Author: Helmi Aziz

  • KARNIVAL JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK PEMBUKA TIRAI 2024!

    Selepas mendapat sambutan meriah daripada negeri-negeri Semenanjung, siri Karnival Jom Heboh akan menjelajah ke Sarawak sebagai pembuka tirai 2024! Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak akan menemani warga Borneo di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak selama tiga hari berturut-turut pada 26, 27 dan 28 Januari 2024.

    Kali terakhir penganjuran Karnival Jom Heboh Sarawak ialah pada tahun 2013. Selepas 11 tahun, Karnival Jom Heboh kini kembali ke Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak untuk membawa lebih keriangan hiburan berbentuk kekeluargaan kepada pengunjung! Hadiah menarik turut menanti pengunjung di Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Hot FM dan Vocket. Saksikan juga Konsert Jom Heboh istimewa buat pengunjung yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Januari 2024 pada 9.00 malam.

    Sempena meraikan tradisi lumayan di Bumi Kenyalang, Studio Tonton Drama Sangat akan mengadakan pertandingan istimewa seperti pertandingan kostum tradisional kanak-kanak pada 26 Januari, pertandingan tarian tradisional pada 27 Januari, dan pertandingan nyanyian tradisional (etnik kreatif) pada 28 Januari. Kepada pengunjung yang ingin menonjolkan bakat seni kreatif mereka, jangan terlepas menyertai pertandingan-pertandingan ini kerana anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang menarik!

    Lebih istimewa lagi, Studio Tonton Drama Sangat bakal menampilkan barisan selebriti kegemaran ramai ke Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak untuk beramah mesra dengan pengunjung. Reruai ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Aidit Noh, Sherry Ibrahim, Raden Zaharatul, Atiq Azman, dan Trisha Ooi, pembaca berita Farah Nabilah Wazer dan Mior Abdul Malek, personaliti TV9 seperti Nur Affizza Azmi, Zaira Sri Zakaria, dan Fizo Omar serta artis jemputan Sharifah Shahirah dan Hael Husaini.

    Tidak dilupakan juga, acara kemuncak Konsert Jom Heboh yang dinanti-nantikan iaitu pada malam kedua dan ketiga (27 & 28 Januari). Antara barisan penyanyi popular yang akan menghiburkan pengunjung adalah TujuLoca, Kaka Azraff, Liza Hanim, Nizam Laksamana, Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega dan Rem.

    Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak juga disemangatkan lagi oleh Jom Lokal Jam di Pentas Utama KJH dimana pengunjung boleh mengetengahkan bakat mereka. Pastikan anda mengambil peluang ini untuk menonjolkan bakat nyanyian, tarian mahupun bermain peralatan muzik kerana Jom Lokal Jam ini terbuka kepada semua!

    Berita baik buat penggemar e-sukan terutamanya Mobile Legends kerana buat julung kalinya, Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak akan menganjurkan Jom Esports Championship (JEC) di Kuching! JEC 2024 akan diadakan secara berperingkat dimana pusingan kelayakan (online) akan bermula dari 20 hingga 21 Januari dan pusingan akhir (offline) akan diadakan pada 27 dan 28 Januari di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM5,000 dan pendaftaran adalah percuma. Jadi ayuh, saksikan keseronokan JEC di Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak nanti!

    ‘Juh’, warga Borneo sama-sama semarakkan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak ini pada 26, 27 dan 28 Januari 2024 di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak seawal pukul 9.00 pagi!

    Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

  • Infinix Takes Center Stage at CES 2024

    Infinix, a trendy tech brand crafted for young consumers, made a resounding impact at the recently concluded Consumer Electronics Show (CES) 2024, one of the world’s largest and most influential technology consumer events. The brand’s exceptional achievements were acknowledged with seven awards from prominent associations and media outlets, firmly establishing Infinix as a forward-thinking and innovative leader in the mobile industry.

    Benjamin Jiang, CEO of Infinix, expressed his delight at the recognition received by Infinix at CES 2024, stating, ” Innovation lies at the core of the Infinix brand. Our dedicated team of experts remains unwavering in their commitment to surpassing limitations through profound insights, collaborations with top technology institutions, and the development of exciting new technologies. These esteemed awards and accolades serve as a resounding affirmation of our unwavering commitment to delivering exceptional products that deeply resonate with our discerning and tech-savvy audience.”

