Author: Helmi Aziz

  • Hello Kedah 2024 Sinergi Nu Ideaktiv dan Astro Kukuhkan Perpaduan Komuniti

    Hello Kedah 2024 Sinergi Nu Ideaktiv dan Astro Kukuhkan Perpaduan Komuniti

    Penganjuran program “Hello Kedah” yang akan diadakan pada 5 Julai 2024 di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, menampilkan sinergi kreatif antara Nu Ideaktiv dan Astro sebagai rakan penganjur. Program ini bertujuan memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat, di samping mengukuhkan silaturahim komuniti dengan menyediakan platform untuk penduduk berkumpul dan berinteraksi.

    Melalui program “Hello Kedah” ini, masyarakat Kedah digalakkan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Penduduk Kedah turut mengambil bahagian sebagai vendor jualan makanan dan minuman, yang membuka peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan sambil mempromosikan produk-produk mereka. Vendor-vendor ini akan menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman tradisional serta moden yang popular di Kedah.

    Program “Hello Kedah” juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat melalui penggunaan tenaga kerja tempatan dalam pelbagai aspek pengurusan dan pelaksanaan acara sepanjang program ini. Selain itu, ia menyokong ekonomi peniaga kecil dan sederhana di Kedah dengan menyediakan platform untuk mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Sokongan ini bukan sahaja membantu peniaga tempatan tetapi juga mengukuhkan ekonomi setempat dengan menggalakkan penggunaan produk dan perkhidmatan buatan tempatan.

    Program ini menawarkan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik untuk semua peringkat umur. Di samping itu, pelancaran aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK akan dirasmikan, yang pasti akan menarik perhatian ramai dan membawa manfaat besar kepada komuniti. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih daripada 20 portal majalah terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita, Keluarga, Impiana, dan banyak lagi, sejajar dengan kecanggihan dunia digital.

    SeeNI menawarkan pelbagai jenis konten dalam format menarik seperti artikel, video, dan konten audio yang memenuhi minat pengguna. Sementara itu, KLiiK adalah sebuah portal komuniti aktif yang menggerakkan pelbagai aktiviti untuk pengguna atas talian khususnya pengguna Ideaktiv. Setiap Kliik menawarkan ganjaran tambahan, akses ke pertandingan, sampel percuma, acara, seminar, dan webinar menarik, semuanya di bawah satu portal.

    Program Hello Kedah ini akan menunjukkan kepada komuniti terdapat pelbagai rancangan di Astro serta penyertaan komuniti dari portal majalah kekeluargaan, Makanan, New Gen & lelaki daripada Ideaktiv. Antara aktiviti yang berlangsung adalah senaman “Pound Stick“, Himpunan citi-cita Bintang Kecil, Pertandingan mewarna Bintang Kecil dan juga gunting rambut secara percuma di booth Ideaktiv.

    Selain itu, program ini dirancakkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Shiha Zikir, Naqiu, Sepahtu dan ramai lagi yang menjanjikan aktiviti yang penuh dengan kemeriahan. Penampilan Khas selebriti tempatan ini telah memeriahkan suasana dengan persembahan mereka dan juga pengunjung berpeluang berinteraksi dengan artis kegemaran mereka melalui sesi autograf dan bergambar.

    Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Encik Syamil Fahim berkata, “Buat julung kalinya, kami diberi penghormatan untuk menganjurkan Siri Hello yang sememangnya sinonim dengan Astro dan kami gunakan kekuatan kami sebagai perantara komuniti untuk membentuk aktiviti dan program yang disediakan untuk Hello Kedah. Selain daripada menjadi usaha murni untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat, kami cuba untuk memastikan setiap program Astro dan pengisian jenama-jenama Ideaktiv dipromosikan secara maksimum.

    Hello Kedah ini juga dilihat sebagau medium untuk kami berinteraksi dengan warga Kedah dengan lebih dekat. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Marketing dalam menjayakan program ini, serta memperkenalkan aplikasi seeNI dan laman web baharu KLiiK yang akan memberikan kemudahan dan manfaat besar kepada penduduk Kedah. Sinergi antara Nu Ideaktiv dan Astro dalam menganjurkan program ‘Hello Kedah’ adalah contoh terbaik bagaimana dua entiti besar boleh bergabung untuk membawa manfaat kepada komuniti.”

    Dengan ini, diharapkan program “Hello Kedah” akan menjadi satu acara yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan ekonomi tempatan.

  • TNG eWallet Introduces GOfinance: A Comprehensive Financial Hub for Investment, Insurance, Credit Scores, and Expense Tracking

    TNG eWallet Introduces GOfinance: A Comprehensive Financial Hub for Investment, Insurance, Credit Scores, and Expense Tracking

    TNG Digital Sdn. Bhd. (‘TNG Digital’) is proud to introduce GOfinance, a comprehensive financial hub available on the TNG eWallet. This exciting addition further solidifies TNG Digital’s position as Malaysia’s leading fintech player. This cutting-edge platform is created to empower individuals financially, providing them with complete control over their financial objectives and overall well-being.

    GOfinance revolutionises access to financial services by bringing together top-notch financial products and providers. It offers a diverse selection of competitive options, including investment, insurance, credit score management, remittance, and a cutting-edge cash flow tracking feature. By embracing inclusivity, entry barriers are significantly reduced, allowing for the accessibility of high-quality financial services to a wider audience. This is made possible through a seamless and user-friendly digital platform.

