Author: Helmi Aziz

  • Khai Bahar Terima Untuk Menyanyikan Lagu ‘Lemas’ Disebabkan Lirik Berkait Dengan Hidupnya

    Khai Bahar kini muncul dengan single terbaru yang diberi judul “Lemas”. Selama tujuh tahun terlibat dalam bidang seni, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 single dan secara keseluruhannya mendapat sambutan yang amat membanggakan dari peminat.

    Ketika ditanya mengapa dia menerima lagu Lemas ini, Khai Bahar berkata lagu ini sangat istimewa buat dirinya kerana liriknya berkait rapat dengan pengalaman peribadinya, keluarga malahan orang sekeliling. Sikapnya yang sering mendahulukan orang lain demi kebahagiaan jelas terpancar apabila dia menerima lagu ini. 

    “Apabila saya amati lirik Lemas, saya seolah-olah dapat hubungkan dengan keadaan yang pernah saya lalui. Saya seorang yang akan mengetepikan perasaan sendiri dan memberi peluang kepada orang lain. Secara ringkasnya, saya ni jenis pasrah, tidak hiraukan perasaan sendiri asalkan orang tersayang bahagia. Kadang-kadang bila kita buat orang lain bahagia, secara tidak langsung, hati kita tenang walaupun pedih untuk menerimanya. Lama-lama nanti perasaan sedih itu dengan sendirinya akan hilang. Sebab itulah bila saya lihat lirik lagu ini, saya terus setuju untuk jadikan single terbaharu saya.”

    Khai Bahar telah menunjukkan komitmen yang tinggi ketika rakaman tanpa mengira kesihatannya. “Ketika rakaman untuk lagu ini dilakukan, saya dalam keadaan yang kurang sihat. Saya tidak mahu melengah-lengahkan rakaman ini kerana saya menghargai serta menghormati kerja keras sahabat saya di dalam studio terutamanya komposer Hykal Kadir dan penulis lirik Hamizan Azli. Saya amat menghormati kedua-dua mereka kerana mereka masih muda dan bakat mereka sangat berkualiti.”

    Ketika ditanya tentang pemilihan lagu, Khai Bahar menghormati kreativiti setiap karyawan. “Saya boleh dikatakan masih lagi baharu dalam bidang ini. Namun saya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja komposer asalkan melodi, lirik dan lagu sedap didengar dan melekat di hati saya. Alhamdulillah berkat kerja sama semua, rakaman selesai dalam masa dua jam setengah,” jelas King of Smule ini.

    Kepada yang masih belum mendengar lagu ini, boleh muat turun lagu Lemas di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

  • KEMPEN ‘RARA MACAM DULU-DULU’ MENGIMBAU NOSTALGIA

    TV3 dan Tonton bakal memeriahkan Ramadan Raya 2024 dengan lebih banyak kandungan menarik, perkongsian bermakna, dan keseronokkan yang tidak terhingga! Bersiaplah untuk dihibur dengan pelbagai program yang mengasyikkan, aktiviti langsung, dan kehadiran wajah-wajah popular dalam kempen istimewa “RaRa Macam Dulu-Dulu” yang dipersembahkan khas untuk peminat setia TV3 dan Tonton!

    Kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ menampilkan kombinasi empat selebriti lama dan baharu iaitu Norlia Ghani, Zamarul Hisham, Aqil Zulkiflee dan Mika Safiya, serta Aiman Iskandar (A.I) yang mewakili penonton dari pelbagai lapisan umur untuk mengimbau nostalgia zaman dahulu. Selain itu, dengan adanya visual Aiman Iskandar (A.I), ia dapat menarik perhatian kanak-kanak serta memudahkan proses pembacaan dan proses menghafal niat dan doa.

    Tahun 2024 ini, kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ dipilih bagi menggamit memori dan nostalgia kemeriahan sambutan bulan yang penuh barakah ini. Kempen ini telah membuka tirai dengan TikTok LIVE di akaun rasmi TV3 Malaysia pada 7 Mac yang lalu dengan mengumumkan susunan program menarik di TV3 dan Tonton di samping memperkenalkan wajah-wajah kempen sepanjang Ramadan dan Raya ini. Kemeriahan kempen ini turut disemarakkan lagi dengan kolaborasi bersama kartunis legenda Ujang, pengarah filem dan drama pendek serta pempengaruh muda TikTok iaitu Odah atau nama sebenarnya Airra Zulkifli.