    Cutting-Edge Innovations Garner Top Association and Publication Awards at CES 2024

    Under the theme “Where Tomorrow Electrifies Today,” Infinix captivated CES attendees with its groundbreaking innovations, including the highly acclaimed Infinix E-Color Shift, Infinix AirCharge over-the-air charging, and Extreme-Temp Battery technologies. These pioneering advancements propelled Infinix to the forefront of the CES 2024 media exhibition, garnering accolades and making it a sought-after destination for renowned international organisations and media outlets.

    In recognition of its outstanding contributions to technological innovation, Infinix received over seven prestigious awards at CES 2024. Notably, Infinix secured the 2023-2024 Global Top Brands’ Most Innovative Mobile Phone Brand Award, jointly presented by Asia Data Group, European Digital Group, TWICE, and supported by the International Data Corporation (IDC). This award underscores Infinix’s commitment to pushing the boundaries of innovation and meeting the evolving needs of today’s dynamic youth.

    The esteemed Gadgety Awards, known for recognizing technological excellence at international exhibitions, lauded Infinix’s E-Color Shift technology as one of the standout technologies showcased at CES. Furthermore, Infinix was personally recognized by ShowStoppers, the organiser of the renowned media event, for the exceptional innovation and booth popularity demonstrated by its E-Color Shift technology.

    Other notable media awards include Phandroid hailing Infinix’s E-Color Shift technology as the highlight among smartphone brands at CES 2024, and GEEKSPIN ranking it second on their “Best of CES 2024” list, solidifying its position as one of the most exciting and buzz-worthy innovations at the event. Inverse acknowledged Infinix’s AirCharge technology as one of the best technological advancements at CES 2024, predicting it to become a mainstream trend in the future.

    Among Infinix’s product lineup, the Infinix ZERO 30 5G and Infinix GT 10 Pro garnered significant recognition. These devices were nominated for the CES Picks Awards and were honoured with the “Best of 2023” award by the Gadgety Awards. Additionally, the ZERO 30 5G was acclaimed as the “A Vlogging Superstar at CES 2024” by the leading tech media outlet Tom’s Guide, and it was selected as the “Best Vlogging Smartphone at CES 2024” by the internationally renowned photography-focused media outlet, Digital Camera World.

    With its remarkable achievements at CES 2024, Infinix solidified its position as an innovative and forward-thinking brand in the mobile industry. The recognition received for its E-Color Shift and AirCharge technologies further demonstrates Infinix’s commitment to pushing the boundaries of innovation and meeting the evolving needs of consumers.

    For more information about Infinix, stay tuned to Infinix Malaysia’s official website, Facebook page, Instagram page and  TikTok channel.

  • INASIS BANK ISLAM SUNTIK MOTIVASI MAHASISWA UUM TINGKAT PRESTASI

    Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam  atau Bank), hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Peruntukan dan  Penjenamaan Inapan Siswa (Inasis) Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada Inasis Bank  Islam.

    Penjenamaan baharu ini melibatkan kos penajaan bernilai RM350,000 dalam bentuk  Dana Endowmen bagi tempoh 10 tahun bermula 2024 yang melibatkan lapan (8) buah  blok kolej demi manfaat 1,028 mahasiswa di inapan siswa berkenaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Dato’ Mohd Muazzam Mohamed  berkata, kolaborasi antara Bank Islam dan UUM telah bermula sejak tahun 2005 dengan  pembukaan cawangan Bank Islam di UUM, Sintok, disusuli pengenalan kad debit-i  jenama bersama UUM-Bank Islam Unidebit serta program universiti tanpa tunai pada  tahun 2014. Kini, kerjasama ini diteruskan dengan penjenamaan baharu kampus

    kediaman, Inasis Bank Islam.

    “Kami turut memperuntukkan sejumlah RM50,000 untuk menaik taraf kemudahan asas dan blok-blok kediaman Inasis Bank Islam demi keselesaan mahasiswa. Usaha ini  diharap dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk belajar dalam keadaan yang  lebih kondusif.

    “Sehubungan itu, bagi melengkapi usaha UUM dalam mendidik generasi muda berilmu  negara, Bank Islam akan menyediakan peluang latihan kepada graduan-graduan UUM,”  tambah Dato’ Mohd Muazzam.