    According to Alan Ni, the CEO of TNG Digital, the introduction of GOfinance marks a major achievement in their efforts to promote financial empowerment in Malaysia. Through the use of advanced technology and innovative features in the TNG eWallet, along with strategic collaborations, we offer users a wide range of financial solutions conveniently accessible on their mobile devices. We aim to streamline financial management, providing users with enhanced control and a more comprehensive understanding of their finances.

    TNG eWallet is relied upon by 5.4 million users for the management of their finances, which includes insurance and investments. At GOfinance, our main goal is to raise awareness and improve financial literacy. We do this by enhancing the user experience and encouraging more people to use financial services products. Our ultimate aim is to empower Malaysians to confidently manage their finances.

    TNG eWallet users have the ability to effortlessly handle their insurance coverage, keep track of and enhance their investment portfolios, and utilise a convenient and cost-effective remittance service to over 50 countries within GOfinance. Stay informed about your credit health by purchasing credit scores and gain more control over your eWallet balances with the Touch ‘n Go eWallet Visa Card.

    The expense tracking tool in GOfinance allows users to easily monitor and manage their spending within the eWallet, providing valuable insights into their financial habits. Through the use of data visualisation, individuals are empowered to take control of their financial well-being and make educated choices.

    GOfinance partners with GOrewards, Malaysia’s leading loyalty programme, to encourage users to invest in the financial services they require. This fosters a mutually beneficial relationship between financial management and rewards.

    The introduction of GOfinance represents a significant advancement in financial management, providing millions of Malaysians with enhanced convenience, accessibility, and empowerment. With the launch of GOfinance, TNG Digital now provides a wide range of digital financial services, going beyond just being a hub for such services. In addition to the “Your Money, Your Rule” campaign, TNG Digital is launching a range of financial content and offerings to help individuals gain more control over their financial goals. This initiative has been carefully designed to enhance their overall financial stability and contribute to a more prosperous and satisfying life.

    To learn more about GOfinance within TNG eWallet, visit https://www.touchngo.com.my/ewallet/gofinance

  • Esports World Cup and HONOR Sign Technology Partnership for Mobile Competitions

    Esports World Cup and HONOR Sign Technology Partnership for Mobile Competitions

    The Esports World Cup Foundation (EWCF) and global technology leader HONOR have recently formed a significant partnership for the Esports World Cup (EWC), a highly anticipated gaming festival scheduled to be held this summer in Riyadh, Saudi Arabia. The newly released HONOR 200 Pro has been chosen as the official smartphone of the EWC. With its advanced technology, the device will drive esports competitions in popular mobile games such as Free Fire, Honor of Kings, and Women’s ML:BB tournament.

    The HONOR 200 Pro is a smartphone designed specifically for mobile gaming enthusiasts. It comes packed with a range of impressive new features that cater to the needs of both professional esports athletes and casual players. Notable features include:

    • The Snapdragon 8s Gen 3 Mobile Processor is truly impressive, with a CPU clock speed of up to 3GHz. This allows for seamless graphics rendering and real-time responsiveness, ensuring a smooth user experience.
    • Introducing the 5200mAh Silicon-Carbon Battery, a powerhouse that offers an impressive 61 hours of usage on just one charge.
    • Experience the benefits of 3840Hz risk-free dimming. Our display has been certified by TÜV Rheinland for being flicker-free and providing full care. It also features Natural Tone 2.0 for an optimized display color temperature.
    • Experience enhanced cooling with an impressive vapor chamber that spans over 36,881mm², surpassing the HONOR 90 by 10%. This larger size ensures exceptional heat dissipation, keeping your device cool even during intense usage.

    The partnership will prioritize the involvement of gamers from around the world, enhancing brand recognition, and cultivating a community centered around the thrill of competing.

    “We are extremely excited to collaborate with HONOR as a partner in the Esports World Cup,” Chief Executive Officer Ralf Reichert expressed with enthusiasm at the Esports World Cup Foundation. “EWC athletes expect top-notch gaming technology to ensure fair competition and provide an unmatched gaming experience. The HONOR 200 Pro is an outstanding smartphone, packed with state-of-the-art technology that exceeds the impressive benchmarks achieved by EWC athletes. We are excited to see its impressive performance this summer in Riyadh.”

    “We are thrilled to partner with the Esports World Cup and offer our official smartphone for its mobile competitions,” expressed Dr. Ray, Chief Marketing Officer of HONOR. At HONOR, our focus is on delivering products that go above and beyond to meet the needs of our valued consumers. We are committed to providing an exceptional experience and top-notch performance, especially for gamers. Our cutting-edge technology empowers players to surpass their boundaries and reach unprecedented levels in their gaming adventure. We are excited to witness the HONOR 200 Pro empowering top esports athletes from around the globe as they compete for international glory at the Esports World Cup.

    Starting on July 3rd, Riyadh will be transformed into the ultimate hub for esports enthusiasts and gaming enthusiasts as the Esports World Cup takes place. Situated in Boulevard City, enthusiasts have the opportunity to witness their beloved athletes and clubs battle it out in 22 thrilling game championships, vying for a chance to win a staggering prize pool of over $60 million. This remarkable sum of money is the largest ever seen in the history of esports, capable of transforming the lives of the victorious competitors. During the course of eight weeks, the Esports World Cup will offer a variety of festival activities. These activities will include exciting gaming events, community tournaments, celebrations of pop culture, and opportunities to experience different cultures from around the world.

    To learn more about the Esports World Cup, please visit the official website at www.esportsworldcup.com. Stay updated on upcoming game announcements for the Esports World Cup by following X (formerly Twitter).