    Susunan program-program menarik sepanjang Ramadan Raya TV3 dan Tonton

    Pelbagai program-program menarik turut merangkumi genre kerohanian, majalah & inspirasi, gaya hidup, bual bicara dan hiburan khas sempena Ramadan Raya tahun ini. Sebagai pembuka bulan Ramadan, Halaqah yang disiarkan pada 15 Mac 2024 ini diberi nafas baharu dengan tema ‘Rumah Kebijaksanaan, 1 Agama Pelbagai Bangsa’ dan menampilkan tiga mesej utama melalui segmen-segmen menarik iaitu ‘Kemajuan Zaman’, ‘Era Keemasan Abbasiyah’ dan ‘Tugasan Mujaddid’. Barisan panel berpengalaman seperti Haji Ahmad Noor Sulaiman (siarawan), Dato Dr. Danial Zainal Abidin (bintang ilmuwan), Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud (panel analisis) dan Ustaz Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (bintang ilmuwan) akan mengupas tentang topik menarik berkaitan  ‘A.I. Di Mata Islam’.

    Sementara itu Al-Kuliyyah juga turut membincangkan tentang pengisian berkaitan topik-topik Fiqh, Tawhid, perjalanan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan topik-topik lain berkaitan dengan ilmu agama.

    Antara program-program yang lain di TV3 dan Tonton  adalah:

    Kerohanian
    ●Halaqah
    ●Al-Kulliyah
    ●Tanyalah Ustaz

    Majalah & Inspirasi
    ●Sembang Sahur
    ●Fail Mahkamah Istimewa
    ●Rindu Tanpa Penghujung
    ●Anugerah Istimewa
    ●Bersamamu: Berkat Ramadan & Raya

    Gaya Hidup
    ●Oh Mummy!
    ●Jalan-Jalan Cari Makan Ramadan
    ●Apa Nak Masak Ni?
    ●Jom Berbuka

    Hiburan
    ●Melodi Raya
    ●Karaoke Kecoh Raya
    ●Amir Jahari
    ●Istimewa Famili Duo 2023 Drama Bersiri & Mini Series
    ●Akasia: Wanita Syurga
    ●Lestary: Iskandar Chempaka
    ●Samarinda: Lelaki Itu
    ●Sakura: Perempuan Itu
    ●Ramadan Mini Series: Hello, Saya Anak Uncle!
    ●Raya Mini Series: Ya, Cikgu!
    ●Tonton Original Series: Kuih Muah

    Telefilem
    ●Cereka Sabtu: Gadisku
    ●Cereka Sabtu: Titipan Kasih
    ●Cereka Sabtu: Perempuan Paling Merana
    ●Cereka Ahad: Daddy Duda
    ●Cereka Ahad: Pelangi Yang Hilang
    ●Cereka Ahad: Ramadan, I Miss You
    ●Cereka Ahad: Lukisan Hati Umar

    Lagu Tema RaRa Macam Dulu-Dulu – Macam Dulu-Dulu (Marsha Milan & Khai Bahar)

    Lagu tema tahun ini dinyanyikan oleh finalis AJL iaitu Marsha Milan dan Khai Bahar dengan judul ‘Macam Dulu-Dulu’. Lagu ini merupakan hasil karya Shazee Isyak dan Audi Mok di bawah naungan Alternate Records & Talents.

    Filem Pendek Ramadan : Kuah Kacang Nenek (TV3 x Edin Komeng)
    Filem pendek istimewa kali ini yang bertemakan ‘Raya Macam Dulu-Dulu’ merupakan kolaborasi TV3 dengan Edin Komeng atau nama sebenarnya Muhammad Izzuddin, seorang pengarah filem dan drama pendek di platform media sosial.

    Filem pendek ‘Kuah Kacang Nenek ’ ini menampilkan pelakon berpengalaman dan veteran, Norlia Ghani, memegang watak nenek, dan bergandingan dengan dua pelakon pembantu yang berbakat besar iaitu Wina dan adik Aqil sebagai cucu-cucunya. Kandungan filem pendek ini sangat menarik di mana ia mengisahkan tentang cucu yang derhaka terhadap neneknya di bulan Ramadan. Nak tahu lebih lanjut? Nantikan filem pendek Ramadan: Kuih Kacang pada minggu ketiga Ramadan di platform rasmi Tiktok TV3 Malaysia.

    Kolaborasi dengan Ujang X TV3 Tonton
    Kolaborasi antara TV3 dan Ujang, kartunis lagenda ini sangat menarik dan dianjurkan secara on-ground menerusi pameran seni di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada bulan Ramadan dan Syawal ini. Pengunjung serta penonton TV3 yang minat dengan kartun dapat melihat bagaimana kartunis Ujang menghasilkan pameran seni berunsurkan elemen Ramadan Raya dulu-dulu selaras dengan tema RaRa pada tahun ini. .

