Category: Entertainment

  • Konsert Legenda Nada Murni: Hijjaz & Rabbani Satukan Irama Nasyid 80-an

    Konsert Legenda Nada Murni: Hijjaz & Rabbani Satukan Irama Nasyid 80-an

    Setelah lebih tiga dekad membawa haluan masing-masing, kini kumpulan nasyid legenda Nada Murni kembali bersatu dalam sebuah persembahan istimewa yang diberi nama Konsert Lagenda Nada Murni. Konsert yang cukup dinantikan ini akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 7 Disember 2025, bermula jam 8 malam.

    Karri Talk Production dan Westzone Entertainment selaku penganjur konsert dengan penuh bangga mempersembahkan malam istimewa ini yang bakal menyaksikan penyatuan semula dua kumpulan terkenal tanah air iaitu Hijjaz dan Rabbani. Kedua-dua kumpulan yang lahir daripada Nada Murni akan tampil di atas satu pentas, membawa penonton mengimbau semula detik kegemilangan era 80-an yang pernah mencetus fenomena dalam dunia nasyid. Lagu-lagu ikonik seperti Di Pondok Kecil, Di Sini Kami Berkumpul dan Tanpa Agama dijangka mengisi malam penuh nostalgia itu, selain persembahan eksklusif daripada artis jemputan Saujana, Akhil Hai dan Pak Dinie yang turut memeriahkan konsert.

    Menurut wakil penganjur Karri Talk Production dan Westzone Entertainment, Konsert Lagenda Nada Murni bukan sekadar sebuah persembahan muzik, sebaliknya menjadi detik penuh makna yang menyatukan kembali semangat persaudaraan selepas lebih tiga dekad. Malam tersebut diyakini akan menjadi satu kenangan berharga buat para peminat kerana mereka bukan sahaja akan dihiburkan dengan alunan nasyid syahdu, tetapi juga diberi peluang untuk merasai semangat kebersamaan yang pernah mewarnai dunia muzik tanah air suatu ketika dahulu.

    Konsert selama dua jam ini dijangka menjadi satu pengalaman berbeza kerana ia menawarkan bukan sahaja hiburan tetapi juga pengisian jiwa. Istimewanya, kategori tiket yang ditawarkan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Lelaki, Wanita dan Keluarga, memberi ruang kepada penonton untuk memilih mengikut keselesaan masing-masing. Tiket akan mula dijual secara rasmi pada 26 September ini secara eksklusif di Ilasso Tickets dan Fantopia.

    Kumpulan Nada Murni yang ditubuhkan sejak tahun 1987 pernah mencipta nama besar dalam dunia nasyid tanah air. Berpaksikan semangat dakwah, mereka memulakan langkah dengan membuat persembahan di majlis ceramah sebelum merakamkan album di dalam gelung air di Kampung Sungai Penchala, ketika itu tanpa studio mahupun alat muzik. Nada Murni terkenal dengan lagu-lagu seperti Bila Nur Melimpah Di Hati dan Nun Di Sana sebelum akhirnya berpecah pada tahun 1994, melahirkan dua kumpulan besar nasyid Malaysia iaitu Hijjaz dan Rabbani.

    Konsert Lagenda Nada Murni turut mendapat sokongan daripada Royale Chulan Hotel selaku penaja sidang media, Zayan FM sebagai rakan radio rasmi, manakala Era FM, Sinar FM dan Gegar FM turut menjadi rakan radio. Astro Gempak dan Salam Muslim pula tampil sebagai rakan media digital rasmi.

    Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, harga ditawarkan bermula daripada RM128 hingga RM258. Konsert ini dijangka mendapat sambutan luar biasa dan tiket berkemungkinan habis dijual dalam masa singkat. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, orang ramai boleh mengikuti saluran rasmi media sosial Karri Talk Production dan Westzone Entertainment.