    Ujar beliau lagi, sebagai sebuah institusi perbankan Islam ulung yang ditubuhkan 40  tahun lalu, Bank Islam amat berbangga dapat berkolaborasi dengan UUM, sebuah  institusi pengajian tinggi yang terkemuka di negara ini.

    “Bank Islam turut berkongsi rezeki dan kemakmuran bersama warga UUM melalui  sumbangan dana zakat sebanyak RM30,000 pada tahun 2022 dan 2023. Ia telah  dimanfaatkan pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian  mereka di UUM.”

    Memorandum perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Dato’ Mohd Muazzam Mohamed dan Naib Canselor UUM, Prof.  Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan.

    Turut menyaksikan majlis menandatangi memorandum perjanjian antara Bank Islam dan  UUM ialah Pengarah Deposit dan Kad Bank Islam, Mohd Noor Jab dan Timbalan Naib  Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed.

    Dalam ucapan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Fo’ad berkata, jutaan terima kasih  kepada Bank Islam atas kesudian menaja dan menjenamakan semula Inasis ini kepada  Bank Islam.

    Menurutnya, kompleks kediaman pelajar tersebut merupakan kompleks kelima yang  dibina di kampus UUM pada awal tahun 1991 dan mampu menyediakan kediaman untuk lebih 1,000 pelajar.

    Beliau juga menyatakan harapan supaya jalinan kerjasama ini akan dapat membantu  kedua-dua pihak dalam meningkatkan percambahan ilmu, khususnya dalam bidang  keusahawanan dan perniagaan, dalam kalangan pelajar UUM.

    Dalam mengukuhkan hubungan baik sedia ada, Bank Islam dan UUM akan  menggunakan peluang yang wujud bagi memacu kapasiti ekosistem keusahawan sosial  di UUM termasuk penganjuran program-program seperti Impak Rangkuman Kewangan,  Inkubasi Usahawan dan Celik Kewangan, kerjaya dan peluang latihan industri di kampus  UUM.

    Mengenai Bank Islam Malaysia Berhad (No. Pendaftaran Syarikat [198301002944(98127-X)]

    Bank Islam adalah institusi perbankan Islam pertama di Malaysia yang disenaraikan di Papan  Utama, Bursa Malaysia Berhad. Ditubuhkan pada bulan Julai 1983 sebagai institusi perbankan  Islam pertama di Malaysia, Bank Islam mempunyai 135 cawangan dan lebih daripada 900  terminal layan diri di seluruh negara. Sebagai institusi perbankan Islam lengkap dan tulen, Bank  Islam menyediakan penyelesaian perbankan dan kewangan yang mematuhi undang-undang dan  prinsip Syariah dengan ketat serta komited terhadap hasrat kemakmuran lestari dan nilai-nilai  ESG. Anak syarikat utama Kumpulan Bank Islam adalah perintis dalam pelbagai perkhidmatan  kewangan Islam, termasuk pelaburan dan pembrokeran saham, iaitu BIMB Investment  Management Berhad dan BIMB Securities Sdn Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai  produk dan perkhidmatan kumpulan Bank Islam, layari www.bankislam.com

    Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: media@bankislam.com.my

  • SAY YES TO VIVO Y27 5G RAHMAH PLAN AT ONLY RM299

    vivo Malaysia today has announced another exciting promotion as Malaysians can now get their hands on vivo Y27 5G at an affordable price through its collaboration with Yes Power 35 RAHMAH Plan. Consumers can enjoy vivo Y27 5G at only RM299 with the price of just RM35 a month on the Yes Power 35 RAHMAH Plan which comes with several benefits.

    Through the Yes Power 35 RAHMAH Plan, consumers can experience fast internet with unrestricted 5G speed with 100GB of combined 5G and 4G data, offering users the freedom to explore without limits as well as unlimited calls. This time-limited promotion also features an extra one-plus-one year warranty on the device, offering users an added layer of assurance and reliability.

    The vivo Y27 5G captures the magic of every moment in stunning detail with its camera capabilities. Whether as a photography enthusiast or just love snapping everyday memories, this smartphone is designed to deliver ultra-sharp details, ensuring the photos are nothing short of spectacular.

    Don’t miss out to grab this exclusive one-time offer and enjoy the extra benefits of the Yes Power 35 RAHMAH Plan. To secure access to this exclusive offer, visit Yes Website now. Terms and conditions apply.

