Category: Entertainment

  • Kemeriahan Hausboom Music Festival 2024: Tarikan Utama Penggemar Muzik

    Kemeriahan Hausboom Music Festival 2024: Tarikan Utama Penggemar Muzik

    Hausboom, sebuah jenama tempatan yang telah mengukuhkan namanya dalam industri muzik dan hiburan sejak 2016, kini bersedia untuk sekali lagi menggegarkan pentas dengan Hausboom Music Festival 2024.

    Ditetapkan pada 5 dan 6 Oktober di KL Base, acara ini akan membawa tema unik “Colours of Life,” mencipta sebuah festival yang tidak hanya memukau telinga tetapi juga mata dan jiwa.

    Pentas Bintang-bintang Ikonik dari Malaysia dan Indonesia

    Hausboom Music Festival 2024 akan menjadi pentas kepada 32 artis terkemuka dari Malaysia dan Indonesia. Festival ini bakal menampilkan legenda-legenda muzik tanah air seperti Wings, Ruffedge, dan Datuk Zainal Abidin.

    Turut serta, nama-nama besar yang sudah sinonim dengan penggemar muzik tempatan seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, dan ACAB. Tidak ketinggalan, dua kumpulan hebat dari Indonesia, Payung Teduh dan The Changcuters, akan menggemparkan pentas dengan persembahan yang pastinya luar biasa.

    Pemilihan artis dilakukan secara teliti melalui undian di media sosial Hausboom, menjadikan festival ini benar-benar didorong oleh sokongan peminat.

    Hausboom Lokal Fest: Syurga Fesyen dan Gaya Hidup

    Selain muzik, festival ini juga akan menampilkan Hausboom Lokal Fest, yang menghimpunkan 110 peniaga tempatan, termasuk 40 jenama “streetwear” terkenal seperti SVG, Hikari, Tntco, dan The Capcity.

    Festival ini bukan sekadar perayaan muzik, tetapi juga merupakan platform bagi jenama tempatan untuk menonjolkan kreativiti mereka di mata umum.

    Pada hari tersebut, Hausboom akan memperkenalkan 100,000 botol Hausboom Sparkling Juice edisi terhad dengan kolaborasi bersama jenama-jenama ini, menjadikannya satu koleksi eksklusif untuk dikumpul.

    Setiap botol ini dilengkapi dengan kod QR yang memberikan peluang kepada pembeli untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

    Gabungan Muzik dan Makanan yang Luar Biasa

    Selain hiburan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan daripada 30 gerai makanan terkemuka seperti Kampong Kravers, Muiz Hot Chicken, Grill Haven, dan Beard Brothers.

    Kepelbagaian ini memastikan bahawa setiap pengunjung tidak hanya disajikan dengan persembahan muzik yang mantap, tetapi juga pengalaman gastronomi yang tidak terlupakan.

    Edisi Terhad dan Hadiah Luar Biasa

    Hausboom juga memperkenalkan 300,000 botol Hausboom Sparkling Juice edisi terhad Hausboom Music Festival 2024, di mana setiap botol dilengkapi dengan kod QR untuk memenangi hadiah bernilai RM400,000, termasuk tiket VVIP, barangan eksklusif, dan t-shirt edisi terhad.

    Botol ini boleh didapati di rangkaian kedai seperti 7-Eleven, stesen minyak, dan pasaraya terpilih di seluruh negara.

    Hotlink Bawa Pengalaman Eksklusif ke Festival

    Menambah lagi keterujaan, Hotlink turut berkolaborasi dengan Hausboom untuk membawa pengalaman VIP yang eksklusif kepada pengunjung. Pengguna Hotlink akan menikmati akses ke fastlane, VIP Lounge, dan peluang memenangi tiket masuk percuma melalui halaman media sosial Hotlink.

    Rangkaian 5G Hotlink akan memastikan pengalaman festival yang lancar, di mana pengunjung boleh berkongsi detik-detik berharga secara langsung tanpa sebarang gangguan.

    Tiket dan Maklumat Penting

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada festival yang epik ini! Tiket Hausboom Music Festival 2024 sudah mula dijual, manakala tiket Hausboom Lokal Fest akan tersedia mulai 1 September 2024 dengan harga RM15.

    Layari [sayalive.io](https://sayalive.io/hlf2024) untuk membeli tiket dan mendapatkan maklumat lanjut. Pastikan anda berumur 16 tahun ke atas untuk menyertai festival ini, manakala Hausboom Lokal Fest terbuka untuk semua peringkat umur.

    Jumpa Anda di KL Base pada 5 dan 6 Oktober untuk Menghayati “Colours of Life” Bersama Hausboom!

