Category: News

  • “Sinar Sunyi” Lagu Terbaru Dari Hariz Fayahet

    Sejak 2015, Hariz Fayahet terus mengukir namanya dalam seni muzik, terutamanya dengan menyumbangkan lagu-lagu OST untuk drama-drama TV3. Kini, lagu terbarunya, ‘Sinar Sunyi’, menghiasi drama Samarinda ‘Menanti Senja’ setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam mulai semalam.

    Lagu ‘Sinar Sunyi’ telah berkumandang di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 2 Januari lalu. Lirik lagu ini berkisarkan tentang memori percintaan sepasang kekasih yang telah melalui pelbagai cabaran dan tentangan daripada orang sekeliling. Mereka cuba mempertahankan hubungan cinta mereka dan percaya sinar sunyi yang dihadapi mereka pasti akan bertukar menjadi sinar bahagia buat selamanya.

    Kehadiran penerbit drama ‘Menanti Senja’ iaitu Hariff Ahamat, di studio rakaman telah memberi semangat kepada Hariz Fayahet untuk menghayati lagu ini. Lirik dan alunan melodi ‘Sinar Sunyi’ hasil karya Omar K, Iqie Hugh dan Shazriq Azeman mengambil masa 3 hari dan diinspirasikan melalui plot drama serta karektor pelakon yang membintangi drama ini.

    Menurut Omar K, “‘Sinar Sunyi’ sangat serasi dengan Hariz kerana keunikan tona suara yang bukan sahaja berjiwa, malah dapat mengisi ruang lagu dengan feel pop dan ala ala rock balada dalam lagu pop yang lebih bertemakan orchestral. Hariz juga seorang yang kecil kecil cili api kerana mempunyai suara epic. Hariz telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan lagu ini dan ramai yang tertunggu-tunggu akan vokal mantap yang dimiliki oleh Hariz.”

    Sebagai rekod, Hariz Fayahet telah mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak tahun 2015 dan pernah memasuki pelbagai pertandingan. Antaranya menjadi Naib Juara dalam program realiti TV3 iaitu Program Lagu Cinta Kita 3 (LCK 3). Dengan kemenangan ini secara automatik beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Alternate Records. Antara lagu OST yang pernah dibawakan oleh Hariz adalah lagu ‘Pergi’ OST bagi drama ‘Hati Yang Tersakiti’ (2020), ‘Seribu Gundah’ OST drama ‘Risik Pada Hati’ (2021), lagu ‘Ku Cuba OST drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ (2022), lagu Gelora OST drama ‘Segenap Takdir’, lagu ‘Buat Ku Setia’ OST drama ‘Aku Yang Kau Sakiti’ (2023) dan yang terbaharu ‘Sinar Sunyi’ OST ‘Menanti Senja’ (2024).

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu SINAR SUNYI  di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    Turut disertakan lirik lagu SINAR SUNYI::

    Lagu: Sinar Sunyi

    Penyanyi: Hariz Fayahet

    Komposer & Lirik : Omar K, Iqie Hugh & Shazriq Azeman

    Verse

    Mengigilnya tubuh ku

    Mengingati diri mu

    Kelam Jiwa

    Terokai cintai kita

     

    Mana pergi dirimu

    Masihkah kau milik ku

    Tanpa arah

    Tetap asyik ku kejar degup-degup

     

    PRE CHORUS

    Cintai…

    Kita..

    Yang t’lah hilang…

     

     

    CHORUS

    Walau awan merebah

    Aku akan bercahaya

    Cerahkan malam mu

    Tanpa kau menyedari ku

     

    Kini takkan mengalah

    Aku akan  percaya

    Sinar sunyi ini

    Tak akan lagi

    Tak akan kembali

     

    BRIDGE

    Puas ku mengalah, bersalah

    Aku percayakan

    Duka lara yang mencengkam hati

    Takkan ku ulang dan ulang takkan kembali.