    Stay up to date with the latest promotions and product specifications at vivo Malaysia’s facebook page and vivo Malaysia’s official website.

  • MyCEB IGNITES INTERNATIONAL COLLABORATION: INKING MOC WITH ASTINDO AND STRATEGIC VISIT TO THE MINISTRY OF TOURISM AND CREATIVE ECONOMY IN INDONESIA

    Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) has started the year impactfully with a successful trade mission to Jakarta, Indonesia with a primary focus to establish significant partnership with Asosia Travel Agent Indonesia (ASTINDO) through the signing of a Memorandum of Cooperation (MoC). Additionally, MyCEB also made a notable visit to the Ministry of Tourism and Creative Economy of Jakarta.

    Building the momentum on new alliances, the CEO of MyCEB announced the formal finalisation of a new partnership, “I am thrilled to announce our new collaboration as we have signed an MoC with Asosia Travel Agent Indonesia (ASTINDO). I am confident that this newly established relationship will empower us to achieve objectives that are beneficial to both Malaysia and Indonesia, including the restoration of our countries’ business events industry, facilitating knowledge exchange, and exploring opportunities for other business cooperation”. Mr. Azman Haji Tambi Chik.

    The MoC is a strategic framework marking key areas of collaboration between MyCEB and ASTINDO including joint marketing and promotional efforts for the business events sector. The agreement is also expected to co-develop leads through information exchange of market intelligence on campaigns, initiatives, programmes and projects.

    The MoC with MyCEB signifies a strategic step towards reinvigorating our countries’ business events industries. With MyCEB, we look forward to generating quality leads and aim to create a dynamic and resilient ecosystem that will drive the industry’s growth in both regions.” Said Mrs. Pauline Suharno, President of ASTINDO.

    Amidst the cultivation of strategic connections, Malaysia embraced a pivotal opportunity to engage in a constructive dialogue with Drs. Vinsensius Jemadu, Deputy Minister for Tourism Product and Events at the Ministry of Tourism and Creative Economy Republic of Indonesia. During this exclusive meeting, the Ministry expressed strong support for the collaborative efforts in building a robust ASEAN Business Events (BE) community between Indonesia and Malaysia.

    The envisioned ASEAN BE community aims to strengthen regional ties, promote economic growth, and enhance the overall profile of the business events industry across Southeast Asia. This endorsement reflects a shared commitment to fostering cross-border collaboration and elevating the region’s standing as a prominent hub for international business events activities.

    In this enriching three-day visit, MyCEB also seized the opportunity to convene with the Indonesian Exhibition Companies Association (IECA-ASPERAPI), crafting the blueprint for future collaborative ventures in the dynamic landscape of international business events.

    IECA-ASPERAPI is proud to witness the Bureau’s continued dedication to building global connections. This trade mission is a testament to a productive long-term partnership and the importance of cross-border collaboration in revitalising and expanding the business events sector.” – Mr. Hosea Andreas runkat, Chairman of IECA-ASPERAPI

    The year has started extremely well with this visit, reflecting MyCEB’s commitment to international collaboration and growth. In its efforts to strengthen collaborative bonds, MyCEB is enthusiastic to pursue a series of trade missions with the pioneering countries of the business events industry. This venture has strengthened existing partnerships in addition to laying the foundation for new alliances that will shape the future of the business events industry,” commented Mr. Azman Haji Tambi Chik, CEO of MyCEB.

  • Andalusia Travel & Tours and Hong Leong Islamic Bank Work Together to Improve Muslims’ Umrah Experiences

    Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” or “Bank”) has signed a Memorandum of Understanding with Andalusia Travel & Tours (“Andalusia”) to foster collaboration in the business of providing convenience, digital services, and Syariah patuh to Muslims who are beginning their umrah. This will allow the bank to increase its Umrah packages, which are consistent with the bank’s commitment to promoting Islamic values and maintaining a positive lifestyle for Muslims.

    This collaboration means that Muslims planning their Umrah pilgrimage can finance their travels following Shariah principles by utilizing HLISB’s Islamic finance offerings, specifically the Personal Financing-i and Pay & Save Account-i. HLISB’s holistic Shariah-compliant products and services cater to various lifestyle needs, equipping Muslims with specific, digital, and personalized financial solutions.Dafinah Ahmed Hilmi, CEO of HLISB, emphasized the Bank’s commitment to designing financial solutions that cater to the specific lifestyle needs of its Muslim customers.