  • PANGGUNG MALAM MINGGU BERSAMA MASDO DAN GERHANA SKA CINTA 21 SEPTEMBER 2024

    PANGGUNG MALAM MINGGU BERSAMA MASDO DAN GERHANA SKA CINTA 21 SEPTEMBER 2024

    Sudah lama rasanya tidak menikmati suasana malam minggu yang bertenaga di tengah kota dengan acara istimewa. Biasanya, malam minggu di Kuala Lumpur adalah waktu untuk berehat, makan malam di luar sambil menikmati pemandangan neon, atau mungkin berkencan. Namun, Panggung Malam Minggu Entertainment mempunyai kejutan untuk anda dengan acara baru yang pasti akan merubah rutin anda.

    Kenali Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon, yang akan dilancarkan pada 21 September 2024. Acara ini akan memulakan siri malam minggu yang penuh warna dengan persembahan dari Gerhana Ska Cinta dan Masdo, disokong oleh MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.

    Panggung Odeon Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi strategik untuk acara ini, dengan akses mudah melalui pelbagai pengangkutan awam. Ini adalah lokasi yang ideal untuk pelbagai lapisan usia dan bangsa.

    Menurut Khairul Afizi Aiyub, yang lebih dikenali sebagai Fizi, Pengarah Panggung Malam Entertainment, “Selepas 15 tahun beroperasi dalam industri muzik, kami merasakan tiba masanya untuk menghadirkan sesuatu yang istimewa untuk peminat muzik. Dengan menampilkan Gerhana Ska Cinta dan Masdo sebagai pembuka acara, kami berharap dapat menawarkan pengalaman malam minggu yang tidak dapat dilupakan.”

    Fizi juga menjelaskan pemilihan Masdo dan Gerhana Ska Cinta. Masdo, dengan muzik pop 60-an yang segar dan semakin popular di Malaysia serta Indonesia, dan Gerhana Ska Cinta, yang meriahkan industri muzik tempatan sejak akhir 90-an dengan ulang tahun ke-25 mereka serta persembahan lagu-lagu Tan Sri P Ramlee dan single terbaru mereka, “Rasa Sayang.”

    “Rasakan pengalaman malam minggu yang penuh dengan hiburan menarik di tengah kota,” kata Putu Ceri dari Masdo.

    Panggung Malam Minggu

    Tiket-tiket berharga RM98 (early bird) dan RM118 (harga asal CAT 1) untuk free standing dan RM128 (early bird) dan RM158 (harga asal CAT 2) untuk  free seating telah mula dijual sejak 13 Ogos 2024, jam 11 pagi di laman www.myticketempire.com.

    INFORMASI

    ACARA: Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon.

    TARIKH: 21 September 2024

    MASA: 6 petang hingga 12 malam

    ARTIS: Gerhana Ska Cinta, Masdo, MOC dan Jemput Dengar

    HARGA TIKET:

    RM98 (early bird) dan RM118 (harga asal CAT 1) – Free Standing

    RM128 (early bird) dan RM158 (harga asal CAT 2) – Free Seating

    PLATFORM TIKET:  www.myticketempire.com mulai 13 Ogos 2024

     

     

     

     

  • Konsert Jiwa Malaysia 2024: Semarakkan Semangat Merdeka

    Konsert Jiwa Malaysia 2024: Semarakkan Semangat Merdeka

    Menyedari betapa pentingnya bulan Ogos dan September sebagai bulan-bulan yang sarat dengan semangat patriotisme dan cinta akan negara, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event dengan penuh rasa bangga mempersembahkan Konsert Jiwa Malaysia 2024.

    Konsert ini bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi juga sebuah platform untuk meraikan dan menghayati semangat kemerdekaan serta perpaduan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dan Hari Malaysia yang bakal menjelang. Ia adalah satu manifestasi semangat cinta akan tanah air, menghimpunkan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan.

    Konsert Jiwa Malaysia, yang akan menggegarkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 7 September 2024, jauh lebih bermakna daripada sekadar sebuah konsert hiburan biasa. Ia merupakan sebuah medan perjuangan yang direka khas untuk menyalakan api semangat kemerdekaan yang kian pudar, terutamanya di kalangan generasi muda yang mungkin kurang memahami erti sebenar kemerdekaan.

    Melalui alunan melodi yang menyentuh jiwa dan lirik yang membakar semangat patriotisme, nilai-nilai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu akan dihidupkan semula, mengingatkan kita semua tentang betapa berharganya nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

    Konsert ini bukan sahaja bertujuan untuk menghibur, tetapi juga untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda agar lebih menghargai jasa para pejuang kemerdekaan serta memupuk semangat cinta akan tanah air. Dengan cara ini, diharapkan semangat kemerdekaan akan terus menyala dan menjadi obor pembakar semangat generasi akan datang untuk terus memajukan negara tercinta.