     

  • Mahalini & Rizky Febian Bakal Bertemu Peminat di Lovechestra Mahalini In KL

    Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur akan menyambut peminat pada 3 Februari 2024 bermula jam 8 malam di Megastar Arena, KL@Sungei Wang Plaza dengan bintang jemputan khas, Rizky Febian. Alha Alfa, jenama kosmetik terkenal di negara ini, dan Kharisma Music, penganjur persembahan, mempersembahkan konsert ini secara khusus.

    Ditanya mengapa mahu kembali ke Malaysia buat kedua kalinya, Mahalini berkata, “Sebenarnya idea disebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu, saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.

    “Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Bertempat di sebuah restoran terkemuka di tengah-tengah ibu kota yang diserikan dengan deko menawan oleh Kayangan Gallery, bermula 7:00 malam, sebuah sidang media bersama rakan-rakan media Malaysia diadakan bagi membuat hebahan tentang rencana konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR yang bakal diadakan.

    Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, “Pemilihan Mahalini dibuat berdasarkan pencapaiannya dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia beserta jumlah penstriman yang tertinggi di Spotify (Indonesia), dengan karya-karya nyanyiannya yang sering menjadi viral di medsos, dan juga sifat prihatin Kharisma Music dalam mengambil berat permintaan penggemar muzik di Malaysia yang mendambakan hiburan ‘live’ dalam bentuk fizikal.

    “Bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra), ia menggabungkan gubahan dan susunan muzik orkestra yang berkisarkan kisah cinta, kisah suka dan duka sepanjang karier seni serta peribadi Mahalini yang mudah didekati dan sentiasa membuat orang sekelilingnya senang, dan istimewanya konsert ini akan dijayakan bersama 20 pemuzik tempatan yang terpilih. Oleh itu, rugi barang siapa yang tidak menontonnya.

    Setakat ini, Mahalini masih lagi mempersiapkan diri dari segi susunan muzik yang baharu, latihan di studio dan lain-lain persiapan menjelang tarikh konsert.

    “Konsert ini nanti dijangkakan akan berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan hampir 15 sehingga 17 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama-sama band saya sendiri yang dipanggil ‘Lini’ dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

    “Paling istimewa, ‘Iky’ (panggilan mesra buat Rizky Febian) akan turut serta membuat persembahan bersama saya nanti,” jelas Mahalini tersipu malu.

    Selain penganjur bersama, Alha Alfa dan Kharisma Music, konsert ini turut mendapat sokongan dari rakan radio rasmi, ERA, rakan deko, Kayangan Gallery, rakan penerbangan, Batik Air, dan rakan bersama, HAPM.

    Ditanya apakah yang penonton bakal rasai di konsert itu nanti, jawab Mahalini teruja, “Mereka akan terbawa ke dalam dunia saya melalui persembahan yang cukup istimewa, mereka akan merasai sendiri sebuah momen cerita indah dalam kehidupan mereka yang berawal dari karya-karya saya yang mewakili perasaan penonton semua.

    “Jadi jangan lupa temujanji kita dan ‘yuk’ berhibur di konsert Lovechestra Mahalini nanti!

    Sebagai makluman, pembeli tiket konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa sebuah kereta, serta hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menariknya, jadi dapatkan tiket-tiket anda dengan kadar segera!

    Tiket-tiket konsert terbahagi dalam beberapa kategori: Standing (RM279), Gold Seated (RM299), VIP Standing (RM399), VIP Seated (RM429) dan VVIP Seated (RM799).

    Pembelian boleh dilakukan di laman web www.ticket2u.com.my/mahalini.

     

  • FENIX360: Revolusi Lanskap Kreatif dengan Pelancaran Globalnya

    FENIX360, platform media sosial pertama di dunia yang berpusat kepada artis, terus memberikan sokongan dan memperkasakan artis dalam usaha kreatif mereka. FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.

    Pelancaran FENIX360 di Jakarta bulan lalu merupakan perkembangan penting dalam komuniti kreatif.