    “As a financial intermediary, we are committed to designing financial solutions that cater to our customers’ specific lifestyle needs, following our promise to be “Built Around You”. In growing our Shariah capabilities, we want to provide a wide range of innovative products and services that ensure our Muslim customers have peace of mind in fulfilling their religious obligations.”

    “This commitment extends to providing comprehensive digital accessibility through our mobile banking platforms, facilitating online Zakat payments, and presenting wealth management opportunities through our Term Investment Accounts-i and ASNB Unit Trust funds. Driven by a resolute customer-centric philosophy, our collaboration with Andalusia marks a significant stride toward delivering enhanced value to our customers. This strategic alliance actively addresses their diverse needs, empowering Muslims to fulfill their religious obligations with ease.”

    As part of HLISB’s collaboration with Andalusia, which has been operating in the Islamic tourism sector for over 20 years, the Bank will offer its innovative HLISB Pay & Save Account-i and HLISB Personal Financing-i to Andalusia’s customers and members of the public who are looking to perform Umrah.

    The Personal Financing-i solution offers Shariah-compliant financing to customers to fulfill their religious obligations, which comes with up to 60% pay-on-time rebates on profit and a RM50 Touch n Go e-wallet reload pin with every successful application*Meanwhile, the Bank’s Pay & Save Account-i provides up to 4.15% profit per annum on the account balance*. It also has a Multi-Currency feature, allowing for foreign currency spending with the HLB Debit Card, withdrawing foreign currencies from overseas ATMs, and direct conversion of MYR to foreign currencies at a competitive rate via HLB Connect.

    Over the past 25 years, the number of Umrah pilgrims from Malaysia has increased by an estimated 900%1, indicating a substantial growth in Umrah travel since the country recorded a total of 30,000 pilgrims in 1998.  The Saudi government’s special privileges for Malaysian tourists, such as replacing the Umrah visa with a tourist visa, have made Umrah package prices significantly cheaper, and Umrah travel bookings have become easier and more flexible.Hajah Ida Riswana binti Idris, Director of Andalusia Travel & Tours, shared how this partnership presents a win-win situation for all parties, leveraging on a larger customer base who will reap the benefits.

    “Our mission at Andalusia is to provide affordable and quality Umrah services to the Muslim community, in hopes that every Muslim gets to perform their religious duties without hassle and worry. This collaboration with HLISB ensures that our customers have access to Shariah-compliant, affordable, and digital ways to finance their Umrah pilgrimages with a holistic suite of financial tools and services. We believe that this will open more doors for the Muslim community to manage their finances effectively in today’s digital age while fulfilling their religious obligations with a Shariah-compliant financial foundation.”

    Apart from the Pay & Save Accounts-i and Personal Financing-i, HLISB offers competitive wealth management opportunities through its Term Investment Account-i and in ASNB Unit Trust funds, both of which can be accessed fully on the HLB Connect mobile banking platform. Besides that, the Bank provides an online payment gateway for Muslim customers to fulfill their Zakat payments. Customers can also complete their Wasiat fully online through the HLB Connect mobile banking platform, benefitting from the Bank’s one-stop legacy planning and competitive e-Wasiat services.

    For more information on HLISB’s Pay & Save Account-i, please visit http://www.hlisb.com.my/pay&save-i

    1https://www.malaysianow.com/news/2023/01/26/malaysias-rm3-billion-pilgrimage-business-set-for-further-growth-despite-spiralling-costs

  • Penang Convention & Exhibition Bureau Presents the 7th Edition of Penang Roadshow to India 2024

    Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB) is thrilled to unveil the highly anticipated 7th edition of the Penang Roadshow to India 2024, spanning across four diverse cities from 15 to 22 January – Mumbai (15 January), New Delhi (17 January), Chennai (19 January), and Kochi (22 January). This expansive roadshow provides a unique opportunity for Indian travel enthusiasts and industry professionals to immerse themselves in the offerings of Penang, a destination celebrated for its unique blend of cultural richness and contemporary allure.