    Dengan penuh keyakinan, penganjur memberikan amanah dan tanggungjawab kepada enam kugiran terkemuka tanah air serta seorang solois yang dianggap mampu mewakili Jiwa Malaysia. Mereka adalah kugiran legenda Spider, band popular Hujan, kumpulan hip hop klasik Ruffedge, trio sensasi Dolla, band energik Bunkface, dan Insomniacks. Tidak ketinggalan, Bella Astillah, penyanyi berbakat dari Sandakan, Sabah, yang bakal membawa kelainan pada malam tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Iliyas Jamil, menegaskan bahawa Konsert Jiwa Malaysia 2024 mempunyai kelainan tersendiri berbanding acara-acara lain yang berlangsung pada bulan Ogos dan September. Matlamat utama konsert ini adalah untuk menyatukan generasi dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia, sambil memberikan platform kepada anak-anak muda untuk mengekspresikan rasa cinta mereka terhadap tanah air.

    “Bertemakan Jiwa Malaysia, konsert ini bukan sekadar untuk menghibur, tetapi juga untuk menginspirasi generasi muda tentang pentingnya memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara. Pembabitan kumpulan seperti Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks, serta Bella Astillah, adalah relevan untuk membangkitkan nilai-nilai kemerdekaan di kalangan masyarakat hari ini,” ujar Iliyas Jamil.

    Bella Astillah, satu-satunya penyanyi solo wanita yang akan menghiburkan penonton mulai jam 8 malam pada 7 September 2024, menganggap peluang ini sebagai penghormatan besar. Baginya, konsert ini bukan sekadar peluang untuk berkongsi pentas dengan kugiran hebat, tetapi juga untuk mewakili Sabah, sebuah negeri yang penting dalam pembentukan Malaysia.

    “Konsert Jiwa Malaysia 2024 adalah platform yang sangat bermakna bagi saya. Sebagai satu-satunya penyanyi wanita solo pada malam itu dan wakil dari Sabah, saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh penganjur. Ini adalah peluang untuk kita semua – tidak kira dari mana kita berasal – untuk menunjukkan bahawa kita adalah satu bangsa, kita adalah wajah Malaysia,” kata Bella Astillah.

    Menambah lagi keterujaan, penganjur menyasarkan kehadiran 15,000 penonton untuk konsert ini, dengan menawarkan harga tiket yang berpatutan bagi membolehkan lebih ramai orang menikmati persembahan. Konsert Jiwa Malaysia 2024 dijangka menjadi satu acara yang akan dikenang, menggabungkan hiburan dengan semangat patriotisme yang mendalam.

    Pengunjung boleh membeli tiket berharga RM70 (JIWA- berdiri) dan RM50 (MERDEKA-duduk) untuk EARLY BIRD serta RM120 (JIWA- berdiri) dan RM 90 (MERDEKA- duduk) bagi harga asal menerusi https://ilassotickets.com untuk merasai pengalaman berbeza meraikan semangat patriotisme di Konsert Jiwa Malaysia 2024.

    Pastikan anda adalah salah seorang calon pengunjung yang akan melakar sejarah bersama Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jail pada 7 September 2024 ini.

    INFORMASI

    ACARA: KONSERT JIWA MALAYSIA 2024

    ARTIS: BUNKFACE, DOLLA, RUFFEDGE, SPIDER, INSOMNIACKS, HUJAN

    UNDANGAN ISTIMEWA: BELLA ASTILLAH

    TARIKH: 7 SEPTEMBER 2024

    LOKASI: STADIUM HOKI NASIONAL BUKIT JALIL

    WAKTU: 8 MALAM

    PENGANJUR: PERBADANAN STADIUM MALAYSIA PENGANJUR BERSAMA: MND SPORTS & EVENT

    PLATFORM PEMBELIAN: https://ilassotickets.com

  • ‘Aku, Kau dan Bintang’ Bawa Dinda Dania Lebih Dekat dengan Peminat -2024

    ‘Aku, Kau dan Bintang’ Bawa Dinda Dania Lebih Dekat dengan Peminat -2024

    Dinda Dania, seorang penyanyi yang dikenali dengan bakatnya yang pelbagai di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, telah melancarkan lagu terbarunya yang berjudul “Aku, Kau dan Bintang”. Lebih menarik lagi, lagu ini merupakan hasil kolaborasi istimewa bersama dua bakat baru yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tanah air, iaitu Faiz Ruzayn dan YBJ.

    Lagu “Aku, Kau dan Bintang” menceritakan tentang seorang lelaki yang pertama kali merasakan keindahan cinta. Dia berharap agar hubungan dengan kekasihnya akan kekal selamanya. Mereka menjadikan bintang di langit sebagai lambang kesetiaan dan keindahan cinta mereka. Namun, hubungan mereka tidak direstui, menyebabkan mereka terpaksa berpisah. Hanya langit dan bintang yang menjadi saksi kenangan indah mereka bersama.

    “Istimewanya lagu ini, saya (Dinda) perlu rap. Oleh kerana ramai yang mahukan saya mempunyai lagu rap sendiri, saya berharap peminat akan menyukai lagu ini,” kata Dinda ketika menceritakan keunikan lagu tersebut. Selain itu, kolaborasi bersama Faiz Ruzayn dan YBJ turut memberikan sentuhan yang menarik, menjadikan lagu ini wajib didengari oleh semua peminat.

