Bandaraya kini kecoh dengan satu soalan: Siapa lelaki berjubah holografik misteri dalam tren MRT itu? Jawapannya — ia bukan sekadar watak biasa, tapi sebahagian daripada kempen gerila kreatif Samsung Malaysia untuk mempromosikan siri Galaxy A yang terkini, termasuk Galaxy A56 5G dan A36 5G.
Kempen ini meletup sejak dilancarkan pada 30 Jun lalu apabila 10 tren MRT dihias penuh dengan tema Galaxy A. Lengkap dengan jingle berulang “Pilih Galaxy A, Memang Smart AYE”, penumpang disambut dengan pengalaman luar biasa muzik kuat, pencahayaan unik dan kemunculan mengejut “The Aye Guy” berjubah holografik yang penuh misteri. Ramai yang bingung, tapi lebih ramai lagi yang segera memuat naik video ke TikTok dan Instagram.
Beberapa pencipta kandungan ternama seperti @shengyou, @notnaddyro, @winniejlk, @mayraa.ray dan @zhen_ting menjadi antara yang pertama menyertai kegilaan ini, menjadikan #AYEHeardThat antara trend terhangat minggu ini. Reels dan video pendek mereka yang merakam reaksi terkejut, menari spontan dan jingle yang melekat di kepala mendapat ribuan tontonan dan komen.

Kini, Samsung membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk turut serta melalui pertandingan “AYE Heard That!” yang berlangsung hingga 29 September 2025. Tak perlu naik MRT pun, hanya perlu meneka berapa kali anda dengar “AYE” dalam video rasmi kempen dan kongsikan jawapan anda di ruangan komen dengan tanda pagar:
#AYEHeardThat #KitaPilihAYE #GalaxyA56
Tiga puluh peserta bertuah bakal memenangi Samsung Galaxy Tab S9 FE+ 256GB hadiah yang pasti membuat semua “Aye” lebih bermakna.
Kempen ini turut menonjolkan kekuatan siri Galaxy A terkini: AI Awesome Intelligence, keselamatan Knox Vault, Samsung Wallet, kamera serba boleh, dan sehingga 4 generasi naik taraf OS. Ditawarkan dalam variasi menarik dan berbaloi, Galaxy A56, A36 dan A26 5G memberikan teknologi premium yang kini lebih mampu milik.
Jadi tunggu apa lagi? Sertai cabaran “AYE Heard That!” sekarang dan rebut peluang bawa pulang Galaxy Tab. Jangan lupa tonton sendiri tren MRT Galaxy A jika terserempak mana tahu, “The Aye Guy” muncul lagi!
Untuk pembelian dan maklumat lanjut:
📱 Samsung Malaysia