    Allan Klepfisz, CEO FENIX360 menekankan, “FENIX360 bukan hanya aplikasi; ia merupakan gerakan untuk mengubah landskap artistik, mengalihkan fokus dari platform kepada artis, mencipta persekitaran holistik bagi artis untuk mempamer dan mengkomersialkan hasil kerja mereka.”

    Aplikasi inovatif ini direka untuk memperkasakan artis, memberikan peluang terbaik untuk meningkatkan pendapatan dari usaha kreatif mereka, menetapkan standard baru dalam bidang seni dan sektor kreatif yang membezakannya daripada platform media sosial lain.

    Di FENIX360, pelbagai pencipta seperti ahli muzik, penari, pengeluar, artis, model, dan pereka dapat memperoleh bahagian pendapatan yang besar dari iklan dan transaksi lain, termasuk jualan barang dagangan dan siaran langsung. Platform ini mendorong hubungan yang lebih mendalam antara artis dan peminat, memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

    Platform ini yang berpusat kepada artis mengintegrasikan kandungan dari pelbagai sumber seperti YouTube, Instagram, dan Facebook, menawarkan pengalaman menyeluruh untuk pencipta dan peminat.

    Platform ini sedang meraikan pelancarannya di negara-negara utama dengan acara langsung, mempromosikan bakat tempatan dan antarabangsa, bermula dengan Indonesia, Malaysia, dan Filipina. Kolaborasi dengan pengaruh tempatan dan artis akan menyesuaikan FENIX360 untuk setiap pasaran, meningkatkan daya tariknya.

    FENIX360 kini mempersembahkan FENIX360 Live! di Malaysia pada 21 Januari 2024 di Jiospace, Petaling Jaya dengan persembahan oleh Imsomniacks, MASDO, Noh Salleh, MYO (Jemson), Leaism, dan The Frankie Sixes! Turut menyertai barisan adalah DJ Jemput Dengar! Bermula dari 4.30 petang hingga 10.30 malam, pintu akan dibuka pada jam 4 petang.

    Masuk adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, sehingga 2000 orang, dengan syarat yang sangat mudah iaitu dengan memuat turun aplikasi FENIX360 dari Google Play Store atau Apple App Store, dan mendaftar sebagai pengguna, tanpa bayaran atau langganan yang diperlukan.

    “Kami bangga mempersembahkan FENIX360 sebagai platform yang benar-benar berpusat kepada artis. Kami sangat gembira melaksanakan acara pelancaran di Malaysia kerana kami yakin pencipta dan artis Malaysia akan mendapat manfaat yang signifikan dari pelancaran aplikasi ini,” kata Sandy Monteiro, CEO FENIX360 Asia Pasifik.

    FENIX360 berhasrat untuk berkembang di ASEAN dengan acara langsung akan datang di Filipina dan Singapura. FENIX360 Live! di Indonesia telah berlangsung semalam di Jakarta, Bengkel Space, SCBD Complex, dengan persembahan oleh Voice Of Baceprot, ST12, Hijau Daun, Goliath, Angkasa, Nirwana, Raffa Affar, Dimansyah Laitupa, dan Oomleo Berkaroke.

    Aplikasi FENIX360 kini boleh didapati di fenix360.com dan di platform iOS dan Android secara global.

     

     

  • 17 Tahun Karya dan Pengalaman: Album Pertama Hael Husaini ‘Antonim’

    ‘Antonim (Bahagian I)’ meraih sambutan hangat dengan menduduki tempat pertama dalam carta iTunes Malaysia dan Brunei, menegaskan populariti dan penerimaan album ini di kalangan pendengar digital, menyaksikan kejayaan album yang begitu dinanti-nantikan.

    #1 iTunes (Malaysia & Brunei) & #2 Apple Music Malaysia

    Pada hari pertama album ANTONIM (PART 1) diluncurkan sahaja, album tersebut terus mendapat sambutan yang cukup hebat sehingga menduduki posisi nombor 1 di carta iTunes Malaysia dan juga Brunei berdasarkan jualan digital, manakala di Apple Music Malaysia pula, ia berada di kedudukan nombor 2 berdasarkan jumlah penstriman oleh pendengar.