    Lirik dan gubahan lagu “Aku, Kau dan Bintang” ini mendapat sentuhan kreatif daripada Faiz Ruzayn dan YBJ sendiri. Faiz berkongsi pengalamannya, “Inspirasi di sebalik lagu ini tercetus ketika saya duduk bersendirian di dalam bilik, diulit perasaan kecewa yang mendalam. Untuk mengubati rasa kecewa itu, saya mengambil keputusan untuk menunggang motosikal ke Bukit Ampang dengan harapan dapat mencari ketenangan di bawah sinaran bintang-bintang yang indah.”

    Faiz menambah, selepas pertemuannya dengan YBJ dan perkongsian idea mengenai lagu ini, mereka berdua mula menggubah melodi yang sesuai. Dengan kerjasama dan kreativiti yang tinggi, mereka berjaya menghasilkan melodi lagu “Aku, Kau dan Bintang” dalam masa hanya empat jam. Seterusnya, proses rakaman bersama Dinda Dania berlangsung dengan lancar selama dua hari di studio rakaman, menandakan satu lagi langkah penting dalam penghasilan karya ini.

    Dinda Dania

    “Proses untuk merakam lagu ini agak mencabar kerana ini kali pertama saya merakamkan lagu rap untuk lagu terbaru saya sendiri,” ujar Dinda mengenai cabaran yang dihadapi. “Selalunya saya hanya menyanyikan lagu rap secara live sebagai cover lagu orang lain, jadi kali ini agak berbeza bagi saya,” tambahnya lagi.

    Sepanjang proses rakaman yang mencabar, Dinda Dania, Faiz Ruzayn, dan YBJ sentiasa aktif bertukar-tukar pandangan dan mencurahkan idea masing-masing demi menghasilkan sebuah karya yang terbaik. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk mencapai kata sepakat mengenai gaya dan penyampaian yang sesuai untuk lagu ini, namun hasil akhir yang diperolehi sangat memuaskan hati semua pihak dan pastinya mempunyai keunikan tersendiri.

    Menurut Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, Syakireen Othman, pihak Rocketfuel berharap penampilan terbaru Dinda Dania dengan genre lagu seperti ini dapat mendekatkan dirinya dengan peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

    Selain itu, lagu “Aku, Kau dan Bintang” juga bakal menjadi runut bunyi (OST) untuk sebuah drama bersiri terbaru yang dibintangi oleh Mierul Aiman dan finalis Dewi Remaja 2024, Arabella Ellen. Lagu ini diharapkan dapat menambah dimensi baru dalam karier muzik Dinda Dania dan menjadi kegemaran baru bagi semua peminatnya.

    Dengan pelancaran lagu “Aku, Kau dan Bintang”, Dinda Dania, Faiz Ruzayn, dan YBJ telah membuktikan kebolehan mereka dalam menghasilkan sebuah karya muzik yang bukan sahaja berkualiti tinggi, malah mampu menyentuh perasaan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap pendengar. Mereka berharap agar lagu ini akan mendapat sambutan yang hangat daripada para peminat muzik tanah air dan seterusnya menjadi antara lagu hits yang popular di corong-corong radio dan platform digital.

    Anda boleh terus strim terus lagu Aku, Kau & Bintang versi Dinda Dania di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta berpeluang menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels menggunakan lagu ini.

    Manakala, video muzik rasmi lagu ini akan dilancarkan melalui saluran YouTube Recketfuel Entertainment tidak lama lagi.

    Tajuk Lagu: Aku Kau & Bintang versi Dinda Dania

    Penyanyi: Dinda Dania, Faiz Ruzayn, YBJ

    Penulis Lirik: Faiz Ruzaini & Jeffrey Affandy

    Komposer: Faiz Ruzaini & Jeffrey Affandy

    Producer: BABYF4CE

  • Single Terbaharu Spider ‘Keluar Sarang’ Menghidupkan Semula Rock Malaysia

    Single Terbaharu Spider ‘Keluar Sarang’ Menghidupkan Semula Rock Malaysia

    Spider, kumpulan rock ikonik Malaysia yang terus kekal dalam hati peminat sejak pelancaran album pertama mereka, Ngam Ho pada tahun 1999, kini kembali dengan single terbaru mereka berjudul “Keluar Sarang”. Lagu ini mengikuti jejak kejayaan hits seperti “Relaku Pujuk” dan “Aladin”, mempersembahkan inovasi muzik yang segar dalam era muzik moden.

    Keluar Sarang”, yang dicipta oleh Tam dan ditulis liriknya oleh Keon, merupakan usaha terbaru Spider setelah pelancaran album keenam mereka, Ankabut, pada tahun 2016. Dalam single ini, Spider telah menerapkan elemen bunyi elektronik, memperbaharui muzik mereka dengan gaya yang relevan di zaman kini. Kumpulan ini juga mengambil peranan sebagai produser dan penyusun untuk lagu tersebut, menunjukkan kemahiran mereka dalam menghasilkan muzik yang berkualiti.