  • ALPHA Gegar Industri Muzik Dengan MV Kedua “P Ramlee Saloma”

    Kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, ALPHA terus mengukir kejayaan dengan pelancaran single kedua mereka berjudul “P Ramlee Saloma”. Lagu yang dilancarkan pada 18 Julai 2025 lalu bukan sahaja menjadi runut bunyi kepada sebuah drama popular, malah turut mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan ini dalam industri muzik tanah air.

    ALPHA yang dianggotai oleh Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky dan Ariel Fesol mula dikenali melalui rancangan realiti Big Stage Alpha. Selepas menuai kejayaan menerusi single sulung “Monalisa (Bang Bang)”, kini mereka sekali lagi membuktikan kemampuan dengan karya terbaharu yang sarat dengan emosi.

    “P Ramlee Saloma” merupakan sebuah balada moden yang diinspirasikan daripada kisah cinta agung dua legenda seni negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Menurut Rizal Rasid, kejayaan lagu ini yang berjaya meraih jutaan strim dalam masa singkat adalah sesuatu yang amat membanggakan. Beliau menyifatkan sokongan peminat sebagai bukti bahawa muzik ALPHA diterima ramai, sekali gus menjadi dorongan untuk mereka terus berkarya.

    Dalam tempoh dua bulan selepas pelancaran, lagu ini berjaya mengumpul lebih daripada 22 juta capaian digital merangkumi platform Spotify, YouTube, YouTube Music, Apple Music serta tontonan video pendek. Pencapaian ini membuktikan muzik ALPHA bukan sahaja mampu meninggalkan impak besar, tetapi juga berjaya menambat hati peminat di pelbagai lapisan.

    Bagi Araff, melihat lagu ini trending memberi semangat baharu untuk terus menghasilkan karya lebih baik. Ray-D pula menyifatkan penghasilan video muzik rasmi “P Ramlee Saloma” sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan. MV yang menampilkan visual romantik dengan sentuhan sinematografi moden ini dilihat sebagai simbol kasih sayang ALPHA terhadap penyokong mereka.

    Daniel Sher turut berkongsi keterujaannya apabila membaca komen-komen peminat yang mengatakan lagu ini menyentuh hati mereka. Baginya, itulah motivasi terbesar untuk terus mencipta karya yang berkualiti. Izat Ibrahim pula berterima kasih atas sokongan luar biasa yang diterima, manakala Afiq Sky meluahkan rasa terharu apabila hanya dengan dua single sahaja, mereka sudah mencapai tahap yang membanggakan. Ariel Fesol menegaskan bahawa kekuatan sebenar ALPHA adalah para peminat yang sentiasa menjadi pendorong utama perjalanan seni mereka.

    Bermula 19 September 2025, video muzik rasmi “P Ramlee Saloma” boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube @RocketfFuelNetwork, manakala single ini turut boleh didengarkan di semua platform digital utama termasuk Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

  • Aisha Retno & Ade Govinda Bersatu Dalam Lagu Emosional “Semoga Saja”

    Aisha Retno, satu nama yang semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri hiburan Malaysia, kembali dengan karya terbaharu berjudul “Semoga Saja”. Sejak memulakan perjalanan seninya secara profesional pada tahun 2018, Aisha telah mencipta pelbagai kejayaan dengan lagu-lagu hits seperti “Mengikat Jiwa”, “Nukilanku”, “W.H.U.T”, “Pencarianku” dan “Sutera”. Karakter vokalnya yang khas serta keupayaan untuk menyampaikan emosi menjadikan beliau salah seorang penyanyi muda paling menyerlah di negara ini. Kejayaannya pernah menembusi pentas antarabangsa apabila wajahnya terpampang pada papan iklan digital tersohor dunia di Times Square, New York. Pada tahun 2022 pula, Aisha terpilih sebagai duta Spotify untuk kempen EQUAL bagi Malaysia dan Singapura.

