Category: Entertainment

  • PERTEMUAN EPIK: HRITHIK ROSHAN DAN PRABHU DEVA BAKAL MEMBAWA API KE ‘STARS ON FIRE KL LIVE’.

    Pemenang anugerah Filemfare Awards sebanyak enam kali, Hrithik Roshan telah mengukuhkan namanya sebagai salah seorang pelakon dengan bayaran termahal dalam industri perfileman India. Beliau juga terkenal dengan kebolehan menarinya yang memukau. Berita tentang kedatangan beliau ke Malaysia menjadi satu berita yang amat gembira buat peminatnya.

    Hadirnya Hrithik Roshan ke Malaysia selepas lapan tahun bukan sebuah bualan kosongsebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023.

    Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut.

    Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert merupakan konsert terbesar buat tahun 2023 yang ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan, bersama dengan Maestro Tarian legenda-  Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora  yang sensasi serta  Sanya Malhotra yang berkarisma.

    The Singing Sensation Aastha Gill dan  Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan membuatkan anda terhibur sepanjang malam yang ajaib.

    Bersedia Kuala Lumpur dan tempah tiket anda sekarang!

    Bakal singgah di Malaysia menerusi siri Stars on Fire Tour lewat Yess Boss Groups, Hrithik buat kesekian kalinya tidak akan mengecewakan peminat. Konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.

    Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.

    Dan sangat istimewa apabila Hrithik ditemani oleh pengarah koreografi, penerbit dan aktor Prabhudeva yang akan menjadi konsert ini sebagai sebuah sejarah.

    Selain itu, konsert ini menampilkan pasangan yang disayangi ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa sebagai pembuka acara. Ia turut diserikan dengan kemunculan Aastha Gills, Vaani Kapoor, Maliaka Arora  dan Sanya Malhotra.

    “Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.

    “Ini akan menjadi tanda aras buat kami di yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

    “Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.

    “Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

    Penganjur juga menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.

    “Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

    “Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.

    “Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan.

    Seperti Hrithik tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia, diharap anda tidak akan melepaskan peluang emas ini dengan membeli tiket yang sudah mula dijual mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi.

    Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari www.yessbossticket.com atau hubungi talian hotline 011-11546805.

    This image has an empty alt attribute; its file name is HR%20EVENT-01.png

  • Pihak penganjur telah menetapkan Tarikh kejohanan “i-SiNG” pada 22hb hingga 26hb November 2023 di Royale Chulan Damansara

    Pertandingan i-SiNG ialah satu lagi kejohanan suara popular di dunia sekarang. Walaupun ia baru ditubuhkan pada 2017, i-SiNG telah pun menerima sambutan hangat. “I” dalam nama mewakili peserta serta kedudukan antarabangsa. “Sing” merujuk kepada minat seseorang dalam bidang nyanyian. Hasilnya, “i-SiNG” memberi dunia peluang sambil turut berasa bangga dengan bakat dan kebolehan mereka.

    Dalam tahun pertamanya, pada tahun 2017, i-SiNG telah mendapat penyertaan dari 24 negara dari seluruh dunia. I-SiNG pertama berlangsung di Yangon, Myanmar. Wakil Malaysia, Nabillah Mohamad, telah Berjaya menduduki tempat ke-7 dalam kejohanan tahun tersebut.

    Tahun kedua, iaitu, tahun 2018, i-SiNG telah berlangsung di Paris, France. Peserta lelaki Malaysia, Shafiq Ikhwan, telah Berjaya menggondol juara dunia i-SiNG mengalahkan peserts dari hampir 40 negara.

    Pada tahun 2019, i-SiNG World telah berlangsung di Stockholm, Sweden, dengan 47 negara. Malaysia menghantar 2 peserta, iaitu, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan. Mohamad telah mendapat tempat ke-dua dalam kejohanan tersebut dan diikuti pula dengan Nadia ditempat ke-tiga.

    Pasukan Malaysia dikelolakan dan dianjurkan oleh MyISing Malaysia. Pada tahun 2020, Rythymis Mines telah mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan i-SiNG Dunia yang ke-4 di Kuala Lumpur. Perjanjian telah dimeterai pada bulan Mac 2020 tetapi tidak lama kemudian, Malaysia telah menutup sempadan akibat pandemic Covid 19. Justeru itu, kejohanan yang ke-4 itu telah ditunda sehingga dunia bersedia membuka sempadan semula.