    Pada masa yang sama, Ujang dan beberapa rakan kartunis tempatan menghasilkan seni yang berkaitan dengan unsur-unsur tradisional seperti pakaian, alatan elektronik, kenderaan zaman dahulu, pembaca berita dan personaliti TV3 serta logo TV3. Boleh ikuti perkembangan terkini mengenai pameran ini di laman sosial TV3 dan Tonton.

    RaRa Tonton Drama Sangat Fans Special: 2024 Ramadan Raya Drama Reveal
    Pada 7 Mac 2024 (Khamis) yang lepas, telah berlangsungnya ‘RaRa Tonton Drama Sangat Fans Special: 2024 Ramadan Raya Drama Reveal’ bertempat di Glamhall Damansara, Petaling Jaya. TV3 dan Tonton telah mengumumkan antara barisan drama yang bakal bersiaran sepanjang Ramadan Raya tahun ini iaitu, Akasia: Wanita Syurga (Redza Rosli, Siti Khadijah Halim & Riena Diana), Lestary: Iskandar Chempaka (Muaz Zabir, Harissa Adlynn & Raja Azura), Samarinda: Lelaki Itu (Dato’ Adi Putra & Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura & Nabila Huda), Tonton Original Series: Kuih Muah (Shukri Yahaya & Ezzanie Jasny), Ramadan Mini Series: Helo, Saya Anak Uncle! (Izzue Islam & Zara Zya) dan Raya Mini Series: Ya, Cikgu! (Trisha Ooi, Fadhli Masoot & Khir Rahman).

    TikTok Original Series: Odah
    Seorang remaja, Odah sentiasa berkongsi tentang kehidupannya di media sosial. Namun, personalitinya di dalam talian amat berbeza berbanding realiti. Justin mula menyedari bahawa Odah sudah membuka mata dan lebih menghargai keindahan di luar bandar, terutama ketika bulan Ramadan. Nantikan di akaun Tiktok rasmi TV3 Malaysia.

    Kolaborasi bersama Pempengaruh TikTok: Qawiyaro
    TV3 juga turut berkolaborasi bersama pempengaruh terkenal, Qawiyaro sepanjang bulan Ramadan. ‘Challenge’ yang akan dilaksanakan oleh Qawi adalah berinteraksi dengan orang ramai dan mereka akan diminta untuk sambung surah yang bakal dibaca olehnya. Nantikan video ‘challenge’ mulai minggu pertama bulan Ramadan di akaun rasmi Tiktok TV3 Malaysia.

    TV3 X REV (OHBULAN! & Sirap Limau): Menang Duit Raya Macam Dulu-Dulu
    Anda ingin Menang Duit Raya Macam Dulu-Dulu? Jangan lupa, nantikan posting dari halaman media sosial OHBULAN!, XTRA, dan Sirap Limau. Peserta hanya perlu komen di posting media sosial tersebut dengan jawapan yang betul dan pemenang bakal membawa pulang duit raya!

    Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan barisan program ini sepanjang bulan Ramadan dan Raya tahun ini. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

    Ikuti juga perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan dapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

  • Single Terbaru Kumpulan Insomniacks Berjudul ‘Teman’

    Kumpulan tempatan Insomniacks semakin dikenali dalam arena muzik Malaysia pada masa kini. Sejak mula berjinak dalam industri ini, lagu-lagu mereka telah menjadi kegemaran dikalangan remaja tempatan dan menjadi viral di pelbagai platform media sosial. Kini, mereka kembali dengan satu lagi lagu yang menarik bertajuk ‘Teman’.

    Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, digubah dan dibantu oleh Bajai, penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks.

    “Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie

    “Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga di waktu malam. Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar tidur juga.

    Selain itu, proses rakamannya juga menyenangkan. Ia merupakan satu penghormatan buat diri saya kerana dapat bekerja dengan dua orang ayah saudara saya yang juga pemuzik berbakat dengan banyak pengalaman dalam industri muzik,” jelas Iqie lagi tentang karya ini.

    Seiring dengan terbitan lagu ini oleh Universal Music Malaysia, lagu ini juga ditampilkan dengan visual dan jalan cerita yang menarik dari segi cinematography dan visual grafik yang menarik untuk pendengar menghayati bait bait lagu ini melalui visual pesanan, untuk mementingkan persahabatan dan sentiasa berada disisi di saat diperlukan. Ada yang merasa menemani seseorang itu membuang masa dan tiada pulangan, Ia mungkin kedengaran benar namun hidup perlu bermasyarakat, membantu satu sama lain dan berada di samping orang yang kita sayang
    adalah penting kerana kita tidak tahu bila kita mungkin perlukan teman sendiri.