    Kali ini, Aisha menambah warna dalam portfolionya dengan berkolaborasi bersama pemuzik dan produser terkenal Indonesia, Ade Govinda. Single “Semoga Saja” menampilkan sisi berbeza daripada kebanyakan karya Ade sebelum ini yang lebih cenderung kepada nuansa pop-ballad. Lagu ini hadir dengan susunan tempo sederhana namun tetap sarat dengan emosi, menggambarkan rasa kehilangan dan doa buat seseorang yang telah pergi. Liriknya yang ditulis bersama oleh Aisha dan Ade memberi sentuhan peribadi, sementara melodi serta harmoni muzik Ade mengekalkan ciri khas yang menyentuh hati. Vokal Aisha yang lembut tetapi penuh kekuatan menjadi nadi utama yang menghidupkan lagu ini.

    “Semoga Saja” turut diperkukuh dengan pelancaran video muzik rasmi arahan Bagoes Tresna Adji. Penggambaran dijalankan di Cottage Basisir Pole, Pantai Carita, Indonesia beberapa bulan yang lalu. Visual yang dihasilkan membawa penonton menyelami kisah seseorang yang masih menyimpan harapan pada kembalinya insan tersayang meskipun telah pergi. Pengarahnya menegaskan bahawa menunggu seseorang yang telah tiada mampu membuat kita terasa hilang kewarasan, tetapi kenangan tentang mereka sentiasa memberi ketenangan.

    Bagi Aisha, lagu ini mempunyai makna yang amat peribadi kerana ia mewakili rasa kehilangan dan doa yang mungkin pernah dirasai ramai orang. Beliau berharap agar pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap bait lirik dan memperoleh kekuatan daripada harapan yang tersisa. Ade Govinda pula menyatakan rasa teruja dengan kerjasama ini dan berharap agar mereka dapat terus menghasilkan karya bersama pada masa akan datang.

    Single “Semoga Saja” sudah boleh dinikmati di semua platform muzik digital bermula 19 September 2025, manakala video muzik rasminya boleh ditonton melalui saluran YouTube Ade Govinda. Kolaborasi ini bukan sahaja memperlihatkan gabungan bakat dua negara, malah menambahkan lagi kekuatan Aisha Retno sebagai penyanyi muda yang terus mencipta jejak berharga dalam industri muzik serantau.

  • Elite Live ’25: Malam Nostalgia di Plenary Hall KLCC

    Kumpulan Elite bakal menggegarkan pentas menerusi konsert khas berjudul Elite Live ’25 yang dijadualkan berlangsung pada 20 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Acara yang dianjurkan oleh Icon Entertainment ini menampilkan barisan lagu ikonik Elite yang pernah menjadi siulan ramai sejak era 90-an, selain persembahan istimewa bersama rakan artis lain.

    Konsert ini akan dibuka dengan rangkaian lagu popular seperti “Ladiva”, “Merbahaya”, “Aku Siapa Kau Siapa”, “Mengerti” dan “Sesuatu Dalam Dirimu”. Persembahan diteruskan dengan segmen kedua yang menyaksikan kelainan melalui lagu “Dua Hati”, “Bila”, serta duet bersama Alpha menerusi lagu “Di Punti Syurga”. Alpha turut mempersembahkan “Monalisa” dan “Pramlee/Saloma” sebagai tambahan istimewa untuk para peminat.

    Dalam segmen ketiga, penonton akan dibawa bernostalgia dengan medley “Catwalk”, “Dirinya Dirimu Diriku” dan “Susah Jadi Senang” sebelum Elite bergabung tenaga bersama X Factor menerusi lagu “Bertuah”. X Factor seterusnya mempersembahkan “7251364” sebelum pentas kembali milik Elite dengan “Alhamdulillah”, “Trauma” dan “Gig”.

    Sebagai kemuncak, konsert ini dijangka menutup tirai dengan penuh bertenaga melalui encore yang menampilkan “Tamparan Wanita” serta “Manisnya Senyuman Mu”, dua lagu yang cukup sinonim dengan identiti kumpulan ini.