    “Saya sangat teruja kerana tidak pernah merasai pengalaman sebegini, seluruh pasukan kerja dan label juga terkejut dengan sambutan luar biasa dari pendengar.

    “Saya sangat berterima kash kepada seluruh pasukan saya yang setia dan sentiasa bertungkus-

    lumus dalam menjadikan album ini sebuah kenyataan, terima kasih buat En. Prem, kesemua wakil muzik dari label saya, penulis serta juga penerbit, wakil pegawai seranta saya, pihak pengurusan Virus Unggu Entertainment, rakan-rakan media, keluarga yang menyokong, dan terutamanya peminat semua, Haelers,” ujar Hael.

    Antonim Part (1 & Il)

     

    Album yang memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan ini telah melalui beberapa proses, diantaranya pemilihan lagu-lagu yang telah disenarai pendekkan dari lebih kurang 20 buah lagu. Di antara lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah Diam, Usia, Kejora, Please, Hero dan Sama Seperti Dulu (versi orkestra).

    Tambah Hael lagi, “Album ANTONIM (PART I) ini saya jadikan medan untuk berkarya tetapi konsepnya berlawanan dengan apa yang sering saya hidangkan buat pendengar sebelum ini, namun keseluruhan lagu yang terkandung di dalam album masih lagi berkonsepkan pop dengan nuansa balada serta rock.

    Manakala untuk album kedua pula, ANTONIM (PART II), saya jangkakan akan ada lebih banyak lagi kejutan buat penggemar muzik saya kerana pelbagai pembaharuan yang diketengahkan.

    “Saya berharap agar semua dapat menerima karya-karya saya dalam kedua-dua album ini, semoga pendengar dan penggemar muzik tempatan berlapang dada dalam menerima pembaharuan muzik serta memberi lebih kebebasan kepada anak seni untuk terus berkarya.

    “Dan siapa tahu mungkin ada di antara kita yang mampu berjaya seperti Tan Sri Michelle Yeoh, tetapi mewakili bidang muzik pula.

    Untuk makluman, video muzik (MV) lagu Usia yang melakukan penggambaran di Korea Selatan bakal dilancarkan pada 12 Januari 2024 boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Hael Husaini Official.

     

    Manakala album ANTONIM (PART 1) yang sudah berada di pasaran boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox,

    Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

  • Baki Zainal Dilantik Sebagai Duta CSR, Menerajui Inisiatif Kelestarian Untuk Jenama Isi Rumah Tempatan Eco-Shop

    Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi menarik antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau akan memainkan peranan sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.

    Merupakan seorang individu terkemuka yang komited dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan kita dan memupuk perubahan positif dalam kebajikan masyarakat, komitmen Baki Zainal sejajar dengan visi Eco-Shop ke arah perubahan persekitaran yang lebih mampan dan positif. Bukan itu sahaja, malah pengaruh dan kesungguhan beliau terhadap amalan mesra alam juga selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.

    Sebagai Duta CSR, Baki Zainal akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif kelestarian, berinteraksi dengan komuniti, dan mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen dan acara pendidikan.

    “Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari. Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” katanya.

    Dalam pada itu, pihak Eco-Shop turut memaklumkan bahawa sumbangan pelbagai aspek Baki Zainal dalam pemerkasaan gaya hidup berwawasan ini telah menjulang beliau sebagai duta utama. Kedua-dua belah pihak juga amat mengharapkan agar inisiatif yang digerakkan ini mampu memberi impak dan mewujudkan legasi dalam perubahan positif untuk alam sekitar dan juga komuniti.

    Dengan kerjasama baharu ini, Baki Zainal akan memimpin langkah pertama Eco-Shop ke arah kemampanan dengan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.” Langkah ini tidak hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.

  • Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ Oleh Orange International

    Sebagai penggemar seni dan muzik, anda tidak mahu terlepas Konsert Wali ini! Bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang, acara ini menampilkan gabungan bakat daripada Fadhilah Intan, Saixse, dan Khai Bahar. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kolaborasi luar biasa ini yang dianjurkan oleh Orange International.