    Spider, yang dianggotai oleh Tam (vokalis/gitar), Aie (dram), Pown (gitar), dan Is (bass), turut mendapat sumbangan Nafie, gitaris mereka yang sedang direhatkan akibat masalah kesihatan. Nafie, yang baru-baru ini mengalami serangan strok dan menjalani pembedahan otak, masih sempat menyumbang bahagian muzik gitar dalam rakaman lagu ini bersama Tam dan Pown.

    Menurut Spider, “Keluar Sarang” merupakan ilham daripada Konsert Solo mereka yang bertajuk sama. Lagu ini akan dimuatkan dalam album kompilasi serta album penuh yang akan datang. Kedua-dua projek ini merupakan langkah seterusnya bagi Spider selepas kejayaan Konsert Solo “Keluar Sarang”, dan bakal diterbitkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Sony Music Entertainment.

    Dato M.Nasir, penasihat album terbaharu Spider, mengungkapkan, “Single ‘Keluar Sarang’ ini adalah pengenalan sebelum album sepenuhnya dilancarkan. Album terakhir Spider diterbitkan lapan tahun lalu, dan mereka kini sedang berusaha keras di studio untuk menyiapkan lagu-lagu yang akan menjadi hit dan terus memikat hati peminat seperti mana lagu-lagu popular mereka dahulu.”

    “Keluar Sarang” kini tersedia di platform YouTube dan digital lain, hasil terbitan bersama Luncai Emas Sdn. Bhd. dan Sony Music Entertainment Malaysia, dengan pengedaran digital oleh Sony Music Malaysia. Nikmati kehadiran terbaru Spider dalam industri muzik dan teruskan menyokong karya mereka yang terus memukau.

    “Keluar sarang, jiwaku kental bagaikan hero.”

    Kredit:

    • Lagu: Keluar Sarang
    • Artis: Spider
    • Komposer: Spider
    • Lirik: Keon
    • Hakcipta: Luncai Emas Sdn Bhd
    • Label Rakaman: Luncai Emas Sdn Bhd
    • Edaran: Sony Music Entertainment Malaysia
    • Dengan Kerjasama: Ifix Entertainment
  • Cherry On Top Cipta Fenomena Baru dengan Single ‘Ketagih’ Kolaborasi Bersama Datuk Syafinaz

    Cherry On Top Cipta Fenomena Baru dengan Single ‘Ketagih’ Kolaborasi Bersama Datuk Syafinaz

    Sudah sekian lama industri muzik arus perdana tanah air tidak disajikan dengan band multi bakat semuda Cherry On Top. Sejak pelancaran single mereka, Ketagih, kumpulan ini telah menarik perhatian ramai.

    Setahun selepas penggabungan dan memperkemaskan penampilan, enam anak muda yang berkongsi minat mendalam terhadap seni ini tidak menduga kejutan besar menanti mereka apabila pesona sehebat Datuk Syafinaz Selamat sedia berkolaborasi bersama mereka.

    “Siapalah kami ini berbanding beliau, Datuk Syafinaz Selamat?” kata Kuzan, 22, atau nama sebenarnya Raja Hifzhan Shah Raja Mohd Sham. Kuzan adalah pemain keyboard, programmer, dan vokalis yang mengetuai band ini, yang berasal dari Kuala Lumpur.

    Dimasukkan dalam EP sulung mereka bertajuk “Ketagih”, single yang dicipta oleh Kusham dan liriknya oleh Syafinaz Selamat ini menjadi pemangkin semangat buat band ini. Band ini terdiri daripada gitaris Osama, 23; pemain dram Ayen Tommy, 25; penyanyi utama Holy, 23; serta pasangan adik-beradik, Didi, 22, dan Bobo, 18, yang masing-masing bermain gitar dan bass.

    Semua anggota band ini masih mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Aswara, kecuali Didi yang mengambil jurusan automotif di sebuah kolej tempatan. Bobo, yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia, juga akan meneruskan pengajian asasnya di Aswara.

    Diterbitkan oleh Kusham, EP keluaran One Scream Studio ini memuatkan lima lagu, iaitu “Mengintai Rahsia”, “Menunggu”, “Resolusi”, dan “Ketagih (Extended Version)”. Cherry On Top merupakan artis pertama yang diasaskan oleh One Scream Studio, milik Kusham dan Zaira Aziz.

    Kesediaan Syafinaz untuk berkolaborasi dengan band ini sangat bermakna, terutama sekali buat Holy atau nama sebenarnya, Adriana Audrey Michael. Holy sendiri merasa terpaksa mencubit lengannya untuk memastikan bahawa dia tidak bermimpi.