    Keseluruhan konsert ini bakal diperkasakan dengan arahan muzik Johan John yang turut menggalas tugas sebagai pemain keyboard bersama Eddie Slam. Barisan pemuzik hebat lain termasuk Reezal dan Wan Gigi di posisi gitar, Ahep sebagai pemain bass, Daniel Saha di posisi drum, Fareez selaku programmer serta vokal latar yang dipimpin oleh Yuaz dan Eja.

    Dengan gabungan tenaga produksi yang mantap, barisan pemuzik berpengalaman dan himpunan lagu malar segar, Elite Live ’25 menjanjikan sebuah malam penuh kenangan yang bakal mengimbau memori serta mengikat kembali nostalgia peminat setia kumpulan Elite.

  • AIM24 Bawa Pembaharuan dengan Anugerah Lagu Paling Tinggi Distrim & Kepentingan ISRC

    Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) tampil memberi penjelasan mengenai kategori anugerah ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’ di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24). Menurut RIM, pemenang bagi kategori ini ditentukan sepenuhnya berdasarkan data penstriman yang dibekalkan kepada pihak mereka oleh penyedia data pihak ketiga melalui proses automatik tanpa sebarang campur tangan manual.

    RIM turut menjelaskan mengenai kedudukan lagu “Old Love” nyanyian Yuji dan Putri Dahlia yang tidak tersenarai dalam Carta Domestik RIM, iaitu carta mingguan rasmi yang menyenaraikan lagu tempatan paling tinggi distrim di Malaysia. Keadaan ini berlaku disebabkan isu teknikal berkaitan pendaftaran kod ISRC bagi lagu berkenaan.

    ISRC atau International Standard Recording Code merupakan pengenal pasti unik dan kekal bagi setiap rakaman bunyi serta rakaman video muzik yang diterbitkan. Ia berfungsi sebagai cap jari digital yang membolehkan penjejakan jualan, penstriman dan royalti dilaksanakan dengan tepat merentasi pelbagai perkhidmatan serta platform di seluruh dunia. Bagi memastikan sesebuah lagu dapat dikenal pasti sebagai keluaran tempatan Malaysia dalam Carta Domestik RIM, ISRC yang didaftarkan perlu bermula dengan awalan negara “MY”. Tag ini digunakan bagi membolehkan sistem automatik mengklasifikasikan rakaman tersebut sebagai sebahagian daripada hasil rakaman tempatan.

    Dalam kes lagu “Old Love”, pendaftaran dilakukan dengan tiga ISRC berbeza yang bermula dengan awalan luar negara seperti SE, TL dan QZ, bukannya MY. Akibatnya, sistem automatik tidak dapat mengenal pasti lagu tersebut sebagai rakaman tempatan Malaysia. Hal ini menjelaskan mengapa walaupun “Old Love” mencapai jumlah strim yang tinggi, ia tidak diambil kira dalam Carta Domestik RIM dan seterusnya tidak layak dipertimbangkan dalam kategori AIM24 ‘Lagu Paling Tinggi Distrim’.

    RIM mengambil maklum terhadap isu ini dan menegaskan kepentingan mendaftarkan ISRC melalui RIM bagi semua rakaman muzik yang diterbitkan di Malaysia. Langkah tersebut amat penting bagi memastikan artis serta penerbit tempatan menerima pengiktirafan sewajarnya dalam carta rasmi industri muzik dan juga dalam pertimbangan anugerah.

    RIM turut menggesa semua pihak berkepentingan dalam industri muzik termasuk label, pengedar dan artis bebas untuk bekerjasama dengan RIM dalam memastikan pendaftaran kod ISRC menggunakan awalan negara “MY” bagi semua rakaman tempatan. Tindakan ini bukan sahaja akan mengelakkan isu seumpamanya berulang pada masa hadapan, malah turut menjamin penonjolan karya muzik serta bakat artis Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

  • Global Superstar Cardi B Returns With Explosive New Era

    Cardi B, the GRAMMY® Award-winning and multi-diamond selling global superstar, has officially entered the next chapter of her career with the announcement of her highly anticipated sophomore album Am I The Drama?, set to be released worldwide on September 19. The album marks a bold evolution in her artistry, showcasing a deeper sound and sharper storytelling that builds on the massive success of her record-breaking debut Invasion of Privacy. More than just a follow-up, Am I The Drama? signals how far Cardi has come and how much more she has to say.