    The ‘Penang Odyssey’ campaign is a strategic initiative by PCEB aimed at elevating Penang as the preferred destination for both business meetings and leisure escapades in the Indian market. With a dual focus on business and leisure, the campaign strives to foster mutually beneficial relationships with India’s travel agents. The Penang Odyssey campaign is poised to explore new avenues to captivate the Indian market, recognizing its significance as a key market for Penang.

    Anticipate a gathering of approximately 200 buyers from each city, creating a dynamic platform for networking, collaboration, and business expansion. The Penang Odyssey aims to showcase Penang’s diverse offerings, forging connections that transcend borders and unveiling the immense potential for collaboration between Penang and the Indian travel industry.

    In 2023, Penang hosted around 600 events with 160,000 delegates, signaling a robust event calendar with an estimated economic impact (EEI) of RM1 billion. This accomplishment sends a resounding message of confidence, highlighting Penang’s readiness and capability to host large-scale, world-class events, reinforcing its position as a premier destination for business and leisure.

    Malaysia’s commitment to facilitating seamless travel experiences is underscored by the recent nationwide introduction of a visa-free regime, allowing stays of up to 30 days starting from 1 December 2023 to 31 December 2024. This strategic move enhances accessibility for Indian visitors and presents a significant opportunity to further strengthen direct airline connectivity with India. Recognizing the growing demand and interest from the Indian market, Penang is actively working to establish additional direct flights, providing more convenient options for those looking to explore the vibrant charm of Penang.

    Embark on a journey of possibilities at the 7th edition of the Penang Roadshow to India 2024. Experience the dynamic convergence of culture, business, and leisure, positioning Penang as the prime destination for your next extraordinary adventure.

    For more information of the event, visit here: Penang Roadshow to India 2024

  • DOKUMENTARI KHAS ‘MISI KEMBALIKAN KUASA KENYIR’ DENGAN KERJASAMA TNB SEKALI LAGI RAIH PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA DI ANUGERAH TELEVISYEN ASIA KE-28

    Dokumentari khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir’’ terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul sebagai pemenang Program Dokumentari Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-28 (28th Asian Television Awards) yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini. Dokumentari khas ini telah tercalon sebaris dengan program terbitan luar negara seperti SBS (Korea), Coupang Play (Korea), Shanghai Media Group (China) dan China Global Television Network (China).

    Ini adalah anugerah antarabangsa kedua diterima, hasil kerjasama dengan TNB. Terdahulu, dokumentari khas “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” ini telah memenangi anugerah gangsa Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia di Content Asia Awards 2023 di Bangkok, selain menjadi pemenang utama Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita & Dokumentari) di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (Malaysia).

    Episod eksklusif ini diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekuti; Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal; dan Penyelaras Projek, Izzul Iswat. Kejayaan  program ini juga turut disokong oleh Pengurus Rancangan TV3, Faezah Farrah; Pengurus Besar Jualan Omnia, Chan Sue Harn; Pengurus Jualan, Amirah Haziqah; dan Eksekutif Jualan Ariff Azhar.

    Kepada mereka yang ingin menonton dokumentari khas, “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir”, sila strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

  • SEOFIS MENEMUKAN TIGA FIGURA HEBAT – SITI SALEHA, NADIYA NISAA & NADIA AQILAH

    Sewa ruang pejabat sudah menjadi norma baharu bagi kebanyakan individu yang bekerja sendiri ataupun usahawan yang menjalankan bisnes sendiri. Nampak mudah dan menyenangkan tetapi ia tetap memberikan cabaran besar kepada tiga wanita yang ingin membina kerjaya atas usaha sendiri. Bagaimanakah mereka menangani pelbagai dugaan dan halangan yang datang menguji?

    Terbaharu, Tonton Original Series: SeOfis menyaksikan pertembungan tiga personaliti wanita berkerjaya di usia 30-an yang akhirnya membentuk satu ikatan persahabatan bagi mengharungi suka duka, cita-cita dan cinta di ibu kota. Drama bersiri 12 episod ini dapat strim mulai 18 Januari 2024 di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

    Tonton Original Series: SeOfis diterbitkan oleh Parallax Pictures dan diarahkan oleh Faizul Jais dengan nukilan skrip oleh Nadia Khan dan Mamu Vies. Menampilkan barisan pelakon handalan Malaysia seperti Siti Saleha, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Munir Kharuddin, Akmal Azwar, Syahir Shafien, Ikhwan Lein, Anas Ridzuan, Malia, Kimberly Chuah, Aeril Izz, Hafidzuddin Fazil dan ramai lagi.