    “Semasa kecil, saya begitu mengagumi Datuk Syafinaz, terutama apabila beliau menjadi juri dalam pertandingan nyanyian,” kata gadis kelahiran Papar, Sabah, ini. “Saya berangan alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa dengan beliau.

    “Tapi dapat menyanyi dan merakam lagu bersama? Saya hilang kata-kata. Kepercayaan ini adalah penghormatan terbesar buat band ini, dan kami semua bukannya siapa-siapa pun.”

    “Ketagih”, sebagai sebuah album, jelas memperlihatkan keupayaan luar biasa Cherry On Top sebagai pemuzik. Menurut Kuzan, rock menjadi asas kepada personaliti band ini, yang diadun dengan kecenderungan mereka meliputi pop, fusion, dan Rhythm & Blues sebelum menemukan titik persamaan dalam rock progresif.

    Band ini juga memberi makna baru kepada bidalan “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”, dengan hampir kesemua ahlinya merupakan penerus legasi keluarga muzik. Kuzan sendiri mewarisi bakat bapanya, Raja Sham, seorang pengarah muzik terkenal yang juga seorang gitaris, komposer, penyusun, dan programmer muzik, selain menjadi Pemuzik Kanan, Orkestra RTM. Ibunya, Zaira Aziz, adalah guru vokal dan sering mengiringi persembahan penyanyi terkenal, selain mahir bermain flute dan menulis lirik lagu.

    Osama pula adalah anak kepada penyanyi legenda Dato’ Jamal Abdillah, sementara Ayen diinspirasi bapanya, Black, yang merupakan pemain dram band rock popular, Wings. Studio muzik menjadi sekolah pertama Didi dan Bobo kerana penglibatan bapa mereka dalam industri rock, termasuk menguruskan band seperti DEF-GAB-C.

    Holy juga dibesarkan dalam keluarga yang berkecimpung dalam muzik. Kombinasi pelbagai genre dan legasi keluarga ini telah membawa kepada nama Cherry On Top. Band ini asalnya ditubuhkan dengan nama Rock Ages, tetapi nama itu dirasakan kurang komersial. Setelah mempertimbangkan beberapa nama, mereka memilih Cherry On Top, sesuai dengan kehadiran Holy sebagai vokalis dan satu-satunya wanita dalam band ini.

    Kuzan yang meminati nyanyian sejak kecil kini membuat pengkhususan pengajian dalam penggubahan. Dia sedar kedudukan orang tua dalam seni tidak bermakna segalanya mudah buat mereka. “Ada baik dan buruknya apabila ada orang tua terkenal ini,” kata Kuzan, dan diakui oleh Ayen, “Sebagai tarikan, ya. Tapi tinggi jugalah jangkaan, adakah anak-anak sehebat orang tuanya. Kami perlu berusaha keras untuk mencapai tahap itu.”

    Osama yang juga anak sulung Jamal Abdillah, mengakui bapanya membuka ruang kepadanya dalam seni. “Cuma setakat itulah, selebihnya kata ayah, pandai-pandailah. Ertinya, band ini berdiri bukan sebab aku anak siapa, kau anak siapa. Tapi kerana minat dan perjuangan yang mempertemukan kami, dan ditakdirkan bapa kami adalah somebody,” kata pemilik nama sebenar Yamani Abdillah ini.

    Didi menjelaskan mengapa Cherry On Top tidak boleh diperkecilkan, “Kami akan memperdengarkan nafas baharu, dari segi susunan muzik dan melodi. ‘Ketagih’ berbaloi untuk dihasilkan dan didengarkan.”

    Bobo, atau nama sebenarnya Muhammad Danish Ashraf, yang memberi sentuhannya dalam banyak rakaman lagu penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ezad Lazim, dan Zamani Slam seawal usia 10 tahun, semua itu menjadi rencah yang mengesahkan Cherry On Top bakal mencetuskan angin perubahan yang luar biasa dalam industri muzik tanah air.

    EP Ketagih kini boleh didengari di semua platform digital, selain dalam bentuk fizikal yang terhad dan akan dilancarkan kelak. Cherry On Top boleh diikuti di FB, selain IG menerusi cherryontop_band atau ikuti juga Once Scream Studio di FB dan Tik Tok untuk info.

  • KONSERT “JOURNEY” AWIE: PENUTUPAN GEMILANG KARIER SENI

    Dato’ Awie, seorang ikon dalam dunia seni Malaysia, akan mengakhiri perjalanan kariernya dengan konsert solo terakhir bertajuk “Journey”. Acara yang dijadualkan pada 3 Ogos 2024 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur ini dijanjikan sebagai pengalaman yang tidak terlupakan dengan gabungan persembahan monolog dan teatrik yang unik.

    Sebagai artis solo yang meraih rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris di Malaysia, Awie akan menghidupkan kembali nostalgia dengan lagu-lagu popular dari album-albumnya yang legendaris seperti Awie (1994), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000), dan Santai (2005). Penggemar boleh menantikan lebih daripada 20 lagu yang menggambarkan perjalanan seninya yang gemilang.