    Berkenaan proses rakaman video, Pengarah, Dick Wai dan pasukannya daripda Unfold Production banyak membantu kami dari segi lakonan dan permintaan kami untuk mewujudkan jalan cerita yang kukuh dan baik’, ujar Iskandar tentang pembikinan video muzik Teman.

    “Saya berharap pendengar dapat memahami maksud di balik lagu yang penuh bermakna buat kami ini. Semoga lagu ini menjadi ikutan dan siulan di konsert-konsert dalam kalangan peminat kami. Saya juga harap mereka dapat merasai nilai persahabatan yang cuba kami paparkan di dalam video ini,” bingkas Dan menutup bicara.

    Single Teman boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dah Youtube Music pada 1 Mac 2024, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Insomniacks.

  • VIVO LANCAR TELEFON PINTAR BAHARU, VIVO Y100 5G

    Pada 27 Februari lalu, Vivo telah memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka, iaitu Vivo Y100 5G, di Brick Studio, Sunway Damansara. Telefon pintar ini dilengkapi dengan sejumlah pembaharuan teknologi untuk meningkatkan pengalaman para pengguna.

    Vivo Y100 5G menggunakan 8-core CPU dan chip Snapdragon 4 Gen 2 serta menggunakan Operating System (OS) vivo iaitu Funtouch OS 14. Ia mempunyai 8GB RAM yang boleh ditambahbaik dengan tambahan 8 GB RAM dan menjadikan ia 16 GB RAM.

    Telefon pintar ini juga menggunakan 6.67-inch 120 Hz Ultra Vision AMOLED Dotch Display dan ditambah dengan 300% Volume Audio serta Dual Stereo Speaker untuk menjadikan telefon ini sebagai sebuah panggung wayang mini.

    Dengan bateri yang mempunyai 5000 mAH serta FlashCharging, ia membolehkan pembeli untuk menggunakannya untuk jangka masa yang lama tanpa menggunakan charger. Ia turut tiba dengan Overnight Charging Protection yang mengikut corak tidur pengguna dan hanya akan charge sehingga 80%. Ia akan sambung sehingga 100% sebelum pengguna bangun dari tidur.

    Kamera vivo Y100 5G mempunyai 8MP kamera potrait, 50MP kamera utama, 8MP kamera Ultra Wide Angle dan kamera Flicker Sensor. Ia akan membantu pengguna untuk menangkap gambar dengan lebih cantik, jelas terutama sekali dengan penggunaan Ultra Wide Angle yang memudahkan pengguna untuk menangkap gambar tanpa bergerak ke belakang untuk muatkan objek dalam gambar.

    Ia dibuat menggunakan EcoFibre Leather dan menggunakan frame Metalic High Gloss yang memberikan pengguna rupa astetik untuk telefon ini. Leather yang digunakan vivo merupakan satu teknologi baharu yang berfungsi untuk menghalang pelbagai jenis kotoran dan sinaran UV.

    Harga Vivo Y100 5G akan bermula dijual pada 28 Februari pada harga RM1199 untuk variasi 8GB+256GB. Pembeli boleh membeli telefon ini di stor konsep vivo, vivo e-store, Shopee, dan Lazada. Untuk pertanyaan dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini, kunjungi ke website rasmi, Facebook atau Instagram Vivo Malaysia

  • myTukar renames to Carro to reflect global ambitions, appoints Phei Yong as first brand ambassador

    myTukar Powered by Carro, Malaysia’s fastest-growing used car ecosystem, begins an exciting new journey as it renames to Carro, signifying a move that will bring more of Carro’s cutting-edge technologies, products, and services to Malaysian customers.

    This renaming exercise will officially see ‘Carro’ be incorporated across myTukar’s range of products and services, marketing materials and physical signages across Malaysia – a process that will take place across several months.

    “myTukar’s renaming exercise marks a huge milestone in our brand integration, and we’re absolutely excited to hit the rest of our goals on our roadmap,” says Carro Co-Founder and Group CEO Aaron Tan “We’re profitable as a group, we’re IPO-ready and in a position to list the company as soon as it becomes realistically possible.  We’re looking forward to exciting new plans ahead not just for Malaysia, but for the rest of our markets.”

    Carro is Southeast Asia’s largest and most profitable online used car platform and is currently operational in Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand, Japan, and Taiwan. The Singaporean startup is on track to hit all-time best FY2024 EBITDA of nearly US$40 million, more than 10 times of what it achieved for the entire FY2023.