    To celebrate the announcement, limited edition merchandise is now available at CardiB.com, including exclusive vinyl, CDs, and box sets for fans eager to be part of this milestone era. Launching the campaign in style, Cardi unveiled her first single “Outside,” which immediately ignited excitement across platforms. The track soared to #1 on Apple Music over the weekend, becoming her first chart-topper since the multi-platinum hit “Up.” With over 163 million Instagram followers amplifying the release, the single has dominated conversations online and is now making waves across urban and rhythm radio.

    Cardi debuted “Outside” live at the Cannes Spotify Beach Party on June 18, offering fans a first glimpse of the fiery anthem before returning to the stage on June 27 at Brooklyn’s LadyLand Festival. This performance will further cement the momentum around her comeback as anticipation builds for the full album.

    Earlier this year, she kept her audience hooked with the spring-break-ready single “Enough (Miami),” accompanied by a high-energy visual directed by Patience Harding. That record followed “Like What (Freestyle),” both of which carried the energy from her groundbreaking collaboration with Megan Thee Stallion, “Bongos.” The duo had already made history with the viral sensation “WAP,” which shattered streaming records upon release in 2020. The track debuted at #1 on the Billboard Hot 100, dominated rhythmic and urban radio, and broke Apple Music records for female artists, becoming the fastest song to peak at #1. “WAP” went on to win multiple awards, including Favorite Song – Rap/Hip-Hop at the American Music Awards and Video of the Year at the BET Awards, while also receiving numerous nominations across major ceremonies. The song’s visual has surpassed 550 million views, while the audio has accumulated more than 3.7 billion streams.

    With Am I The Drama?, Cardi B is not only raising expectations but also reminding the world why she remains one of the most influential voices in global music today. The combination of her unapologetic personality, chart-topping records, and unmatched presence ensures that this new era will be as iconic as the last, if not more.

  • Madonna Reunites with Warner Records After 20 Years for 2026 Album Release

    After nearly two decades away, Madonna, the best-selling female recording artist of all time, has signed with Warner Records for her highly anticipated new dance album, set to be released in 2026. This marks a return home for the seven-time Grammy Award winner, as Warner Records was the label that supported her for the first 25 years of her unparalleled career.

    Reflecting on the announcement, Madonna shared, “From being a struggling artist in New York City to signing a record deal to release just three singles, it seemed at the time my world would never be the same again, and in fact, that couldn’t have been truer. Since the beginning, Warner Records has been a real partner with me. I am happy to be reunited and look forward to the future, making music, doing the unexpected while perhaps provoking a few needed conversations.”

    Tom Corson and Aaron Bay-Schuck, co-chairmen of Warner Records, expressed their excitement about Madonna’s return, saying, “We are honored to welcome Madonna back home to Warner Records. Madonna isn’t just an artist; she’s the blueprint, the rule-breaker, the ultimate cultural juggernaut. For decades, she has not only defined the sound of global pop music but also reshaped culture itself with her vision, innovation, and fearless artistry. This signing represents a historic, full-circle moment, one that brings her back to the label where it all began and reaffirms her unparalleled influence, setting the stage for an exciting new era of creativity and impact.”

    Fans can look forward to Madonna’s first studio album in seven years, which reunites her with award-winning producer, songwriter, and DJ Stuart Price. The upcoming album follows her critically acclaimed Confessions on a Dance Floor, which not only delivered multiple hit singles but also transformed the global dance music landscape and redefined dance-pop for a generation. Madonna’s return to the studio reinforces her ability to spark both musical revolutions and cultural transformations.