    Kini i-SiNG bercadang untuk meneruskan semula kejohanan dunia ini. Kuala Lumpur telah diberi kehormatan sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini. Pihak penganjur telah menetapkan Tarikh kejohanan pada 22hb hingga 26hb November, 2023, di Royale Chulan Damansara.

    Dalam ucapan Encik Yuro T, Pengasas dan Pengerusi i-SiNG World Pte. Ltd., menyatakan yang sehingga hari ini sudah lebih 20 negara mengesahkan kehadiran mereka ke kejohanan i-SiNG Dunia di Kuala Lumpur. Kebanyakkan negara peserta amat teruja untuk menyertai kejohanan dan Kembali membuat persembahan di pentas antarabangsa. Penganjur MyISing Malaysia telah merancang untuk menganjurkan satu kejohanan yang amat meriah lagi menerujakan di Kuala Lumpur. Selain bertanding, para peserta akan disaji dengan berbagai makanan Malaysia dan dibawa melancong sekitar Lembah Kelang secara percuma. Diharapkan kejohanan ini dapat mempromosi dan memikat lebih ramai pelancong ke Malaysia.

     

  • CAPTIVATING SHADOWS: VIVO V29 5G AURA LIGHT 2.0 REDEFINES POTRAIT PHOTOGRAPHY.

    This image has an empty alt attribute; its file name is SPINE-CHILLING%20PORTRAITS%20WITH%20VIVO%20V29%205G%20AURA%20LIGHT%202.0.png

    In an exciting development, Vivo Malaysia has officially joined forces with Sunway Lagoon for the highly anticipated Nights of Fright 9 event. This dynamic collaboration aims to highlight the cutting-edge Vivo V29 5G smartphone and its exceptional Aura Light 2.0 feature, perfectly aligned with the spooky theme of the occasion. With its advanced Aura Light 2.0 function, this smartphone proves to be an invaluable asset for capturing remarkable portraits, even in challenging and unconventional lighting conditions, adding an extra layer of excitement to the experience.

    Infusing creativity into Halloween celebrations

    Vivo Malaysia and Sunway Lagoon, known for their innovation and entertainment offerings, have united their expertise to combine cutting-edge technology with the eerie ambiance of Nights of Fright 9, enhancing the overall event experience.

    Immersive Nights of Fright 9 Experience

    Malaysians can anticipate an exhilarating experience at Nights of Fright 9, immersing themselves in the spooky festivities while leveraging the innovative capabilities of the Vivo V29 5G smartphone’s Aura Light 2.0 feature to capture unforgettable moments.

    Creating exceptional Halloween portraits

    The Aura Light 2.0 feature on the Vivo V29 5G smartphone empowers users to capture exceptional portraits, preserving the essence of Halloween and the spine-chilling atmosphere. It ensures high-quality photo outcomes, enhancing the overall frightening aura of the event.

    Furthermore, in an exciting initiative, Vivo Malaysia has initiated the “99 Nights in Portrait 2.0” contest, encouraging Malaysians to infuse their creativity with the Halloween theme for a chance to win remarkable prizes.

    For more information, please stay tuned for the latest updates on the Vivo Malaysia official Facebook page and the Vivo Malaysia official website.

  • PESTA MUZIK BERSAMA AMIR MASDI: JELAJAH ALBUM TERBARU MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

    Amir Masdi, yang semakin meroket dalam dunia muzik, telah mengadakan sebuah showcase jelajah album yang epik di Hard Rock Café, Melaka, pada 15 September yang lalu. Acara ini telah memukau lebih daripada 600 peminat yang datang dari seluruh pelusuk negeri dengan harapan besar.

    Amir, yang usianya baru 27 tahun dengan nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, berjaya memberikan persembahan ‘A Class’ yang penuh semangat. Beliau menghiburkan penonton dengan membawakan 21 lagu, termasuk lagu-lagu daripada album terbarunya, serta beberapa lagu terdahulu yang masih menjadi kegemaran peminat.

    Momen emosi dan keceriaan yang dihasilkan dalam acara ini pasti mencipta kenangan yang tak terlupakan bagi semua yang hadir. Jika anda belum berpeluang menyaksikan persembahan gemilang ini, jangan risau! Konsert Amir Masdi akan datang tidak lama lagi. Sertailah kami dalam pengalaman muzik yang menakjubkan!