    From myTukar to Carro: A transformative journey
    Since myTukar’s founding in 2017 at a shop lot at Glenmarie in 2017, the company has charted impressive milestones, including a US$30 million investment from Carro to revolutionise and digitise Malaysia’s high-potential used car industry.

    The brand has grown to be the first and largest online used car ecosystem in Malaysia, providing retail insurance, financing and after sales services, and has expanded to encompass 11 Retail Experience Centres, 27 Inspection Centres, 5 workshops and 2 refurbishment centres. myTukar’s retail segment recorded its best performance in January 2024, with a 55% year on year growth, and also tracked a 40% year-on-year growth last quarter.

    Fong Hon Sum, founder of myTukar and Carro’s CEO of International Marketplace says, “It has always been my dream and goal to transform the used car industry and to push for transparent, honest practices that will benefit our customers. Today, I’m so glad to announce that we achieved exactly that and more. myTukar’s amazing growth couldn’t have been possible without everyone who believed in our ambition and goals, and all the hard work that went into building it up. Now, I’m excited to unlock the potential in this market, and continue to offer unparalleled services to Malaysian drivers and families. ”

    myTukar earlier kickstarted its first phase of rebranding in June 2022 and changed its corporate look, moving away from its turquoise and grey colour scheme to Carro’s signature orange for its signages and collaterals.

    Carro Malaysia CEO Derrick Eng says, “As part of a global brand, we’re laser focused on driving sustainable growth for the Group while continuing to deliver quality used cars that are As Good As New to Malaysians. I look forward to strengthening Carro as a brand within the country.”

    Also celebrating this milestone is Carro’s first ambassador, Phei Yong. The beloved influencer in September took a Carro Certified car on an epic 700-kilometre road trip from Kuala Lumpur to Singapore and back, and will now be embarking on an exciting new ambassador journey with Carro.

    “We absolutely look forward to Phei Yong coming on board,” says Eng. “With the success of the epic road trip, and Phei Yong’s popularity in Malaysia, we’re sure he’ll be able to bring something unique to the table, and help spread the message that a Carro Certified car is As Good As New.”

    Social media darling and multi-hyphenate celebrity Phei Yong says he’s excited about this brand new working relationship. “Many used car platforms exist, but I chose to partner with Carro because I’m confident in their honest and transparent practices. There are a bunch of exciting campaigns coming up and I can’t wait to share more with everyone.”

     

  • MyCEB Hosts Networking Session to Empower Business Events Industry

    Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) has taken a proactive approach in bringing together key players from the industry through its first networking session of the year, aimed at fostering collaboration and growth opportunities.

    Held at Mandarin Oriental Kuala Lumpur, the event was attended by over 250 business events industry players comprising both MyCEB’s Industry Partner Programme (IPP) members and non-IPP members, including venue operators, professional conference organisers, professional exhibition organisers and many more. The event served as a platform for industry stakeholders to connect, share insights and chart the course for the year ahead.

    The event also marks the Bureau’s newly appointed Chief Executive Officer, Mr. Azman Haji Tambi Chik’s first official gathering with local industry players. Reflecting on the significance of this gathering, Mr. Azman said, “Our networking session serves as a testament to MyCEB’s commitment to nurturing a vibrant and cohesive business events community in Malaysia. By bringing together industry stakeholders, we aim to facilitate meaningful exchanges and drive collective growth. It is my honour to host them for the first time in my capacity as the CEO of MyCEB and I thank them for their ongoing support”.

    Key takeaways from the networking session underscored the importance of annual convergence to set the tone and establish common ground within the industry. It provided a valuable opportunity for members to articulate their needs and perspectives, gaining deeper insights into the challenges and opportunities prevalent in the business events landscape.

    As MyCEB gears up for the launch of the MICE/Business Events (BE) Community next year, the focus remains on strengthening regional ties, promoting economic growth, and enhancing the overall profile of the business events industry across Southeast Asia. This pioneering effort was established during a courtesy visit to The Indonesian Exhibition Companies Association (IECA-ASPERAPI), further reinforced by a courtesy call to the Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB). This community serves as a testament to MyCEB’s steadfast dedication to propelling Malaysia’s business events industry to greater heights.

    Additionally, MyCEB also took the opportunity to urge non-IPP members to be part of the Bureau’s long-standing programme. Established in 2011, the IPP serves as a platform to elevate its members by profiling their organisation to the lucrative international market, especially through the wide range of services and business development opportunities available. These services include co-operative sales and marketing activities, professional development, business-to-business networking, market intelligence, and product profiles in MyCEB’s online and print publications. To date, IPP has garnered the support of over 212 members and is looking to build increase its network.