    To find out more about the HONOR 200 Series, you can visit the official website of HONOR Malaysia at https://www.honor.com/my/

  • Samsung Wallet Enhances Travel Experience in France with New Support for Local Transport and Ticket Management in Collaboration with Île-de-France Mobilités and Air France

    Samsung Wallet Enhances Travel Experience in France with New Support for Local Transport and Ticket Management in Collaboration with Île-de-France Mobilités and Air France

    Samsung Electronics Co., Ltd has recently unveiled an enhanced Samsung Wallet experience for both French residents and tourists in France. This new update promises to be even smarter and more streamlined, ensuring a seamless user experience. Starting this summer, Samsung Wallet is expanding its services to include integration with Île-de-France Mobilités (IDFM) on Samsung Galaxy devices. This means that users will be able to enjoy smooth and convenient public transportation services throughout the Île-de-France region, thanks to easy access to the Navigo Travel Card. The inclusion of the Add to Wallet function will greatly enhance the convenience for tourists visiting the area, allowing them to effortlessly experience the top attractions and sites in Paris. In collaboration with Air France, Samsung Wallet will provide a seamless flight ticket management experience on Samsung Galaxy smartphones.

    “We are delighted to contribute to the improvement of accessibility through our technological advancements for Île-de-France Mobilités and Air France,” expressed Woncheol Chai, the Head of Digital Wallet Team, Mobile eXperience Business at Samsung Electronics. “With the addition of innovative travel management features to Samsung Wallet, we are enhancing the convenience for both residents of France and tourists visiting the country, perfectly timed for the upcoming bustling summer travel period.”

    Facilitating Convenient Local Transportation in Paris

    During the summer months, people in Île-de-France can look forward to a convenient and efficient public transportation system, thanks to the comprehensive support provided by IDFM. Accessing the IDF Mobilités app is a breeze with a convenient pre-loaded shortcut located under the Transit menu of Samsung Wallet.

    Aside from convenient city navigation, travelers can avoid waiting in ticket queues and dealing with unmanned ticket booths. With Samsung Galaxy devices, users can conveniently tap their phones to access buses, metros, and RER lines, eliminating the need for physical cards or tickets and making transportation a seamless experience.

    Discovering the Ease of Travel in France

    Not only in Paris, but Samsung Galaxy users can also experience the convenience of using payment card-based transit in various cities in France, such as Marseille, Lyon, Toulouse, Lille, and Aix-en-Provence. In addition, the RoissyBus and OrlyBus shuttle services offer convenient and efficient transportation options for travelers going between the city center and Paris-Charles de Gaulle Airport. Thanks to this feature, Samsung Galaxy users can conveniently tap their device to make payments and quickly get on their way, enhancing the speed and ease of transportation.

    International travelers can now conveniently add their boarding passes to Samsung Wallet, thanks to the extended functionality of the Add to Wallet feature. This update includes Air France and partner flights, making it easier for Samsung Galaxy users to access their boarding passes. In addition, travelers from other countries can have peace of mind knowing that international payments and Add to Wallet features will function seamlessly while visiting France. Upon reaching their destination, travelers will receive a push notification to discover these features, making sure they are aware of everything Samsung Wallet has to offer during their visit to the region – from improved sight-seeing and local transportation to simplified international travel.

    Improving Tourism Across Attractions

    Samsung Wallet now offers the convenient Add to Wallet feature for tickets to popular landmarks and attractions, allowing easy access from any Samsung Galaxy device. Discover the abundance of entertainment options in France, ranging from iconic landmarks like the Palace of Versailles to a wide selection of over 200 cinemas.

  • Filem I Not Stupid 3: Kisah Ketabahan Pelajar Singapura di Bawah Arahan Legenda Jack Neo

    Filem I Not Stupid 3: Kisah Ketabahan Pelajar Singapura di Bawah Arahan Legenda Jack Neo

    Sinopsis filem

    Zi Hao, merupakan pelajar Sekolah Rendah Cina 6 di Singapura, menghadapi tekanan akademik apabila rakan sekelasnya Jayden memerangkapnya dan menuduhnya kerana menipu untuk mengekalkan statusnya di kedudukan teratas. Sementara itu, ibu Zi Hao, Wen Ting, dituduh melakukan kerja haram oleh ibu Jayden yang berdaya saing, Sophia. Di tengah-tengah kegawatan, kedua-dua ibu itu menyedari beban yang menimpa anak lelaki mereka dan bersatu untuk mengutamakan kesejahteraan mereka berbanding gred demi memupuk perdamaian.

    Biografi Pengarah- Jack Neo 

    Sekitar tahun90-an, Jack Neo memenangi hati penonton tempatan dengan gaya pengacaraan komedi khasnya dalam pelbagai program. Selain dari pengacaraan dan lakonan ketika itu, beliau adalah minda kreatif di sebalik rancangan pelbagai tempatan dan mendapat rating tinggi yang paling lama disiarkan, Comedy Night. Populariti beliau dengan produksi selama sedekad adalah bukti kukuh bakat dan kreativiti Jack yang luar biasa.