    “Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi peluang keemasan ini hadir tepat pada waktunya. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakan projek ini di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka. “Apa boleh dikatakan, penonton yang hadir pada persembahan siri jelajah album Amir Masdi memang hebat. Tanpa sokongan mereka, mustahil untuk saya berjaya berada atas pentas itu seterusnya menghiburkan mereka semua.

    “Tidak dinafikan ‘crowd’ pada malam itu sangat ‘sporting’. Walaupun ada lagu baharu daripada album, tapi mereka tetap menyanyi bersama. Semangat mereka itu menjadi aura untuk saya terus memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya. Pada persembahan selama dua jam itu, Amir diiringi lima pemuzik berpengalaman.

    Berita gembira buat peminat Amir Masdi apabila siri jelajah album itu bakal diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara tidak lama lagi. Selepas kejayaan persembahan di lokasi pertama Hard Rock Café, Melaka, seterusnya Amir akan berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Maklumat lengkap persembahan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

    “Ini adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan kemudian. Jadi, nantikan pengumuman dari sesame ke semasa,” katanya.

    Menariknya, Amir adalah artis pertama yang membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka bersempena ulang tahun ke-10 mereka. “Pihak Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka.

    Apabila dapat tahu saya terkejut sebab bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’ di situ,” katanya.

  • Ribuan peminat dari komuniti indie berkumpul di Tasik Raban Resort di Lenggong Sempena TAPAUFEST 2023

    Beribu-ribu peminat dari komuniti indie berkumpul di Lenggong untuk meraikan seni dan kreativiti berlatar belakangkan pemandangan tasik dan gunung di Tasik Raban Resort pada 7 dan 8 Oktober 2023. Edisi keenam TAPAUfest, yang dianjurkan oleh TAPAUasia dan kembali ke Lenggong buat kali kedua, terbukti menjadi pengalaman yang takkan dilupakan untuk semua yang hadir pada hari tersebut.

    Pengunjung festival boleh memilih untuk mengambil ‘roadtrip’ ke Lenggong dengan memandu atau menggunakan perkhidmatan bas atau kereta api ke Ipoh dan wakil dari Majlis Daerah Lenggong sedia menunggu untuk membawa pengunjung ke lokasi festival.

    Pintu mula dibuka pada 9 pagi bagi memberikan masa secukupnya untuk meneroka keajaiban semula jadi Lenggong yang memukau, antaranya di Lata Kekabu, atau menikmati secawan kopi di tepi sungai di Pio Kopi sebelum persembahan muzik di pentas PENTAS bermula pada jam 5 petang.

    Bagi mereka yang tak mahu meninggalkan tapak festival, Pasar Komuniti T3 (PASAR), dikurasi dan direka oleh kolektif seni Tingkat 3, menawarkan peluang untuk membeli barang dari seniman tempatan, menyertai bengkel seni dan DIY, menikmati persembahan DJ, atau melayan diri dengan servis gunting rambut dan urut kaki.

    Peserta festival juga diberi peluang istimewa menikmati persembahan DondangSayang dan Mak Yong yang autentik, dikurasi dengan penuh kasih oleh Kakiseni. Persembahan-persembahan ini, bersama dengan sesi kongsi termasuk tayangan di BENGKEL dan LAYAR, menambah dimensi budaya yang kaya di TAPAUfest.

    Sebelum persembahan muzik dimulakan, pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah jalanan tempatan dari Lenggong dan seluruh Malaysia. Memastikan keaslian pengalaman WARUNG tanpa melibatkan stereotaip festival, semua makanan dan minuman bukan hanya lazat tapi harganya juga berpatutan.

    Tepat jam 5 petang, hos TAPAUfest, bintang lakonan Iedil Dzuhrie Alaudin dan Sharifah Amani, membuka tirai mengajak semua orang untuk berkumpul di PENTAS.

    Persembahan pertama dimulakan oleh kugiran “midwest emo”, Mascot yang membawakan persembahan sangat sesuai dengan angin kencang semulajadi dan tenaga penonton mereka.