    Bertempat di Gula Cakery, KL East Mall, sebuah sidang media khas diadakan untuk mewar-warkan konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi, menurut Dato’ Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International, “Alhamdulillah setelah beberapa siri konsert yang diadakan seperti konsert ‘Live In Concert Radja (Special Appearance Ella)’ yang berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton, pihak Orange International terus berkembang dan terpanggil untuk memajukan industri hiburan tempatan, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.

    “Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana Wali Band tidak dapat menghadirkan diri pada majlis sidang media hari ini di atas urusan kerja di Indonesia, tetapi kami tampilkan pada hari ini bintang ‘Dawai’ iaitu Fadhilah Intan sebagai salah satu artis yang bakal membuat persembahan pada malam konsert nanti.

    Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 merupakan salah satu kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu yang sering menghasilkan hit-hit seperti Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

    Konsert yang direncanakan akan berlangsung selama 2 jam lebih ini bakal diserikan dengan persembahan di antara 13 sehingga 15 buah lagu, kesemuanya bergantung diatas permintaan penonton dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ yang disarankan oleh kerajaan.

    Tambah Dato’ Fadzli lagi, “Kami sangat mengalu-alukan penonton yang hadir untuk mengenakan pakaian serba hijau pada malam konsert nanti sebagai tanda sokongan anda terhadap program Eco-Schools. 

    “Saya berharap agar peminat muzik akan terus menyokong kami dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting agar semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert nanti selama 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre yang bakal menghiburkan penonton semua.

    Tiket-tiket ke KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG terdapat dalam beberapa kategori seperti Rock Zone (RM88), Silver (RM99), Gold (RM129), VIP (RM159) dan VVIP (RM259) dan pembelian boleh dilakukan secara atas talian di laman web www.ticket2u.com.my/walipenang atau di talian hotline +6011-1133 7638.

  • Single pertama dari Hisyam Rahim iaitu sebuah karya yang lebih cenderung kepada “malay minor ballad” berjudul ‘Hal Kita’.

    Hisyam Rahim atau nama sebenarnya Muhammad Hisyam Bin Abdul Rahim, berasal dari Kemaman, Terengganu. Dia sedang menyambung pelajarannya di peringkat diploma dalam jurusan seni persembahan di UMK, Kampus Bachok. Karier seni Hisyam bermula sejak kecil, apabila dia aktif dalam pertandingan nyanyian, pidato, tilawah Al-Quran dan persembahan pentas lain.

    Beberapa pencapaian peribadi Hisyam dalam bidang nyanyian sangat menarik untuk dikongsi diantaranya ialah :

    -Juara Pertandingan Lagu Melayu Asli UMK (2021)

    -Juara Pertandingan Megastarz 3.0 UMK (2022)

    -Juara Pertandingan Lagu Patriotik Merdeka JKKN Kelantan (2023)

    -Juara Pertandingan Lagu Patriotik JKKN Terengganu (2023)

    -Juara Pertandingan Lagu Retro & Klasik Peringkat Negeri Kelantan (2023)

    Baru – baru ini Hisyam Rahim telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bintang Klasik 2023 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ini adalah pencapaian terbesar beliau sepanjang bergelar penggiat seni dan melalui program ini beliau  juga dikenali dengan nama ‘Sitara Hisyam’.

    Walaupun ‘Forte’ Hisyam lebih kepada lagu-lagu klasik akan tetapi beliau juga meminati serta boleh menyanyikan lagu berunsur ‘pop ballad’ dengan baik. Sebagai seorang pelajar diploma seni persembahan beliau mestilah mempunyai ‘Vocabulary’ muzik yang meluas. “Hal Kita” single pertama dari Hisyam Rahim iaitu sebuah karya yang lebih cenderung kepada “Malay Minor Ballad” dimana melodinya sememangnya halwa telinga untuk pendengar muzik tempatan. Lagu yang ditulis oleh ‘Sternistic Mike’ dan ‘Mimpi’, serta liriknya oleh ‘Mimpi’ dikeluarkan di bawah label muzik Media Asia Production Sdn.Bhd. (MAP Music) dan Hisyam Rahim diletakkan dibawah pengurusan Shoreline Resources. Hisyam berharap “Hal Kita” mendapat tempat yang baik dihati pendengar, di samping itu Hisyam mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tempatan,produksi dan sesiapa sahaja yang menyokong beliau. “Hal Kita” boleh ditonton dan didengari di Youtube serta platform-platform digital seperti Spotify,Joox,Apple Music,Itunes,dll. bermula 22 Disember 2023.