    Throughout a career spanning more than four decades, Madonna has remained one of the most influential and successful artists in music history. She has consistently pushed boundaries through her songwriting, reinventions, and fearless self-expression. Since releasing her self-titled debut album in 1983, she has sold over 400 million records worldwide, earning her recognition as the best-selling female recording artist in the Guinness Book of World Records. Her groundbreaking music videos and electrifying live performances have set industry standards and shaped pop culture across generations. Madonna has been honored with seven Grammy Awards, two Golden Globes, and a place in the Rock & Roll Hall of Fame, among numerous other accolades, solidifying her legacy as one of the most iconic figures in music history.

  • Polis Evo: Satu Dekad Dominasi Aksi Filem Malaysia

    Polis Evo meraikan ulang tahun ke-10 dengan penuh meriah, menandakan satu dekad francais aksi kepolisan terbitan Astro Shaw yang telah mencipta legasi kukuh dalam industri filem tempatan. Kejayaan tiga buah filem di bawah francais ini menjadi bukti bahawa Polis Evo telah mengangkat standard filem Malaysia melalui kekuatan penceritaan, kualiti visual yang bertaraf antarabangsa, strategi pemasaran kreatif serta kutipan box-office yang mengagumkan.

    Acara sambutan bertajuk Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun yang dikuasakan oleh Kopi WONDA menghimpunkan barisan pelakon daripada ketiga-tiga siri filem. Antara yang hadir termasuk Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish, Hasnul Rahmat, Ayie Hushairy, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Farali Khan, Ezatty Abdullah, Riz Amin, Iman Corrine, Zulin Aziz, Dato Afdlin Shauki, Jasper Supayah, Dennis Yin dan Ungku Hariz. Turut memeriahkan acara ialah penerbit eksekutif Raja Jastina Raja Arshad, pencetus idea asal Joel Soh, Anwari Ashraf, Kyle Goonting serta para pengarah seperti Syafiq Yusof, Ghaz Abu Bakar dan Andre Chiew. Sokongan juga diberikan oleh TGV Cinemas yang menjadi lokasi rasmi penganjuran.

    Sejak ditayangkan pada 2015, Polis Evo terus mencatat sejarah sebagai satu-satunya francais filem tempatan yang kekal kukuh selama sedekad. Filem pertama berjaya mengutip RM17.8 juta dan muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia pada tahun tersebut. Kejayaan itu diteruskan dengan Polis Evo 2 pada 2018 yang mengukuhkan kedudukan francais sebagai sekuel aksi tempatan terlaris dengan kutipan RM22.45 juta. Polis Evo 3 yang ditayangkan pada 2023 sekali lagi mencatat rekod luar biasa dengan kutipan RM54 juta serta tersenarai dalam lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.

    Sambutan ulang tahun ke-10 bukan sekadar mengimbau kejayaan lalu, tetapi juga membuka lembaran baharu bagi masa depan francais ini. Astro Shaw komited untuk terus memperkasakan Polis Evo dengan perancangan menerbitkan naskhah filem baharu dan siri premium di bawah universe Polis Evo. Francais ini turut mencetuskan revolusi dalam industri dengan strategi pemasaran inovatif sehingga memenangi Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016 serta Anugerah Emas Malaysia di PMAA Dragons Malaysia.

    Selain kejayaan komersial, Polis Evo juga menjadi medan lahirnya bakat baharu dalam industri perfileman Malaysia. Francais ini membuka ruang kepada penulis dan pengarah muda seperti Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf untuk berkembang menjadi nama besar, di samping mengangkat kerjaya ramai pelakon yang kini terus bersinar di layar perak. Watak ikonik seperti Inspektor Khai dan Inspektor Sani telah menjadi sebahagian daripada budaya pop tempatan dan membuktikan keupayaan filem Malaysia mencipta fenomena tersendiri.

    Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pencapaian 10 tahun Polis Evo adalah hasil sokongan peminat, rakan penerbit, kru produksi, media dan pihak pawagam yang menjadi sebahagian daripada perjalanan francais ini. Beliau turut menekankan bahawa ulang tahun ini bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada babak baharu dengan pelancaran siri premium Evo: Mat Yam yang bakal ditayangkan di Astro Originals.

    Kerjasama dengan Kopi WONDA turut menjadikan sambutan lebih bermakna. Jenama kopi kegemaran ramai itu membuka peluang eksklusif buat peminat untuk menjadi sebahagian daripada legasi Polis Evo melalui pakej istimewa yang ditawarkan. Antara ganjaran yang disediakan termasuk peluang muncul dalam filem seterusnya, akses ke sesi audisi, barangan edisi terhad seperti jaket bomber eksklusif Polis Evo Wonda-Ful 10 Years serta t-shirt istimewa yang boleh didapati di platform Shopee.

    Polis Evo bukan sahaja sebuah francais filem aksi pecah panggung, tetapi juga simbol evolusi sinema Malaysia. Selepas sedekad mencipta rekod, ia kini melangkah ke fasa baharu dengan harapan untuk terus menghiburkan peminat, membina legasi dan mengukuhkan kedudukan sebagai francais ikonik tanah air.

  • Koleksi Drama Anna Jobling Eksklusif di Tonton!

    Menjelang malam penuh gemilang Seoul Drama Awards (SDA) 2025, Tonton tampil dengan penawaran istimewa buat peminat drama tempatan melalui kempen Koleksi Pujaan Hati. Himpunan drama terbaik lakonan Anna Jobling ini disajikan sebagai penghargaan kepada bakat muda yang berjaya mencetus fenomena di layar kaca dan kini bersedia mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

    Koleksi ini mengajak penonton untuk mengimbau semula detik-detik indah bersama Anna Jobling menerusi drama popular TV3 yang pernah mencuri perhatian ramai. Antara karya yang bakal mengisi seleksi ini termasuk Melur Untuk Firdaus, Terima Kasih Cinta, Bella – Bila Cinta Bersatu serta beberapa drama lain yang pernah meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. Tonton menjadikan tawaran ini lebih menarik dengan promosi langganan istimewa bermula 25 September 2025. Peminat boleh melanggan hanya pada harga RM20 untuk tempoh tiga bulan dengan menggunakan kod diskaun eksklusif ANNAJOBLING ketika pendaftaran. Promosi early bird ini bukan sahaja menjimatkan malah memberi peluang kepada peminat untuk lebih dekat dengan karya kegemaran mereka.

    Anna Jobling pada tahun ini bakal berentap bersama barisan bintang besar dari seluruh Asia di SDA 2025. Penyertaannya bukan sekadar lambang kejayaan individu, tetapi turut menjadi bukti bahawa bakat tempatan mampu berdiri seiring dengan nama-nama antarabangsa. Kempen Koleksi Pujaan Hati bukan sahaja memberi ruang untuk menonton kembali drama kegemaran, tetapi juga menjadi wadah untuk peminat terus menyokong perjalanan seni Anna Jobling dari layar tempatan ke persada dunia.

    Jangan lepaskan peluang menyertai kempen ini bersama Tonton dan nikmati drama ikonik yang telah mencorakkan karier bintang muda ini. Ikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi TV3 dan Tonton sebagai tanda sokongan menjelang malam kemuncak Seoul Drama Awards 2025.

  • Jelajah “PISTOL & BUNGA” Angkat Legenda Rock ke Generasi Muda

    Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Neo Gendang Records mengumumkan jalinan kolaborasi rasmi yang menggabungkan dua nama besar dalam industri muzik tanah air, iaitu Edrie Hashim dan kumpulan rock wanita legenda, Candy Malaysia. Kerjasama ini berlangsung menerusi kursus APS 5123: Pengurusan Produksi Muzik yang diselia oleh pensyarah Encik Wan Mohamed Syamil bin Wan Shamsul Anuar.