    The success of the networking session reflected MyCEB’s dedication to supporting the growth and development of Malaysia’s business events industry. As the Bureau continues to spearhead initiatives that promote strategic partnership and innovation, Malaysia remains poised to attract a diverse range of international events, bolstering the country’s economy and reputation as a premier and sustainable business events destination.

  • VIVO MALAYSIA PREPARES TO UNVEIL THE NEXT WAVE OF SMARTPHONE PHOTOGRAPHY AT THE LAUNCH OF VIVO V30 SERIES

    vivo Malaysia is set to host a grand launch for the highly anticipated vivo V30 series on Wednesday, March 13th, 2024. Embracing an imaginative wedding-themed presentation, this launch marks a significant milestone, coinciding with vivo’s monumental 10th anniversary celebrations. As one of the flagship events of the year, it promises to showcase the brand’s commitment towards innovation and excellence in the smartphone industry.

    The vivo V30 series sets a new standard with its advanced Aura Light 3.0, refining subject illumination for superior photo aesthetics. Collaborating with ZEISS Optics for the first time in the vivo V series, it achieves professional-grade photography in this series, ensuring unparalleled clarity, sharpness, and colour accuracy. This partnership guarantees stunning visuals, with enhancements in low-light performance and detail capture that honor ZEISS’s optical technology.

    In two days, vivo Malaysia will unveil the vivo V30 series, promising a groundbreaking innovation. Highlighting its 50 MP VCS True Color Main Camera OIS, featuring advanced Camera-Bionic Spectrum (VCS) technology, the series offers a remarkable 25% increase in image purity and a 15% boost in color reproduction compared to its predecessor. Additionally, the Optical Image Stabilization (OIS) ensures sharper images, even in low light.

    Excitement soared as vivo unveiled its latest innovation, the vivo V30 series, during a special preview at the Pavilion, Bukit Jalil vivo concept store on March 10, 2024. This sneak peek offered vivo fans a glimpse of the advanced features of the newest edition. Stay up to date with the latest promotions and product specifications at vivo Malaysia’s facebook page and vivo Malaysia’s official website

  • Konsert By Ajai & Mega Friends Bakal Menggegarkan Megastar Arena Kuala Lumpur Pada Bulan Ogos 2024

    35 Tahun Meniti Impian

    Pada 6 Mac 2024 di Kuala Lumpur, minat terhadap karya mereka terus meningkat. Hampir setiap seniman yang sedang mendapat perhatian kini mencapai kejayaan melalui lagu-lagu yang mereka hasilkan.

    Sebut sahaja siapa. Daripada yang tersohor namanya seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, Misha Omar, Ella, Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz Suip, Ning Baizura, Nora, Ziana Zain, Liza Hanim, Allahyarham Dato Sharifah Aini, Saleem dan Siti Sarah, dan ramai lagi, kepada generasi pertengahan dan baharu seperti Hazama, Black, Niki Palikat, Aufahanie, senarainya tak terungkap, Mereka telah mencipta kegemilangan dengan lagu-lagunya.

    Sedar tak sedar, insan seni ini telah bertapak di dalam industri muzik 35 tahun lamanya dan namanya masih gah di mata peminat seni daripada segenap lapisan usia.

    Mohd Faizal bin Maas atau lebih dikenali dengan Ajai sememangnya begitu sinonim namanya dengan irama ‘killer’ genre balada. Antara lagu-lagunya yang masih malar segar menjadi siulan bukan satu, bukan dua malah beratus tersusun rapi dalam senarai berdaftar MACP.

    Konsert ByAjai & Mega Friends bakal berlangsung pada Sabtu, 3hb Ogos, 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Menara Network Sdn Bhd. Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula 6hb Mac, 2024 ini. Tawaran harga tiket yang dibuka ini merupakan tawaran “Early Birds”. Peminat yang membeli tiket-tiket “SUPER MEGA VIP” pula berpeluang untuk sesi ‘Meet & Greet” bersama Ajai dan juga membawa pulang goodie bag merchandise rasmi.

    Untuk konsert pertama Ajai, beliau akan menggunakan khidmat Sharon Paul selaku Pengarah Muzik konsert. Pemuzik-pemuzik juga akan diiringi oleh barisan ‘strings” bagi menambahkan lagi perisa muzik. Sebagai seorang yang sangat cerewet dalam mengenengahkan lagu-lagunya, Ajai pastinya mahukan yang terbaik untuk setiap sudut di konsert pertamanya ini.

