insani’, akan tetapi saya seorang yang ‘private’, jadi inilah cabaran saya. 

    Selain single, lirik video juga turut dilancarkan pada tarikh yang sama dengan konsep ‘breaking-fee’ yang penuh simbolik, dengan maksud abstrak yang mempunyai estetika tersendiri.

    Ulas Dato’ KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif AEG, “Bil Musa adalah penyanyi masa kini yang berbakat bukan sahaja dalam bidang nyanyian bahkan dalam bidang penciptaan lagu juga kerana minatnya yang mendalam terhadap muzik, semoga lagu PENTAS dapat memberi lebih ‘exposure’ buat dirinya agar terus dikenali dan disukai ramai.

    Bil yang sedang dalam proses merakamkan sebuah EP, bakal dilancarkan pada tahun depan berkata, “Saya berharap pendengar dapat menerima PENTAS kerana dalam lagu ini saya dedahkan semuanya, segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri, semoga peminat dapat menghargainya dan cuba hayati bait-bait lirik yang saya sampaikan.

    Lagu PENTAS boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

    Manakala lirik video ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

  • “Lagu Saduran Jaz, ‘Seribu Tahun’, Jadi Sorotan di Malaysia”

    Jaz Hayat, penyanyi berbakat kelahiran 1993, kembali mencuri perhatian dalam industri musik dengan perilisan single terbarunya, ‘Seribu Tahun’. Lagu ini adalah sebuah remake dari karya Imran Ajmain yang sangat terkenal pada tahun 2007. Dengan sentuhan istimewa dari komposisi orisinal oleh Taufik Batisah dan produksi oleh Seek, lagu ini membawa elemen yang segar dan modern.

    Jaz juga kongsikan tentang perjalanan dalam pemilihan lagu ‘Seribu Tahun’ sebagai single terbarunya, pada beberapa bulan yang lalu Jaz telah memuat naik satu video rakaman lagu ‘Seribu Tahun’ ini di sosial media Instagramnya dengan durasi satu minit 30 saat itu telah mendapat sambutan daripada pengikutnya di saluran itu.

    “Pada awalnya, saya sangat sukakan lagu ‘Seribu Tahun’ ini dan dijadikan sebagai content di Instagram dengan durasi satu minit 30 saat itu tiba-tiba mendapat sambutan daripada peminat. Setelah itu, saya dan pihak syarikat rakaman Sony Music Entertainment berbincang untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran untuk keluaran single terbaru pada tahun ini selepas keluaran single ‘Bersamamu’” Kata Jaz berkongsi tentang proses lagu ‘Seribu Tahun’ dihasilkan.

    Selain itu, lagu ini sangat istimewa untuk Jaz kerana ia mengisahkan tentang kesetiaan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun seribu tahun lamanya. Namun adakah ia akan bertahan selamanya? Jaz berasa teruja dengan keluaran lagu ini agar pendengar dapat kaitkan dengan pengalaman peribadi masing-masing.

    “Menurut Jaz lagu ini mengenai kesetiaan seseorang yang akan bertahan seribu tahun lamanya dan adakah ia mampu bertahan selama itu? Keunikkan lagu ini juga tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar” Jaz berkata dengan keistimewaan lagu ini.

    Dari sudut aspek lagu, ‘Seribu Tahun’ mempunyai makna lirik yang mendalam dan melodi yang indah, sekali gus genre ballad telah mengembalikan gaya nyanyian asal seperti single sulungnya, ‘Dari Mata’ Hal ini dapat membantu Jaz dalam menyampaikan karya ini dengan lebih baik.

    “Ketika saya sekolah menengah, ‘Seribu Tahun’ sudah pun popular di Kawasan Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Malaysia. Lagu ini mempunyai lirik yang indah dan melodi yang menarik. Genre ballad ini juga dapat mengembalikan cara nyanyian asal saya seperti single pertama dahulu” Kata Jaz, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Dari Mata’ itu.

    Selain itu, lagu ‘Seribu Tahun’ ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, apabila telah disenaraikan di dalam empat buah playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.

    “Jaz tidak sangka lagu ini mendapat sambutan daripada Malaysia, dengan pencapaian ini Jaz mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas sokongan kerjaya saya terutamanya lagu ‘Seribu Tahun’ ini. Semoga tahun akan datang saya akan menghasilkan karya-karya yang lebih banyak dan berkualiti tinggi” Jaz menjelaskan rasa bersyukurnya. Lagu ‘Seribu Tahun’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

  • WOW DAH GAJI: JOM PARTI BERSAMA DAYANG NURFAIZAH, SAIXSE & FLOOR 88 DENGAN TAWARAN HEBAT WOW DAH GAJI!

    Rangkaian beli-belah serba inovatif, WOWSHOP terus menawarkan tawaran yang hebat dan menarik menerusi episod terbaharu WOW Dah Gaji! yang akan bersiaran di TV3 pada 20 Disember 2023, 9.00 malam dan strim melalui Tonton di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    Dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Fizi Ali, Chef Fikri dan Nadia Hasnan sebagai hos bersama, episod terbaharu WOW Dah Gaji turut menampilkan Dayang Nurfaizah, Saixze dan Floor 88 sebagai penyanyi jemputan serta Didie Alias dan Atu Zero untuk persembahan sketsa.