    Berikutan kejayaannya dalam penerbitan televisyen, Neo menyahut cabaran baharu dan menceburi industri perfileman pada tahun 1998 dengan muncul melalui filem Money No Enough yang merupakan filem cereka ke-3 tertinggi Singapura setakat ini. Selepas itu, beliau telah menulis skrip, mengarah dan menghasilkan rentetan filem yang diidam-idamkan iaitu I Not Stupid (2002), Homerun (2003), The Best Bet (2004), komedi romantik I Do I Do (2005), One More Chance (2005) , We Not Naughty (2012), Ah Boys To Men (2012), Ah Boys To Men 2 (2013) yang merupakan filem cereka dengan kutipan tertinggi Singapura setakat ini, dan banyak lagi. Pada tahun 2024, beliau mengeluarkan sekuel Money No Enough 3 (2024) yang memperoleh $4.884 Juta pada 5 Mei 2024, menduduki tempat ke-6 dalam filem berbahasa Cina yang paling berjaya sepanjang masa.

    Selain memperoleh rekod pendapatan box office yang tinggi, karya Jack Neo kemudiannya menarik perhatian serantau dan antarabangsa. Antara karyanya yang mendapat ulasan baik, Homerun memenangi anugerah filem antarabangsa pertama untuk Singapura. Sebanyak enam anugerah antarabangsa telah diberikan sebagai penghormatan kepada filem itu termasuk gelaran “Pengarah Terbaik” di Kids Film Festival of Home Iran 2003.

    Hari ini, sutaradara bernama Jack Neo adalah salah seorang pembikin filem paling prolifik di Singapura. Sumbangannya kepada industri perfileman tempatan telah mendapat ucapan penghormatan dari bekas Perdana Menteri Encik Goh Chok Tong pada tahun 1998 dan 2003.

    Sebagai mengiktiraf pencapaian dan sumbangan beliau terhadap industri media Singapura, Pengarah Jack Neo telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada 1999 dan Anugerah Pelbagai Bakat pada 2004 daripada MediaCorp Singapore melalui Star Award. Beliau juga menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Awam pada Ogos 2004 dan Anugerah Pingat Budaya Seni pada Oktober 2005.

    Pada 2016, untuk meraikan ulang tahun ke-50 Singapura, Jack Neo menjalani penggambaran untuk  “Long Long Time Ago”,  yang memaparkan dengan tepat kehidupan sukar rakyat Singapura pada zaman awal. Jack Neo membuat penggambaran filem pertamanya di luar Singapura dan Malaysia, “Killer Not Stupid”, di Taichung City, Taiwan. “Killer Not Stupid” ialah sebuah komedi aksi yang dibintangi oleh pelakon popular dari Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura.

    PARA PELAKON I NOT STUPID 3

    Hu Jing 胡静

    Hu Jing merupakan graduan pengajian bidang Persembahan (Performance) dari Central Academy of Drama. Sejak menjejakkan kaki ke dalam industri filem dan televisyen, Hu Jing telah berjaya meraih banyak kejayaan dan sangat disayangi penonton dengan penglibatan di dalam filem, siri TV, drama, muzik and pelbagai persembahan. Mempunyai kemahiran lakonan yang hebat, Hu Jing sangat dikenali di dalam and luar industri dan berjaya meraih pelbagai anugerah di antaranya ‘Most Popular Actress Award’ di ‘Southern Festival’, calon ‘Best Actress Award’ di ‘Beijing Satellite TV’s “Jin Kang Cup”’, dicalonkan sebagai ‘Best Supporting Actress’ melalui drama ‘In the Name of the People’ di ‘Shanghai TV Festival Magnolia Award’, memenangi ‘Huading Award’ untuk 10 tahun berturut-turut di ‘National Audience’s Favorite Film and Television Star, memenangi ‘National Drama Festivals Character Drama Star of the Year’, terpilih sebagai Weibo ‘Goddess of the Year’ dan banyak lagi anugerah lain. Hu Ying berjaya menambat hati para penonton melalui ketelusan mendalami setiap tugasan & watak yang dibawa.

    Zhou Yu Chen

    Dilahirkan di Tanah Besar China, Zhou Yu Chen memulakan kerjaya lakonan seawal usia 7 tahun pada tahun 2020. Semenjak itu, Zhou Yu Chen telah memegang pelbagai watak sokongan di dalam beberapa siri televisyen umpamanya ‘The Guardian’ dan ‘Fighting for Love’. Walaupun di usia muda, Zhou Yu Chen mempunyai bakat di dalam seni mempertahankan diri dan penggunaan senjata wushu disamping berbakat dalam bidang muzik dengan keupayaan bermain gitar dan ocarina. Penglibatan di dalam filem ini merupakan penglibatan sulung dirinya bagi filem bergenre cereka.

    Camans Kong 江松恒

    Camans adalah anak kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia dan mula menceburi bidang seni persembahan dan nyanyian seawal usia 8 tahun. Sejak penglibatan di dalam bidang seni, Camans telah terlibat dalam banyak penggambaran filem, filem mikro dan pengiklanan. Pada tahun ini Camans telah melancarkan lagu solo ‘Chasing My Dream’ melalui album kompilasi New Year. Bukan itu sahaja, Camans juga berbakat sebagai pengacara program serta siaran langsung. Salah satu bakat unik Camans yang dihargai oleh budaya setempat adalah ‘face-changing’ yang telah mendapat liputan meluas media.