    Seterusnya Rub of Rub dari Bandung muncul dengan muzik latar yang cukup sempurna untuk matahari yang sedang terbenam sambil memikat penonton dengan bunyi dub mereka. Ini merupakan persembahan sulung mereka di luar Indonesia.

    Setelah rehat Maghrib, duo elektronik Wobbebong mengembalikan semangat penonton dengan persembahan bertenaga berserta penampilan istimewa oleh rapper Hullera untuk lagu kegemaran penonton “Kereta Terbang”.

    Kugiran legenda Singapura, Force Vomit kemudiannya memulakan set mereka dengan lagu “Spaceman Over Malaysia”. Ini merupakan kali pertama mereka membuat persembahan di Perak sejak tahun 2004.

    Rock ‘n roll ‘Supergroup’, Jemson seterusnya mengambil alih pentas dengan persembahan yang sangat bertenaga. Bintang dan penyanyi, Naim Daniel turut membuat penampilan istimewa untuk lagu “Mula Semula.”

    Hari pertama TAPAUfest 2023 ditutup dengan persembahan menawan oleh Nadin Amizah dari Indonesia. Di bawah cahaya bulan di tepi tasik, Nadin menyampaikan persembahan selama 45 minit yang bermula dengan hit terbarunya, “Rayuan Perempuan Gila,” dan berakhir dengan seluruh penonton festival menyanyikan bersama “Sorak Sorai.”

    Hari kedua bermula seawal pada jam 7:45 pagi, dengan penonton berkumpul di tepi tasik berkabus untuk “Sesi Tikar Mengkuang“, yang menjemput peserta festival untuk merehatkan badan dan minda mereka melalui sesi regangan dan meditasi.

    Satu lagi elemen TAPAUfest yang kembali pada edisi tahun ini adalah “Rakyat Games” yang dihoskan oleh Leaism. Peserta boleh mengembalikan nostalgia di sekolah dengan bermain permainan klasik seperti “Tuju Selipar,” “Galah Panjang,” dan “Zero Point,” dengan peluang untuk memenangi hadiah dari Vans.

    Pentas hari kedua dimulakan oleh kugiran Mid-Tempo 70’s Punk asal Bogor, The Jansen yang terus menghidupkan pentas sambil dipenuhi peminat yang cukup teruja untuk menonton persembahan pertama mereka di Malaysia.

    Legenda tempatan dan pelopor indie, Muck, kemudiannya muncul di atas pentas, mempersembahkan 11 lagu termasuk “Where Only You Belong” dan anthem indie kegemaran ramai “Orang School”.

    Door Plant, kugiran indie pertama dari Thailand di TAPAUfest, memberikan kejutan manis kepada mereka yang ingin mencari muzik baru dengan penonton menari meskipun tanpa memahami sepatah perkataan dalam bahasa Thai. Hujan mula menitis ketikan Fikri dan kugirannya naik ke pentas mencipta suasana yang sempurna untuk bunyi neo-folk  Bayangan.

    Hujan yang turun dengan lebatnya ketika persembahan Lomba Sihir dari Jakarta tidak melunturkan semangat malah menghidupkan semangat penonton untuk menyanyi dan menari dalam hujan sepanjang persembahan mereka.

    Zee Avi mengakhiri PENTAS dengan persembahan yang istimewa dengan menunjukkan bakatnya sebagai penulis lagu, pencerita dan pemuzik. Di antara lagu yang dipersembahkan adalah “Just As I Am,”, sebuah cover dari The Strollers, band legenda yang dianggap sebagai kugiran indie pertama dari Malaysia.

    Zee menutup malam dengan “Kantoi”, yang menjadi antara momen paling epik dalam sejarah TAPAUfest, dengan setiap orang di festival turut nyanyi bersama.

    Ketika pengunjung singgah di WARUNG bagi mengisi perut sebelum pulang, warga ‘campers’ kembali kawasan perkhemahan oleh Santuy Travellers untuk sesi “Bonfire Akustika” khas bersama Amir Jahari sebagai penutup TAPAUfest 2023 yang sebenar.

    “Kami berasa bahawa banyak memori-memori indah yang kekal sepanjang hayat tercipta menerusi pertemuan komuniti indie yang menjayakan TAPAUfest di Lenggong ini”, kata pengasas dan pengarah TAPAUfest, Ahmad Faris.

    “Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi dan Digital atas sokongan mereka dalam menjadikan acara ini menjadi realiti.”