    Enquiry :

    +60193057657 – Shahrul

    sy_overture82@yahoo.com

    I.G : _syamrahim

    TikTok : @sitarahisyam

  • Seni Jalanan Bertemu Klasik di Hati Arish Mikael

    Lirik puitis “Nukilanmu” bukan sahaja mengekspresikan emosi Arish Mikael, tetapi juga bertindak sebagai terapi untuk pendengar. Penyampaian perasaan melalui lagu ini diharapkan memberi sokongan dan kesejahteraan emosi kepada peminat dalam pengalaman mendengar mereka.

     

    Arish Mikael, yang berasal dari Muar, Johor, telah menapak dalam dunia muzik sejak usia remajanya. Pada tahun 2018, semasa masih berada di tingkatan 3, beliau memulakan perjalanan muziknya dengan busking di pelbagai tempat. Walaupun ketika itu beliau belum mengambil muzik secara serius, Arish Mikael mulai menulis lagu-lagu yang penuh makna dan emosi.

     

    Pada saat yang sama, nasib baik melanda diri Arish. Ketika beliau sering dibandingkan dengan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad dIsebabkan suara beliau yang sangat mirip dengan penyanyi lagenda tersebut, Arish diberikan peluang emas untuk mengunjungi Luncai Emas dan bertemu dengan Dato’ M.Nasir dan pelbagai pengeluar muzik yang terkenal. Perbualan santai mereka membawa kepada satu peluang luar biasa yang akan mengubah hidupnya.

    Antara lagu terawal yang beliau cipta, Nukilanmu merupakan karya yang sangat penting dalam perkembangan muzik Arish Mikael. Beliau berkongsi, “Lagu ini menceritakan tentang sesiapa saja dalam hidup yang mencetuskan inspirasi kepada diri.” “Radzlan selaku penulis lirik lagu ini, terlibat dengan hampir kesemua lagu yang saya cipta buat masa ini. Lagu ini terlahir semasa saya berada dalam tempoh dipengaruhi karya-karya Melayu seperti SM Salim, Ahmad Jais, M. Nasir, Loloq dan sebagainya, walaupun sebelum itu saya telah terdedah dengan muzik-muzik barat.” kongsi Arish pula tentang maksud dan inspirasi di sebalik lagu ini.

     

    Mengenai proses rakaman Nukilanmu Arish Mikael berkongsi, “Satu pengalaman yang baru dalam produksi muzik kerana dapat bekerja atau rakam dalam studio yang lengkap bersama pemuzik yang lebih ramai. Semestinya ada rasa kekok, sebab sebelum itu saya sudah terbiasa merakam demo sendiri dalam bilik tidur tanpa melibatkan telinga, citarasa, idea atau sudut pandangan orang lain. Jadi ini satu proses yang sangat baik. Tambah pula dengan kehadiran pemuzik yang berbakat seperti Hidayat daripada kumpulan Pitahati, dan Izzat daripada kumpulan Ramayan. Tanpa mereka, projek ini tak akan berseri.”

     

    Namun, pencapaian terbesar dalam kariernya adalah peluang unik yang diberikan kepadanya untuk tampil di Dewan Filharmonik Petronas KLCC untuk mendendangkan lagu-lagu Allahyarham Sudirman sebagai penghormatan atau ‘tribute’ kepada penyanyi tersebut. “Diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat persembahan bersama salah satu orkestra terbaik di Malaysia, adalah sesuatu yang luar biasa. Saya rasa bersyukur dapat bekerjasama dengan barisan penyanyi dan pemuzik yang handal walaupun di fasa awal kerjaya saya ini. Rasa teruja dan gementar, tetapi dengan penerimaan yang baik dari masyarakat, itu adalah penghargaan yang besar buat saya.” luah beliau.