    Goh Wee-Ann 吴委恩

    Bermula seawal usia 3 tahun, bakat Wee-Ann mula disedari apabila menegur kesilapan nyanyian neneknya ketika latihan untuk opera Teochew walaupun ketika itu Wee-Ann masih lagi menyusu botol! Wee-Ann telah melibatkan diri di dalam seni persembahan opera Teochew dengan keseluruhan lebih daripada 30 kali persembahan yg mengandungi lagu-lagu ikonik.  Wee-Ann telah memenangi anugerah ‘Seeding Award’ daripada ‘Singapore Chinese Opera Institute’ pada tahun 2017 melalui penyertaan di ‘Inaugural Chinese Opera Festival’ pada tahun sebelumnya. Bakatnya diikhtiraf lagi dengan anugerah ‘New Talent Award’ dari institut yang sama pada tahun 2022. Wee-Ann memulakan langkah ke dalam dunia lakonan di usia 6 tahun apabila berjaya memegang watak dalam filem bersama MediaCorp dan semenjak itu telah membintangi lebih 20 drama berbahasa Cina. Kecekalan dan dedikasi Wee-Ann diangkat dengan penganugerahan ‘Star Award Young Talent’ selama 2 tahun berturut iaitu pada  2021 and 2022. Pada 2023, Wee-Ann mengembangkan lagi bakat dengan membintangi drama berbahasa English pertama bertajuk ‘Sisters of the Night’. Pada Mac 2024, Wee-Ann telah berpeluang membintangi filem pendek Singapura yang melakukan penggambaran di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

    Joseph Ng 黄智

    Pada June 2023, Joseph Ng sangat bertuah apabila dipilih untuk membawa salah satu watak utama di dalam filem arahan pengarah,  Jack Neo ‘I Not Stupid 3’ – ‘Si Gempal Andy Lim’ yang merupakan pengalaman pertama bagi dirinya. Bakat Joseph Ng seterusnya mula mendapat lebih perhatian dan pada Disember tahun yang sama telah dipilih memegang watak utama ‘Chen Xiaoming’ dalam program televisyen ‘Lingo Bingo’ yang disiarkan melalui Channel 8 MediaCorp yang mana merupakan penampilan sulungnya di layar televisyen. Menerusi filem ‘I Not Stupid 3’ Joseph Ng telah mendapat bimbingan dan sokongan yang kuat dari semua tenaga produksi dan terutamanya daripada sutradara filem sendiri – Jack Neo yang banyak membantu dirinya dalam memberikan persembahan terbaik. Semua peluang dan pengalaman ini merupakan semangat bagi Joseph Ng untuk memberikan persembahan yang lebih baik di masa hadapan di samping membawa pengalaman yang lebih menarik kepada penonton. 

    Glenn Yong 容启航

    Dikenali sebagai pemegang watak ‘Sergeant Chow’ di dalam filem ‘Ah Girls Go Army’, Glenn merupakan bakat baru yang sedang meningkat naik di dalam industri filem Singapura yang juga merupakan penyanyi. Memulakan penyertaan dalam dunia lakonan pada tahun 2019 melalui watak pembatu di dalam filem ‘The Good Fight’ dengan melakonkan versi muda watak utama. Seterusnya Glenn telah terpilih membintangi siri televisyen ‘Victory Lap’ disamping artis Thailand GMM – Earth Pirapat. Glen telah melancarkan single sulung bertajuk 妈妈 pada May 2020. Glen telah berjaya melahirkan solo runut bunyi pertama melalui penglibatannya di dalam siri muzikal ‘Live Your Dreams’ di mana dia juga membawa watak lelaki utama. Single English pertama berserta video muzik untuk lagu ‘UP’ dikeluarkan pada Jun 2022 yang menceritakan tentang pengalaman Glenn sendiri di dalam industri sejak mula and berharap dapat memberi galakan dan dorongan untuk semua terus maju ke hadapan walaupun melalui apa saja bentuk halangan.

    Jae Liew

    Liew memulakan karier lakonan dengan memegang watak pelakon wanita utama melalui filem Michelle Chong ‘Peas in a Pod’ pada tahun 2013. Bergandingan bersama anggota lama U-KISS Alexander Lee dan ahli Fahrenheit Calvin Chen, Liew melakonkan watak seorang penuntut universiti – Penny Yang. Selepas penayangan filem tersebut, Liew telah dipilih memegang watak orang kanan kepada watak utama yang dilakonkan oleh pelakon Singapura Felicia Chin dan pelakon Taiwan Chris Lee menerusi drama Channel 8 MediaCorp berjudul Scrum! (). Felicia seterusnya membintangi 2 lagi drama berjudul ‘Tiger Mum’ dan ‘The Journey: Our Homeland’. Menerusi drama ‘Tanglin’ yang merupakan format ‘long form’ yang pertama terbitan Channel 5 MediaCorp, Liew memegang watak utama sebagai Diana Tong. Pada tahun 2020, Liew telah dipilih membintangi musim kedua siri Derek yang diadaptasi daripada drama televisyen “Code of Law’ sebagai watak kembar. Penampilan Liew sebagai kembar telah mendapat pujian di kalangan para pelakon yang bersama-sama menjayakan siri ini antaranya Rebecca Lim dan Sinema.

    Selena Tan

    Penampilan semula dalam bidang seni lakonan dari siri pertama filem ‘I Not Stupid’, Selena Tan sangat dikenali para peminat melalui watak yang dibawanya terdahulu. Petikan dialog yang masih disebut sehingga hari ni adalah ‘It’s for your own good’. Pada tahun 1998, Selena telah mempersembahkan lakonan dirinya sendiri melalui ‘Selena Exposed!’ yang seterusnya telah mendapat perhatian dan dipilih untuk tontonan di rancangan komedi 1999 dengan cubaan lakonan semula melalui ‘Broadway Baby Kailan’. Persembahan hebat Selena menarik perhatian Dr Low Guat Tin yang merupakan pengarah cikgu pelatih di National Institute of Education (NIE) ketika itu dan telah menjemput Selena membuat persembahan sempena Hari Guru dengan persembahan bertajuk ‘The Other Side of the Teacher’s Table’. Persembahan selama 3 malam itu mendapat sambutan menggalakan. Seterusnya pada 2000, Selena telah menubuhkan Dream Academy yang merupakan syarikat seni dan hiburan persendirian menggunakan dana persendirian.