    Samirah atau Sam (Siti Saleha) ialah seorang pereka hiasan dalaman yang bercita-cita tinggi untuk tersenarai di dalam senarai Forbes 40 Under 40. Oleh itu, Sam sentiasa melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat tersebut. Muhaini atau Aini (Nadiya Nisaa) ialah seorang usahawan yang baru saja memulakan perniagaan menjual hasil kerja kayu ayahnya iaitu perabot yang dibuat sendiri. Aini memperkenalkan Yana kepada Sam. Liyana atau Yana (Nadia Aqilah) ialah seorang ejen hartanah yang berpengalaman, berwawasan dan sentiasa mengikuti trend semasa.

    Permulaan yang agak sukar bagi tiga wanita yang berbeza personaliti untuk bekerja di ruang kerja yang sama. Aini cepat terpengaruh dengan personaliti Sam yang sangat lantang tetapi Yana menyimpan rasa curiga terhadap Sam.

    Selain berhadapan dengan pelbagai kerenah klien, trio ini tidak melupakan cita-cita yang perlu dicapai. Sam inginkan satu pengiktirafan dan mengimpikan untuk memenangi sebuah anugerah. Aini impikan calon suami yang menyamai figura ayahnya manakala Yana mahu mencapai sasaran duit simpanan sebelum usia bersara sebelum dia meneruskan cita-cita asalnya untuk bergelar seorang penyanyi!

    Apabila mereka bertiga sedar bahawa mereka mempunyai musuh yang sama iaitu Faris (Fahrin Ahmad), seorang arkitek yang sombong dan sanggup melakukan apa saja demi kejayaan sendiri. Jadi, Sam, Yana dan Aini telah bergabung untuk menjatuhkan Faris. Adakah pertemuan ini juga bakal membawakan ketegangan dalam soal cinta?

    Sidang media Tonton Original Series: SeOfis telah diadakan pada hari ini di WORQ KL Sentral  (www.worq.space) selaku penaja lokasi sidang media. Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh SUARA,  kumpulan penyanyi wanita yang sedang meningkat naik.

    Saksikan Tonton Original Series: SeOfis secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton mulai 18 Januari 2024! Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

  • HILANG KEPERCAYAAN ORANG TERCINTA, WUJUDKAH PELUANG KEDUA UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN?

    Nama baik tercemar dan difitnah atas kesalahan yang tidak dilakukannya, dia kehilangan kepercayaan daripada isteri tercinta, dipisahkan dengan anaknya dan terpaksa menjalani hukuman penjara sebelum memperoleh peluang untuk membersihkan namanya. Wujudkah peluang kedua ataupun segalanya sudah terlambat bagi Syukri (lakonan Johan As’ari) untuk mengecapi kebahagiaan?

    Menyusuli Hati Tercarik Luka di slot Samarinda, saksikan drama bersiri baharu Menanti Senja menggandingkan pelakon – pelakon hebat Malaysia seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Khatijah Tan pada 17 Januari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Drama bersiri 15 episod terbitan Anomali Media & Production merupakan idea asal daripada pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib. Menanti Senja mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

    Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik/elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

    Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal (Faizal Hussein).

    Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?

    Terkenal dengan watak Botak menerusi drama bersiri Juvana, sudah pastinya para peminat tidak sabar untuk melihat aksi Johan As’ari dalam drama terbaharu ini. Menurut Johan As’ari, “Saya tertarik dengan skrip Menanti Senja dan tidak ingin melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan pelakon senior, Faizal Hussein dan Khatijah Tan, serta Trisha Ooi, gandingan saya yang sangat senang bekerja. Watak Syukri banyak bermain dengan emosi dan ia agak berlainan dengan watak-watak yang pernah saya lakonkan. Seiring dengan usia pembabitan saya di industri ini, saya ingin menerokai kepelbagaian sisi watak dan menjadikan watak itu lebih hidup dan dekat dengan penonton. Terima kasih TV3 kerana masih mempercayai bakat lakonan saya. Semoga drama bersiri “Menanti Senja” mendapat tempat di hati peminat-peminat Johan As’ari.”

    Jangan ketinggalan untuk menonton Menanti Senja menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.