    TAPAUfest 2023 adalah pengalaman festival oleh TAPAUasia dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Ipoh Social Club, Verssusika serta rakan rasmi Vans, Yoodo, Batik Air, Era, Gempak dan Syok.

    TAPAUfest 2023 disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) melalui MyCreative Ventures (MYCV).

    Jangan lupa: TAPAUfest 2024 akan kembali ke Lenggong pada 5 dan 6 Oktober 2024.

  • Filem seram ‘Cerana Biduk Bu Merah’ bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2023 dipagawam seluruh negara

    Filem Seram Terbaru, “Cerana Biduk Bu Merah,” Akan Menghantui Layar Pawagam Anda Mulai 12 Oktober 2023. Jangan lupa untuk saksikan filem seram ini di pawagam berdekatan rumah anda!

    Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , En Haizul Anafer Ali berpendapat , filem Cerana Biduk Bu Merah ini wajib menjadi tontonan umum kerana banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.

    Segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin mencapai kejayaan , ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti .

    Justeru itu saya menyeru untuk menonton Filem Cerana Biduk Bu Merah ini , kerana selain wadah hiburan ia menyelitkan natijah perbuatan syirik , saka , semangat dan spiritual yang masih berleluasa dalam masyarakat kita.Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual yang besar .

    Filem Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha , Pekin Ibrahim , Wan Hanafi Su , badrul Muhayat , Sarah Daewoo ,Pyan Kepoh dan ramai lagi .

    Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di negeri Perak .

    Semoga Goldhill Pictures Sdn Bhd akan terus menghasilkan filem-filem bermutu yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini. Kerjasama dan sokongan daripada para wartawan amatlah dialu-alukan bagi memastikan semua misi dan visi ini mencapai matlamat yang diharapkan.

    SINOPSIS

    Seorang wanita tua Bu Merah yang dipinggirkan oleh orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka , menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol bernama Sofia . Bu Merah biar pun tua , tapi kulitnya tidak berkedut ,malah dia sentiasa kelihatan cantik . Penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda .

    Takdir menentukan , Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya . Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu cerana Biduk . Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah . Cerana Biduk perlu dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambungnya .

    Berjaya kah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagan anda .

    SENARAI KARYAWAN

    Terbitan                                                                               Goldhill Pictures Sdn Bhd

    Penerbit                                                                              Haizul Anafer Ali

    Penerbit Eksekutif                                                          Azlin Rahim & fatimah Nordin

    Pengarah                                                                             Haizul Anafer Ali

    Penolong Pengarah                                                        Lenny Merlina

    DOP                                                                                       Kamarul Arif

    Special Effect                                                                     Jlo

    Pengurus Produksi                                                          Zalman Azreen Bin Zainal Azlan

    Pengarah Seni                                                                   Abd Wahid Idris

    Make Up                                                                             Shah Peel

    Still Photo                                                                           Wan Khairul

    Konti                                                                                     Zainudin Muhamad

    PELAKON

    Fasha Sandha                                                                    Bu Merah

    Pekin Ibrahim                                                                    Imran

    Wan Hanafi Su                                                                  Hj Rusli

    Sara Daewoo                                                                     Sofia

    Badrul Muhayat                                                               Husin Belati

    Pyan Kepoh                                                                        Haikal

  • EKSPLORAS KREATIF SATWO: ‘CAHAYA MALAM’ SEBAGAI KARYA FENOMENAL TERBARU.

    This image has an empty alt attribute; its file name is SATWO%20.JPG

    Dengan single terbaru ‘Cahaya Malam’, Satwo terus menunjukkan keupayaan mereka dalam membawa pengaruh segar dalam industri muzik Malaysia, mempersembahkan karya yang unik dan bermakna di bawah bendera Luncai Emas.

    Cahaya Malam merupakan single ketiga dalam kerjaya mereka setelah Untok Kita dan Gelap, menggabung unsur-unsur seperti indie-folk dan pop melankolia dengan cara yang unik, menangkap kalbu pendengar dari awal hingga akhir. Single ini adalah bukti bahawa artis-artis tanah air mampu menciptakan sesuatu karya yang bukan sahaja mudah ditangkap pendengar malah unik, istimewa dan kreatif.