    Pelbagai produk dengan tawaran harga menarik WOWSHOP sehingga 76% peratus diskaun bakal menjadi rebutan penonton. Ayuh,membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji dengan pelbagai promosi terhebat. Antaranya, FG WALET Premium Bird’s Nest With Extra Collagen, HERO 99 3in1 Sakura Blossom Laundry Capsules Detergent dan EUROPLUS Dual Food Chopper.

    Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna WOWSHOP, ini saat yang tepat! Daftarkan diri anda sekarang untuk memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih hebat pada 20 Disember 2023. Selain itu, kepada penonton yang berbelanja sehingga RM200 ke atas pada 20 Disember 2023 ini, anda juga akan menikmati diskaun segera sebanyak RM50!

    Jangan ketinggalan untuk menonton WOW Dah Gaji! yang akan disiarkan pada 20 Disember 2023 (Rabu) ini, pada pukul 9.00 malam di TV3 atau strim melalui Tonton di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui panggilan, TikTok Live atau melayari laman sesawang iaitu www.wowshop.com.my

  • BananaBro Berhasil Mengagihkan Makanan Buat 500 Individu Gelandangan di Kuala Lumpur Hasil Kerjasama bersama SESO Malaysia serta pelanggan setia

    Hari ini, BananaBro, jenama restoran pilihan harian bagi juadah kari dan daun pisang di Malaysia telah mengagihkan makanan buat 500 individu gelandangan di Kuala Lumpur, menandakan satu langkah penting dalam usaha mereka untuk mewujudkan dunia sifar kelaparan. Ini merupakan kemuncak inisiatif Sifar Kelaparan atau Zero Hunger yang bermula pada September tahun ini hasil kerjasama bersama Universiti Sunway.

    Fasa satu bermula menerusi gerai yang didirikan BananaBro di Universiti Sunway dengan objektif utama untuk menjual baucar “Buy 2 Craving Set, 1 Craving Set goes to Charity”.

    Sejumlah 248 baucar telah dijual, menandakan sokongan warga komuniti untuk inisiatif ini serta komitmen BananaBro bagi menangani isu berkaitan kelaparan.

    Fasa 2 inisiatif ini pula dimulakan apabila pelanggan menebus baucar bagi Craving Sets mereka di cawangan BananaBro di Sunway Pyramid dalam tempoh 2 bulan yang seterusnya diikuti dengan pengagihan makanan pada hari ini. Walaupun hanya menjual 248 baucar, BananaBro telah melengkapkan jumlah perbezaan yang diperlukan bagi memenuhi janjinya untuk mengagihkan makanan kepada 500 individu gelandangan yang hadir hari ini.

    Aaron Gan, Ketua Pegawai Eksekutif BananaBro berkata, “Di BananaBro, kami menyambut matlamat PBB bagi “Mengakhiri kelaparan dan memastikan akses kepada makanan selamat, berkhasiat buat semua” menjelang 2023. Menerusi kerjasama bersama Universiti Sunway dan SESO, kami berbangga diberi peluang menaja program ini menerusi inisiatif “Buy 1 Craving Set, 1 Craving Set goes to charity.” Hasil kerjasama ini, kami dapat bersama menanam benih bagi mewujudkan dunia sifar kelaparan dan memacu arah buat masa hadapan yang lebih baik, penuh nutrisi. Bersama-sama, kami komited dalam menjadikan sifar kelaparan satu realiti.”

    Bagi memastikan kejayaan usaha murni ini, BananaBro telah bekerjasama dengan SESO, organisasi bukan kerajaan (NGO) terkenal yang bekerjasama secara aktif bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyediakan makanan buat gelandangan di dan sekitar Kuala Lumpur. Penglibatan SESO turut memperkukuhkan kredibiliti kepada komitmen BananaBro, sekaligus memperkuatkan lagi dedikasi mereka untuk terus memberi impak positif kepada komuniti.

    Nadia, Pengasas Bersama SESO berkata, “Kami di SESO turut gembira kerana warga komuniti dapat bersama-sama menyokong mereka yang memerlukan khususnya semasa musim perayaan ini. Kami ingin turut mengucapkan terima kasih kepada BananaBro serta komuniti pelajar Sunway untuk segala usaha mereka sepanjang program kami pada tahun ini.”

    BananaBro turut melafazkan terima kasih kepada warga komuniti, pelanggan dan rakan yang telah menyumbang kepada kejayaan kedua fasa inisiatif Zero Hunger. Syarikat ini akan terus teguh dalam komitmennya untuk memacu perubahan positif dan berharap untuk terus bekerjasama bersama organisasi yang mendukung komitmen yang sama pada masa akan datang.

    Untuk maklumat lanjut dari BananaBro serta inisiatif pada masa akan datang, layari https://www.bananabro.com.my/ dan ikuti mereka di https://www.facebook.com/bananabro.my/ & https://www.instagram.com/bananabromy/