    ‘Apa yang saya boleh janjikan, insyaallah, semua lagu yang bakal didendangakan oleh saya mahupun artis-artis MEGA FRIENDS saya pastikan lagu karoks sampai hilang suara kata Ajai secara berseloroh. ‘Dan yang pasti juga, kualiti bunyian, susunan muzik dan setiap inci yang dipersembahkan oleh team Menara Network dan produksi tiada kompromi’, jelas pihak Menara Network tanda setuju dengan misi yang ingin Ajai sampaikan pada semua peminatnya di konsert tersebut.

    Pastinya, inilah buah tangan yang telah lama anda nantikan. Kita punyai ‘Hit Maker’ yang bakal menggegarkan pentas di konsert ByAjai bersama barisan Mega Friends nya seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul, Hazama, Aufahanie dan Maestronya, Ajai.

    Di kesempatan ini juga pihak Menara Network dan Ajai ingin merakamkan ucapan terima kasih pada pihak pengurusan Hotel Royale Chulan Damansara dan Royale Chulan KL di atas persetujuan menjadi rakan hotel rasmi bagi konsert kali ini.

    TRIVIA KONSERT BYAJAI & MEGA FRIENDS

    • Mohd Faizal bin Maas @ Ajai dilahirkan di Johor Bharu pada 15 Мас, 1975.
    • Memulakan karier seninya pada tahun 1989, sewaktu berusia 14 tahun.
    • Megastar Arena Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasi konsert. Namanya juga selari dengan konsert ‘ByAjai & Mega Friends’
    • “Mega Friend” merupakan definasi Ajai kepada barisan penyanyi undangan yang bakal beraksi di pentas Konsert ByAjai yang julung kalinya ini
    • 5 penyanyi ditampilkan yang dikenali di tahun-tahun yang berbeza dengan lagu-lagu hit mereka masing-masing
    • Ajai bakal membawakan versi komposer untuk lagu-lagu hit yang diciptakan
    • Semua lagu yang bakal didendangkan juga merupakan lagu-lagu MEGA, yang pernah beliau ciptakan.
    • Tiket-tiket juga dilabelkan ‘Mega’ dan juga tajuk-tajuk lagu ciptaan Ajai. Boleh dibeli secara online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula 6hb Mac, 2024.

    TRIVIA LAGU HATI INI TELAH DILUKAI 2.0

    • Penyanyi duet asal ialah Kris Dayanti
    • Lagu ini dirakamkan pada tahun 1998 sewaktu Ajai berkhidmat sebagai Pengurus A&R di Warner Music (M)
    • Pengacara Rina Nose telah menjadikan lagu ini viral semula di pentas Big Stage apabila menjemput Ajai bernyanyi bersamanya secara spontan
    • Ajai pula melamar Aina Abdul bukan nya Rina Nose untuk menjadi rakan duet terbarunya secara langsung di pentas akhir Big Stage
    • Tanggung jawab memberikan nafas baru pada susunan muzik digalas oleh Sharon Paul.
    • Lagu dan lirik video rasmi di pasaran di edarkan disemua digital platform pada 6 Mac, 2024 di bawah edaran Believe Music.
    • Ajai dan Aina sedang dalam rangka perancangan merakamkan ‘official MTV’ dengan Kerjasama Menara Network. Nantikan!
  • HONOR Magic6 Pro Launch Announcement and Media Invitation

    HONOR Malaysia has revealed the official launch date of the highly anticipated HONOR Magic6 Pro set for March 20th 2024. Mark your calendars and tune in to the live launch event on HONOR Malaysia’s Facebook page at 3pm to dive into the realm of magic!

    HONOR’s latest flagship model was unveiled at the Mobile World Congress (MWC) 2024 in Spain and has received rave reviews on being a breakthrough in smartphone technology.

    HONOR Magic 6 Pro Early Bird Special

    Meanwhile, Malaysians can now secure their HONOR Magic6 Pro starting today till March 20th with the Early Bird Special at a deposit of RM66. Exclusive free gifts worth up to RM2,259, include the HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, 1 Year Extended Warranty and 365-day Front & Back Crack Replacement. There’s more, Early Bird Special purchasers will also be entitled for a 5 times deposit rebate upon full payment.

    1. Magic Camera: Sportography Companion for Capturing Long-Distance Shots

    Have fun with the HONOR Magic6 Pro’s upgraded Falcon Camera System, featuring a 50MP Main Camera, 50MP Ultra-wide camera, and the revolutionary 180MP HONOR Tele-falcon Camera. With the impressive Tele-falcon Camera’s 100X digital zoom capabilities, users will be able to capture stunning, zoomed-in images with perfect clarity, even for sports events. The best thing is the advanced AI capture algorithm of the HONOR AI Motion Sensing Capture predicts pivotal moments in ultra-high definition.