    “Bagi kami, Cahaya Malam ialah kesinambungan dari single kami yang sebelum ini, Gelap. Lagu Cahaya Malam bermula dengan intro yang seperti ‘chanting’ atau mantera, bagi menenangkan perasaan kusut dan membuat pendengar memberi perhatian pada melodi yang akan dinyanyikan seterusnya. Berbanding dengan ‘mood’ dua single sebelum ini yang gelap, lagu ini lebih santai dan tenang.” kata Maz, separuh daripada suara Satwo dan pemain keyboard mereka. “Inspirasi Cahaya Malam datang dari perasaan selepas dendam itu terbalas dan menceritakan kesan daripada dendam, sama ada baik atau buruk.” kata Rafiz pula, satu lagi suara Satwo. “Walau bagaimanapun kami tak sabar untuk para peminat dan orang ramai mendengarnya dan menafsirkan lagu ini dengan cara mereka sendiri yang berhubung dengan jiwa peribadi mereka.”

     

    Maklumat mengenai produksi Cahaya Malam:

    Lagu & Lirik : Satwo 

    Nyanyian : Satwo

    Susunan : Ilham / Satwo 

    Produser : Ilham 

    Piano & Synth : Maz

    Synth Pads : Ilham 

    Gitar : Rafiz 

    Drum : Acin Pukul

    Bass : Masrin

    Penyelaras Projek : Rahman Saharddin

    Jururakam : Mohd Akmar Soffian 

    Juruadun : Husyairi Hamzah 

    Mastering : Steve Carrao

     

    Cahaya Malam akan tersedia di semua platform streaming utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan Joox, bermula pada hari Jumaat, 22 September 2023.

    Satwo telah memperoleh pengikut yang setia melalui single-single mereka yang terdahulu dan persembahan ‘live’ mereka yang mengagumkan, dan Cahaya Malam berjanji untuk lebih mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu pemain utama dalam arena indie-pop Malaysia.

    Untuk sebarang pertanyaan, permintaan temu duga, atau maklumat lebih lanjut mengenai Satwo dan Cahaya Malam, sila hubungi kami melalui emel atau telefon yang tertera di atas.

    Ikuti Satwo:

    – Facebook: SATWO

    • Twitter: @SatwoMusic
    • Instagram: @satwomusic
    • Tiktok: @satwomusic

    This image has an empty alt attribute; its file name is CA%20cahaya%20malam.png

  • DALAM ‘HEAT’ TERBARU, ALYPH MENGHADIRKAN KEHANGATAN SEPENUH HATI

    Penyanyi rap serba boleh asal Singapura, ALYPH, kini memikat peminat dengan projek terkininya yang berjudul ‘HEAT’. Single ini merupakan hasil karya kedua ALYPH untuk tahun 2023, setelah pelancaran single sebelumnya, ‘CHECK’, pada bulan Februari.

    Sama seperti dalam ‘CHECK’, ‘HEAT’ menceritakan cerita kehidupan sehari-hari ALYPH. Namun, dalam lagu terbarunya, ALYPH merenungkan ruang fikir seorang pejuang hip-hop yang telah mencapai kejayaan cemerlang.

    Walaupun berada di puncak kejayaan, terkadang kita perlu berhenti sejenak dalam perjalanan kehidupan. ALYPH ingin menyatakan bahawa berada dalam keadaan tenang dan mendiamkan diri bukanlah perkara yang negatif. Yang lebih penting adalah bagaimana kita teruskan langkah ke hadapan, menyimpan tenaga sehingga ia diperlukan pada waktunya.

    Dalam usaha untuk menyebarkan mesej ini, ALYPH akan menganjurkan konsert eksklusif yang pasti memukau peminatnya. Mari sertai kami dalam konsert yang bakal berlangsung, dan bersama-sama kita merasai kehangatan ‘HEAT’ secara langsung! Jom sertai kami dalam persembahan muzik yang mengasyikkan ini dan sambut kehangatan dalam ‘HEAT’ oleh ALYPH.

     

    HEAT ialah tentang mencari tenaga selepas berehat untuk seketika,” jelas ALYPH. “Ini adalah perkara biasa – setiap kali saya mahu pergi bekerja, atau melakukan sesuatu, saya perlu diberikan semangat, untuk bersiap sedia buat hari tersebut.”