     

    Terence Cao 曹国

    Seorang bintang lama di dalam industri televisyen, Terence Cao telah memperolehi banyak pencalonan dan anugerah sepanjang kariernya. Memenangi 7 kali daripada 10 pencalonan bagi ‘Top 10 Most Popular Male Artistes’ sepanjang 1994, 1998-2001, 2004-2005 dia acara tahunan ‘Star Awards’. Terence Cao juga mendapat beberapa pencalonan untuk ‘Best Actor’ di ‘Star Awards’ melalui ‘The Challenger’ tahun 1995, ‘Stand by Me’ tahun 1998, ‘Stepping Out’ pada 1999, ‘The Reunion’ tahun 2002 dan yang terbaharu pada tahun 2014 melalui ‘The Journey; A Voyage’. Memenangi ‘Best Supporting Actor’ pada tahun 2011 di ‘Actor in Star Awards’ melalui lakonan dalam ‘The Best Things in Life’. Terence mendapat pujian yang tinggi melalui lakonan pertama dalam filem pada 2023 melalui mega box office ‘Money No Enough 3’ arahan pengarah Jack Neo.

    Patricia Mok 莫小玲

    Penampilan pertama Patricia Mok dalam bidang seni adalah  melalui komedi ‘Comedy Nite’ di tahun 1990an and merupakan bintang tetap dari tahun 1996 sehingga ke siri terakhir. Penyertaan di dalam komedi ini telah membuka peluang bagi Patricia menandatangani  kontrak bersama MediaCorp pada 2006. Patricia telah merangkul anugerah ‘Best Supporting Actress’ di ‘Star Awards 2003’ melalui lakonan sebagai seorang isteri yang lemah lembut kepada Holland V and berjaya mendapat dua pencalonan di ‘Asian Television Award’ pada tahun 2006 & 2008. Patricia telah berehat dari dunia seni pada awal tahun 2012 selepas kontrak bersama MediaCorp tamat, dan menyambung semula kariernya  di bawah pengurusan Fly Artistes sehingga hari ini. Pada 2016, Patricia membuat penampilan di dalam komedi Singapore-Malaysian ‘Let’s Eat’.

    Xixi Lim 林茜茜

    Priscilla Lim Xi Xi, yang lebih dikenali sebagai Xixi Lim (lahir pada 25 Januari 1988) merupakan pelakon dan personaliti televisyen yang telah membintangi filem komedi tahun 2022 iaitu ‘Ah Girls Go Army’. Priscilla adalah pejuang bagi komuniti ‘plus-size’ dimana dia juga menjadi model di bawah kendalian Basic Models Management. Sehingga May 2023, pengikut Priscilla adalah 54,800 di laman Instagram dan 259,200 di TikTok.

  • Legenda Jacky Cheung Kembali dalam Filem Aksi Mega “Customs Frontline” Bersama Nicholas Tse & Karena Lam – Tayangan di Malaysia Mulai 5 Julai 2024

    Legenda Jacky Cheung Kembali dalam Filem Aksi Mega “Customs Frontline” Bersama Nicholas Tse & Karena Lam – Tayangan di Malaysia Mulai 5 Julai 2024

    Setelah menerima sambutan hangat dan pujian di 26th Far East Film Festival di Udine, Itali pada Mei lalu dan meledak di pawagam Hong Kong, filem Customs Frontline kini siap memukau penonton di Malaysia bermula 5 Julai 2024.

    Customs Frontline, hasil sentuhan emas sutradara Herman Yau, bukan sebuah naskhah klise tentang barisan hadapan biasa. Filem ini mengangkat kepayahan, semangat juang, dan kecekapan anggota Kastam Hong Kong dalam membenteras jenayah global termasuk penyeludupan senjata api. Filem ini jarang memfokus atau menonjolkan kepakaran anggota kastam seperti yang dipamerkan di sini.

    Menerusi Customs Frontline, yang diproduksi oleh Jason Siu, penonton akan didedahkan dengan kecekapan para anggota kastam membenteras jenayah melalui kesan lakon layar terbaik yang diterajui oleh Erica Li dan Eric Lee.

    Tentu sahaja, sesebuah filem tidak akan ‘bersinar’ tanpa bintang-bintang hebat yang memukau penonton saat ditayangkan di layar lebar. Customs Frontline membariskan bintang berkaliber dengan penampilan perdana legendaris Jacky Cheung selepas lapan tahun berehat. Beliau berganding mantap bersama aktor berbakat besar, Nicholas Tse, dan turut dibarisi oleh Karena Lam, Yase Liu, dan Francis Ng sebagai penampilan khas. Filem ini dipenuhi dengan babak aksi dan klimaks tanpa henti.

    Lebih menarik, Nicholas Tse, yang menjayakan karakter Chow Ching-lai, turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam filem yang digarap selama dua tahun ini. Tse, 43, menzahirkan keterujaannya dalam pembabitan filem ini bukan hanya kerana berganding dengan pesohor seperti Jacky Cheung tetapi juga bagaimana dia merealisasikan babak aksi yang menjadi dambaan selama ini.