     

    Menurut Ilham, selaku penyanyi kumpulan Pitahati & A&R Luncai Emas – “Nukilanmu adalah nukilan yang bakal mewarnai skena nostalgia.”

     

    Arish Mikael berharap bahawa pelancaran lagu Nukilanmu ini akan menjadi batu loncatan untuk perekmbangan kerjayanya dalam dunia muzik. Dia mengajak semua peminat muzik untuk terus menyokong karya-karya muzik tempatan yang penuh bakat dan potensi. “Semoga ianya menjadi langkah pertama yang memperkukuhkan perjalanan saya dalam dunia muzik. Teruskan menyokong muzik-muzik tempatan.”

    Nukilanmu kini tersedia untuk dimuat turun dan diputar di pelbagai platform muzik. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar puisi yang mendalam ini, yang dipersembahkan oleh Arish Mikael dalam gaya folk pop nostalgia yang memukau.

  • NUKILANMU: PERJALANAN ARISH MIKAEL DARIPADA SENIMAN JALANAN KE DEWAN FILHARMONIK

    Seorang artis yang sedang berkembang dalam industri muzik Malaysia, Arish Mikael kini bersedia untuk mengejutkan pasaran muzik dengan lagu terbarunya, di bawah naungan Luncai Emas, yang diberi judul Nukilanmu. Dikenali dengan bakat nyanyian dan suaranya yang lunak, merdu dan luar biasa, Arish Mikael meneroka perasaan dan pengalaman manusia melalui lirik yang puitis dan melodi yang menawan.

    Arish Mikael, yang berasal dari Muar, Johor, telah menapak dalam dunia muzik sejak usia remajanya. Pada tahun 2018, semasa masih berada di tingkatan 3, beliau memulakan perjalanan muziknya dengan busking di pelbagai tempat. Walaupun ketika itu beliau belum mengambil muzik secara serius, Arish Mikael mulai menulis lagu-lagu yang penuh makna dan emosi.

    Pada saat yang sama, nasib baik melanda diri Arish. Ketika beliau sering dibandingkan dengan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad dIsebabkan suara beliau yang sangat mirip dengan penyanyi lagenda tersebut, Arish diberikan peluang emas untuk mengunjungi Luncai Emas dan bertemu dengan Dato’ M.Nasir dan pelbagai pengeluar muzik yang terkenal. Perbualan santai mereka membawa kepada satu peluang luar biasa yang akan mengubah hidupnya.

    Antara lagu terawal yang beliau cipta, Nukilanmu merupakan karya yang sangat penting dalam perkembangan muzik Arish Mikael. Beliau berkongsi, “Lagu ini menceritakan tentang sesiapa saja dalam hidup yang mencetuskan inspirasi kepada diri.” “Radzlan selaku penulis lirik lagu ini, terlibat dengan hampir kesemua lagu yang saya cipta buat masa ini. Lagu ini terlahir semasa saya berada dalam tempoh dipengaruhi karya-karya Melayu seperti SM Salim, Ahmad Jais, M. Nasir, Loloq dan sebagainya, walaupun sebelum itu saya telah terdedah dengan muzik-muzik barat.” kongsi Arish pula tentang maksud dan inspirasi di sebalik lagu ini.

    Mengenai proses rakaman Nukilanmu Arish Mikael berkongsi, “Satu pengalaman yang baru dalam produksi muzik kerana dapat bekerja atau rakam dalam studio yang lengkap bersama pemuzik yang lebih ramai. Semestinya ada rasa kekok, sebab sebelum itu saya sudah terbiasa merakam demo sendiri dalam bilik tidur tanpa melibatkan telinga, citarasa, idea atau sudut pandangan orang lain. Jadi ini satu proses yang sangat baik. Tambah pula dengan kehadiran pemuzik yang berbakat seperti Hidayat daripada kumpulan Pitahati, dan Izzat daripada kumpulan Ramayan. Tanpa mereka, projek ini tak akan berseri.”