    Program ini dilancarkan bersempena dengan penganjuran Siri Jelajah Universiti bertemakan “PISTOL & BUNGA” yang memilih ASWARA sebagai lokasi dan universiti pertama dalam rangkaian siri jelajah di seluruh Malaysia. Tema tersebut membawa simbolik gabungan tenaga keras dan lantang muzik rock yang dilambangkan dengan perkataan “pistol”, serta kelembutan dan keindahan seni melodi yang digambarkan dengan “bunga mawar”. Edrie Hashim, selaku pengarah muzik, penerbit, penulis lirik dan gitaris kumpulan Wings, mewakili elemen “pistol” dengan pengaruhnya melalui Projek Pistol yang popular dengan lagu “Wanita Seluruh Dunia” serta penglibatannya dalam penerbitan album untuk ramai artis terkenal tanah air. Sementara itu, Candy yang dianggotai oleh Patricia Robert, Nancy Graggory, Anis Kalisa dan Bulan Terry, mewakili elemen “bunga” sebagai kumpulan rock wanita yang telah bertapak sejak 1996 dan dikenali dengan lagu popular “Akan Ku Tunggu”.

    Candy yang masih aktif di pentas hiburan kini kembali mempersembahkan karya terbaru mereka berjudul “Setia2u” pada September 2024, hasil ciptaan Edrie Hashim dan diterbitkan di bawah label Neo Gendang Records. Lagu ini sekaligus memperkenalkan anggota baharu kumpulan itu dan menjadi hadiah istimewa buat peminat setia yang menantikan kemunculan semula Candy. Melalui jelajah ini, Candy bukan sahaja mempromosikan single terkini mereka tetapi juga memberikan peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali kumpulan yang telah memahat nama dalam sejarah muzik Malaysia.

    Menurut Edrie Hashim, kolaborasi bersama Fakulti Muzik dan Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan ASWARA bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pengalaman secara langsung dalam industri muzik. Melalui penglibatan dalam penganjuran program, pelajar berpeluang mendalami peranan sebagai pengurus produksi, pengurus pentas, pasukan promosi, pemasaran dan pelbagai aspek pengurusan acara. Selain itu, ia juga menjadi medium Edrie untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang dikumpul sepanjang lebih tiga dekad penglibatannya dalam industri muzik tanah air.

    Bersempena dengan pengumuman ini, sesi ujibakat turut diadakan di Studio Rakaman ASWARA bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Ujibakat ini terbuka kepada semua pelajar ASWARA dan menumpukan kepada pencarian bakat baharu dalam kalangan pemain gitar, bass, drum dan keyboard. Panel juri terdiri daripada Edrie Hashim, Hafiz Shah dan Reza Mohammad. Pelajar yang berjaya akan membentuk sebuah kumpulan muzik dan diberi peluang untuk membuat persembahan bersama Edrie Hashim serta Candy pada 20 September 2025, jam 8.30 malam di Orchestra Hall, ASWARA.

    Jelajah “PISTOL & BUNGA” ini bukan sekadar persembahan pentas tetapi turut menjadi wadah penghargaan terhadap sumbangan legenda rock tanah air, memperkenalkan semula muzik rock kepada generasi muda, serta menyemarakkan kembali minat pelajar terhadap budaya muzik tempatan. Ia juga menjadi platform pendedahan praktikal dalam bidang pengurusan produksi muzik, sekali gus memperkukuh reputasi akademik ASWARA melalui hubungan strategik bersama penggiat seni profesional.

    Selepas ASWARA, siri jelajah ini akan diteruskan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Januari 2026, diikuti perancangan bersama beberapa universiti lain termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Edrie Hashim dan Candy menzahirkan penghargaan kepada rakan media atas sokongan berterusan terhadap perjalanan seni mereka serta berharap program ini akan menjadi titik permulaan kepada kerjasama lebih luas antara institusi akademik dan industri muzik pada masa akan datang.