    “Sewaktu kecil saya selalu meniru aksi Jackie Chan dan Donnie Yen. Jika ditanya, secara jujur saya akan meneruskan tradisi merisikokan diri untuk melakonkan babak aksi dalam filem Hong Kong. Kerana itu saya turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam sejarah lakonan menerusi Customs Frontline,” ujar Tse.

    Pemenang Aktor Terbaik dalam Hong Kong Film Award ke-31, Nicholas Tse, mahu terus membawa semangat dan dedikasi yang pernah ditonjolkan mendiang Pengarah Benny Chan dalam dunia sinema Hong Kong. Filem seperti Gen-X Cops, New Police Story, Shaolin, dan Raging Fire adalah antara karya yang mencerminkan semangat tersebut.

    Dalam Customs Frontline, penampilan Tse yang melibatkan dua peranan – sebagai pelakon dan koreografer aksi – disifatkan sebagai kesungguhan yang luar biasa dari segi aksi dan lakonan unik yang ditonjolkan. Jacky Cheung, yang turut membintangi filem ini, menyifatkan gandingan bersama Tse dan Karena Lam sebagai sinergi yang hebat. “Saya melihat Tse dan Karena membesar dan sinergi mereka sangat menonjol bersama saya di Customs Frontline,” kata pemenang pelbagai anugerah tersebut.

    Filem penuh aksi tanpa henti ini mendapat kerjasama penuh daripada pihak Kastam Hong Kong, termasuk membenarkan penggambaran dijalankan di beberapa lokasi penting seperti Ibu Pejabat Kastam Hong Kong di North Point dan Ngong Shuen Chau Naval Base untuk paparan yang lebih realistik.

    Customs Frontline dijadualkan memukau penonton di Malaysia bermula 5 Julai 2024. Saksikan bagaimana filem ini memberikan sudut pandang dan dimensi yang berbeza tentang pekerjaan unit beruniform pegawai kastam yang jarang ditonjolkan.

    Dengan aksi, lakonan, dan plot twist yang membuat anda tidak senang duduk, Customs Frontline menampilkan kembalinya Jacky Cheung selepas lapan tahun berehat, kelincahan aksi Nicholas Tse, dan penampilan Karena Lam bersama barisan pelakon lain. Filem ini dijangka menjadi karya tentang pekerja barisan hadapan terhebat Hong Kong yang anda saksikan tahun ini! Jangan lupa ke pawagam berhampiran anda bermula 5 Julai 2024.

  • Malaysia menyambut kedatangan kedai DJI dan Hasselblad Experience yang pertama di Suria KLCC

    Malaysia menyambut kedatangan kedai DJI dan Hasselblad Experience yang pertama di Suria KLCC

    DJI, pemimpin global dalam teknologi dron dan kamera, bersama Hasselblad, pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti tinggi dan reka bentuk ikonik, dengan bangga mengumumkan pembukaan rasmi kedai DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia. Terletak di destinasi beli-belah ikonik di bawah Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, kedai ini kini dibuka untuk pengunjung dan peminat di Lot 117, Tingkat 1.

    Kedai DJI | Hasselblad Experience menawarkan pelbagai barisan produk yang lengkap sambil menikmati galeri karya terulung Hasselblad. Menampilkan paparan produk premium yang diatur dengan teliti, kedai ini merupakan kolaborasi modeniti dan perpaduan Kuala Lumpur dalam teknologi dan seni. Setiap pengunjung boleh merasai pengalaman ke alam fotografi teknologi tinggi dan meneroka produk fotografi yang berkualiti tinggi secara langsung.

    Majlis pembukaan ini diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu terkemuka, termasuk Mr. Mohd Libra Lee, Timbalan Pengarah Senior Malaysia Tourism; Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Eason Guo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Priscilla Hiew, Pengurus Senior bahagian Peruncitan SURIA KLCC dan Charles, Pengurus Tadbir DJI bagi negara Malaysia. Kehadiran mereka membuktikan kepentingan bagi menuju ke arah masa depan yang lebih unggul buat negara Malaysia.

    Kedai ini menampilkan kamera terkini Hasselblad, termasuk 907X 100C, kamera digital tanpa cermin format sederhana (Mirrorless Medium Format) yang menggabungkan reka bentuk vintage dengan prestasi moden; X2D 100C, yang terkenal dengan kualiti imej yang luar biasa dan julat dinamiknya; serta edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition, yang meraikan warisan unik untuk Hasselblad. Selain itu, kedai ini mempamerkan inovasi terkini DJI, termasuk DJI Osmo Pocket 3, kamera gimbal genggam kompak berkuasa tinggi; dan DJI Avata 2, dron canggih yang direka untuk pengalaman udara yang langsung.

    Majlis pembukaan yang menjadi sambutan ini didatangkan dengan diskaun sebanyak 5% untuk sesetengah produk, pertunjukan tarian singa, dan demonstrasi dron secara langsung. Majlis ini juga dilengkapi dengan workshop yang diterajui oleh pakar dalam industri dron dan kamera dengan memberikan tunjuk ajar berharga dan pengalaman langsung kepada para peserta. Barisan yang panjang dapat dilihat sejurus kedai dibuka seawal 10 pagi telah menjadi bukti bahawa DJI dan Hasselblad mempunyai tempat yang istimewa bagi rakyat di Malaysia.