    Namun, pencapaian terbesar dalam kariernya adalah peluang unik yang diberikan kepadanya untuk tampil di Dewan Filharmonik Petronas KLCC untuk mendendangkan lagu-lagu Allahyarham Sudirman sebagai penghormatan atau ‘tribute’ kepada penyanyi tersebut. “Diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat persembahan bersama salah satu orkestra terbaik di Malaysia, adalah sesuatu yang luar biasa. Saya rasa bersyukur dapat bekerjasama dengan barisan penyanyi dan pemuzik yang handal walaupun di fasa awal kerjaya saya ini. Rasa teruja dan gementar, tetapi dengan penerimaan yang baik dari masyarakat, itu adalah penghargaan yang besar buat saya.” luah beliau.

    Menurut Ilham, selaku penyanyi kumpulan Pitahati & A&R Luncai Emas – “Nukilanmu adalah nukilan yang bakal mewarnai skena nostalgia.”

    Arish Mikael berharap bahawa pelancaran lagu Nukilanmu ini akan menjadi batu loncatan untuk perekmbangan kerjayanya dalam dunia muzik. Dia mengajak semua peminat muzik untuk terus menyokong karya-karya muzik tempatan yang penuh bakat dan potensi. “Semoga ianya menjadi langkah pertama yang memperkukuhkan perjalanan saya dalam dunia muzik. Teruskan menyokong muzik-muzik tempatan.”

    Nukilanmu kini tersedia untuk dimuat turun dan diputar di pelbagai platform muzik. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar puisi yang mendalam ini, yang dipersembahkan oleh Arish Mikael dalam gaya folk pop nostalgia yang memukau.

    Maklumat tentang rakaman Nukilanmu:

    Composer: Arish Mikael

    Lyricist: Muhammad Radzlan

    Arranger: Hidayat Nasir, Izzat Latiff

    Producer: Hidayat Nasir

    Juru adun & Juru rakam : FLQ

    Mastering : Andy Walter (Abbey Road)

  • Celebrity Golf Tournament Reclaims the Spotlight!

    After a prolonged pause due to the challenges posed by the Covid Pandemic, the much-awaited fourth installment of the Celebrity Charity Golf Tournament is set to reemerge. Mark your calendars for the afternoon of Sunday, January 21st, as the event unfolds at the Kota Seriemas Golf and Country Club in Nilai, culminating in a luxurious Gala Prizegiving Dinner hosted on-site.

    It promises to be a fun occasion with Celebrities, corporate sponsors and donors coming together for a good cause which is to assist celebrities who are in need of assistance and financial support. Among the celebrities who are expected to participate are Datuk Hattan, Datuk Yasmin Yusoff, Datuk Malek Redzuan, Datuk Hans Isaac, Datuk Dollah Salleh, Sharnaaz, Rahim Sepahtu dan Ajak Shiro.

    Many attractive prizes await the participants ranging from electronic goods to golf vouchers and equipment whilst for those who were not so lucky on the course, many lucky draw prizes are available!

    Sponsorships range from as low as RM1000 (hole sponsors) to RM 50,000 for a title sponsorship. For those wishing to participate as players the fee would be RM 350 per person.

    Just recently Karyawan has had to provide assistance for some well-known artistes who are facing difficulties and health issues, such as Sheqal, Isma Aliff, Hasnol as well as some others who have since passed on recently like the late Rohana Jalil, Datuk M Daud Kilau, Ibnor Riza, club singer Vox Adai and our most famous jazz drummer Lewis Pragasam just to name a few.

    “Efforts such as these go a long way in helping us to provide the necessary assistance for those artistes who have contributed much to the nation’s cultural heritage and entertained us so well in their heyday” said Datuk Freddie Fernandez, President of Karyawan.