    Walaupun tajuknya mungkin menggambarkan sesuatu yang panas, ‘HEAT‘ seumpama kereta laju yang menelusuri persekitaran yang tidak dikenali. Setiap hari menawarkan sesuatu yang baru buat ALYPH – dia perlu membawa kehangatan, tetapi dia mesti melakukannya dengan tujuan yang betul.

    “Tuhan menguji / mental pernah trip / badan pernah trip/ tapi aku switch / get a grip,” nyanyi beliau dalam rap Bahasa Melayu dengan selingan piano dan rentak ‘trap’. Garis ini menjelaskan bagaimana beliau melihat ujian kehidupan sebagai ujian keyakinan dan kewaspadaan. Malah apabila dia keletihan, dia harus melatih dirinya untuk menukar tenaganya supaya meningkat kembali untuk langkah seterusnya.

    Kemudian di dalam lagu, beliau mendedahkan bahawa tenaga beliau datang daripada semangat serta keinginan seseorang yang pernah bermula dari bawah atau “rookie energy”, seperti yang beliau sebut dalam ayat permulaan – even as he continues to perform at the top of his game. “Ini bukan tentang membuktikan diri kepada sesiapa. Ia adalah tentang tidak mahu menjadi selesa kerana sentiasa ada sesuatu yang lebih besar yang saya mahu capai untuk diri sendiri,” katanya.

    “Ada banyak lagi yang boleh saya sumbang kepada ruang dan industri ini, lebih banyak cerita yang boleh saya ceritakan dan lebih banyak orang yang boleh saya capai. Tiada ‘tujuan’ tertentu yang saya mahu kecapi. Saya hanya mahu menjadi lebih besar dan lebih baik.”

    Bagi peminat ALYPH, mereka boleh mengharapkan lebih banyak lagi daripada bintang ini sesuai dengan perancangan yang ada di balik tabir. Walaupun ‘HEAT’ hanyalah single kedua buat tahun ini, terdapat banyak lagi yang akan muncul.

    “Ia berasa seperti saya sedang berlatih secara konsisten dan diam,” dedah beliau. “Sekarang, saya bersedia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang saya boleh lakukan.” Pada tahun 2023, ALYPH membawa kehangatan yang hebat secara santai dengan hasil luar biasa.

    Video muzik untuk HEAT akan berada di YouTube pada 22 September, 9 malam.

  • KISAH CINTA PENUH MISTERI: ALIF SATAR KINI KEMBALI MEMUKAU PENONTON DI SLOT AKASIA.

    This image has an empty alt attribute; its file name is 837.png

    Cinta itu memang tak mengenal mata, terutamanya bagi Hud yang terus menyayangi sahabat lamanya, Syikin, walaupun hatinya tidak terbalas. Namun, satu kejadian tak terduga telah mengubah segalanya, memaksa Syikin ke dalam situasi yang tidak diingininya. Apakah yang akan terjadi pada hubungan Hud dan Syikin?

    Slot Akasia bakal membawakan drama terbaharu ke kaca televisyen anda berjudul Bukan Sekadar Lafaz, diinspirasikan oleh novel karya Sophilea yang bertajuk sama. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini bakal menghiburkan kaki-kaki drama bermula 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.

    Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Drama ini juga menggandingkan nama-nama pelakon tanah air yang sangat mantap dan berbakat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir , Malek Malek Mccrone  dan ramai lagi! 

    Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud.

    Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone). Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka. 

    Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. 

    This image has an empty alt attribute; its file name is DSC_1190.JPG

    Alif Satar, pelakon serba boleh yang kini kembali berlakon untuk TV3 berkata “Alhamdulillah Alif bersyukur sebab dapat tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Baru-baru ini Alif banyak fokus dengan muzik dan apabila ditawarkan untuk berlakon, Alif memang tidak mahu lepaskan peluang. Ini semua adalah rezeki dan Alif janji akan buat yang terbaik untuk semua penonton drama dan tak dilupakan peminat-peminat setia Alif di rumah. Watak yang Alif pegang kali ni lain sikit. Kalau nak tau, jangan lupa saksikan drama apatah lagi gandingan pelakon semua mantap belaka. ” 

    Lebih menarik, drama ini juga bakal menampilkan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ daripada gandingan vokal mantap Wanna Ali dan Aiman Ismail sebagai runut bunyi rasmi drama Bukan Sekadar Lafaz.  