    1. Magic Screen: Stronger than Steel Knife

    Be sure to be impressed by the HONOR NanoCrystal Shield, ten times stronger than normal glass, taking the display durability to the next level. As such, users can have a peace of mind knowing the HONOR Magic6 Pro can withstand the rigors of daily use even from an accidental grip slip.

    Verified by SGS’s Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability certification in multiple scenarios, this display offers unmatched protection and durability. What’s better, the HONOR Magic6 Pro comes with the industry-leading 6.8-inch All-range Low Power LTPO Eye Comfort Display prioritizing user’s eye health, along with the industry’s highest 4320Hz PWM Dimming frequency to minimize eye strain for a more comfortable viewing experience.

    1. Magic Battery: High Quality and Long Battery Life

    Stay powered up and ready for anything with the HONOR Magic6 Pro’s remarkable 5600mAh Second-generation Silicon-carbon battery. Engineered to withstand even the most extreme low temperature, this battery ensures users stay connected for longer durations.

    The device’s 80W HONOR Wired SuperCharge and 66W HONOR Wireless SuperCharge charges up to 100% in less than 40 minutes. Even at -20 °C, the battery performs perfectly well and can shoot for 11 minutes with just 10% battery life remaining.

    1. Magic Experience: Understands you better than AI

    Powered by the latest chipset Snapdragon 8 Gen 3 Mobile Platform, the HONOR Magic6 Pro comes with superb performance and generative AI capabilities for a world of seamless connectivity.

    The device runs on MagicOS 8.0, HONOR’s latest version of Android-based operating system and is the industry’s first intent-based UI that can understand language, images, gestures, and eye movements to understand users’ needs. This is made possible through Magic Portal and Magic Capsule.

    Magic Portal uses AI to simplify tasks based on user messages and behavior. For instance, it can recognize addresses in a text message and quickly guide users to Google Maps for navigation. Users can also easily share booking details or online search results directly from their social media.

    The Magic Capsule feature lets users tap on the notifications banner at the top of the HONOR Magic6 Pro screen to get more information instantly, without opening multiple apps. It provides quick access to important information giving an efficient user experience.

    For the latest news on the upcoming HONOR Magic6 Pro, please visit https://bit.ly/HONORMagic6ProPR

     

  • Kembara Umrah JDT (KUJDT) Buka Pakej Lawatan 5 Kota Saudi dan Pelancaran Ihram Personal Care Khalisah

    Tuan Haji Mohd Khairuddin Salin, pemilik Kembara Muslim JDT (KUJDT), dan isterinya, Hajjah Mossiah Mahadi, telah meningkatkan perkhidmatan umrah dan haji dengan melancarkan pakej jelajah lima Kota Saudi dan produk penjagaan peribadi Ihram Personal Care Khalisah.

    Kisahnya bermula apabila pasangan ini pulang dari umrah bersama agensi lain dan mendapat inspirasi untuk menyediakan perkhidmatan umrah yang lebih tersusun melalui Kembara Umrah JDT (KUJDT).

    Menurut Mohd Khairuddin, KUJDT menawarkan kelainan dengan agensi lain dengan menyediakan jaminan kumpulan kecil dan hotel yang dijanjikan tanpa perubahan hotel yang tidak diingini. Selain itu, mereka menawarkan bimbingan umrah sebanyak tiga kali bersama Musyruf.

    KUJDT turut melancarkan pakej pelancongan 5 bandar Saudi, yang membolehkan jemaah menunaikan umrah sambil melakukan perjalanan selama sembilan hari tujuh malam. Jemaah haji bukan sahaja boleh menunaikan umrah tetapi juga dibenarkan melawat 5 Bandar Saudi yang terdiri daripada AI Ula, Taif, Mekah, Madinah, dan Jeddah dalam Pakej Lawatan Lima Bandar Saudi.

    Ihram Personal Care Khalisah, produk penjagaan diri yang direka khas untuk membantu jemaah Haji dan Umrah menjalankan ibadah mereka dengan lebih baik semasa berada dalam Ihram, Produk in terbuat daripada bahan-bahan berasaskan sunnah tanpa bau dan alkohol, termasuk susu, madu, kambing, dan habatussauda serta mesra wudhu.

    Majlis pelancaran di Menara Shaftsbury Putrajaya menandakan usaha KUJDT untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan Umrah dan Muslim untuk rakyat Malaysia.

    Majlis itu juga merasmikan pejabat KUJDT di Putrajaya, yang terletak di peringkat UG Menara Shaftsbury Putrajaya.

    Anda boleh mengunjungi www.kujdt.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Jelajah Saudi 5 City dan KUJDT.