    Konsert ini telah mencatatkan sambutan luar biasa dengan tiket untuk beberapa kategori habis terjual hanya dalam beberapa jam selepas pelancaran. Untuk memenuhi permintaan tinggi, kategori tiket baru “RUBY” dengan harga RM518 telah diperkenalkan, boleh didapati menerusi laman web www.pixeltix.com.my mulai hari ini.

    Sebagai satu lagi kemewahan, konsert “Journey” turut bekerjasama dengan Maybank di mana pemegang kad Maybank menikmati potongan harga 10% untuk semua pembelian tiket. Kemudahan pembayaran juga diberikan dengan peluang untuk membayar separuh daripada harga tiket terlebih dahulu dan menyelesaikan baki bayaran seminggu sebelum konsert.

    Menurut kata-kata Dato’ Awie sendiri, konsert ini akan meninggalkan kenangan manis bagi semua peminatnya. Tema dan konsep yang belum pernah dilihat sebelum ini menandakan penghargaan istimewa yang diberikan oleh Awie kepada peminat setianya.

    Bagi mereka yang ingin mengalami konsert yang luar biasa ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penutupan kariernya yang gemilang. Layari www.pixeltix.com.my untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket segera.

    Dengan pengumuman konsert solo terakhirnya, Dato’ Awie menjemput semua peminat untuk menyertai peristiwa bersejarah ini, menggenggam kenangan abadi dalam dunia seni Malaysia.

  • Konsert Kedua Feby Putri di Zepp Kuala Lumpur Sold Out Lagi!

    Konsert Kedua Feby Putri di Zepp Kuala Lumpur Sold Out Lagi!

    Feby Putri membuat penampilan pertamanya di Malaysia pada Mac 2023 melalui konsert Feby Putri Live in Kuala Lumpur. Momen ini juga menandakan kali pertama penyanyi bernama lengkap Feby Putri Nilam Cahyani meninggalkan tanah airnya, Indonesia.

    Melihat sambutan hangat dari peminat Malaysia, Miebird Projects sekali lagi menghadirkan Feby Putri dengan konsert bertajuk KONSERT FEBY PUTRI VOL 2, “DETIK.MENIT.JAM”, LIVE IN KUALA LUMPUR.

    Konsert kedua ini berlangsung pada 27 Julai 2024, Sabtu, di Zepp Kuala Lumpur. Acara bermula pada pukul 8.00 malam dengan penampilan pembukaan oleh Megat Fazly yang membawakan empat buah lagu.

    “Selepas melihat sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat kepada Feby Putri tahun lalu, Miebird Projects merasa terpanggil untuk menyatukan semula Feby dengan peminatnya melalui KONSERT FEBY PUTRI VOL 2, “DETIK.MENIT.JAM”, LIVE IN KUALA LUMPUR,” kata Azmi Zainal Abidin, Pengarah Urusan Miebird Projects.

    “Kami sangat terharu dengan sambutan peminat yang menjadikan konsert kali kedua ini juga sold out!” tambah Azmi lagi dengan penuh kegembiraan.

    Feby Putri, yang menyanyikan sekitar 16 buah lagu pada malam tersebut, turut meluahkan perasaannya, “Saya sangat terharu dengan sambutan pada konsert terdahulu. Kali ini, saya sangat gembira dengan kehadiran sekitar 2,400 peminat yang hadir memberikan sokongan”.

    Konsert ini bukan sahaja menonjolkan bakat nyanyian Feby Putri tetapi juga menunjukkan hubungan erat antara artis dan peminat di Malaysia.

    INFORMASI :

    KONSERT FEBY PUTRI VOL 2, ‘‘DETIK.MENIT.JAM“, LIVE IN KUALA LUMPUR.

    TARIKH/ MASA/LOKASI: 

    •    27 JULAI 2024 / SABTU
    •    8:00 malam
    •    ZEPP KUALA LUMPUR

    OPENING ACT: MEGAT FAZLY

    Tajuk lagu: 

    1.   BINTANG BERKELIPAN
    2.   MINTA MAAF LAGI
    3.   TATKALA RINDU
    4.   BERSERI

    SENARAI LAGU FEBY PUTRI:

    1.   TANPA PAMRIH
    2.   ALIH
    3.   ANDAI KATA
    4.   SENDIRI DULU
    5.   BAGAI BULAN BINTANG
    6.   DIRI
    7.   DERA
    8.   KEMBALI PULANG
    9.   USIK
    10.  CAHAYA
    11.  HALU
    12.  TANGAN-TANGAN UCAP PERPISAHAN
    13.  LIAR ANGIN
    14.  DETIK MENIT JAM
    15.  RANTAU
    16.  RUNTUH
  • Lagu “Poligami” Eddie Hamid: Inspirasi dari Kes Sebenar,kes panas dan Mesej untuk Lelaki

    Lagu “Poligami” Eddie Hamid: Inspirasi dari Kes Sebenar,kes panas dan Mesej untuk Lelaki

    Eddie Hamid, seorang komposer dan penyanyi terkenal, kembali dengan lagu kontroversi terbarunya, “Poligami”. Lagu bergenre ‘pop dance’ dengan sentuhan dialek Kelantan ini telah mencetuskan perbincangan mengenai isu poligami yang masih relevan dalam masyarakat.