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan Alif Satar dan barisan pelakon yang penuh bakat ini menerusi slot Akasia mulai 17 Oktober 2023 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

    Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    This image has an empty alt attribute; its file name is BSL%20Poster.jpg

  • KRIKET HEBAT: KISAH KEMENANGAN 6 ANAK FELDA MENUJU PINGAT EMAS

    Kuala Lumpur, 6 September 2023 – Dari FELDA Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan hingga ke pentas kriket antarabangsa. ‘Gemencheh Boys’ adalah sebuah cerita berdasarkan kisah sebenar yang menginspirasi, mengisahkan perjalanan hebat sekelompok anak kampung yang mengukir nama dalam dunia sukan global.

    Filem ini menceritakan pandangan dunia seorang atlet kriket negara, Shafiq Sharif, yang mewakili Malaysia di Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 dan memenangi pingat emas di Sukan SEA 2017.

    Dengan tagline ‘no retreat, no surrender’, ‘Gemencheh Boys’ memaparkan kisah anak-anak kampung yang dikenali sebagai ‘Enam Jahanam’ dan bagaimana mereka berubah apabila seorang guru memperkenalkan mereka kepada permainan kriket. Kisah ini penuh dengan tema persahabatan, pengorbanan, dan harapan, menceritakan perjalanan pelajar-pelajar ini bersama gurunya ke dalam arena global dengan berbagai emosi yang mendalam.

    Filem ‘Gemencheh Boys’ akan menemui penonton di seluruh negara bermula 26 Oktober. Ia diarahkan oleh Jason Chong, pemenang Anugerah Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 2017, dan diterbitkan oleh Eric Ong, yang melibatkan studio terkemuka Astro Shaw dengan kerjasama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures.

    Filem ini membariskan pelakon hebat Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tunggak utama. Turut membintangi filem ini Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan dan ramai lagi.

    Menurut Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad, “Gemencheh Boys adalah sebuah cerita Malaysia yang harus dipersembahkan. Kami menyedari bahawa sukan kriket tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti mana sukan bola sepak atau badminton. Walau bagaimanapun, jalan cerita yang dipertaruhkan menerusi Gemencheh Boys mampu memberi inspirasi kepada semua penonton. Ia bukan sebuah kisah biasa dan bukan mengenai kriket semata-mata, tetapi tentang enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’, membuktikan orang biasa boleh menjadi luar biasa. Mereka juga telah mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas di peringkat antarabangsa. Kami mengharapkan Gemencheh Boys mampu meninggalkan impak tersendiri dan mendapat perhatian penonton berbilang bangsa.

    Sementara itu, Pengarah, Penulis Skrip, Cerita Asal Gemencheh Boys, Jason Chong berkata, “Selain memberikan nilai hiburan, saya percaya Gemencheh Boys mampu meninggalkan kesan mendalam kepada khalayak seperti mana filem terdahulu yang kami terbitkan iaitu Adiwiraku. Menerusi tema inspirasi yang sama, kami harap Gemencheh Boys akan kekal relevan untuk penonton Malaysia dan saya rasa amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada filem ini.”

    Gemencheh Boys mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia Dan Sukan. Antara sokongan seperti kolaborasi di acara julung kali diadakan di Malaysia, Internasional Cricket Counsil  – ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour.

    Siri jelajah Gemencheh Boys bermula bulan Oktober ke sekolah-sekolah serata Malaysia yang dikendalikan oleh Malaysian Cricket Association dengan mengadakan bengkel kriket dalam usaha menggalakkan minat terhadap sukan kriket dalam kalangan pelajar. Selain itu, kami turut bekerjasama dengan kumpulan komuniti sosial dan budaya, Locco menerusi acara Kereta Api Sarong yang akan diadakan pada 16 September 2023 di sekitar Lembah Klang.

    Manakala lagu rasmi filem ini adalah ‘Siapa Kami’ nyanyian penyanyi rap terkenal dari Negeri Sembilan, W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok.

    Gunakan #Gemenchehboys bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Gemencheh Boys di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

    Nantikan filem Gemencheh Boys, sebuah cerita Malaysia adaptasi dari kisah sebenar tentang enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’ berjaya mencipta sejarah dalam dunia sukan antarabangsa, yang akan berada di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober 2023 ini.