    Bagi meraikan majlis pembukaan DJI | Hasselblad KLCC Experience Store, kempen “Snap and Win” dilancarkan bermula dari 25 Jun sehingga 1 Julai. Semua orang dapat mengambil bahagian dengan mengunjungi kedai, mengambil gambar, mengikuti dan menanda @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di halaman Facebook & Instagram, serta membuat posting di media sosial mereka dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #DJIXHASSELBLADKLCC. Seorang pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima sebuah DJI Osmo Mobile 6 bernilai RM 639.

  • Afgan & Lyodra Bakal Hiburkan Peminat Malaysia dalam Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur’

    Afgan & Lyodra Bakal Hiburkan Peminat Malaysia dalam Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur’

    Afgan dan Lyodra, dua penyanyi paling top dari Indonesia, akan menghiburkan peminat-peminat mereka di Malaysia dalam sebuah konsert epik yang bertajuk ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’. Acara ini akan berlangsung pada 28 September 2024 di Megastar Arena, KL, dan dianjurkan oleh Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkemuka negara.

    Konsert ini turut disokong oleh jenama kosmetik terkenal tanah air, Alha Alfa, bersama Intan Gelombang dan Futurace sebagai penganjur bersama. Segala persediaan dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media khas yang dijadualkan pada bulan Ogos ini.

    Jualan tiket untuk konsert ini akan bermula pada 10 Julai 2024, pukul 12:00 tengah hari, dan boleh didapati melalui laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

    Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

    Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut: 

    • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
    • Escape (RM338, harga biasa RM438)
    • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
    • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
    • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
    • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

    Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

    Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!

  • Unlock Incredible Rewards and Daily Surprises – Register Galaxy Unpacked 2024 Now!

    Unlock Incredible Rewards and Daily Surprises – Register Galaxy Unpacked 2024 Now!

    As we near the last fortnight before the Galaxy Unpacked event, prepare to enter a world of boundless possibilities with the latest Galaxy innovations. Prepare yourself for a revolutionary change that will redefine your mobile experience, reshaping your lifestyle, connections, and self-expression through AI advancements.

    Register your interest now until 9 July 2024 to be entitled a chance to win a daily mystery gift by following the simple steps below:

    Step 1: Register your interest for Next Galaxy Devices by clicking on this link (https://www.samsung.com/my/unpacked/).

    Step 2: Answer four (4) survey questions within the Contest Period and you will be eligible to participate and stand a chance to win the mystery gift.

    Additionally, you will also get an exclusive e-voucher up to RM500 for your next Galaxy.

    Remember to watch the Galaxy Unpacked live on Samsung Malaysia’s YouTube, Official Website, Facebook and Newsroom at 09:00PM (Malaysia Time), 10 July 2024 as we reveal Galaxy innovations that will shape the future of mobile.

  • ‘Kali Kedua’ Saiful Jaicob Masuk Carta Lagu Artis Sabah

    ‘Kali Kedua’ Saiful Jaicob Masuk Carta Lagu Artis Sabah

    Saiful Jaicob, atau nama sebenarnya Md Noor Saifullah, seorang penyanyi dan komposer dari Sabah, kini kembali ke industri muzik dengan single terbarunya berjudul “Kali Kedua.” Lagu ini merupakan ciptaan Saiful sendiri, dengan lirik oleh Kent, dan dirakamkan di Patauboys Home Studio, Sabah.

    Sebelumnya, Saiful Jaicob telah melancarkan beberapa single pada tahun 2014 dan mulai menjajaki dunia nyanyian setelah mengikuti program anjuran Luncai Emas pada tahun 2017 bersama beberapa komposer tempatan Sabah lainnya.

    Pada tahun 2024, Saiful Jaicob merakamkan lagu baru berjudul “Kali Kedua,” yang kemudian dipersetujui untuk diedarkan secara digital oleh Luncai Emas.

    Menurut Saiful, lagu ini mengisahkan ketegasan prinsip seorang yang pernah ditinggalkan dan kemudian dirujuk kembali tetapi menolak dengan sepenuh hati. Kisah pahit ditinggalkan telah meninggalkan kesan mendalam sehingga perasaan untuk membina semula cinta yang musnah telah hilang. Walaupun kadangkala terlintas untuk memberi peluang kedua, ia hanya dianggap sebagai khayalan semata-mata demi meneruskan hidup daripada diberi janji yang tidak pasti. Kesengsaraan yang dialami biarlah hanya sekali dan tidak berulang untuk kali kedua.

    Selain itu, single “Kali Kedua” telah berjaya menjadi pencalonan baru dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) pada 1 April 2024, dan kini telah memasuki minggu ke-13 serta menduduki tangga ke-2.

    “Kent yang hantar lagu ini pergi RTM Sabah, dan masuk dalam pencalonan baru. Akhirnya RTM Sabah hubungi saya selepas lagu ini lulus untuk siaran. Mungkin rezeki saya”. – jelas Saiful Jaicob.

    “Saya amat terpegun kerana lagu ini telah menduduki tangga ke-2 dan berharap ianya boleh bertahan hingga ke minggu akhir sekaligus menjuarai dalam Carta Lagu Artis Sabah 2024”. – ujar Saiful Jaicob lagi.

    Buat masa kini, Saiful Jaicob akan meriliskan single Kali Kedua di semua saluran digital mulai 5 Julai 2024 dan official audio di Youtube. Para peminat boleh membuat undian juga untuk lagu ini di ruangan Facebook Carta Lagu Artis Sabah.

    Semoga lagu ini berjaya memikat pendengar dan berkembang di seluruh Sabah serta Semenanjung Malaysia.