    Lagu “Poligami” menampilkan duet Eddie Hamid bersama Man Khan dan Aris Kapilla, serta penampilan istimewa pelakon Kamarool Haji Yusoff, yang terkenal dengan watak Cik Man MC dalam filem ‘Rock Oo!’. Kerjasama unik ini memberikan warna tersendiri pada lagu yang menceritakan tentang kerumitan hubungan poligami.

    Eddie Hamid mendedahkan bahawa lagu ini diilhamkan daripada berita yang tersebar luas mengenai poligami dan kafir. Beliau ingin mengetengahkan akibat dan tanggungjawab berat yang harus dipikul oleh seorang lelaki yang memilih jalan poligami. Lagu ini bukan justifikasi, sebaliknya jemputan untuk merenung dan memahami kerumitan isu ini.

    Lirik lagu “Poligami” ditulis dalam dialek Kelantan yang kuat oleh Man Khan, Mama Anna, Te Ha, dan Jaju. Tujuan memilih dialek ini adalah untuk menjangkau khalayak yang lebih luas, memandangkan semakin populariti lagu dalam dialek Kelantan.

    Proses rakaman lagu ini dijalankan secara berasingan di Nar Studio, Kuala Lumpur, dan MR Sound Lab, Kota Bharu. Eddie Hamid dan Belle Fatah mengerjakan muzik di Kuala Lumpur, manakala Aris Kapilla dan Man Khan merakam vokal di Kota Bharu.

    Aris Kapilla dan Man Khan menyatakan kegembiraan mereka kerana terlibat dalam projek ini. Bagi mereka, lagu ini bukan sekadar karya seni, malah satu bentuk sumbangan untuk melestarikan budaya serantau dan mencetuskan dialog tentang isu sosial yang penting.

    Lagu “Poligami” telah dikeluarkan pada 14 Jun 2024 dan boleh didengari di pelbagai platform penstriman muzik digital. Video muzik rasmi juga boleh didapati di saluran YouTube Kijang Music. Dengan melodi yang menarik, lirik yang menggugah, dan mesej yang kuat, “Poligami” bersedia untuk memeriahkan industri muzik dan mengundang perdebatan dalam masyarakat.

  • KONSERT YAPH DAN TEMAN-TEMAN: FUSION OF TRADITIONAL HIPHOP RHYTHMS

    KONSERT YAPH DAN TEMAN-TEMAN: FUSION OF TRADITIONAL HIPHOP RHYTHMS

    Silent Set Entertainment presents the “YAPH and Friends Concert,” featuring YAPH and over 20 collaborating artists. YAPH, known as “SENSEI,” is a singer, songwriter, and producer who prefers to remain anonymous, focusing on his talent. He produces all his songs, spanning genres like hip-hop, traditional modern, spiritual, ballad, and pop.

    The concert will feature over 27 songs blending modern hip-hop with traditional Malaysian music, offering a unique musical experience. Supported by the Malaysian Ministry of Communications and MyCreative Venture Sdn. Bhd., and directed by Aliff Redza, the concert will include live performances by Bunyi FX and musicians from across Malaysia.

    YAPH stated, “The MRPHN series has ended. Over the past 2 years, I have held 2 solo concerts and several tours, all sold out. This time, I want to appreciate my musical collaborators and show my supporters my journey companions.”

    Zulakid Aizat, Director of Silent Set Entertainment, mentioned that the performance is a surprise and a gift for YAPH fans, aiming to offer diverse concert options to Malaysians. YAPH’s supporters range from their early 20s to mid-50s, with the oldest listener being a 75-year-old restaurant assistant.

    Silent Set Entertainment believes this concert will ignite the audience’s spirit and imagination, inspiring the younger generation to appreciate traditional Malaysian music. Expect magic and surprises, taking the audience on a mysterious musical journey.

    Activities before and during the concert include traditional musical instrument programs, poetry writing workshops, zine creation, fashion design competitions, and more.

    Concert Details:

    • Venue: RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor
    • Date: October 26, 2024
    • Time: 8:00 PM
    • Ticket Prices: RM249 (Menjelang Siang), RM149 (Merayu Senja), RM99 (Hening Malam)
    • Ticketing Website: MyTicketEmpire

    Join us at the “YAPH and Friends Concert” and be part of a new chapter in Malaysian music. For more information and artist announcements, visit Silent Set Entertainment’s official website or follow us on social media.

    Silent Set Entertainment looks forward to seeing you at the “YAPH and Friends Concert” for an epic, colorful, and mysterious blend of rhythms.